Anda di halaman 1dari 6

BAB1:KEDUDUKAN

Mengenal Latitud / Garis Lintang


Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari
di atas peta atlas dan glob. Garis lintang adalah sama panjang
pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin
kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang
diberi nilai darjah ( ) Utara atau Selatan. Garis lintang di
Hemisfera Utara diberi nilai 1U hingga 90U manakala di
Hemisfera Selatan diberi nilai 1S hingga 90S

Garis-garis lintang yang utama ialah:

GarisanKhatulistiwa ( 0 )
Garisan Sartan ( 23U )
Garisan Artik ( 66U )
Garisan Jadi ( 23S )
Garisan Antartik ( 66S )

Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang


terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera
iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian


Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub
utara ke kutub selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis
selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob,
garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya
adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di
Raja di Greenwich, London diberi nilai 0. Garis longitud ini
dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.
Terdapat sebanyak 360 garis longitud.

Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal


diberi nilai 1T hingga 180T, manakala garis longitud di
sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga
180B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis
longitud 180T dan 180B adalah garisan yang sama. Garisan
ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).

Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat


Berasaskan Latitud Dan Longitud

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk


menentukan kedudukan sesuatu tempat. Apabila menyatakan
kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu
diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan
yang lebih tepat, setiap darjah () dibahagikan kepada 60
minit ( ).

Nama Tempat Garis Latitud Garis Longitud


Kudat 6 54U 116 51T
Tuaran 6 10U 116 14T
Kota Belud 6 22U 116 26T
Ranau 5 58U 116 43T
Kota Kinabalu 5 40U 116T
Beufort 5 20U 115 46T
Tenom 5 2U 115 57T
Tawau 4 16U 117 53T
Semporna 4 29U 118 36T
Lahad Datu 5 6U 118 20T
118T
Sandakan 5 45U
Mengira Waktu Tempatan
Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu
tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich
yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi
berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur
akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 =
15 garis longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4
minit.
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20
Oktober, apakah waktu tempatan di:
Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)

Waktu di Bombay ( 73T )

Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud 73- 0 = 73
Cari perbezaan masa 73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi

Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah


Cari perbezaan garis longitud 58 - 0 = 58
Cari perbezaan masa 58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

Waktu Piawai

-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya


waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang
kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu
piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh
negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui
Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon
waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15 garis
longitud.

-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur


180 B/ 180T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon
waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180
mengalami keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan
kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New
Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah


GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua
Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan
untung sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA
dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua
Australia, dia akan rugi sehari.

BAB 2:ARAH
Pengenalan

Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan


arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (). Terdapat dua
cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan
bearing iaitu:

Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing,


Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah
yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan
kiraan dimulakan dari 0 hingga 360.

Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing


sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka
sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam
peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan
jam bermula 0 hingga 360 .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui
rajah di bawah.

Anda mungkin juga menyukai