Anda di halaman 1dari 15

PERSAMAAN PANDUAN

LINEAR PENGAJARAN

Objektif
Menyelesaikan persamaan linear serentak dalam dua pemboleh ubah.

Mengenal pasti dan menulis persamaan serentak yang memodelkan situasi yang diberi.

Tempoh Pembelajaran
80 minit

Istilah Baharu
Kaedah Penggantian, Kaedah Penghapusan dan Kaedah Graf

Penekanan
Proses Matematik, model 5E (Engage(Penglibatan), Explore(Penerokaan),
Explain(Penerangan), Extend(Pengayaan), Evaluate(Penilaian)), inkuiri, aplikasi kehidupan
sebenar, kemahiran berfikir aras tinggi.

Pengajaran tentang Persamaan Linear Serentak


Kemahiran menyelesaikan persamaan linear serentak adalah amat penting kerana
pelbagai situasi harian dapat dimodel menggunakan persamaan linear serentak.
Keupayaan menyelesaikan persamaan linear serentak sangat penting kerana ia
adalah asas kepada kemahiran penyelesaian persamaan serentak yang lebih
kompleks di peringkat yang lebih tinggi seperti masalah yang melibatkan:
(a) dua persamaan linear dalam tiga pemboleh ubah; dan
(b) satu persamaan linear dan satu persamaan tak linear.

Pengetahuan dan Kemahiran Persamaan Linear Serentak di


Peringkat Sekolah Rendah
Pengetahuan tentang persamaan linear serentak tidak termasuk dalam silbus Matematik
di peringkat sekolah rendah.

Pengetahuan dan Kemahiran Persamaan Linear Serentak di


Peringkat Sekolah Menengah

PERSAMAAN LINEAR 2
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Persamaan linear serentak adalah suatu elemen baru di peringkat sekolah menengah dan
hanya mula diperkenalkan kepada murid semasa di Tingkatan 3. Justeru, bagi murid
Tingkatan 1 dan 2, topik berkaitan persamaan linear serentak adalah sesuatu yang agak
asing. Walaubagaimanapun, murid telah diperkenalkan kepada cara untuk
menyelesaikan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah semasa di Tingkatan 2.

Persamaan linear serentak perlu diberi penekanan sebagai persediaan murid untuk
menduduki TIMSS dan PISA. Murid perlu diberi pendedahan tentang permodelan situasi
harian menggunakan persamaan linear serentak, bermula dari situasi yang mudah
kepada situasi yang lebih kompleks. Ini penting kerana pelbagai masalah situasi harian
dapat diselesaikan dengan menggunakan persamaan linear serentak. Semasa
menyelesaikan sesuatu masalah, murid perlu faham dan berupaya untuk menjelaskan
langkah yang diambil dan mengapa mereka mengambil langkah tersebut.

Pelbagai kaedah penyelesaian persamaan serentak, seperti kaedah penggantian,


penghapusan dan graf perlu didedahkan kepada murid. Kaedah graf didedahkan bagi
membolehkan murid memperoleh kefahaman secara visual dan memahami makna
jawapan yang diperoleh. Murid perlu dilatih untuk memilih kaedah yang sesuai
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di samping memastikan murid
menguasai kemahiran menyelesaikan persamaan serentak, murid juga perlu memahami
bahawa penyelesaian persamaan serentak ialah titik persilangan bagi kedua-dua graf
yang mewakili persamaan serentak tersebut.

PERSAMAAN LINEAR 3
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Slaid 3 - 4

Domain Kognitif: Pengetahuan


Mulakan pengajaran dengan menayangkan video bagi menarik minat murid
terhadap topik yang akan dipelajari serta membolehkan murid membuat perkaitan
antara konsep yang dipelajari dengan situasi sebenar.

Seterusnya rangsang minda murid untuk berfikir tentang maksud menyelesaikan


persamaan serentak dengan lebih mendalam dan bermakna. Beri penekanan
bahawa penyelesaian persamaan serentak ialah nilai-nilai yang memenuhi kedua-
dua persamaan. Bincangkan maksud memenuhi kedua-dua persamaan.

Slaid 5 - 7

Domain Kognitif: Menganalisa


Minta murid menyelidik dan membuat kesimpulan tentang apakah yang mereka
peroleh apabila nilai x = 3 dan y = 1 dimasukkan ke dalam kedua-dua persamaan
yang diberi. Murid perlu dapat menyatakan bahawa nilai kedua-dua belah

PERSAMAAN LINEAR 4
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
persamaan adalah sama. Tegaskan konsep kesamaan dan memenuhi persamaan
kepada murid. Guru mungkin boleh memberikan nilai-nilai yang lain yang bukan
penyelesaian bagi membolehkan murid melihat perbezaan.

