Anda di halaman 1dari 4

Kisah Ashabul Sabti 2016

KISAH ASHABUL SABTI


KISAH ASHABUL SABTI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih peneraju acara, barisan hakim bijak berkarisma, hadirin budiman Pembukaan
ceria bahagia

Dengarkanlah kisah ku persembahkan

Kisah dari al-quran nul karim

Ashabussabti sebuah kisah teladan

Buat renungan hidup kita semua

Kawan-kawan,
Isi 1
Huraian
Siapakah Ashabussabti?

Ashabussabti adalah kaum dari keturunan Bani Israil pada zaman Nabi Daud
Alaihi Salam. Mereka tinggal di sebuah desa bernama Ailah, di tepi Laut Merah.
Kebanyakan daripada mereka mencari rezeki dengan menangkap ikan, berniaga
dan bertukang. Allah s.w.t telah menetapkan hari sabtu sebagai satu hari yang
diwajibkan untuk beribadat kepada Allah.





.

(Surah jumuah ayat 10)
Apabila Telah ditunaikan solat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi(untuk Dalil
menjalankan urusan masing-masing) dan ingatlah Allah selalu (dalam segala
keadaan) supaya kamu menjadi orang berjaya.

Ya kawan-kawan Janganlah sesekali kita mengabaikan perintah Allah, di Mekah


segala urusan jual beli diberhentikan seketika apabila tibanya waktu solat. Pengajaran
Isu semasa
Kisah Ashabul Sabti 2016

Iman manalah yang tidak goyah. Pada hari tersebut, banyak ikan terapung di
permukaan air. Ikan-ikan tersebut seolah-olah berpesta mengelilingi dua batu
besar berwarna putih di tepi pesisir pantai.
Isi 2
Huraian
Allah menguji Ashabus Sabti.

Tangkapan ikan semakin banyak,

Sifat haloba menguasai diri, nelayan fasik yang lupa diri,

Bagi mereka inilah peluang untuk mengaut keuntungan berlipat ganda.

Perintah Allah tidak diendahkan.

Allah berfirman :

oleh itu, janganlah Engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan


mereka), Sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu). (Surah As- Dalil
Sajadah :ayat 30)

Ya kawan-kawan , kisah Nek Som yang dipotong kaki oleh penagih dadah amat
menyentuh hati kita. Oleh itu, ingatlah bahawa rezeki Allah itu adalah ujian Pengajaran
untuk kita. Isu semasa

Peringatan diberi, golongan mukmin (syair)

Namun segalanya, tidak diendahkan,


Isi 3
Huraian
Tembok dibina, sebagai bukti,

Perintah Allah telah dilunasi

Kawan-kawan,
Kisah Ashabul Sabti 2016

Walaupun begitu masih ada yang beriman kepada Allah s.w.t. Namun, nasihat
mereka tidak diendahkan . Tembok dibina di Desa Ailah dibahagi dua, agar
mereka todak turut sama ditimpa bala.

FirmanAllah :

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
Dalil
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang
baik, (potonganayat 104 : Surah ali-Imran)

Ya kawan-kawan , Sekarang ini banyak program seperti Liga Ilmu dan Sentuhan
Kalbu disiarkan melalui media elektronik yang menyeru ke arah kebaikan.
Berdakwah adalah satu kewajipan keatas setiap umat Islam.
Pengajaran
Ashabus Sabti.....semakin kaya Isu semasa

Maksiat pula...berleluasa ( Gurindam)

Tertunduk Daud....Lalu berdoa

Kepada Allah......
Isi 4
Nasihat Nabi Daud bagaikan angin lalu, maka Nabi Daud pun berdoa agar Huraian
Ashabus Sabti diturunkan azab yang setimpal

Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera Yang hina". (potongan ayat
65 : Surah al baqarah) Dalil

Allah SWT juga telah menurunkan gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa
bumi ini melenyapkan Ashabus Sabti.
Kisah Ashabul Sabti 2016

Ya kawan-kawan , Banjir besar di Pakistan dan gempa bumi di Sumatera adalah


bukti kekuasaan Allah.

Pengajaran
Isu semasa
Sekian sahaja kisah Al Quran,

Ashabul sabti jadi teladan,


( Nasyid)

Perintah Allah kita laksanakan,

Pasti syurga nikmat balasan,


Penutup

Sekian,wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Terimakasih.