Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Penghargaan

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana berkat limpah dan kurnianya saya telah pun berjaya

menyiapkan sebuah kemeja bagi pentaksiran amali atau tugasan projek bagi kursus Ekonomi

Rumah Tangga Dan Pertanian. Walaupun kemeja yang telah saya siapkan tidaklah

menunjukkan kualiti setanding dengan item di pasaran namum ilmu yg telah saya peroleh dari

pengalaman ini telah mengajar saya akan erti nilai kesabaran hal ini kerana proses pembuatan

baju memerlukan pemerhatian yang halus. Walaubagaimanapun, kejayaan ini tidak akan

tercapai sekiranya tiada tunjuk ajar yang menyeluruh dari pensyarah kami Puan Norini dan

Puan Sazila dengan itu ribuan terima kasih saya ucapkan atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang

telah diberikan. Segala ilmu yang telah diberikan dapat dipraktikkan oleh saya untuk dan akan

saya gunakan sebagai panduan dalam hal yang berkaitan, insyallah.


2.0 Refleksi Kendiri

Walaupun saya pernah mencuba aktiviti menjahit semasa bersekolah, namun itu

sekadar menjahit lencana serta membaiki pakaian yang koyak. Namun tidak pernah

bagi saya untuk mencuba menyiapkan sebuah pakaian atau baju yang lengkap. Oleh itu

bagi saya tugasan ini merupakan suatu cabaran baru bagi saya.

Untuk menyiapkan sepasang baju bukanlah suatu tugas yang mudah, banyak

langkah-langkah yang teliti yang perlu dilaksanan bermula daripada proses

menyediakan pola , menyediakan kain atau bahagian-bahagian baju serta yang terakhir

sekali proses menjahit itu sendiri. Melalui tunjuk ajar daripada Puan Sazila saya telah

diperkenalkan dengan beberapa jenis kain yang bersesuaian untuk membuat pakaian.

Terdapat pelbagai jenis material yang digunakan untuk membuat pakaian pada masa

kini. Antaranya ialah, cotton, nylon, polyester dan sebagainya. Material-material ini

digunakan untuk membuat pakaian mengikut kesesuainnya. Kami turut menjalankan

satu eksperimen untuk mengkaji kadar pembakaran jenis-jenis kain tersebut.

Setelah mengenal jenis-jenis kain, kami teruskan dengan proses mengukur

dimana proses pengukuran amatlah penting dalam proses membuat baju. Dari

ukuranlah sehelai baju dapat dianggarkan jumlah penggunaan kain yang akan

digunakan pada proses seterusnya.

Setelah mendapat ukuran yang diperlukan untuk mebuat sehelai baju, proses

membuat pola adalah langkah seterusnya. Pola baju adalah salah satu bentuk blueprint

kepada sehelai baju. Daripada pola baju ini, kita dapat melihat bentuk baju dan

bahagian yang boleh diperbetulkan supaya dapat menjadikan sehelai baju yang

sempurna. Namun dalam proses membuat pola baju ini, ia agak rumit dimana bahagian-

bahgaian ini bukanlah dalam bentuk satu. Ianya terbahagi mengikut bahagiannya seperti
lengan, depan baju, belakang baju, dan kolar. Dalam proses membuat pola ini bahan

yang digunakan ialah kertas minyak kerana kertas minyak ini agak tahan berbanding

kertas mahjung.

Seterunya ialah proses menggunting fabrik mengikut pola baju yang telah

disediakan. Proses ini tidak mengambil masa yang lama. Kemudian, proses

memindahkan pola pakaian keatas baju. Semasa proses ini, saya turut mengalami

sedikit permasalahan dimana saya tersilap meletak pola di bahagian lipatan kain yang

salah. Namun mujur kesilapan saya ini berjaya dikenalpasti oleh Puan Norini, beliau

dengan segera datang membantu saya dengan mengalihkan terapan kertas pola pada

bahagian kain yang betul. Walaubagaimana pun saya terpaksa mengadaptasi bahagian

kain belakang baju yang mana saya terpaksa memendekkan sedikit ukuran pada labuh

baju.

Dalam proses memindahkan pola keatas fabric, penyurih dan kertas karbon

menjadi bahan yang penting untuk mendapat pola yang betul. Pemilihan warna karbon

mestilah bertentangan dengan warna fabric yang kita gunakan untuk menampakkan

kesannya nanti. Tugas ini agak rumit oleh disebakan saya menggunakan fabric yang

gelap dan kertas karbon yang kurang melekap kepada permukaan fabric. Jadi, untuk

menjadikan warna karbon lekap dengan elok, penyurihan perlu diulang-ulang dalam

satu pergerakan.Walaupun proses ini merumitkan, semangat untuk melihat hasilnya

menyebabkan saya berusaha menyiapkannya.

