Anda di halaman 1dari 3

AIDS merupakan peringkat lanjutan bagi jangkitan HIV.

Perkembangan penyakit ini melalui beberapa fasa:

Fasa 1: Bermula dengan HIV menjangkiti seseorang individu.

Fasa 2: Virus terus membiak tetapi pesakit masih tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala
yang tertentu.

Fasa 3: Membiak dan berkembang membawa kepada kewujudan beberapa tanda dan gejala yang memburukkan
lagi mekanisme pertahanan tubuh.

Fasa 4: Pesakit mula mengalami penyakit-penyakit yang jarang berlaku yang digelar infeksi oportunistik
seperti Pneumocystis Carinii Pneumonia dan kanser termasuk Sarkoma Kaposi.

Fasa 5: Pesakit tersebut disahkan sebagai pesakit AIDS. Di dalam fasa ini, mekanisme pertahanan mengalami
kemusnahan yang teruk dan sudah tidak mampu lagi untuk melawan serangan bakteria, virus dan kuman-kuman
lain.

- See more at: http://www.primedic.com.my/apa-itu-hiv/#sthash.nuhNtFFR.dpuf

PENYEBARAN HIV DAN AIDS

Fakta mengenai HIV :

1. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.


2. HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.
3. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara.
4. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau
udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

Pendermaan darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah disteril
dan hanya digunakan sekali sahaja. Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah
yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi HIV. Antibodi HIV
adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap
jangkitan virus HIV.
Berjabat tangan, berpelukan, bersentuhan dan berciuman ringan.
Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.
Berkongsi makanan.
Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit HIV kerana virus HIV tidak boleh
hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh
virus HIV.
Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur.
Bersin, batuk, air peluh atau air kencing.
Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.
Menjaga seseorang yang positif HIV.

- See more at: http://www.primedic.com.my/apa-itu-hiv/#sthash.nuhNtFFR.dpuf

Ujian Antibodi HIV

Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah
sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang
menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku.
Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di
peringkat awal jangkitan. Bila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi
semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena
jangkitan, walaupun bagi sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam darah dapat dikesan seawal 2
minggu atau secara puratanya 25 hari selepas jangkitan. Bagi sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat
dikesan dalam darah setelah 3 bulan. Jika keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah negatif maka anda perlu
membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh
mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Jadi 2 ujian
setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan
di dalam contoh darah yang diuji. Namun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas daripada HIV.
Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil window period) dimana antibodi HIV tidak dapat
dikesan didalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak
dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil Window
Period. Jadi sepatutnya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali
lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status
anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.

Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian
darah ini tidak sia-sia.
Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak
semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu
mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan
hayatnya.

- See more at: http://www.primedic.com.my/apa-itu-hiv/#sthash.nuhNtFFR.dpuf

RAWATAN PENYAKIT HIV/AIDS

Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV/AIDS. Walaubagaimanapun terdapat ubat dan
rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini.

1. Ubat ubatan : melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami
oleh pesakit seperti ubat antiretrovirus yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah
HIV.

2. Kaunseling, : membantu klien memulihkan dan menggerakkan klien ke arah pertumbuhan diri
yang lebih baik.

3. Makanan berkhasiat : Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat
yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan, malserapan nutrien,
penurunan sistem imun dan susut badan.

4. Senaman

- See more at: http://www.primedic.com.my/apa-itu-hiv/#sthash.nuhNtFFR.dpuf