Anda di halaman 1dari 1

Doa Kursus Kepemimpinan PRS Bongsu Peringkat Negeri

Selangor (Daerah Gombak) 2012

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana telah mengizinkan kami untuk
menghadiri Kursus Kepemimpinan PRS Bongsu Peringkat Negeri Selangor bagi Daerah
Gombak pada hari ini.

Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar,


Jadikanlah Badan Pembimbing Rakan Sebaya ini sebagai wahana untuk membentuk
perpaduan nasional, bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah
fikiran dan tenaga sebagai sokongan ke arah membantu meningkatkan kelancaran
pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), barisan
Pembimbing Rakan Sebaya kami akan menjadi pemimpin dan pembimbing yang
bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, ketabahan yang padu, dan
bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah masing-masing. Sekaligus menjadi pemimpin
dan pembimbing yang cemerlang, terbilang, pemimpin dan pembimbing yang disegani dan
dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya
mampu melahirkan barisan Pembimbing Rakan Sebaya yang berketrampilan dan
berwibawa.

Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalaliwalikram,


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan serta indahkanlah diri
kami dengan kesihatan.