Anda di halaman 1dari 2

ULASAN KOMUNIKASI PENGETUA-GURU

Pengetua yang dapat berkomunikasi secara berkesan mengikut disiplin


komunikasi akan menyebabkan penerimaan guru-guru dengan telus dan
harmoni. Guru-guru juga akan mudah dalam membuat keputusan dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah untuk mewujudkan rasa
kebersamaan, dihargai dan kepuasan bekerja dalam sesebuah organisasi.
Komunikasi berkesan oleh pengetua juga mampu untuk mencapai matlamat
organisasi dengan mudah dan lancar. Keberkesanan komunikasi jenis itu
bergantung kepada keupayaan golongan yang terlibat mewujudkan
persekitaran yang saling mempercayai, saling hormat menghormati,
membina dan menggalakkan pertukaran maklumat secaraterbuka. Empat
bentuk komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua ialah penerangan kerja,
maklum balas, ekspresi positif dan penglibatan iaitu bentuk-bentuk
komunikasi yang bersifat dua hala, mesra pendengar dan
mementingkan nilai-nilai kemanusiaan. Bentuk-bentuk komunikasi
yang diamalkan oleh pengetua haruslah menyeluruh dan ia tidak
mengamalkan diskriminasi dalam komunikasi.
KOMUNIKASI BERKESAN

Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. Melalui
komunikasi kita dapat memahami diri kita sendiri dan diri orang lain. Sebagai usaha
untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri kita mesti berkomunikasi.
Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan
membantu orang lain. Komunikasi adalah mengenai membina pertalian dengan
manusia lain. Justeru definisi komunikasi berkesan ialah proses pertukaran maklumat di
antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak (Johns 1996).
Komunikasi berkesan juga 5 ciri antaranya ialah, ciri kefahaman, ciri keseronokkan,
pengaruh ke atas sikap, memperbaiki hubungan dan perlu wujudnya tindakan susulan.
Seklian itu komunikasi berkesan juga mempunyai etika-etika yang perlu dipatuhi
anataranya ialah, sikap jujur, tidak menuduh, nilai bersama, gambaran tepat, Sikap
positif dan sebagainya.