Seterusnya adalah proses yang paling rumit bagi saya dimana proses

mencantumkan bahagian-bahagian ini. Pelbagai kaedah menjahit telah diterangkan,

namun proses menjahit adalah sesuatu yang sangat rumit. Langkah pertama adalah

menjahit bahagian depan dan belakang baju. Walaupun menggunakan mesin, dan pola
juga telah diturap atas permukaan fabric. Proses menjahit saya juga tetap bengkang

bengkok. Namun disebabkan rakan-rakan dan juga pensyarah banyak memberi tunjuk

ajar. Banyak yang telah diperbetulkan. Seterusnya adalah proses yang paling rumit

dalam jahitan ini bagi saya, proses menyambung lengan baju kepada baju. Bahagian ini

saja telah mengambil masa berjam-jam lamanya untuk mendapatkan hasil yang

memuaskan. Hal ini kerana bahagian bukaan lenngan yang saya sediakan agak lari

daripada saiz yang saya tetapkan. Permasalahan ini telah membuatkan saya terpak sa

membuat potongan dari bahagian lengan tersebut supaya ia dapat memberi kemasan

yang sewajarnya pada jahitan saya. Dalam proses menyambung bahagian ini, kelim

belah kangkung telah digunakan kerana ia mudah bagi penjahit baru belajar. Proses

menjahit lengan ini sangat rumit sehingga hampir 7 kali saya terpaksa menetas jahitan

disebabkan oleh salah jahit dan tertindih jahitan.

Selain itu, saya juga banyak salah dalam menyambung kolar kerana setiap kali

ingin menjahit sesuatu bahagian, bahagian luar atau dalam kain perlu berwaspada

kerana disebabkan kelalaian, saya tersilap menjahit kolar dan menyebabkan bahagian

kelim belah kangkung keluar ke bahagian luar baju. Proses ini diulang sebanyak dua kali

untuk menjadikan ia sempurna. Selepas itu, proses yang saya mengalami masalah ialah

semasa membuat jahitan silang pangkah yang menyebabkan saya hampir putus asa

untuk menjahitnya.walaupun proses ini sangat rumit, saya bersabar dan perlu

selesaikannya. Setelah proses menyambung selesai proses membuat kelepet pada

setiap bahagian perlu dibuat seperti pada hujung labuh baju, hujung lengan baju. Pada

hujung lengan baju juga menjadi masalah kepada saya untuk membuat kelepet, dimana

bahagian ni sering tertindih dan perlu ditetas semula. Selain itu, jahitan silang pangkah

untuk melekatkan bahagian butang dgn bahagian baju juga rumit. Tanpa pensyarah

saya, mungkin jahitan itu mengambil masa berhari-hari untuk siap kerana ia agak
mengelirukan. Setelah selesai bahagian butang, percantuman dan kelepet baju. Maka

terhasillah baju kemeja yang memuaskan hati. Perasaan yang amat gembira kerana

saya tidak pernah menjahit dan pada kali ini saya telah berjaya menghasilkan sehelai

baju.

Dengan jujur disini saya amatlah berbangga dengan pencapaian ini kerana inilah

baju pertama yang pernah hasilkan sendiri. Walaupun ianya tidaklah sempurna seperti

baju yang telah tersedia di pasaran, namum bagi saya pengalaman yang saya dapat

dalam proses pembuatan ini amatlah berguna dan sememangnya boleh dipraktikan

pada masa hadapan. Perkara terakhir yang saya ingin selitkan disini ialah, melalui

tugasan ini juga, saya sedikit sebanyak dapat memahami akan penat lelah bagi seorang

pereka atau penjahit pakaian dimana kesabaran dan ketelitian amatlah penting kerana

untuk menghasilkan sebuah baju yang sempurna amatlah sukar. Oleh itu tatkala pergi

menempah pakain pada mana-mana tukang jahit, pertimbangkanlah hasil usaha yang

terpaksa mereka lakukan semata-mata memenuhi kehendak pelanggan, jadi sekiranya

kita yang melanggan, perlulah memahami situasi mereka dan janganlan mudah

berburuk sangka apabila kadar upah yang ditetapkan adalah tinggi di pandangan kita.

Sekian.