Anda di halaman 1dari 61

BIL PERKARA M/S

1.0 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

3.0 Faktor - Faktor Pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4.0 Elemen - Elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5.0 Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan

5.1 Peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan


aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial

5.2 Prasarana

5.3 Program dan Aktiviti

6.0 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Sistem


Pendidikan Negara
PERKARA M/S
BIL.

Rumusan dan Cadangan


7.0

8.0
Lampiran

9.0
Bibliografi
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) merupakan Konsep Pendidikan di Malaysia.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) ini telah diumumkan secara rasmi pada tahun
1988. Bagi pengetahuan kita, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) yang dinyatakan
berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha
dan rancangan dalam bidang pendidikan. Ia menyatakan bahawa :

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara”.
• Falsafah :
- Cabang-cabang falsafah
- Mazhab-mazhab falsafah

• Falsafah Pendidikan
- Definisi dan konsep

1. Konsep Asas Falsafah Pendidikan


- Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia (bijaksana).
- Falsafah dimaksudkan sebagai cintakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.
- Ia merupakan satu pendekatan menyeluruh terhadap hidup dan dunia. Ia juga
melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan.
- Dibuat dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan
menjustifikasikan penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan prosese
tersebut.
- Soalan-soalan asas yang sering ditanya:
• Siapakah saya?
• Dari mana saya datang?
• Mengapa saya berada di sini?
• Bagaimanaka caranya untuk saya lalui kehidupan ini?
- Dengan itu, falsafah adalah kajian mengenai alam semula jadi dan maksud dunia
sejagat serta kehidupan manusia.
- Ia adalah satu set kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang
membimbing tingkah laku individu.
- Hujah falsafah adalah berdasarkan bukti-bukti yang cukup, tekal dan menyeluruh
serta tidak bercanggah.
 Mengapa falsafah itu penting?
- Falsafah itu penting kerana ia membentuk pandangan kita terhadap dunia ini, dan
menjadi asas kepada keputusan yang kita buat setiap hari.
 Apakah pendidikan?
- Ia adalah proses pengajaran, latihan dan pembelajaran untuk memperbaiki
pengetahuan dan membina kemahiran.
- Ia di ajar secara formal dalam institusi ini atau melalui pengalaman diri.
 Apakah falsafah pendidikan?
- Ia adalah kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan atau
pembelajaran.
- Ianya merupakan kajian mengenai kajian tentang semula jadi minda yang serba
tahu, semula jadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara
pendidikan dan masyarakat.

Falsafah Pendidikan Barat

- Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.


- Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat
perhubungan di antara matlamat dan kaedah.
- Falsafah tradisional mengambil-kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan
individu.
- Falsafah moden, menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-dua
matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.
Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Mari kita mengkaji dua falsafah pendidikan tradisional barat yang dianggap
berkait barat dengan pendidikan kita hari:

A) Perennialisme

- Ciri yang mendefinasikan manusia adalah


rasionaliti. Oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah
disemai melalui pendidikan.

- Perennialisme percaya bahawa tujuan utama


pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan
pengetahuan yang berbentuk universal dan tidak
terhad masa.

- Fokus perenialisme ialah perkembangan diri


- Orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanusiaan
dahulu, bukan mesin atau teknik
- Orang itu pertamanya orang, kedua barulah pekerja. Oleh itu, topik-topik liberal
harus diajar dahulu sebelum vokasional.
- Prinsip perlu diajar, bukannya fakta kerana fakta sentiasa berubah

- Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam


bidangnya. Pengetahuan dan kepakaran tidak boleh
dipersoalkan.

- Guru sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahir


membimbing perbincangan. Guru perlu membangu
murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah
Sokratik.
B) Essentialisme

- Essentialisme melihat kepada apa yang perlu dan


penting dalam hidup untuk kehidupan yang
sempurna dan baik.

- Essentialisme mengambil kira pendidikan sebagai


persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan.

- Essentialisme bertujuan menggalakkan perkembangan intelek


setiap individu dan mendidik seseorang supaya
menjadi cekap.

- Matapelajaran yang penting adalah membaca,


menulis, matematik (3M) serta sastera, bahasa
asing, sejarah, sains, seni, dan muzik.

- Ia juga memberi fokus kepada pengajaran


kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep
dan prinsip.

- Mengikut konsep pengajaran dari mudah ke


kompleks.

- mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik.

- Essentialisme Guru berkuasa dalam matapelajaran dan


pengajarannya.

- Guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai


tradisional.
Falsafah Pendidikan Barat Moden

- Falsafah pendidikan barat moden terdiri daripada beberapa mazahb


- Mazhab-mazhab mempunyai talian.
- Mazhab yang sering disebut-sebutkan termasuk pragmatisme, progressivisme,
eksistentialisme, dan rekonstrktionisme.

A) Progresivisme

- Progresivisme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai


penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).
- Progessivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.
- Oleh itu, kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa
yang perlu difikirkan untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan
perubahan situasi.
- beranggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah baik.
- Pandangan Progressivisme

Kurikulum

• Berdasarkan minat murid


• Isi kandungan yang interdisiplin
• Melibatkan aplikasi masalah manusia
• Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait seperti aktiviti pengalaman,
penyelesaian masalah dan kaedah projek.
• Menekankan pengalaman langsung.
• Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan.
• Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran.
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Konsep Falsafah Pendidikan di Malaysia boleh ditafsirkan daripada Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,rasional dan
bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan
cara yang saintifik.

Sebenarnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah lama wujud, tetapi dalam bentuk
tersirat (implied), terkandung dalam beberapa dukomen yang menghuraikan dasar-dasar
Negara dan pendidikan kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan bercorak heterogen,
melambangkan aspirasi dan keadaan masyarakat yang melahirkan falsafah tersebut.

Falsafah pendidikan Negara dapat dinggap sebagai satu proses dan aktiviti pendidikan
yang mencerminkan pemikiran, prinsip, ideology dan Falsafah Negara iaitu ke arah mencapai
matlamat dan aspirasi negara melalui aktiviti pendidikan. Falsafah ini juga akan membimbing
perkembangan sistem pendidikan negara. Hakikatnya, ini tidak dapat disangka kerana dalam
sesuatu model operasi sistem Falsafah Pendidikan adalah sebagai satu asas kepada
perjalanan jentera sistem pendidikan , terutama dalam penentuan kandungan kurikulum sistem
itu.

Kita tidak dapat menafikan bahawa ahli falsafah bukanlah saintis kerana tidak
berkecimpung secara langsung dalam penyelidikan sains, lagipun bidang falsafah ini bukanlah
seperti bidang sains tulen kerana menambahkan fakta-fakta baru seperti yang dibuat oleh
bidang-bidang lain. Aspek falsafah yang menyamakan seperti sains dari segi pemikiran analitik
dan saintifik dalam menghuraikan pengalaman–pengalaman atau ilmu-ilmu yang ada bagi
mendapatkan pandangan yang jelas dan benar.
Falsafah membuat tinjauan, analisis, sintesis dan penilaian secara menyeluruh
berdasarkan fakta-fakta dan ilmu yang ditemui dari pelbagai bidang secara sistematik dan
logis. Banyak penemuan yang telah dibuat oleh ahli falsafah dan setiap penemuan itu memang
tidak terpisah dari bidang pendidikan.

