Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN TUGASAN PELAJAR

HNS 2012- HUBUNGAN ETNIK

TUGASAN 1 (Tugasan Persembahan (Role Play - 30%) dan Video Eksperimen Sosial)

A. Role Play (Persembahan)-10%

1. Anda mesti membentuk satu kumpulan besar dalam 10-15 orang yang terdiri daripada
kepelbagaian etnik (WAJIB)

2. Hasilkan satu lakon pendek (sketsa) + Tarian + Nyanyian atau sebagainya ikut kreativiti
berkaitan dengan tajuk video eksperimen sosial.

3. Durasi lakonan / pembentangan adalah maksimum 15-20 minit shj.

4. Berikut merupakan kriteria pemarkahan untuk setiap persembahan kumpulan:-

i. Isi - 10%
ii. Tarikan/Penghayatan - 10%
iii. Usaha/Kesungguhan - 10%
iv. Kerjasama 10%

B. Video Eksperimen Sosial-20%

1. Masih sama dalam kumpulan tugasan 1 di atas

2. Hasilkan satu video tentang eksperimen sosial berkaitan dengan Hubungan Etnik. Cuba
kaitkan dengan mana-mana konsep Hubungan Etnik yang dipelajari.

3. Durasi video iklan tersebut mestilah 5-10 minit sahaja. CD video iklan tersebut dan
laporannya hendaklah dihantar kepada pensyarah kursus pada minggu ke 10 pengkuliahan.

4. Video sosial experiment ini perlulah dipertontonkan di kelas sebagai perkongsian hasil kerja
pelajar. dan terbuka untuk perbincangan.

5. Satu salinan video dalam bentuk CD mesti diserahkan kepada pensyarah berserta laporan
pembikinan video tersebut yang mengandungi butir-butir tentang jawatankuasa pengarahan,
kerja-kerja pengarahan iklan yang mengandungi perkara pemilihan isu hubungan etnik,
pemilihan pelakon dan pekerja belakang tabir, pemilihan lokasi iklan, dan cabaran serta kaedah
untuk mengatasi cabaran tersebut.

6. Panjang laporan mestilah maksimum 10 muka surat dan minimum 6 muka surat. Anda
digalakkan meletakkan lampiran seperti gambar, jadual, atau apa-apa rajah yang dirasakan
sesuai dengan laporan anda itu dan ia tidak dikira sebagai muka surat isi laporan pembikinan
video eksperimen sosial anda.

7. Kriteria pemarkahan adalah seperti ketetapan berikut :-

i. Mesej Isu - 10%


ii. Kreativiti/tarikan - 5%
iii. Refleksi - 5%

8. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan pensyarah kursus.

TUGASAN 2 (Kuiz/Ujian/Ulasan Jurnal/Penulisan Artikel dll- 20%)

1. Tugasan bergantung pada pensyarah mengajar.

2. Tugasan disediakan sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil 2/3 orang.

3. Jika ulasan jurnal kriteria pemarkahan adalah sebagaimana berikut:

i. Isi - 10%
ii. Pemantapan Hujah- 10%
4. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan pensyarah kursus.

TUGASAN 3 (Tugasan Individu_MOOC - 10%)

1. Pelajar mestilah berdaftar dengan MOCC dan menyertai laman kursus yang telah
dibangunkan oleh Pensyarah Kursus dan mesti aktif memberikan pendapat di laman tersebut.
Pensyarah kursus akan menerangkan kaedah pendaftaran di dalam kelas.

2. Keaktifan anda di dalam MOOC akan dinilai pada minggu ke 10 pengkuliahan serta BUKTI
KEAKTIFAN anda mestilah dicetak (print screen) dan diserahkan kepada pensyarah kursus
ATAU dipautkan di MYGURU di dalam ruangan Forum (General) dalam kumpulan masing-
masing.

3. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan pensyarah kursus.

Terima kasih.

Disediakan oleh

EN MOHD SYARIEFUDIN ABDULLAH


Penyelaras Kursus Hubungan Etnik
SEM 1 2017/2018