Anda di halaman 1dari 6

Soalan 5 [ mengaplikasi ]

Peranan warga Malaysia untuk memanfaatkan kemerdekaan dengan sebaik mungkin.


Peranan warga Malaysia untuk memanfaatkan kemerdekaan ialah tidak mempertikaikan peruntukan dalam
perlembagaan negara dan negeri agar tidak menyinggung perasaan kaum di negara ini. Sekaligus mengeratkan
perpaduan yang tersedia terjalin sejak kemerdekaan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia harus berpegang kepada nilai sejagat agar dapat mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika. Masyarakat yang bermoral dan beretika perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam
membentuk masyarakat berbudaya unggul. Warga Malaysia perlu berpegang kepada kepatuhan kepada agama,
pengamalan budaya dan tradisis yang cemerlang dan membina institusi kekeluargaan yang unggul agar melahirkan
generasi yang cemerlang sahsiahnya.
Malah sebagai warga Malaysia kita perlu mendaulatkan undang-undang agar negara kekal aman dan tenteram.
Jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada prinsip rukun negara yang ketiga sudah tentu kemerdekaan negara kita
akan terus berkekalan kerana keutuhan negara menjamin kedaulatan negara.
Seterusnya, sebagai warga Malaysia kita perlu menyokong dasar kerajaan agar dapat membina bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Bangsa yang bersatu padu akan menakutkan musuh untuk mengancam keselamatan negara kita.
Malah, kita sebagai rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan akhlak.
Masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi perlu ada dalam setiap warga Malaysia.
Warga Malaysia juga perlu demokratik. Masyarakat yang demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
. Rakyat perlu berfikiran matang supaya menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak
puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu melalui saluran tertentu dalam suasana yang mesra dan
bersifat membina.

Soalan 6 (Aras menilai)


Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.
Jika rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme maka ini boleh menyebabkan rakyat berpecah
belah. Keadaan ini boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara serta mewujudkan individu yang
mementingkan diri sendiri.
Selain itu, keadaan sebegini boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara akibat daripada
kemakmuran negara yang tergugat. Ketiadaan semangat nasionalisme boleh mengancam kedaulatan negara.
Keadaan ini boleh menjejaskan imej negara di mata dunia dan negara juga akan terdedah kepada campur tangan
kuasa asing.
Di samping itu, ketiadaan semangat nasionalisme boleh membawa kepada keadaan politik negara yang tidak
stabil akibat pentadbiran yang kucar-kacir. Rakyat akan hilang rasa hormat terhadap pemimpin negara dan oleh
demikian ini boleh mengakibatkan demonstrasi jalanan berleluasa. Masyarakat Malaysia akan hilang jati diri jika
mereka tidak memiliki semangat nasionalisme. Minda mereka dengan mudahnya akan dijajah dan terpengaruh
dengan budaya asing seperti budaya lepak dan rempit yang memuadaratkan.
Soalan 7
Berikan cabaran dan cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.
(i) Cabaran untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.
Antara cabaran bagi membina masyarakat yang patriotik ialah pegangan agama masyarakat yang longgar
sehingga membawa kepada keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas dan pembuangan bayi.
Tebalnya identiti perkauman mengurangkan semangat bekerjasama sehingga menyukarkan usaha bagi
mewujudkan perpaduan. Masyarakat mudah tersentuh dan memberikan reaksi terhadap isu-isu yang melibatkan
perkauman. Pergeseran antara kaum mudah terjadi sehingga mampu mewujudkan konflik dan menjejaskan keamanan.
Pengaruh budaya luar yang masuk menerusi pelbagai media mendatangkan kesan negatif sehingga melunturkan
jati diri masyarakat. Sikap mementingkan kebendaan menyebabkan masyarakat mengenepikan nilai-nilai agama dan
moral dalam mengejar keduniaan. Persaingan politik dalam negara semakin meruncing sehingga menggugat kestabilan
seperti demonstrasi jalanan.
Sikap golongan muda yang mementingkan hiburan melampau menjadikan mereka lalai terhadap tanggungjawab
sebenar untuk menimba ilmu pengetahuan di samping terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti dadah dan minuman
keras.
Pengaruh media massa dan media sosial melalui konsep langit terbuka telah menimbulkan budaya fitnah dan
memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Maklumat yang tidak tepat disebarkan dalam kalangan masyarakat sehingga
menggugat kestabilan politik dan ekonomi. Peningkatan kadar jenayah menggugat keharmonian dan ketenteraman
masyarakat seperti ragut, pecah rumah dan pembunuhan.

