Anda di halaman 1dari 6

BerceritaKisah Dari Al-Quran MTQSS KPM 2015

TAJUK 3 (L): PEMBUNUHAN PERTAMA DI DUNIA

Terima Kasih peneraju acara, para hakim yang bijak berkarisma, guru-guru,
rakan-rakan,seterusnya hadirin yang dimuliakan.

Dengarlah semua...ceritasaya.

Kisah Pembunuhan Pertama Di Dunia

Qabil dan Iqlima kembar sulung,


Habil pula pasangannya Labuda,
Zuriat kurniaan Yang MahaAgung,
Pasangan istimewa Adam dan Hawa [Pantun]

Qabil merupakan seorang petani yang tamak dan bakhil .Manakala Habil
pula seorang penternak yang berhati mulia.

Hadiri sekalian,

Bertani dan menternak adalah sumber rezeki mereka sekeluarga.Firman Allah


dalam surah Al-Jumuahayat 10.

Maksudnya: Bertebaranlah kamu di muka bumi mencari rezeki Allah

Kawan-kawan,

Pertanian dan penternakan adalah pekerjaan mulia.Pelancaran Inovasi MAHA


2014 membuktikan Malaysia komited dalam meningkatkan produktiviti
pertanian.

Hadzsah11 MukaSurat1
BerceritaKisah Dari Al-Quran MTQSS KPM 2015

2. Hadirin Sekalian.

Tibalah masanya.....dewasalah mereka,


Keinginan berumahtangga....mulai terasa Nasyid: Di pondokkecil

Allah telah mengilhamkan kepada Nabi Adam agar melaksanakan


perkahwinan bersilang iaitu Qabil dijodohkan dengan Labuda.Manakala Habil
pula dengan Iqlima.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 3:

Maksudnya: Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamusenangi, dua,


tiga atau empat.

Rakan-rakan,

Pensyariatan perkahwinan adalah untuk mengembangkan keturunan dan


melengkapi kehidupan manusia.Majlis perkahwinan beramai-ramai Mega Sri
Pengantin 2014 merupakan satu usaha murni yang dianjurkan oleh pihak
Jakim.

Hadzsah11 MukaSurat2
BerceritaKisah Dari Al-Quran MTQSS KPM 2015

3. Hadirin Budiman,

Qabil membantah .Tidak setuju dengan keputusan ayahandanya. Nak tahu


kenapa?

Ha...kerana beliau sukakan kembarnya. Bukan Labuda yang tidak secantik


Iqlima.

Kawan-kawan nak tahu....

Qabil dan Habil telah diperintahkan


Korbankan tanaman dan haiwan ternakan,
Hikmah Ilahi uji keimanan,
Tentukan pasangan Iqlima rupawan.

Habil telah mengorbankan kambing yang gemuk dan terbaik. Sedangkan


Qabil memilih buah-buahan yang tidak elok dan hamper busuk.

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 27.

Maksudnya: Ketika keduanya anak Adam mempersembahkan korban lalu


diterima seorang dari mereka.

Jelas, Allah menerima korban Habii. Maka dialah yang berhak mengahwini
Iqlima.

Kawan-kawan,

Hadzsah11 MukaSurat3
BerceritaKisah Dari Al-Quran MTQSS KPM 2015

Berjuanglah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Bantuan


kemanusian kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini adalah satu
usaha yang murni.

4. Hadirin yang dimuliakan,

Dendam Qabil semakin membara.

Qabil lambing kedegilan,


Kesombongan insan,
Di dadanyairi, penuh dengki,
Di hatinya penuh benci [Sajak]

Sesungguhnya aku akan membunuhmu .Ujar Qabil kepada adiknya Habil.

Maka...berlakulah pembunuhan pertama di dunia.

Qabil mula gelisah, menyesal...takut...


Diusung mayat adiknya kesana...kemari...tanpa haluan
Tidaktahu...apa yang perlu dilakukan.

Dengan kuasa Allah sebagimana tercatat dalam kalamNya:

Maksudnya: Kemudian Allah mengutuskan seekor burung gagak yang


menggali tanah untuk menunjukkan kepadanya bagaimana menguburkan
mayat saudaranya.

Hadzsah11 MukaSurat4
BerceritaKisah Dari Al-Quran MTQSS KPM 2015

[Surah al-Maidah ayat 31]

Ya kawan-kawan,

Menyempurnakan jenazah adalah satu kewajiban. Begitulah baru-baru ini kita


telah dikejutkan dengan kematian mantan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru
Nik Abdul Aziz.Jenazahnya telah disempurnakan oleh ribuan umat Islam.

5. Begitulah hadirin dan hadirat sekalian,

Habil dikebumikan .Pengkebumian pertama manusia di dunia. Benarlah kalam


Ar-Rahman.


Maksudnya: Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam.

[Surah al-Isra ayat 70]

Sesal dahulu pendapatan,


Sesal kemudian tiada gunanya
Kisah inijadikan teladan,
Ambil iktibar sebagai panduan Nasyid: Kasih Kekasih

Ingatlah semua setiap yang berlaku ada hikmahnya. Wallahualam.

Sekian.


Tarikh Masa Catatan Masa T.Tangan

Hadzsah11 MukaSurat5
BerceritaKisah Dari Al-Quran MTQSS KPM 2015

Hadzsah11 MukaSurat6

Anda mungkin juga menyukai