Tujuan falsafah adalah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah
tuju atau pedomen untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Sesuatu falsafah
dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah berkenaan
Elemen-elemen dan Unsur-unsur Penting Dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan merupakan proses yang membolehkan seseorang individu memperoleh dan


menggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran tertentu. Proses
ini berlaku secara berterusan dalam diri individu itu sejak dilahirkan hinggalah ke liang lahad.
Pada peringkat awal, kanak-kanak dibimbing dan diasuh oleh ibu bapa. Ia menerima
bimbingan agama dan asuhan akhlak yang baik. Pendidikan awal adalah penting kerana ia
membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti.

Apabila ke sekolah, kanak-kanak akan memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan


dipupuk nilai-nilai murni. Selain itu, bakat dan potensi terus dikembangkan. Proses ini
berterusan sepanjang tempoh persekolahan pelajar berkenaan.

Setelah meninggalkan alam persekolahan, seseorang individu terus berusaha untuk


menghadiri forum, bengkel, seminar, latihan dalam jabatan dan sebagainya. Ini menunjukkan
pendidikan it uterus berlangsung bagi melengkapi individu dengan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini agar dapat mengemas kini diri dengan perubahan-perubahan baru.
Dengan kata lain, pendidikan seumur hidup akan terus dititikberatkan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

2. Perkembangan potensi individu

Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan Tuhan kepada seseorang
individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu dicungkil,
dikembang dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti.
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Manusia sentiasa berusaha memenuhi keperluan-keperluan hayat seperti makanan,


minuman, pembuangan kotoran dan rehat. Selain itu, manusia juga ingin memenuhi keperluan
psikologi seperti keselamatan, kasih saying, harga diri dan estetika. Semua potensi manusia
dikembangkan agar keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi. Potensi manusia hendaklah
dikembangkan secara sepadu. Misalnya, potensi jasmani yang terlibat dalam permainan
badminton tidak akan mencapai tahap yang optimum sekiranya potensi intelek tidak
dikembangkan.

Dalam satu-satu permainan badminton, pemain itu bukan sahaja dikehendaki


mengembalikan bulu tangkis yang dihantar oleh pihak lawannya, tetapi ia hendaklah berfikir
tentang cara menghantar bulu tangkis itu agar lawannya tidak mudah membalasnya. Ini
bermakna setiap pemain perlu memikirkan strategi permainan yang paling berkesan. Dengan
ini, jelaslah potensi seseorang individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan.
Perkembangan potensi secara sepadu dan berasaskan nilai-nilai murni serta norma
masyarakat akan menjamin pembentukan sahsiah yang bersepadu.
4. Insan yang seimbang dan harmonis

Istilah seimbang merujuk kepada penekanan yang sama diberi kepada perkembangan
mental, rahani, emosi dan jasmani secara bersepadu. Harmonis merujuk kepada
keserasian antara aspek intelek , rohani, emosi dan jasmani dalam diri manusia. Situasi
seperti ini akan menjamin hubungan baik antara manusia dengan Pencipta, manusia
dengan alam sekitar dan hubungan mesra sesama manusia.

Insan yang seimbang dan harmonis merupakan seorang individu yang


bertanggungjawab, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak tinggi, berkepercayaan
terhadap Tuhan, berjiwa tenteram, berbadan sihat dan cergas serta sedia bekerjasama dan
tolong-menolong antara satu sama lain. Berusaha untuk memajukan bangsa dan negara
serta mempunyai ketahanan diri untuk menangani pelbagai jenis cabaran hidup.

5. Unsur intelek

Unsur intelek meliputi ciri-ciri seperti berikut:


(a) Berupaya membaca, menulis dan mengira
(b) Berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
(c) Berikhtiar untuk mengembangkan daya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin,
menghurai, merumus dan mengemukakan usul-usul yang baik
(d) Berupaya menggunakan ilmu yang diperoleh serta membantu orang lain mendapat
manfaat daripadanya.

6. Unsur rohani

Unsur rohani merujuk kepada ciri-ciri seperti berikut:


(a) Menginsafi bahawa adanya Pencipta dunia ini.
(b) Menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab.
(c) Berasa syukur atas pemberian Pencipta.
(d) Berakhlak tinggi dan berdisiplin diri.
7. Unsur emosi

Unsur emosi merujuk kepada ciri-ciri seperti berikut:


(a) Mempunyai tingkah laku terkawal dan beremosi stabil.
(b) Bersemangat kekitaan, berbelas kasihan dan kasih sayang.
(c) Mempunyai nilai estetik, iaitu keupayaan menikmati kesenian dan keindahan.

8. Unsur jasmani

Unsur jasmani merujuk kepada ciri-ciri seperti berikut:


(a) Berbadan sihat, bersenam dan berusaha mengembangkan bakat dan kemahiran social.
(b) Berusaha untuk berdikari, meningkatkan produktiviti dan berkhidmat untuk masyarakat.

9. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Ini bermakna seseorang individu itu yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi
secara sendiri, tetapi ada Penciptanya dan hokum-hukum alam adalah hukum-hukum
Tuhan dan manusia dianjurkan untuk mengkaji fenomena alam. Manusia hendaklah
memikul amanah dan tanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir serta memakmurkan
alam. Manusia hendaklah berusaha untuk meningkatkan kepercayaan agama serta
sentiasa melakukan kebaikan.

10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat kategori ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


(a) Mencintai ilmu, dan dengan itu sentiasa berusaha untuk menambahkannya.
(b) Ingin membaca untuk menimba ilmu dan menyebarkannya.
(c) Berfikiran terbuka dan berusaha menggunakan ilmu untuk manfaat diri sendiri dan orang
lain.
11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Ini bermakna rakyat yang mempunyai kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu
tugas. Antara ciri itu adalah seperti berikut:
(a) Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang wajar bagi sesuatu tugas.
(b) Berupaya menjalankan tugas dengan cepat dan sempurna.

12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat yang berakhlak mulia mempunyai ciri-ciri berikut:


(a) Berupaya membezakan yang baik daripada yang buruk sama ada dari segi nilai atau
tingkah laku.
(b) Berkeyakinan dan menghayati nilai-nilai mulia seperti nilai-nilai kerohanian,
kewarganegaraan dan kemanusiaan.
(c) Berbudi pekerti serta bertingkah laku baik.

13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Ini bermakna penduduk hendaklah beramanah terhadap Tuhan, diri, keluarga, masyarakat,
bangsa dan Negara. Seterusnya mereka hendaklah menyedari bahawa setiap tugas mesti
dijalankan dengan amanah, bersih dan cekap serta sentiasa meningkatkan produktiviti.
Tambahan lagi, mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang.

14. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai


kesejahteraan diri

Rakyat seperti ini berbadan sihat, berfikiran waras dan mempunyai emosi yang stabil.
Individu seperti ini mempunyai daya ketahanan diri bagi menangani pelbagai jenis cabaran
hidup serta berupaya membina hubungan mesra dengan orang lain.
15. Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

Rakyat yang dimaksudkan itu menonjolkan ciri-ciri berikut:


(a) Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta
amalan nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolong-menolong berbelas kasihan,
bertimbang rasa, hormat-menghormati dan bertoleransi.
(b) Berusaha kea rah peningkatan ekonomi melalui penggunaan sains dan teknologi yang
canggih.
(c) Menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara, mematuhi undang-undang dan
mempertahankan perlembagaan.

Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera
hasil daripada hubungan yang harmonis antara penduduk dengan Tuhan, penduduk sesama
penduduk dan penduduk degan alam.

