Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI GOMBAK 2

Jalan SG 1/1, Taman Seri Gombak


68100 Batu Caves
SELANGOR DARUL EHSAN
BBA 7235 TEL : 03-61858566 FAX : 03-61872544

Rujukan Kami : SKTSG2/03/02/001 ( )


Tarikh : 06 Julai 2011

Kepada,

En. Kamarudin Bin Kasim


Saujana Motivasi Enterprise,
No. 19, Jalan Dewan, Sultan Sulaiman 1,
Off Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50300, Kuala Lumpur.

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH BAGI PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Seri Gombak 2 dengan
kerjasama Aliran Tahun 6 akan mengadakan program seperti yang tersebut di atas. Untuk makluman pihak tuan,
program ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang cara mendidik dengan berkesan serta
meningkatkan kemahiran dan keupayaan untuk mendidik anak cemerlang.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa dalam sesi ceramah pada waktu berikut:

Tarikh/ Hari : 16 Julai 2011 / Sabtu


Masa : 8.30 pagi 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Tun Teja, SK Taman Seri Gombak 2
Sasaran : i) Semua murid tahun 6 SK Taman Seri Gombak 2
Jumlah : 284 orang
ii) Ibu Bapa / Penjaga murid-murid Tahun 6
Jumlah : 400 orang

4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...