Anda di halaman 1dari 2

Forum 1

Istilah Melayu boleh digunakan dalam pengertian yang luas dan sempit. Dalam

pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang

terdapat di Semenanjung Tanah Melayu. Menurut Kamus Dewan 2006 pula, perkataan

Melayu didefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung

Malaysia. Ramai ahli sejarawan, arkeologi, geologi, biologi, genetik dan linguistik telah

mengemukakan pandangan atau telah membuat kajian mengenai asal usul bangsa Melayu ini

namun, pendapat mereka banyak yang berbeza dan sehingga kini tiada siapa yang tahu dari

manakah sebenarnya asal usul bangsa Melayu ini sebenarnya.

Terdapat teori yang mengatakan bahawa bangsa Melayu ini berasal dari Taiwan. Teori

ini sangat popular di kalangan orang ramai dan ia dikemukakan oleh Peter Bellwood iaitu

seorang pakar linguistik yang menyatakan bahawa penutur bahasa Austronesia telah

berpindah keluar dari Taiwan dan bergerak ke arah Asia Tenggara sekitar 10,000 tahun

dahulu. Teori ini disokong oleh bukti arkeologi oleh Eusibio Dizon. Di samping itu, timbul

juga kepercayaan bahawa bangsa Melayu berasal dari Yunnan atau selatan negara China.

Mereka beranggapan bahawa penduduk terawal di Asia Tenggara adalah berasal daripada

kumpulan manusia yang bergerak keluar dari selatan China ke Taiwan dan seterusnya ke Asia

Tenggara. Seterusnya, seorang pakar arkeologi iaitu Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh telah

megemukakan sebuah teori baru iaitu bangsa Melayu ini berasal dari Nusantara sejak 74000

SM yang lalu. Ini sekaligus mematahkan semua teori yang sudah lama dan telah ditelan

zaman.

Bagi pendapat saya, bangsa Melayu ini memang berasal dari Kepulauan Melayu. Ini

dapat dibuktikan melalui teori yang dibangkitkan oleh Dr. Oppenheimer yang menyatakan

bahawa bangsa Melayu memang berasal dari Asia Tenggara. Semasa zaman ais dahulu,

Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Filipina dan Borneo saling bergabung antara satu
sama lain sebelum tenggelam. Tambahan pula, majalah Science yang bertajuk Mapping

Human Genetic Diversity in Asia yang menunjukkan bahawa Asia Tenggara adalah lokasi

terawal yang dimasuki oleh manusia dari Afrika ke Asia. Kajian ini telah dilakukan dengan

menggunakan Single Nucleotide Polymorphisms (SNPs). Dalam kajian ini, sebanyak 50

peratus halotype ditemui dalam populasi Asia Timur dan ini menunjukkan bahawa Asia

Tenggara merupakan sumber utama bagi takungan genetik populasi di Asia Timur.

Seterusnya, Lembah Bujang merupakan antara kerajaan yang terawal yang wujud seawal 500

SM lagi malah, penempatan tamadun ini dikatakan tamadun terawal di Asia Tenggara dan

kemudiannya, barulah kerajaan yang lain muncul seperti Langkasuka, Srivijaya, Chih -Tu

dan sebagainya. Penemuan rangka Orang Perak yang berumur 10,000 hingga 11,000 tahun

dahulu juga pernah ditemui di Asia Tenggara. Tambahan pula, Orang Perak ini adalah rangka

manusia tertua yang dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh yang terletak di Lembah

Lenggong, Hulu Perak. Penemuan ini adalah hasil daripada penyelidikan yang dibuat oleh

Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oelh Datuk Prof Zuraini

Majid dengan bantuan Jabatan Muzium Malaysia.

Jadi, jelaslah bahawa bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Kepulauan

Melayu melalui kajian dan penemuan tersebut walaupun ramai juga teori yang menyatakan

yang sebaliknya. Namun begitu tiada siapa yang dapat menjelaskan dengan tepat dari

manakah asal usul bangsa Melayu ini yang sebenarnya.