(ii) Cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda
Bagi memperkasa semangat nasionalisme rakyat Malaysia, pegangan agama/nilai-nilai moral masyarakat perlu
ditingkatkan melalui kurikulum sistem pendidikan. Kerajaan perlu mengurangkan rancangan-rancangan hiburan dalam
media elektronik sebaliknya menambah rancangan-rancangan yang bersifat pendidikan atau keagamaan untuk memberi
pedoman dan bimbingan kepada masyarakat. Institusi keluarga perlu dikukuhkan melalui khidmat kaunseling.
Penguatkuasakan undang-undang secara lebih tegas dan berkesan hendaklah dilaksanakan bagi membanteras gejala
rasuah.
Kempen-kempen anti rasuah dan kesan buruk rasuah kepada negara dan masyarakat perlu dipertingkatkan.
Rakyat perlu memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa melalui peti-peti undi. Bilangan anggota penguatkuasa bagi
membenteras jenayah seperti polis, imigresen dan kastam perlu ditambah dari semasa ke semasa seiring dengan
pertambahan penduduk dan cabaran tugas.
Program-program mengukuhkan perpaduan kaum boleh dilaksanakan seperti sambutan-sambutan perayaan
dan kerjasama komuniti setempat. Kerajaan perlu menapis unsur-unsur negatif dari luar yang tersebar melalui media
elektronik dan media sosial daripada terus mempengaruhi masyarakat. Kerajaan hendaklah membela kepentingan rakyat
dengan berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan kemudahan seperti hospital, bekalan air dan
elektrik. Ekonomi negara perlu ditingkatkan bagi mencetuskan peluang-peluang pekerjaan. Keadaan ini dapat melahirkan
masyarakat yang berbangga dengan pencapaian negara.

Soalan 7
Terdapat sekelompok masyarakat di negara kita yang menganggu/menguggat keamanan dan keharmonian
negara kita.
(i) Mengapakah kumpulan tersebut bertindak sedemikian?
Sekelompok masyarakat di Negara kita menganggu keamanan dan keharmonian Negara kita disebabkan
ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan kerajaan keadaan ini belaku kerana mereka tidak memahami dasar negara.
Masyarakat ini juga kurang menghayati wawasan 2020 yang diwar-warkan oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, sikap
mudah mempercayai anasir luar kesan penyebaran maklumat yang terlalu pantas juga menjadi penyebabnya seperti
aplikasi Watsupp, Telegram dan Facebook. Mereka juga kurang kefahaman tentang konsep nasionalisme menyebabkan
mereka menimbulkan suasana tidak harmoni seperti perhimpunan haram. Selain itu, ia juga berpunca dari pengaruh
politik atau ideologi dari Negara luar yang menekankan kehidupan liberalisme yang tidak sesuai dengan budaya timur.
Seterusnya kurangnya pengetahuan sejarah negara menyebabkan mereka tidak menghayati keperitan pejuang tempatan
mempertahankan negara dari kuasa barat. Sikap jahil kelompok ini menyebabkan negara menanggung beban untuk
negara terus kekal makmur.
(ii) Bagaimanakah keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan?
Keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan dengan cara memperkukuhkan pentadbiran kerajaan
seperti melaksanakan dasar dan pembangunan yang lebih dekat untuk rakyat. Contohnya BRIM, rumah kos rendah atau
PPRT.
Ia juga dapat dikekalkan dengan cara memperkukuhkan semangat nasionalisme melalui pembelajaran wajib
Sejarah di semua sekolah. Contohnya wajib lulus Sejarah dalam SPM manakala mata pelajaran sejarah dimasukkan
dalam silibus sekolah rendah.
Dengan cara mengekalkan perpaduan kaum antara Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum melalui pelbagai
program. Contohnya memperkenalkan semua budaya melalui Karnival 1 Malaysia.
Selain itu, kerajaan juga perlu membuat perancangan ekonomi dan sosial yang berkesan yang boleh dikongsi
bersama kaum lain. Selain itu, pelaksanaan undang-undang terhadap mereka yang cuba memecah belahkan keamanan
negara seperti melucutkan warganegara mereka.
Akhir sekali, kerajaan yang memerintah perlu membela kehidupan/nasib rakyat dan memperkasakan jati diri
bangsa melalui program-program yang dirancang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.
Soalan 7
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini semakin terhakis.
(i) Mengapakah keadaan tersebut berlaku.
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis kerana kurang kesedaran terhadap
pentingnya semangat cintakan Negara dan bangsa. Remaja juga kurang pengetahuan konsep kenegaraan dan kurang
menghayati serta memahami sejarah kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.
Rakyat juga lebih mengagungkan negara-negara Barat kerana ledakan maklumat yang negatif melalui internet
yang bertindak secara pantas dan cepat. Oleh itu penyebaran budaya barat mudah mempengaruhi minda rakyat Malaysia.
Selain itu, gejala sosial seperti dadah, lumba haram juga menjadi punca semangat patriotisme semakin terhakis kini.
Hilangnya jati diri dan akhlak mulia menyebabkan semangat patriotisme pudar kerana golongan ini lebih mementingkan
diri dari mendahulukan kepentingan negara. Inilah faktor yang menyebabkan patriotisme terhakis dalam kalangan rakyat
Malaysia.

(ii) Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.


Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut dengan menjayakan konsep 1Malaysia agar perpaduan negara terus kukuh.
Selain itu, mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar rakyat Malaysia dapat memahami budaya kaum lain
sekaligus memupuk nilai hormat-menghormati. Seterusnya memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan supaya rakyat
memahami dasar yang hendak dicapai oleh kerajaan. Mengamalkan prinsip Rukun Negara agar semangat jati diri dapat
dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah di peringkat sekolah supaya dapat
mengenali sejarah Malaysia sekaligus memupuk rasa bangga menjadi warganegara Malaysia.. Cadangan seterusnya
menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni melalui Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan

Soalan 7 :
Usaha / langkah yang boleh dilakukan bagi mengekalkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia
Cadangan Jawapan :
Antara usaha ialah pelaksanaan konsep satu Malaysia oleh Perdana Menteri dan seterusnya mengukuhkan lagi
perpaduan antara kaum. Memupuk perpaduan nasional dan persefahaman antara kaum.
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan sistematik. Ia
juga menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, menjaga hak asasi warga Malaysia yang berdaulat.
Pemimpin perlu memberi hak sama rata kepada rakyat dari aspek pendidikan. Mengekalkan amalan demokrasi
yang telah lama diamalkan. Pemimpin perlu berusaha menaik taraf infrastruktur negara agar rakyat lebih selesa serta
membantu rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak, memberi bantuan kewangan kepada
golongan yang kurang berkemampuan. Sistem pendidikan perlu dinaik taraf serta menyediakan perkhidmatan kesihatan
yang baik kepada rakyat.

Soalan 7 :
Cadangan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara cadangan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah dengan memupuk semangat
partiotisme dalam kalangan rakyatnya.Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara
kita.Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan negara.
Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja
dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat
dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja
untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah
tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.
Kerajaan memperkenalkan pelbagai program termasuklah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
bertujuan meningkatkan dan menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan
nasional.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan.Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah
diribermatlamatkan memupuk perpaduan kaum serta dapat membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam
kalangangenerasi muda.
Semangat kekitaan perlu dipupuk dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat
diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat..Aktiviti yang melibatkan
penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.Di sekolah, aktiviti
seperti perkhemahan dan sukan yang melibatkan semua murid pelbagai kaum juga boleh diadakan untuk memupuk
perpaduan,
Seseorang rakyat haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan
keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan ini akan membawa
perpaduan antara rakyat.
Langkah seterus ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk membentuk suatu ideologi
kebangsaan bagi menyatukan rakyatnya.

SOALAN 7 :
Cabaran untuk memperkasakan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan langkah mengatasi
cabaran tersebut. (10 markah)
Cadangan Jawapan :
Cabaran Memperkasakan Semangat Patriotik
Cabaran globalisasi/dunia tanpa sempadan/ledakan maklumat bolehmengganggugugat semangat patriotik di
kalangan generasi muda.Selain itu, penyebaran budaya negatif dari luar seperti k-pop/punk/black metal akan menjejas
semangat semangat patriotik. Gejala sosial dan penularan gaya hidup negative/politik ganas/vandalism yang berleluasa
di media social juga mampu mempengaruhi kejituan nilai patriotic generasi muda .
Kurang pengetahuan kenegaraan akibat kurangnya pembacaan atau ilmu juga akan menjadikan generasi muda
mudah luntur semangat patriotik.Terhakis jati diri dalam kalangan generasi muda juga akan menjejaskan rasa cinta akan
kepada tanah air.

Langkah Mengatasi Cabaran Tersebut.


Pemantapan sistem pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat institusi
pendidikan tinggi seperti penekanan kepada pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Mengaktifkan dan menjayakan konsep 1 Malaysia melalui pelbagai program kenegaraan supaya generasi muda lebih
patriotik.
Mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di peringkat taman perumahan,sekolah ,daerah dan negeri dengan
pengisian aktiviti kenegaraan yang mantap mampu memperkasa semangat patriotic.
Kem motivasi atau Program Latihan Khidmat Negara yang dianjurkan oleh kerajaan untuk golongan sasaran
juga diharapkan dapat mempertingkatkan nilai patriotism.
Peranan ibu bapa dan masyarakat juga penting untuk memperkukuh jati diri atau memperkuat pegangan
agama/adat/tradisi masyarakat tempatan supaya generasi muda tahu asal usul mereka.

Soalan 8
Nilai/iktibar/patriotisme
Nilai yang ditunjukkan oleh pemimpin setempat dalam mempertahankan kedaulatan negara yang perlu ada
dalam setiap iri kita ialah semangat juang yang tinggi dan sedia mempertahankan tanah air agar negara terus kekal bebas
dari dijajah. Selain itu, sikap berani menentang musuh perlu dicontohi agar kita menjadi warga yang mempunyai jati diri
yang kukuh dan tidak mudah dijual beli oleh anasir luar.
Seterusnya, sebagai generasi muda masa kini, kita hendaklah mendahulukan kepentingan negara dan
mengetepikan kepentingan diri agar kita menjadi insan yang bertanggunjawab terhadap negara. Perasaan sanggup
berkorban demi agama, bangsa dan negara perlu ada dalam setiap anak bangsa bagi menjaga imej dan maruah bumi
Malaysia yang bertuah ini.
Rasa cinta pada negara dan bangsa perlu dipupuk dalam diri kita agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh
individu-individu atau pihak luar yang mahu mengancam kedaulatan negara kita. Justeru sikap patriotik perlu disemai agar
negara kita Malaysia terus kekal merdeka.

Anda mungkin juga menyukai