Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan salah satu perkara penting dalam melaksanakan kajian dan ia perlu
diberikan perhatian memandangkan fungsinya sebagai kerangka rujukan untuk memastikan
sesebuah kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru, penulis telah menetapkan
beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:-

1) Menganalisa undang-undang sedia ada yang berkaitan hadanah anak antara pasangan yang
memeluk Islam dan yang kekal dalam agama asal.

2) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam undang-undang keluarga sivil dan syariah yang
melibatkan kes pertukaran agama oleh salah seorang pasangan perkahwinan sivil kepada Islam.

3) Membuat cadangan kearah penambahbaikan undang-undang dalam menentukan status agama


anak dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

SOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan kajian yang timbul di dalam kajian ini iaitu :-

1) Apakah yang menyebabkan berlakunya kegagalan dalam menentukan status agama anak-
anak tersebut?

2) Apakah metod yang sesuai untuk mengharmonisasikan undang-undang sivil dan syariah
dalam isu ini?

Anda mungkin juga menyukai