Oleh itu, pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan
kesedaran untuk mematuhi-Nya. Sejajar dengan falsafah yang berpaksikan kepada ketuhanan,
pendidikan berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak,
bertanggungjawab an boleh menikmati kebahagiaan hidup serta sedia berbakti dan berkorban
untuk masyarakat.
MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang


baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.
Matlamat pendidikan Kebangsaan ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki ciri-ciri seperti kepercayaan dan patuh kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara. Selain itu, FPK ini juga bertujuan untuk memiliki sahsiah yang seimbang dan
bersepadu dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Sempurna
bermaksud perkembangan dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani. Intelek dan
sosial.

Matlamat kedua FPK ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan


memenuhi kewajipan sebagai seorang warganegara. Kita hendaklah sedar akan
tanggungjawab kita di dalam ahli keluarga , dalam masyarakat kita,serta pada negara.
Contohnya, berasa bangga dengan menghormati Lagu Kebangsaan Negara kita
dengan berdiri tegak semasa ianya dinyanyikan. Contohnya, melalui matapelajaran
Sejarah di sekolah membolehkan pelajar sentiasa mengingati tokoh-tokoh yang
berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita.

Matlamat seterusnya ialah, menghasilkan rakyat progresif, mahir serta cekap


supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembanguanan. Rakyat
yang progrestif bermaksud rakyat yang aktif dan mempunyai kemahiran dan sedia
memberikan dan menjalankan tugasnya. Contohnya, seorang pelajar belajar dengan
bersungguh-sungguh dan menjadi guru dan sedia memberi sumbangannya kepada anak-
anak murid tanpa mengira agama dan bangsa.
Matlamat seterusnya ialah melahirkan rakyat yang boleh memahami dan
menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
perlembagaan. Selain itu, melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta
kepada negara juga merupakan salah satu matlamat FPK. Sebagai seorang pelajar yang
mengamalkan prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan
rakyat berbilang kaum , kita hendaklah menghayati Rukun Negara dan perlu megetahui
kepentingannya. Antara cita-cita utama yang terkandung di dalam Rukun Negara ialah
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat dan memelihara
satu cara hidup yang demokratik.

Matlamat seterusnya adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara


kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidkan kepada golongan
yang kurang berada. Melalui FPK , kita boleh dapati bahawa bantuan kewangan diberikan
kepada pelajar-pelajar yang datang dari keluarga miskin. Contohnya, biasiswa
persekutuan atau biasiswa negeri. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk
para pelajar menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Selain itu, menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif dan
berkesan dalam masyarakat. Dalam usaha ini juga, pendidikan menjadi suatu agen untuk
menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting dalam
menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran-cabaran kehidupan dan
pembaruan serta dapat membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk
pembangunan masyarakat tersebut.
FAKTOR - FAKTOR PEMBENTUKKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembentukan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan kita. Antaranya adalah seperti berikut :

3.1 Faktor Agama

Agama Islam ialah Agama Rasmi negara Malaysia. Di samping itu, agama Kristian,
agama Budha, agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut mengikut undang
-undang Negara. Agama - agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor - faktor yang
penting sebagai pertimbangan asas dalam proses pengubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataanya, iaitu, ‘ mewujudkan
insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ‘

3.2 Faktor Sosial

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran


Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat - menghormati
antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai
perpaduan kaum yang mnerupakan kriteria paling penting untuk mengwujudkan tahap sosial
yang stabil. Tujuan mewujudkan perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat
pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu ‘…. melahirkan
rakyat Malaysia ….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
3.3 Faktor Politik

Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada Ideologi Negara yang


dicerminkan dalam dokumen - dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan
Malaysia dan Rukun Negara. Dalam usaha membentuk Ideologi Negara, pengaruh politik
memainkan peranan utama dalam penentuan Dasar Pendidikan Negara. Matlamat pencapaian
perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam pengubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihat daripada pernyataan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial.

3.4 Faktor Ekonomi

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat
dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berupayaan ekonomi malaysia untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran Negara. Cita - cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah
menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

3.5 Faktor Individu

Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek - aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan
hormonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,
sentiasa menikmati letenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan
tenang. Cita - cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan
utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.6 Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh


perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sebagai contohnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup
dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980 - an telah dimanifestikan dalam pernyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai ‘’ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan……’’. Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
CABANG
CIRI-CIRI FPK IMPLIKASI
FALSAFAH
Metafizik Menyeluruh dan bersepadu. • Potensi dan kebolehan
Maksudnya: badan ilmu sejagat yang individu penting untuk
harus diajar oleh guru dan dipelajari berkembang secara
oleh murid. menyeluruh dan
bersepadu.
Epistemologi Usaha yang berterusan. • Penyesuaian diri
Maksudnya: Ilmu sentiasa berubah, mengikut peredaran
tiada ilmu mutlak. zaman dan
perkembnagan semasa
amat penting, misalnya
teknologi maklumat (ICT),
k-ekonomi dan
sebagainya.
• Perubahan ilmu akan
menggalakkan
perkembangan
pengetahuan dan
kemahiran diri.
• Penekanan kepada
pembelajaran sepanjang
hayat.
Aksiologi (i) Kepercayaan dan • Peranan hubungsn
kepatuhan kepada Tuhan. vertical (iaitu individu
Maksudnya: unsur kewujudan, dengan Tuhan).
peranan agama. • Peranan hubungan
(ii) Berakhlak mulia dan mendatar (iaitu individu
bertanggungjawab dengan orang lain,
Maksudnya: peranan nilai moral, individu dengan alam
etika dan sahsiah. sekeliling).
• Penerimaan Tuhan
sebagai Pencipta yang
Maha Esa.
• Kepentingan ajaran
agama dan moral.
• Fokus kepada
pembinaan insan.
• Penekanan kepada
perkembangan sahsiah.
Logik Berketrampilan • Keperluan prosedur kerja
Maksudnya: Kepentingan yang sistematik dan
penaakulan sah dan tidak sah. betul.
• Pemupukan kompetensi
diri (contoh: kelayakan
akademik, kelayakan
ikhtisas, pengalaman
yang luas).

ELEMEN - ELEMEN DALAM FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN
4.1 Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta


penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir
serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang
hayat. Rasional pendidikan sepanjang sepanjang hayat adalah membolehkan kita menghadapi
dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan
ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

4.2 Memperkembang potensi individu

Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu


supaya mencapai tahap cemerlang. Dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan
kepada ciri - ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis
dan mengira dan menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu.
Murid - murid harus pandai dalam kemahiran asas 3M. Mereka dapat membaca, menulis, dan
mengira dengan cekap. Murid - murid juga dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Pemikiran
kritis dan kreatif ini penting untuk murid - murid semasa pembelajaran di dalam kelas. Murid -
murid juga dapat memanfatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuk
kemajuan negara.

Perkembangan unsur jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan


individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan, seperti menjaga kesihatan tubuh
badan diri, melakukan riadah dengan sempurna, mengunakan bakat dan kemahiran teknikal /
manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk
kepentingan masyarakat dan meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan
kepada kemajuan negara.
Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan
kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan
kasih sayang, memilki semangat kekitaan, muhibbah, kerjasama dan perpaduan dan
mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.

Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan,
iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, mempunyai perasaan
menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan mempunyai perasaan menyedar dan
menginsaf terhadap tanggungjawab dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri.

