Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA

PROGRAM KERJAYA
TITIAN HARAPAN MELALUI POTENSI DIRI

TEMPAT :

CCRC , KUCHING

ANJURAN:

PELAJAR SARJANA MSC KAUNSELING 2016/2017


DENGAN KERJASAMA
PIHAK CCRC ,KUCHING

PENYELIA
ENCIK MERIKAN AREN

JABATAN KAUNSELING
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
PADA:

12 dan 14 SEPTEMBER 2017


1
1. TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan dari
Pengarah Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, berhubung cadangan untuk
menjalankan Program kerjaya bertajuk "Titian Harapan Melalui Potensi Diri " siri
2/2017. Program ini akan dilaksanakan selama 2 hari bermula dari 12 Sep 2017 dan
14 Sept 2017 iaitu pada Hari Selasa dan Khamis..

2. PENGENALAN
2.1. Bimbingan kerjaya merupakan bidang bimbingan yang perlu diberikan perhatian dan
penekanan kepada penagih dadah yang akan dibebaskan dari pusat pemulihan dadah.
Melalui bimbingan kerjaya ini, ia akan dapat membantu mereka untuk mereka
meneroka, mendapatkan maklumat dan membuat pilihan kerjaya yang sesuai dan
kongren dengan kemampuan, minat, nilai dan pencapaian mereka.
2.2. Menurut Issacson dan Brown (2000) bekas penagih ini mempunyai kelayakan
pekerjaan ataupun tahap pendidikan yang rendah. Keadaan ini mengurangkan
peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan (Shahnasarin, 2001). Mereka juga
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka
disebabkan tahap pendidikan mereka yang rendah (Kanfer, Wanberg & Kantrowitz,
2001).
2.3. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kefahaman tentang
pengurusan kerjaya kepada bekas penagih. Dalam menekan aspek utama program
kerjaya, program ini turut merangkumi submodul mengenai aspek kemahiran,
pengetahuan dan juga pendedahan selepas mereka dibebaskan dari Pusat Pemulihan
Dadah.

3. OBJEKTIF MODUL
Di akhir pelaksanaan modul ini, peserta akan memperoleh:-
3.1. Memahami tentang definisi kerjaya dan kerja serta kepentingannya.
3.2. Pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan mengenalpasti kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman dalam diri peserta.
3.3 Kesedaran tentang kesesuaian personaliti, minat, kelayakan, nilai pegangan diri dalam
pemilihan kerjaya.

2
4. KUMPULAN SASARAN
4.1. Kumpulan sasaran terdiri dari 100 orang klien:-
i. kumpulan 1 - 50 orang klien dari asrama Rosli Dhobi
ii. Kumpulan 2 - 50 orang klien dari asrama Rentap dan Sharif Masahor

5. PENDEKATAN TEORI PROGRAM KERJAYA


Program ini berasaskan kepada konsep teori perkembangan Donald Super. Unsur
yang paling mendasar dari teori Super ini ialah konsep diri atau gambaran diri
berkaitan dengan pekerjaan yang akan dilakukan dan di pegang oleh individu.
Gambaran diri ini merupakan suatu dorongan internal untuk menggalakkan
seseorang ke suatu bidang pekerjaan untuk mencapai kesuksesan dan merasakan
kepuasan tersendiri. Dengan gambaran diri ini, maka individu akan mewujudkan atau
mengekspreskan dirinya melalui sesuatu pekerjaan. Teori Donald Super ini
mempunyai 5 prinsip iaitu:
i. Setiap orang mempunyai potensi.
ii. Setiap orang mempunyai Konsep diri (Self concept).
iii. Pengembangan kerjaya adalah kehidupan panjang dan terdiri daripada lima
tahap utama kehidupan:-
- Growth (pertumbuhan),
- Exploration (penerokaan),
- Establishment (pengukuhan),
- Maintenance (pengekalan) and
- Disengagement (penurunan).
iv. Ada lima tahap berurutan iaitu seseorang mengenali diri sendiri sehingga ke
tahap mereka mula memasuki peralihan kerjaya.
v. Seseorang memainmkan peranan yang berbeza bersesuaian dengan kehidupan
mereka termasuk peranan mereka sebagai seorang pekerja.

Selain itu, Super turut menjelaskan bahawa dalam perkembangan kerjaya,


individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluannya, kebijaksanaan, minat,
nilai, sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan
sekolah. Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamumudin Hj. Ismail, 1997)
telah menekankan wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti
peringkat perkembangan, penerokaan, pemantapan, persaraan dan peringkat menurun.

3
Manakala, menurut Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (Zunker, 1986) yang
menyatakan empat faktor dalam proses pemilihan kerjaya iaitu:-

a. pengaruh baka dan kebolehan individu;

b. persekitaran;

c. pengalaman belajar dan

d. kemahiran menjalankan tugas.

