Anda di halaman 1dari 5

SMK SERI TUALANG

KERTAS KERJA

PROGRAM KEBITARAAN ROBOTIK SMK SERI TUALANG

PERTANDINGAN NRC 2012


PENGENALAN

Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi
di kalangan pelajar, melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan
menyeronokkan. NRC merupakan usaha berterusan kementerian dalam mempromosi inovasi
serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah.

Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta pelbagai strategi untuk
mereka bentuk dan membina robot, sekaligus merupakan pendekatan terbaik yang
menggabungkan kepakaran dan inovasi pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan lebih banyak pakar yang berkemahiran tinggi,berpengetahuan,dinamik serta
mampu bersaing dalam bidang industri sains dan teknologi yang sedang mengalami
perkembangan pesat.

Di peringkat sekolah, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat
pelajar terhadap bidang sains , matematik, teknologi dan kejuruteraan sejak pertandingan ini
diperkenalkan pada tahun 2005. NRC telah berjaya membantu menjadikan mata pelajaran yang
berkaitan lebih menarik dan menyeronokkan untuk dipelajari. Justeru itu , program ini dijangka
dapat memberi pendedahan yang terbaik kepada pelajar ke arah pendidikan yang berteraskan
sains dan teknologi.

Bersesuaian dengan matlamat sekolah yang menjadikan bidang robotik salah satu daripada
bidang kebitaraan sekolah, program ini diharap dapat dijadikan suatu anjakan paradigma
kepada sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2015 selari
dengan tuntutan visi sekolah. Selain itu, matlamat ini juga selaras dengan matlamat sekolah
yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga
dalam bidang kokurikulum. Program ini pastinya dapat memberi peluang yang luas kepada guru
dan pelajar khasnya menyumbang ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman serta membina
asas yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi bagi meningkatkan perkembangan
pendidikan sekolah.
VISI

Menyediakan platform pembelajaran yang dapat membentuk pelajar yang berkemahiran untuk
mencapai kejayaan pada abad ke-21

MISI

Membangunkan dan mengukuhkan pemikiran kreatif dan kritis serta kemahiran sosial pelajar
untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan masa depan. Kemahiran ini termasuklah :

Kemahiran menyelesaikan masalah


Kemahiran pemikiran kreatif
Kemahiran komunikasi interpersonal
Kemahiran kerjasama berpasukan

OBJEKTIF

Membantu pelajar membina satu asas yang kukuh dalam bidang


Matematik,Sains,Teknologi,Reka Bentuk serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
melalui pengalaman hand-on atau penyelidikan.
Melatih pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang mencabar dalam
semangat berpasukan.
Membolehkan pelajar membina pemikiran logik dan sistematik semasa mereka
merancang dan melaksanakan program melalui pemprograman robot.
Meningkatkan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah dan menyedarkan mereka
bahawa terdapat banyak cara untuk memperoleh keputusan yang diingini.
Menggalakkan pelajar sekolah di Malaysia menyertai pertandingan robotik sebagai
sesuatu aktiviti yang menyihatkan dan mengisi masa lapang.
KUMPULAN SASARAN

i) 21 orang pelajar yang terlibat dalam pertandingan robotik (NRC 2012) peringkat negeri
Pahang.

ii) 10 orang pelajar (ahli kelab robotik)

JANGKAMASA AKTIVITI

Aktiviti Kelab Robotik: Mei 2012 Oktober 2012

Tarikh Pertandingan NRC 2012: 12 13 Julai 2012

BAJET AKTIVITI

KATEGORI DAN ITEM RM

Persediaan latihan dan pertandingan

i. Playing Mat (kategori Robot Colombus) 1 x RM 480.00

ii. 9694 Colour Sensor 1 x RM 160.00

JUMLAH RM 640.00
PENUTUP

Dengan terlaksananya program ini , diharap ianya akan mendorong para pelajar SMK
Seri Tualang khasnya perserta pertandingan robotik NRC 2012 untuk mencapai satu asas
yang kukuh dan baik dalam bidang matematik , sains dan teknologi di samping mengecap
kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan yang disertai.

Diharapkan agar segala perancangan akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, segala
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung sangatlah ditekankan bagi melicinkan lagi perjalanan program ini agar dapat
direalisasikan dengan jayanya.

Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh,

_______________________

MUHAMAD SUKRI BIN HARUN

Guru Penasihat Kelab Robotik