4.3 Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
berasingan. Ia harus diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka, untuk
membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan
sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik
yang dilaksanakan di bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah
diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan
kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

4.4 Insan yang seimbang dan harmonis


Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan,
bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa
dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas serta kematangan emosi dan social.
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, social
dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum.
Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan
terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan
berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai
anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

4.5 Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti berikut, mengakui wujudnya


Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh Pencipta, mengetahui hukum dan
fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan
untuk memajukan alam, menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan
diri sendiri, melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti dan
mengamalkan ajaran agama dan meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama.

4.6 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri
seperti, mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan dan
memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain dan berfikiran terbuka, luas dan
mendalam.

4.7 Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri - ciri seperti
berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan
tugasnya dan dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

4.8 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri - ciri seperti
mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk, menyedari kesan dan akibat daripada
perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni, dapat menghayati nilai
kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan, mengamalkan perlakuan baik dan
mengelakkan perbuatan buruk.

4.9 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri - ciri seperti
menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah dan kewajipan, menyedari tugas dan
tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya
pengeluaran dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang - undang negara dan sentiasa
berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

4.10 Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan hidup

Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang
memiliki keupayaan seperti, daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup
dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat dan
memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan baik.

4.11 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memperoleh keupayaan
seperti, memupuk keharmonian keluarga, memupuk semangat kerjasama, kekitaan,
perpaduan, muhibbah, toleransi dan hormat. Rakyat yang menguasai kemahiran sains dan
teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara, mematuhi, mengamalkan prinsip -
prinsip Rukun Negara dan rakyat yang bersemangat patriotik dan cintakan negara.

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

5.1 Peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani,


emosi, rohani dan sosial murid – murid. Peranan – peranan tersebut telah diaplikasikan
dalam SJK(T) Tampin, N.Sembilan.

5.1.1 Pengurus Sekolah

Dari segi aspek Intelek, Pengurus Sekolah saya merancang sistem pengajaran dan
pembelajaran yang harus dijalankan di sekolahnya dengan lebih teratur dan sistematik. Dalam
hal ini, salah satu peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah sebagai dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan kurikulam, bahan - bahan pelajaran dan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Setelah menemuramah beliau, saya mendapati bahawa
beliau berpendirian tetap agar suatu sistem pengajaran pembelajaran ini tidak patut tercicir
agar murid boleh mendapatkan ilmu sebagai hak mereka. Pada masa yang sama, Guru Besar
SJK(T) Tampin, En.Ravindrah juga sering menghantar warga pendidik sekolah ini ke kursus -
kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan Jabatan Pelajaran Negeri
Kedah. Ia akan dapat meningkatkan lagi cara pengajaran yang berbeza agar tidak ketinggalan
dengan peredaran mas. Dengan cara begini, Pengurus Sekolah dapat menerapkan unsur FPK
yang mana rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Guru Besar sekolah ini memastikan
kesemua warga sekolahnya sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan serta
meningkatkan dan menyebarkan ilmu yang ada pada mereka.

Dari segi Jasmani pula, Guru Besar sekolah ini rajin mengambil bahagian dalam
kejohanan dan pertandingan berbentuk sukan. Beliau ingin memberikan pendedahan yang
sangat tinggi ke atas muridnya dalam bidang kesukanan. Beliau sendiri menyatakan bahawa
dirinya juga merupakan seorang atlet sukan pada usia muda. Beliau juga menyatakan bahawa
beliau masih meneruskan tahap jasmaninya dengan melibatkan diri dengan melakukan aktiviti
senaman pada setiap petang. Perkembangan unsur jasmani ini memberi tumpuan kepada
kesihatan tubuh badan individu lalu memperkembang kepada tahap keupayaan seperti
menjaga kesihatan tubuh badan diri, menggunakan kemahiran teknikal atau manipulatif
dengan cekap. Walaupun bilangan muridnya sangat kurang namun, beliau tetap berusaha
untuk bergabung dengan sekolah lain agar dapat menyertai sesuatu pertandingan. Sebagai
contohnya, beliau menganjurkan kejohanan olahraga pada setiap tahun.

Beliau ingin mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid sekolahnya. Beliau
memastikan agar dapat meningkatkan daya pengeluaran demi memberi sumbangan
kepada kemajuan negara. Guru Besar sekolah ini mewujudkan peluang kepada muridnya
supaya mereka dapat mencungkil bakat masing - masing serta mempunyai tahap kecergasan
yang tinggi berbanding yang lain. Tambahan lagi, Pengurus Sekolah ini juga mengubah bentuk
dan meningkatkan lagi kemudahan di kawasan permainan yang terdapat dalam sekolah
tersebut. Pengaruh Guru Besar ini dapat membina diri murid - muid yang rajin dan lebih aktif.

Pengurus Sekolah juga tidak ketinggalan dalam memperkembangkan aspek Emosi.


Beliau tidak merancang atau mengamalkan peraturan dan undang - undang yang terlalu ketat.
Beliau berpendapat bahawa kawalan yang terlalu ketat ke atas murid pasti akan memberikan
kesan negatif kepada murid lalu membantutkan kemajuan sekolah serta negara. Guru Besar
sekolah ini lebih mementingkan perasaan dan jiwa murid - muridnya agar sentiasa selesa
untuk menerima maklumat yang disampaikan seterusnya dapat menjalinkan hubungan mesra
sesama lain atas sebab kestabilan emosi yang baik.

Oleh yang demikian, perkembangan emosi ini memberi tumpuan terhadap perasaan
jiwa yang sihat seperti memiliki semangat kekitaan, muhibbah, kerjasama dan
perpaduan. Implikasinya, berlaku perubahan bahan - bahan pelajaran yang
mengutamakan nilai - nilai murni seperti perpaduan dan sebagainya diserapkan dalam
mata pelajaran tertentu. Pada masa yang sama, ia juga dapat mewujudkan perubahan
program pendidikan yang berorientasikan agar melahirkan insan yang seimbang dari
segi pemikirannya.
Dari segi Rohani pula, Guru Besar SJK (T) Tampin merancang dan mengadakan kelas
moral pada setiap petang Jumaat selepas sesi persekolahan. Ini merupakan salah satu cara
untuk memperkembangkan aspek rohani di kalangan murid. Beliau juga memastikan kehadiran
semua guru ke kelas moral yang dijalankan ini. Kehadiran para pendidik menjadi contoh
kepada para murid. Beliau juga sering memberikan maklumat kepada seluruh warga
sekolahnya tentang kemurnian ajaran - ajaran agama pada setiap perhimpunan yang
diadakan. Ini membuktikan bahawa amalan Guru Besar ini berpegang kepada salah satu unsur
FPK yang mana kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Beliau menerapkan
pandangan bahawa mengakui adanya Pencipta dan menyedari manusia diwujudkan
untuk memajukan alam sekitar.

Selain itu, aspek Sosial juga diberi perhatian oleh Pengurus Sekolah ini. Sebagai
contohnya, beliau mengadakan satu sesi perjumpaan bersama semua warga sekolahnya. Ini
adalah untuk membincangkan segala masalah yang timbul dalam pentadbiran sekolah serta
mengambil langkah segera untuk mengatasinya. Tujuan mencapai perpaduan kaum
merupakan matlamat FPK, iaitu ’ melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu akan
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ’.
Jadi, kaedah ini pasti akan menjalin hubungan baik sesama warga sekolah dalam usaha
meningkatkan perpaduan sebagai asas utama. Kesannya, ia akan mengubah aktiviti budaya
sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai - nilai murni dalam jiwa murid. Tambahan
lagi, Pengurus Sekolah juga mewujudkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah lain.
Beliau suka membawa anak muridnya ke sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah lain
untuk membentuk hubungan mesra di kalangan murid.