Galakkan murid untuk melukis persamaan yang diberi menggunakan perisian


Matematik seperti Geometers Sketchpad, jika ada, atau lain-lain atau guru juga
boleh membuat demonstrasi.

Minta murid menerangkan hubungan antara nilai x = 3 dan y = 1 dengan kedua-dua


persamaan tersebut. Murid perlu dapat menyatakan bahawa nilai x = 3 dan y = 1
masing-masing ialah nilai koordinat x dan koordinat y bagi titik persilangan antara
kedua-dua persamaan.

Sekiranya perlu minta murid meneroka persamaan serentak yang lain.

Slaid 8 - 9

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa


Rangsang pemikiran murid dengan bertanyakan cara menyelesaikan persamaan
linear serentak dengan dua pemboleh ubah yang diberikan. Bincangkan juga kaedah
cuba jaya sekiranya perlu.

Terangkan kepada murid bahawa terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan
untuk menyelesaikan persamaan linear serentak, antaranya ialah kaedah
penggantian dan kaedah penghapusan.

Seterusnya bincangkan penyelesaian persamaan serentak tersebut dengan


menggunakan kaedah penggantian. Murid perlu menjelaskan setiap langkah yang
diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bimbing murid sekiranya perlu.

Setelah murid memperoleh jawapan, minta mereka menjelaskan bagaimana mereka


tahu bahawa jawapan tersebut adalah betul. Tegaskan bahawa mereka perlu
menyemak semula jawapan yang diperoleh bagi memastikan jawapan tersebut
adalah betul. Dapatkan pandangan mereka bagaimana untuk menyemak.

PERSAMAAN LINEAR 5
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
Kemukakan soalan yang mencabar pemikiran mereka.

Bagi meningkatkan kefahaman murid, minta murid menyatakan sama ada


persamaan y dalam sebutan x, iaitu y = x 3 boleh digunakan bagi menyelesaikan
persamaan serentak tersebut. Murid juga perlu menyatakan sama ada jawapan yang
diperoleh adalah sama.

Slaid 10 - 11

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bincangkan dan dapatkan pandangan murid tentang langkah yang perlu mereka
ambil sekiranya kaedah penghapusan digunakan untuk menyelesaikan persamaan
serentak tersebut.

Seterusnya, bincang dan bimbing murid menyelesaikan persamaan serentak tersebut


dengan menggunakan kaedah penghapusan. Murid perlu dapat menjelaskan setiap
langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Slaid 12 - 13

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul

Gunakan kaedah graf bagi memberikan gambaran visual yang jelas serta membentuk
kefahaman yang lebih mendalam dan bermakna tentang penyelesaian persamaan
serentak.

PERSAMAAN LINEAR 6
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Terangkan kepada murid bahawa kaedah graf juga boleh digunakan untuk
menyelesaikan persamaan serentak.

Murid boleh diminta melukis kedua-dua garis lurus tersebut secara manual dengan
mencari dua titik dan kemudian menyambungkan titik-titik tersebut. Murid juga
boleh melukis kedua-dua garis lurus tersebut dengan menggunakan perisian
komputer seperti GSP dan GeoGebra.

Minta murid menyatakan perkaitan antara penyelesaian persamaan serentak


tersebut dengan titik persilangan bagi dua garis tersebut. Murid perlu dapat
menyatakan bahawa penyelesaian bagi persamaan serentak adalah koordinat bagi
titik persilangan antara dua garis lurus tersebut.

Slaid 14 - 15

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan atau secara berpasangan.

Minta sebahagian kumpulan menyelesaikan persamaan serentak yang diberi dengan


menggunakan kaedah penggantian dan sebahagian kumpulan lagi menggunakan
kaedah penghapusan.

Seterusnya, bincangkan dan minta murid membandingkan kaedah yang digunakan


dan membuat kesimpulan tentang kesesuaian kaedah dengan persamaan yang
diberikan.

Murid perlu faham bahawa sebarang kaedah yang digunakan akan menghasilkan
jawapan yang sama. Walau bagaimanapun, bergantung kepada persamaan yang
diberi, kaedah yang lebih baik dapat digunakan. Bincangkan situasi yang berkaitan.

Slaid 16

PERSAMAAN LINEAR 7
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bimbing murid menyelesaikan persamaan serentak yang dibentuk daripada
maklumat yang diberi. Murid perlu dapat memberikan sebab bagi setiap langkah
yang diambil.

Galakkan murid untuk berbincang dengan rakan dan membentangkan jawapan


mereka.

Jawapan:

3x + y = 19
x + 3y = 1

+ ,
4x + 4y = 20

Bahagi dengan 4,
x+y=5

Darab dengan 2013,


2013x + 2013y = 10 065

Slaid 17 - 22

PERSAMAAN LINEAR 8
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Bagi meningkatkan kefahaman murid, bincangkan satu persatu langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menyelesaikan persamaan serentak yang diberi. Guru
tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada slaid yang ada, sebaliknya
perbincangan dilakukan mengikut kesesuaian dan keperluan murid.