Pengaruh baka dan kebolehan individu merupakan sifat yang diwarisi yang mungkin
membataskan peluang pekerjaan individu. Pengaruh persekitaran dan peristiwa dilihat
sebagai faktor yang selalunya di luar kawalan individu. Seperti banjir dan bencana
alam memberi kesan kepada kondisi ekonomi yang memberi kesan kepada kerjaya.
Pengalaman belajar meliputi alat-alat pengalaman dalam belajar dan yang mempunyai
hubungan dengan pengalaman berlajar.

Kemahiran dalam menjalankan tugas meliputi satu bentuk kemahiran individu


yang telah dibangunkan seperti kemahiran menyelesaikan masalah, tabiat kerja, set
minda, respon emosi dan kognatif. Faktor-faktor ini mampu membantu individu
mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, mengenalpasti kemahiran sendiri dan
menetapkan kebolehan individu dalam career-entry, contohnya dalam memilih
pekerjaan dan memilih pusat pengajian atau latihan yang bersesuaian.

Selain itu, pengkaji berpendapat personaliti menjadi satu perkara atau


persoalan yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu ingin melibatkan diri ke
dalam bidang pekerjaan. Setiap individu mempunyai kepuasan kendiri yang
tersendiri dalam bidang yang ingin diceburi. Ahli-ahli teori perkembangan kerjaya
berpendapat bahawa minat kerjaya, nilai pekerjaan, nilai keperluan dan ciri-ciri
personaliti seseorang itu dapat menentukan penglibatan, penumpuan, dan pengekalan
seseorang dalam sesuatu bidang pekerjaan dengan bermatlamatkan kepuasan kendiri
(Naqvi, 1968: 21 dalam Sidek Mohd Noah, 2005).

Juga, sejajar dengan Rangka Kerja Model Pembinaan Modul oleh Sidek dan
Jamaludin (2005), setiap intervensi dalam modul perlu melihat aspek kognitif
(pemikiran), emotif, dan tingkah laku klien di CCRC Kuching. Maka, Choice Theory

4
yang diasaskan oleh William Glasser (1960) diaplikasikan dalam pelaksaaan modul
ini.

Choice Theory mementingkan keupayaan klien untuk membuat pilihan yang


tepat dalam hidupnya bagi memenuhi keperluan psikologi iaitu rasa dipunyai, kuasa,
kebebasan, keseronokan dan keperluan meneruskan hidup (survival needs). Matlamat
Choice Theory ialah untuk membantu klien menggunakan cara yang lebih berkesan
berhadapan dengan realiti untuk mencapai matlamatnya. Disebabkan proses Choice
Theory adalah jelas dan berstruktur, terapi ini dilihat amat sesuai untuk diaplikasikan
dalam kaunseling kelompok.

Dalam pelaksanaan Choice Theory, konsep Wants, Doing and direction,


Evaluation and Plan and Action (WDEP) yang diperkenalkan oleh Wubbolding
(1991) menjadi panduan kepada prosedur-prosedur utama dalam proses intervensi.
Berikut adalah maksud singkatan WDEP:

Akronim Maksud

W Wants Meneroka kehendak, keperluan dan persepsi

D Doing and Direction Melihat tingkah laku dan arah tujuan tindakan

E Evaluation Menjalankan penilaian kendiri

P Plan and Action Merancang dan melaksanakan pelan tindakan

Pengkaji melihat setiap teori yang telah dinyatakan di atas penting sebagai
asas kepada setiap aktiviti mahupun latihan atau submodul yang dibina dalam modul
kali ini.

5
6. KAEDAH KURSUS
6.1 Tayangan Video
6.2 Aktiviti Individu (Ujian personaliti dan minat kerjaya)
6.3 Ceramah pendek Dan Sesi bimbingan Kelompok
Submodul 1: Kerja VS Kerjaya, Di manakah saya 1- Personaliti
i. Mengenalpasti personaliti diri

Submodul 2: Kerja VS Kerjaya, Di manakah saya 1 Kerjaya


i. Mengenalpasti kerjaya yang sesuai dengan diri

Submodul 3: My life journey


i. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam
membina kerjaya

Submodul 4: Kereta lama Vs Kereta Baru (WDEP)


i. Menetapkan matlamat kerjaya
ii. Mengenalpasti tindakan yang pernah di ambil
iii. Menyemak keberkesanan tindakan
iv. Membina pelan tindakan untuk mencapai matlamat kerjaya yang
baru

Submodul 5: Jalinan Kasih


i. Memberi motivasi untuk terus berjaya walaupun mempunyai kisah
silam yang kurang menarik.