Pengerusi Jawatankuasa
Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib sekolah.
Penyelaras sekolah..
BIDANG TUGAS
GURU BESAR

Bertanggungjawab dalam semua hal


Bertanggungjawb dalam semua hal
pengurusan, pentadbiran dan
pengurusan kewangan sekolah.
perjalanan sekolah.

5.1.2 Guru Penolong Kanan

Dalam aspek Intelek, GPK SJK(T) Tampin, Pn.Rajeswary giat membina dan merancang
Jawatankuasa - jawatankuasa tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sekolahnya. Ini adalah khas untuk kelas - kelas tambahan yang dijalankan pada setiap petang
Selasa, Rabu dan Khamis. Pada masa yang sama, beliau juga sentiasa memberikan panduan
dan tunjuk ajar kepada para pendidik sekolahnya supaya daoat memberikan idea - idea
pengajaran mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran kita. Dengan ini beliau dapat
mengaitka peranan FPK yang mana sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan kurikulam, bahan - bahan pengajaran dan strategi pengajaran dan
pembelajaran. GPK juga tidak ketinggalan dalam mengenalpasti kekurangan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di sekolahnya. Antara perhatian yang sering
dijalankan oleh beliau adalah ke atas bahan - bahan rujukan untuk murid, lembaran - lembaran
kerja, penggunaan ICT dan sebagainya. Dalam hal ini, unsur FPK memainkan perananya
dengan membolehkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam bidang kurikulam. Jika
beliau dapat mengesan sebarang kekurangan, beliau terus membawa ke perhatian Pengurus
Sekolah agar dapat mengisi kekurangan yang terdapat di sekolahnya. Beliau tidak ingin
kekurangan seperti ini akan menjejaskan tahap pembelajaran murid.

Dari segi aspek Jasmani pula, GPK sekolah merancng dan menjalankan aktiviti - aktiviti
kokurikulam. Bidang kokurikulam juga amat memainkan peranan penting dalam menerapkan
nilai FPK dalam setiap murid. Ia pasti akan melahirkan murid yang aktif dan cergas serta sihat.
GPK sekolah melibatkan diri dengan menghalang murid daripada terjerumus ke lembah hina
seperti merancang mengikut sukatan yang sedia ada. Implikasinya, ia akan membentuk insan
yang seimbang dan harmonis sepanjang hayat mereka.

Tambahan pula, dalam aspek Emosi GPK sekolah telahpun mengadakan mesyuarat
sebanyak dua kali khas untuk warga penddik sekolahnya semasa saya berada di sekolah
tersebut. Objektif kedua - dua mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan strategi
pengajaran yang lebih selesa agar membentuk pemikiran murid yang sihat. Guru - guru
sekolah juga mengatakan bahawa GPK sekolah memang sering mengadakan perjumpaan
sebegini kerana GPK tersebut mementingkan kestabilan emosi murid.

Sebagai contohnya, GPK SJK (T) Tampin mengumpul murid - murid di kuil
bersebelahan sekolah pada setiap petang Jumaat. Beliau berpendapat bahawa, aspek Rohani
sangat penting untuk setiap insan agar dapat berjaya dalam sesuatu tujuan seseorang. Bukan
sahaja beliau bersama - sama murid beribadat malah, beliau menjalankan kelas moral di kuil
untuk semua murid sekolahnya. Ini dapat meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan
beragama.

Dalam aspek Sosial, GPK sekolah ini sering melibatkan dirinya dalam semua aktiviti
yang dijalankan oleh murid. Misalnya, dalam minggu saya bersama sekolah tersebut, saya
mendapati bahawa GPK menghadiri kelas - kelas tambahan walaupun ia bukannya tugas
beliau. Tambahan lagi, beliau juga hadir ke aktiviti kokurikulam sekolah walaupun tempat
kediamannya jauh dari kawasan sekolah. Ini membolehkan beliau mempertingkatkan unsur
sosial di kalangan murid bersama dirinya. Ini membuktikan beliau memperoleh kemahiran
untuk mewujudkan perhubungan baik.

5.1.3 Guru Panitia

Dari segi aspek Intelek, Guru Panitia SJK(T) Tampin, Pn.Vasenda sendiri mengatakan
bahawa beliau sering melayari internet agar dapat mengetahui sebarang perubahan terkini
dalam bidang pendidikan untuk memberikan maklumat kepada para muridnya. Beliau sangat
peka terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem pelajaran negara kita. Dalam hal yang
lain, beliau sebagai Guru Panitia sekolah menggubal dan menilai serta memurni soalan
peperiksaan berstatus tinggi. Ini adalah kerana, mewujudkan murid yang sentiasa dalam
keadaan sedia dan kaya dengan ilmu yang lebih.
Tambahan pula dalam aspek Jasmani, Guru Panitia sekolah tersebut sentiasa
berhubung dengan pihak sekolah lain agar dapat berkongsi maklumat dan idea dalam bidang
jasmani ini. Beliau juga sentiasa membuat pemantaunke atas gerak geri Penidikan Jasmani
agar dapat membentuk insan yang harmoni dan seimbang dari segi kesihatan murid.
Menurut Pengurus Sekolah ini, Guru Panitia sekolahnya sentiasa berusaha untuk mengadakan
aktiviti - aktiviti kesukanan dalaman. Implikasinya, ia akan mencungkil bakat murid yang
sebenar mengikut kehendak negara.

Dalam aspek Emosi pula, beliau memastikan suasana bilik darjah yang selesa setelah
mengkaji kehendak murid. Suasana bilik darjah yang tenang dan aman pasti akan mengubah
cara pembelajaran murid atas sokongan minda masing - masing. Ini adalah salah satu
perubahan kemudahan - kemudahan supaya murid mendapat peluang mengembangkan
potensi mereka dari segi emosi mereka secara menyeluruh dan seimbang.

Dari segi perkembangan aspek Sosial pula, Guru Panitia sekolah menunjukkan
perancangan beberapa pertandingan di bilik darjah untuk murid - murid. Beliau berbuat
demikian agar akan berlakunya interaksi antara murid dalam usaha meningkatkan aspek sosial
di kalangan murid.

Menjalankan Membantu

tugas-tugas Guru Besar


Memabntu Guru Besar Mengajar sebilangan waktu
dalam
Membantu Guru pengetua
dalam semua hal aspek mengikut arahan Pengetua.
pentadbiran
menyelia dan semasa
perancangan dan sekolah
menilai Bertanggungjawab kepada Guru Besar
ketidaan
pengurusan sekolah. yang
proses dalam hal kurikulum,
Guru Besar.pentadbiran,
BIDANG TUGAS
pengajaran hubungan masyarakat dan mempunyai
Guru Panitia
keselamatan. sesi petang
5.1.4 Guru Bilik Darjah

Guru Bilik Darjah SJK (T) Tampin,N.Sembilan En.Surendran memainkan peranan yang
sangat penting dalam membentuk murid yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
jasmani, emosi, rohani dan sosial JERIS. Semua penididik perlu mengetahui fungsi utama
pendidikan yang mana memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya
mencapai tahap cemerlang yang mana merupakan salah satu unsur dalam FPK.
Sebagai contohnya, aspek Intelek yang ditekankan oleh hampir kesemua Guru Bilik
Darjah sekolah yang saya kaji lebih mahir dalam penggunaan ICT. Mereka menggunakan
sumber ICT ini sebagai salah satu sumber pengajaran utama ke atas muridnya. Maka, jelasnya
bahawa wujudnya unsur FPK dalam kaedah dan cara yang digunakan oleh Guru Bilik Darjah
iaitu menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu. Ia
pasti akan mengasah lagi tahap kecekapan dalam penggunaan ICT sambil
memperkembangkan penguasaan dalam bidang pembelajaran. Tambahan lagi, Guru - guru
Bilik Darjah sekolah ini mengajar mengikut sukatan pelajaran yang dihasilkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran kita. Maka, akan pasti wujudnya suatu sistem pengajaran yang
terancang dan sistemetik. Tambahan pula ada juga implikasi yang mana menyebabkan
perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran murid dalam bidang
vokasional dan teknologi.