Oleh sebab sebahagian murid mungkin menghadapi kesukaran untuk membentuk


persamaan dalam ayat matematik, maka galakkan mereka untuk menulis terlebih
dahulu persamaan dalam bentuk pernyataan.

Pastikan murid dapat memahami dan menyatakan alasan bagi langkah yang
diambil.

Pastikan juga murid dapat menerangkan maksud jawapan yang mereka perolehi,
iaitu d = 56 bermaksud bilangan tiket terjual bagi orang dewasa ialah 56 keping,
manakala k = 44 bermaksud bilangan tiket terjual bagi kanak-kanak ialah 44 keping.

Slaid 23 - 34

PERSAMAAN LINEAR 9
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Paparkan video yang diberi bagi menekankan penggunaan persamaan linear
serentak dalam kehidupan seharian.

Seterusnya minta murid meneliti masalah yang diberi.

Oleh sebab soalan ini memerlukan jalan penyelesaian yang agak panjang, maka
guru boleh membentuk beberapa kumpulan murid dan melaksanakan
pembelajaran koperatif. Sebahagian kumpulan boleh diminta untuk menyelesaikan
soalan bagi pakej A dan sebahagian lagi menyelesaikan soalan bagi pakej B.

Setelah menyelesaikan soalan bagi pakej A dan pakej B, minta mereka


membentangkan dapatan di hadapan kelas. Murid perlu menyatakan alasan bagi
langkah penyelesaian yang diambil.

Bagi meningkatkan kefahaman murid, perbincangan terperinci boleh dilakukan


dengan menggunakan slaid jawapan yang disediakan. Namun begitu, sekiranya
murid telah dapat menyelesaikan masalah tersebut, slaid jawapan mungkin tidak
perlu dipaparkan.

Slaid 35

PERSAMAAN LINEAR 10
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Minta murid meneliti situasi yang diberi dan menyatakan sama ada mereka setuju
dengan persamaan yang ditulis oleh Ganesh. Murid perlu menyatakan alasan
mereka.

Bimbing murid untuk memahami situasi yang diberi. Murid perlu tahu bahawa
persamaan 1 yang betul ialah a = b + 9. Ini kerana, pada soalan dinyatakan:
kumpulan A mengumpul 9 mata lebih daripada Kumpulan B.

Seterusnya, minta murid menyatakan pernyataan yang sesuai bagi persamaan a + b


3 9, iaitu kumpulan A mengumpul mata 9 kali lebih daripada kumpulan B.

Pastikan murid dapat membezakan antara kedua-dua pernyataan tersebut dan


perbezaan persamaan yang mewakili kedua-duanya.

Slaid 36 - 37

Domain Kognitif: Menganalisa/Menaakul


Minta murid menyelesaikan masalah yang diberi secara berkumpulan dan
membentangkan jawapan mereka.

Contoh Jawapan:

Katakan y = jumlah sewa untuk x bulan


Pangsapuri Idaman: y = 800x + 1000

PERSAMAAN LINEAR 11
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN
Pangsapuri Kencana: y = 850x + 850

y = 800x + 1000 ...


y = 850x + 850 ...

Samakan dan ,

800x + 1000 = 850x + 850

850x 800x = 1000 850

50x 150x
=
50 50
x=3

Untuk sewa selama 1 atau 2 bulan, Pangsapuri Kencana adalah lebih baik.

Untuk sewa selama 3 bulan, kedua-dua pangsapuri mempunyai harga sewa yang sama.

Untuk sewa selama 4 bulan ke atas, Pangsapuri Idaman adalah lebih baik.

PERSAMAAN LINEAR 12
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

PERSAMAAN LINEAR 13
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

Info Ekstra

Penyelesaian Persamaan Linear Serentak


Persamaan serentak mempunyai sama ada satu penyelesaian, tiada penyelesaian atau
bilangan penyelesaian tak terhingga. Mari lihat contoh berikut.

(a) Jika garis lurus bagi kedua-dua persamaan bersilang pada satu titik,
maka terdapat satu penyelesaian.

Contoh:

5y = 3x 35
9y = 10x 90

(b) Jika garis lurus bagi kedua-dua persamaan adalah selari, maka tiada
penyelesaian.

Contoh:

7y = 8x 28
7y = 8x 63

PERSAMAAN LINEAR 14
PERSAMAAN PANDUAN
LINEAR PENGAJARAN

(b) Jika garis lurus bagi kedua-dua persamaan adalah sama, maka bilangan
penyelesaian tidak terhingga.

Contoh:

5y = 4x + 5
5y = 4x + 5

PERSAMAAN LINEAR 15