7. SINOPSIS KURSUS
Pengkaji telah menghasilkan lima (5)submodul yang akan dijalankan dalam Modul ini
iaitu:-
Submodul 1: Kerja VS Kerjaya, Di manakah saya 1- Personaliti
Submodul 2: Kerja VS Kerjaya, Di manakah saya 1 - Kerjaya
Submodul 3: My life journey (Graf kehidupan dan analisa SWOT)
Submodul 4: Kereta lama Vs Kereta Baru (WDEP)
Submodul 5: Jalinan Kasih

6
8. MAKLUMAT PROGRAM
Hari : Selasa dan Khamis
Tarikh : 12 September dan 14 September 2017
Masa : 8:30 4:00 petang
Tempat : Bilik Syarahan, CCRC Kuching. Sarawak

9. TENTATIF PROGRAM
(Untuk Kumpulan 1:- Bertempat di Dewan Rasa Sayang)
Hari pertama/ Selasa Aktiviti
7.30 - 7.45 pagi - Sarapan Pagi
8.00 - 8.30 pagi - Pendaftaran Peserta/ Taklimat Program
8.30 - 9.30 pagi - Ice breaking
Pn. Maria Ak. Labang
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

9.30 - 10.30 pagi - Ceramah 1:-


Kerja Vs Kerjaya? Dimanakah saya?
Ujian Personaliti
Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Pn. Mastura Bt. Hj. Arifin
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

10.30 - 11.30 pagi - Ceramah 2:-


Kerja Vs Kerjaya? Dimanakah saya?
Ujian Minat Kerjaya
Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Pn. Siong Ai Chen
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

11.30 - 12.00 tengahari - Makan tengahari


12.00 - 14.00 petang - Rehat dan Solat
14.00 - 15.30 petang - Kelompok Kecil 1:-
Tajuk My life Journey
15.30 - 16.00 petang - Kelompok Besar 1:-
Rumusan/ debriefing
16.00 petang - Bersurai/ solat

7
Hari Kedua/ Khamis Aktiviti
7.30 - 8.00 pagi - Sarapan Pagi
8.00 - 8.30 pagi - Energy Booster
Pn. Maria
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

8.30 - 10.00 pagi - Kelompok Kecil 2:-


Saya yang dulu Vs Akan datang (KERJAYA)
Wants, Doing and Direction, Evaluate

10.00 - 11.30 pagi - Kelompok Kecil 3:-


Kerta lama Vs Kereta Baru
(Perancangan saya, Planning)

11.30 - 12.00 tengahari - Makan tengahari


12.00 - 14.00 petang - Rehat dan Solat
14.00 - 15.30 petang - Kelompok Besar 2:-
Jalinan Kasih
Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Pn. Chong Siew Kian
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

15.30 - 16.00 petang - Refleksi


Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Pn. Rahdiah Bt. Chen
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

16.00 petang - Majlis Penutupan


- Bersurai

8
(Untuk Kumpulan 2:- Bertempat di Dewan Semarak Kasih)
Hari pertama/ Selasa Aktiviti
7.30 - 7.45 pagi - Sarapan Pagi
8.00 - 8.30 pagi - Pendaftaran Peserta/ Taklimat Program
8.30 - 9.30 pagi - Ice breaking
Cik Rachael dan Cik Fiona
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

9.30 - 10.30 pagi - Ceramah 1:-


Kerja Vs Kerjaya? Dimanakah saya?
Ujian Personaliti
Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Cik Felicity Ak. Sukui
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

10.30 - 11.30 pagi - Ceramah 2:-


Kerja Vs Kerjaya? Dimanakah saya?
Ujian Minat Kerjaya
Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Cik Suria Bt. Ibrahim
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

11.30 - 12.00 tengahari - Makan tengahari


12.00 - 14.00 petang - Rehat dan Solat
14.00 - 15.30 petang - Kelompok Kecil 1:-
Tajuk My life Journey
15.30 - 16.00 petang - Kelompok Besar 1:-
Rumusan/ debriefing
16.00 petang - Bersurai/ solat

9
Hari Kedua/ Khamis Aktiviti
7.30 - 8.00 pagi - Sarapan Pagi
8.00 - 8.30 pagi - Energy Booster
Cik Rachael dan Cik Fiona
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

8.30 - 10.00 pagi - Kelompok Kecil 2:-


Saya yang dulu Vs Akan datang (KERJAYA)
Wants, Doing and Direction, Evaluate

10.00 - 11.30 pagi - Kelompok Kecil 3:-


Kerta lama Vs Kereta Baru
(Perancangan saya, Planning)