Dari segi aspek Jasmani, tiga daripada Guru Bilik Darjah sekolah saya merupakan guru
Pendidikan Jasmani. Sebagai contohnya, walaupun sekolah ini tidak memiliki padang yang
tersendirinya namun, golongan pendidik rajin untuk membawa murid - murid ke padang
bersebelahan milik ladang tersebut. Pada masa yang sama, guru yang mengajar juga turut
turun padang bersama dengan murid agar mereka dapat menjalinkan hubungan yang erat
serta lebih mesra di antara mereka. Saya mendapati bahawa golongan pendidik sekolah ini
bergaul dengan warga murid seperti seorang rakan karib.

Mereka berpendapat bahawa ia akan menjalin hubungan dalam usaha menghilangkan


perasaan takut di kalangan murid lalu menyebabkan murid lebih seronok dan selesa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, ia akan dapat mencungkil bakat sebenar
yang terpendam dalam diri setiap murid seterusnya akan meningkatkan kemajuan masyarakat
dan negara. Dalam erti kata yang lain, unsur FPK mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang
memberi sumbangan. Bakat yang dikeluarkan inilah yang akan memberikan sumbangan
terhadap kemajuan negara seperti atlet olahraga, pemain bola sepak, pemain hoki, pendaki
gunung dan sebagainya.
Dalam aspek Emosi pula, salah seorang Guru Bilik Darjah SJK(T) Tampin ini tidak
terlalu menampilkan sikap marah dan tidak puas hati terhadap murid - murid dalam apa jua
keadaan kecuali terdapatnya perkara - perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebagai
contohnya, Guru Bilik Darjah ekolah ini tidak berasa marah apabila seorang murid tidak faham
akan tugasan yang telah diberikan walaupun diberi penjelasan berkali - kali dalam kelas. Guru
tersebut masih tenang serta menunjukkan nilai - nilai murni yang tinggi dengan memberikan
penjelasan yang lebih terperinci kepada murid tersebut secara individu. Unsur FPK
menekankan bahawa seseorang guru berkualiti perlu memperoleh perasaan tenaga dan
tingkah laku yang terkawal serta memiliki perasaan kasih sayang.

Cara yang dilakukan oleh guru tersebut memang merupakan satu kaedah atau sifat
yang dimiliki oleh seseorang guru berprofesional tinggi. Implikasinya, guru berkelakuan
sebeginilah yang akan berjaya memperkembangkan aspek emosi murid dalam usaha
meningkatkan tahap pendidikan di negara kita.

Aspek Rohani pula menyentuh tentang ajaran agama atau penerapan nilai - nilai murni
yang tinggi. Pada masa saya menjalankan kajian di sekolah tersebut, sebelum memulakan sesi
pengajaran pembelajaran di alam bilik darjah guru - guru meluangkan masa sebanyak lima
minit untuk membincangkan keindahan ajaran - ajaran agama yang ditekankan oleh semua
agama. Dalam masa yang sama, guru juga sering menerapkan nilai - nilai murni ke atas murid
- murid dalam bilik darjahnya. Sebagai contohnya, mereka bercerita tentang kejadian - kejadian
ebenar mahupun cerita - cerita dongeng khas untuk menunjukkan ajaran yang apat diperolehi
daripadanya. Ini aalah salah satu cara untuk menerapkan nilai - nilai murni di kalangan murid
dengan mudah kerana mereka lebih faham dan mudah memahami maklumat berbentuk lisan.
Implikasinya, mereka akan menyedari dan melakukan kebaikan dan menghindari
perbuatan kejahatan. Dalam hal yang lain, para pendidik juga mengadakan pertandingan
menghafal nilai murni serta memberikan fahaman murid terhadapnya. Maka, ia akan
membentuk sahsiah murid yang berkelakuan baik agar matlamat dan konsep FPK dapat
diterapkan alam proses pengajaran pembelajaran.
Dari segi aspek Sosial pula, Guru Bilik Darjah sering mengadakan aktiviti berkumpulan.
Keadaan ini menyediakan peluang kepada murid - murid untuk berinteraksi sesama lain.
Komunikasi yang berkesan di kalangan mereka akan menjalin hubungan yang baik di kalngan
mereka. Tambahn lagi, warga pendidik juga mesti menjadi contoh kepada murid dalam usaha
memperkembangkan aspek sosial ini. Guru - guru perlu berinteraksi dengan guru lain di
perhatian murid mahupun tidak agar murid dapat terikut – ikut dengan cara seseorang guru.
Implikasinya, murid akan membawa sikap ini bermula dari sekolah rendah ke akhir hayat
mereka serta akan memberi tunjuk ajar kepada generasi yang akan datang.

5.2 Prasarana

5.2.1 Kemudahan sekolah dalam membina perkembangan fizikal murid

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa sekolah yang saya kaji merupakan
sebuah sekolah Gred A. Walaupun kemudahan di sekolah ini mencukupi, tetapi terdapat juga
kekurangan dalam beberapa kemudahan. Namun demikian, pihak sekolah ini berusaha untuk
mengisi kekurangan yang terdapat di sekolah. Akan tetapi, sekolah ini mempunyai beberapa
kemudahan dalam membina perkembangan fizikal murid.
Pertama sekali, sekolah ini mempunyai sebuah Pondok membaca bersebelahan
kantin sekolah. Semasa temubual bersama Guru Besar sekolah, beliau mengatakan bahawa
kawasan pondok membaca tersebut telah lama dibina. Beliau dengan bantuan pihak PIBG
sekolah telahpun memperbaiki pondok tersebut pada bulan lepas. Pembaik pulihan yang
dibuat ke atasnya menyebabkan peningkatan tahap membaca murid. Murid berasa lebih
seronok apabila mereka menghabiskan masa membaca bersama – sama dengan rakan-rakan.
Ini menjadikan murid lebih aktif dan cergas dalam usaha memperkembangan minda murid
seterusnya dapat meningkatkan penglibatan mereka dalam kemajuan negara.

Selain itu, SJK(T) Tampin juga mempunyai Bilik Sumber yang penuh dengan buku-
buku yang mencukupi untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Perpustakaan ini memnjadi alat untuk
menjadikan murid-murid sebagai ulat buku. Pada masa rehat murid-murid melapangkan masa
dengan membaca buku-buku yang berbagai edisi. Susunan yang betul dan pengaturan buku-
buku dengan teratur membantu pelajar untuk mencari sumber dengan senang. Secara
kesuluruhan, bilik sumber ini membantu murid untuk melahirkan mereka dari segi intelek.

Tambahan pula, pihak sekolah juga memberi sarapan ( RMT ) kepada kesemua murid
sekolahnya pada setiap pagi pukul 10.00 pagi hari persekolahan. Ini merupakan sebuah
bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kita kepada murid - murid sekolah. Jawatankuasa
RMT Sekolah ini sentiasa memberikan menu makanan yang berkhasiat kepada pengusaha
kantin agar dapat menigimbangi tahap fizikal murid. Ini akan membentuk murid yang
seimbang dan harmonis dari segi kesihatan mereka.

Dalam hal yang lain, sekolah ini juga mengadakan aktiviti ko - kurikulam pada setiap
petang Rabu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ko - kurikulam ini memberi kesan
yang sangat mendalam ke atas murid. Kegiatan ini akan menanam sikap keyakinan diri yang
tinggi di kalangan murid sekolah. Jika seseorang murid megetuai sesebuah jawatankuasa
maka, ia akan meningkatkan keupayaan untuk mememelihara masyarakat yang berdisiplin.

Sekolah tersebut mempunyai satu tapak perhimpunan yang amat berguna untuk
semua warga sekolah tersebut. Tapak tersebut telah merupakan satu tempat dimana murid-
murid berinteraksi dan memperolehi input daripada guru-guru serta guru besar. Setiap Hari
Isnin dan Jumaat murid-murid berkumpul di tapak tersebut pada pukul 7.45 pagi hingga
8.13pagi. murid-murid dibekalkan dengan pelbagai maklumat yang terpenting melalui
perhimpunan ini. Bukan setakat itu sahaja, malah tapak perhimpunan tersebut juga digunakan
oleh guru untuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aktiviti kumpulan
dilakukan di tapak tersebut dan ini menjadikan murid-murid menjadi lebih aktif dan
seronok kerana tempatnya yang selesa dan ruangnya yang besar.

Tandas merupakan salah satu keperluan yang penting untuk murid-murid. Kebersihan
tandas merupakan aspek yang penting untuk menjamin kesihatan murid-murid. Keadaan
tandas sekolah tersebut berada dalam keadaan yang baik dan bersih serta selesa dan
murid-murid menggunakannya dengan sempurna.

Kantin merupakan tempat yang patut disediakan di sekolah. Daripada pemerhatian saya,
kantin sekolah tersebut amat memainkan peranannya dalam membina perkembangan fizikal
murid-murid melalui kebersihan dan pemakanan yang seimbang. Kebersihan kantin tersebut
amat dipelihara oleh pengusaha kantin atas arahan Guru Besar sekolah. Dari segi pemakanan,
kantin sekolah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang bukan sahaja untuk
murid-murid yang terlibat dalam RMT malahan untuk semua murid dan guru-guru serta
kakitangan yang lain. Dengan ini perkembangan murid dari segi Fizikal terbina dan
seterusnya melahirkan murid yang sihat dan sejahtera. Ruang kantin yang agak luas dapat
menampung murid-murid sekolah tersebut. Ruang makan untuk guru dan murid-murid
disediakan dengan lebih selesa. Dari segi perabot iaitu kerusi dan meja amat mencukupi dan
selamat dan tidak membahayakan murid-murid.

*** Oleh sebab itu, kemudahan di sekolah rendah perlu diuruskan dengan teratur dan
sempurna supaya ia benar-benar dapat menolong membentuk peribadi murid-murid sejajar
dengan cita-cita negara untuk mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bersatu padu dan
dapat membina perkembangan fizikal murid. Serta sekolah juga harus mengambil inisiatif yang
tinggi untuk menyediakan kemudahan –kemudahan yang tiada di sekolah tersebut dan melalui
ini dapat merealisasikan hasrat FPK.

5.2.2 Keceriaan sekolah dalam memupuk nilai estetika, kebersihan, kecintaan


terhadap alam semulajadi

Pada pandangan saya, SJK ( T ) Tampin ini mempunyai suasana alam sekitar yang
sebenar. Ini adalah kerana lokasi sekolah tersebut terletak di tengah - tengah ladang. Oleh
yang demikian, kawasan sekolah ini kaya dengan keindahan alam sekitar.

Pihak pentadbiran sekolah ini telahpun menanam pokok - pokok bunga dan pokok -
pokok hiasan di semua laluan sekolah. Keadaan ini sentiasa menyerikan suasana sekolah
sepanjang tahun. Murid lebih suka dan seronok melihat keindahan alam lalu dapat menanam
tabiat cintakan alam semulajadi. FPK memainkan peranan sebagai melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan keindahan
alam.

Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga telah menyediakan peluang bagi murid -
murid agar mereka dapat menghayati mural dan postur tentang alam sekitar. Sebagai
contohnya, dinding bangunan sekolah tersebut mempunyai postur seorang murid sekolah yang
bersih dan sihat dari segi keadaan fizikal dan mentalnya. Ada juga postur yang mengajar kita
tentang bahayanya amalan pembakaran terbuka ke atas hutan. Implikasinya, murid pasti akan
mempunyai pandangan yang baik terhadap alam sekitar di samping melahirkan rasa cinta ke
atas alam semulajadi kurniaan Yang Maha Esa.

Dalam usaha yang lain, jentera pentadbiran sekolah ini telahpun membina sebuah
Taman Bunga di kawasannya. Usaha ini telah diambil kira - kira 5 tahun dahulu oleh Guru
Besar, En.Ravindrah terdahulu agar dapat mendedahkan murid lebih dekat dengan keindahan
alam. Walaupun lokasi sekolah ini terletak di tengah - tengah ladang namun, usaha sebegini
pasti akan meningkatkan lagi nilai estetika dan kecintaan murid terhadap alam. Ia akan
memberi penekanan terhadap pengurusan alam sekitar yang baik selaras dengan hasrat
kerajaan kita.

5.3 Program dan Aktiviti

5.3.1 Aktiviti kurikulam dalam membina perkembangan intelek, jasmani, emosi,


rohani dan sosial murid berdasarkan kebolehan individu

Semasa saya memantau di SJK (T) Tampin saya mendapati beberapa aktiti berasaskan
kurikulam telah dijalankan oleh warga pendidik sekolah tersebut. Walaupun aktiviti yang
dijalankan oleh sistem sekolah ini sama seperti sekolah lain namun, cara yang digunakan
adalah berbeza. Keceriaan sesuatu sekolah bergantung kepada kerjasama semua warga
sekolah tersebut. Di sekolah itu juga semuanya termasuk pihak pengurusan, guru-guru, murid-
murid serta kakitangan telah berusaha untuk menceriakan sekolah dengan menjaga bangunan
sekolah dan kawasan sekolah bersih. Sekolah tersebut juga mempunyai pohon-pohon, pokok-
pokok bunga untuk melahirkan perasaan cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar. Selain
itu juga, sekolah itu juga kaya dipenuhi dengan perhiasan-perhiasan seperti mural dan kata-
kata hikmat yang merangsangkan pembelajaran.

1) Mural
 Daripada pemerhatian saya, pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut telah
mengambil langkah- langkah untuk keceriaan sekolah.
 Sekolah tersebut telah mengambil inisiatif yang tinggi dalam melukiskan mural-
mural di dinding sekolah untuk menceriakan lagi sekolah.
 Contohnya, lukisan di dinding tandas sekolah bukan sahaja sebagai perhiasan
tetapi juga memberi ingatan kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan.
 Selain itu, ada juga lukisan di koridor tangga sekolah yang bertemakan alam
sekitar.

2) Kata-kata Hikmat
 Sekolah tersebut juga dihiasi dengan menulis dan memaparkan kata-kata hikmat
di dinding dan bangunan sekolah.
 Contohnya, di sisi bangunan sekolah, telah dihiasi dengan “Getha Saram” yang
merupakan kata-kata hikmat agama Hindu.
 Selain itu, tangga sekolah juga diceriakan dengan kata-kata hikmat seperti Usaha
Tangga Kejayaan, Fikir Sebelum Bertindak dan lain lain lagi.
 Di kantin sekolah juga, terdapat gambar-gambar tokoh dan falsafah hidupnya.