11.30 - 12.00 tengahari - Makan tengahari


12.00 - 14.00 petang - Rehat dan Solat
14.00 - 15.30 petang - Kelompok Besar 2:-
Jalinan Kasih
Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Pn. Saravina binti Faizal
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

15.30 - 16.00 petang - Refleksi


Disampaikan oleh Kaunselor Pelatih
Pn. Saravina binti Faizal
Pelajar Sarjana Sains Kaunselling
Universiti Malaysia Sarawak

16.00 petang - Majlis Penutupan


- Bersurai

10. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Encik Merikan Aren

Pengarah : Maria Anak Labang (16030352)

Setiausaha : Mastura Binti Haji Arifin (16030420)

AJK Modul : Saravina Binti Faizal(16030348)

10
Senarai Fasilitator

No Nama No Matrik
1 Felicity Ak. Sukui 16030372
2 Suria Binti Ibrahim 16030399
3 Racheal Entayang Kudang 16030416
4 Fiona Perena Ak.Endang 16030417
5 Chong Siew Kian 16030353
6 Siong Ai Chen 16030347
7 Nor Radhiah Binti Chee 16030375
8 Helen Ak. Thomas 16030345

11. ANGGARAN PERBELANJAAN


Anggaran perbelanjaan bagi program tersebut adalah seperti berikut:-

BIL PERKARA JUMLAH


1. Menyediakan perkhidmatan makan minum untuk fasilitator
- Makan tengahari 10 orang x RM9.00 x 2 hari RM180.00
Jumlah keseluruhan RM180.00

12. SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN


BIL. JENIS PERALATAN KUANTITI TINDAKAN
1. Pen/pensel 2 kotak CCRC Kuching

2. Pemadam 4 set CCRC Kuching

3. Kertas A4 2 rim CCRC Kuching


4. Magic pen/Marker pen Sekotak CCRC Kuching
(biru, hitam dan merah)
5. Papan Putih 1 CCRC Kuching

6. Air minuman 4 kotak CCRC Kuching


7. Air Kotak 1 kotak CCRC Kuching
8. LCD 1 CCRC Kuching
9. Speker 1 CCRC Kuching

10. Kertas Majong 10 helai CCRC Kuching

11
11. Bullet Staples 2 kotak CCRC Kuching

13. IMPAK YANG DIHARAPKAN


13.1. Memberikan kesedaran kepada peserta tentang pentingnya kerjaya demi mencegah
berlakunya relapse. Yang mana terdapat tiga peringkat asas dalam merancang
kerjaya telah dinyatakan oleh Harris-Bowlsbery, Spivack & Lisansky (1983) dalam
(Mansor, N., 2012).
a) Mendapatkan kefahaman berkaitan diri sendiri; Individu mendapatkan
maklumat tentang diri sendiri yang meliputi cara dia membuat keputusan,
matlamat pribadi, konsep kendiri, kemahiran dan pengalaman.
b) Mendapatkan kefahaman berkaitan kemahiran persekitaran di mana dia hidup:
Individu mendapat maklumat berkaitan persekitarannya yang meliputi
kefahaman tentang organisasi dunia kerjaya, pilihan-pilihan kerjaya dan
maklumat tentang kerjaya tersebut.
c) Mengintegrasikan antars maklumat diri dan maklumat berkaitan dunia
pekerjaan: Individu akan mengabungkan kedua-kedua maklumat yang
diperolehi tentang diri sendiri dan dunia pekerjaan untuk membuat keputusan
yang tepat dan seterusnya mengambil tindakan untuk melaksanakan
keputusannya.

13.2. Peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan diharap dapat digunakan
selepas dibebaskan dari menjalani rawatan dan pemulihan di CCRC Kuching.
13.3. Memberi pengukuhan dalaman diri supaya peserta dapat bekerja dalam bidang yang
mereka minati. Ini memberi ilmu supaya peserta boleh membuat perancangan
sebenar bagaiman apeserta itu bersedia menghadapi hidupnya bagi mencapai
kejayaan dan kegagalan membuat perancangan akan menyebabkan klien terlibat
semula dengan penagihan dadah (Mansor, N., 2012).

14 PENUTUP

Pihak kami berharap agar program ini mendapat sokongan dan kebenaran daripada
pihak tuan/puan supaya dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
Sehubungan itu, kerjasama dan bantuan daripada semua pihak adalah amat dialu-
alukan demi menjayakan program ini.

12
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(Mastura Binti Haji Arifin)


Setiausaha,
Program kerjaya
"Titian Harapan Melalui Potensi Diri"
Siri 2/2017.

Disokong oleh,

.
Encik Merikan Aren
Penasihat,
Program kerjaya
"Ke Mana Langkah Diriku Selepas Ini"
Siri 2/2017.

13