3) Langsir
 Pihak pengurusan sekolah tersebut telah menyediakan langsir untuk semua bilik darjah,
pejabat, kantin dan bilik guru serta bilik-bilik yang lain untuk menceriakan lagi sekolah.
 Semua bilik darjah telah dibekalkan langsir yang berwarna hijau yang cukup dan ini
akan mewujudkan suasana bilik darjah menjadi lebih sesuai untuk pembelajaran dan
warna ini mungkin menyenangkan fikiran, memberi inspirasi serta melahirkan suasana
belajar yang diperlukan. Selain itu, murid-murid juga akan menjadi ceria ketika berada
dalam bilik darjah.

4) Sudut Bacaan serta maklumat


 Sudut bacaan serta maklumat yang cantik serta teratur menggalakkan murid-murid
menjadi lebih bersemangat.
 Tetapi, pada pandangan saya, sudut-sudut bahasa yang telah diagihkan kepada semua
matapelajaran di sekolah itu tidak digunakan dengan sepenunya. Tiada maklumat yang
terkini serta menarik yang ditampalkan di ruang tersebut. Ini merupakan satu
kekurangan kepada keceriaan sekolah.
 Tetapi di bilik-bilik darjah sekolah, sudut pembelajarannya amat menarik dan
menggalakkan murid-murid membacanya dengan penuh semangat.

5) Pohon-pohon dan pokok-pokok bunga


 Pohon-pohon bunga seperti bunga kertas banyak ditanam di sekitar kawasan sekolah
untuk mewujudkan hubungan harmoni dengan alam sekitar.
 Batasan bunga boleh membuat halaman sekolah kelihatan warna-marni dan menarik
tetapi ia memerlurkan jagaan rapi dan sebahagian tanggungjawabnya dipegang oleh
kakitangan sekolah.
 Guru Besar sekolah juga telah mencadangkan untuk mewujudkan taman bunga di
kawasan tersebut secepat yang mungkin.
 Murid-murid sekolah itu juga menghayati keindahan alam di sekolahnya tanpa
merosakkannya.
6) Aktiviti dan Pertandingan
o Sekolah tersebut telah melaksanakan beberapa aktiviti menceriakan sekolah seperti
“Jaga Kebersihan Sekolah”, gotong- royong dan sebagainya lagi. Dalam aktiviti ini,
semua warga sekolah membersihkan kawasan sekolah dengan membersihkan tingkap,
pintu, dinding dan sebagainya lagi.
o Pertandingan seperti “Pertandingan Bilik Darjah Terbersih” telah menggalakkan murid-
murid membersih dan menceriakan bilik darjah mereka dengan penuh semangat.

Saya juga mendapati bahawa hampir semua guru sekolah ini memberikan aktiviti
kumpulan kepada murid - murid di bilik darjah. Murid - murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil oleh guru pembimbingnya. Walaupun tugasan yang diberikan kepada murid
mengambil masa yang agak singkat namun, faedah yang diperolehi oleh murid agak besar.
Murid - murid memberikan kerjasama dan penglibatan masing - masing mengikut kebolehan
mereka. Perkembangan unsur JERIS ini bergantung pada tahap penglibatan murid dalam
aktiviti sebegini. Maka, ia akan membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga
mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna. Implikasi menurut FPK yang lain pula
adalah, dapat memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam
kurikulam.

Pada masa yang sama, penggunaan ICT dalam bidang kurikulam juga merupakan
satu - satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat memperkembangkan unsur -
unsur JERIS di kalangan murid sekolah tersebut. Perubahan zaman yang begitu cepat
mengejar kemajuan ini mewajibkan penguasaan murid dalam bidang multimedia. Para
pendidik di sekolah yang saya kaji memang sering menggunakan penggunaan ICT serta
melibatkan diri murid dalam aspek tersebut. Menerusi pemantauan saya selama seminggu di
sekolah tersebut saya mendapati guru - guru memberi peluang kepada muridnya untuk
mengendalikan bahan multimedia ini agar dapat memberikan pengalaman. Ini adalah kerana
murid - murid perlu menyesuaikan diri dengan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai
untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang teknologi.
Selain itu, Program Transisi juga adalah antara salah satu aktiviti kurikulum yang
dijalankan di sekolah tersebut. Program Transisi adalah salah satu program yang dikhaskan
untuk murid-murid Tahun Satu sahaja. Aspek - aspek yang dititikberatkan dalam program
transisi adalah seperti aspek permainan, aspek pendaftaran murid, aspek dokumentasi, aspek
RMT, aspek roset untuk murid-murid dan sebagainya. Beberapa guru di sekolah tersebut
dibahagikan mengikut tugas - tugas masing - masing yang diberikan, sebagai contohnya
keceriaan kelas, disiplin kelas, kebersihan dan lain - lain. Ahli Jawatan Kuasa Induk Program
Transisi yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas program ini

Selain itu, pihak sekolah tidak ketinggalan dalam mengajar murid dengan
mengadakan kelas - kelas tambahan. Ini adalah satu ganjaran yang diberikan kepada para
pendidik dengan pemberian Skim Baucer Tuisyen ( SBT ). Kelas - kelas tambahan sebegini
menguatkan lagi unsur JERIS di kalangan murid semasa dan selepas proses pengajaran
pembelajaran yang dijalankan. Murid - murid berasa lebih selesa kerana mendapat
kemudahan untuk mengikuti kelas tambahan tanpa sebarang pembayaran. Melalui aktiviti
sebegini, murid - murid sekolah dapat mengembangkan lagi daya intelektual dan daya
pemikiran mereka.

Walaupun ada juga serba kekurangan dalam proses ke arah menjadikan sekolah ceria,
indah tetapi kebersihan dan keindahahan yang lain dapat menjadikan sekolah itu lebih cantik
dan menarik. Melalui perbincangan saya dengan Guru Besar sekolah tersebut, saya mendapati
bahawa sekolah itu dapat diceriakan lagi dengan mewujudkan taman bunga. Usaha-usaha
sebegini dapat menceriakan lagi sekolah tersebut dengan mewujudkan perasaan cintailah
alam sekitar di kalangan murid-murid sekolah tersebut.
5.3.2 Aktiviti ko - kurikulam dalam memperkembangkan bakat dan potensi setiap
individu murid

Pelbagai aktiviti kurikulum atau akedemik dianjurkan di Sekolah Jenis (Tamil) Tampin,
N.Sembilan dalam usaha membina perkembangan intelek,jasmani, emosi, rohani dan social
murid berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka. Secara amnya, aktiviti atau program
kurikulum dijalankan berdasarkan kepada beberapa tujuan iaitu:

 untuk meningkatkan lagi perhubungan kemanusiaan dan antara perseorangan


(inter personal) guru-pelajar, guru dan Guru Besar dan pelajar.
 Merangsangkan semangat untuk belajar dan bekerja di kalangan pelajar,guru dan
staf sekolah di sesebuah sekolah supaya produktiviti sekolah dapat ditingkatkan
lagi.

 Meningkatkan lagi disiplin sekolah,khususnya para pelajar secara internally-


induced melalui pembentukan persekitaran atau sekolah untuk mendidik pelajar
menguasai disiplin kendiri.

 Mewujudkan iklim dan suasana sekolah yang menggembirakan para pelajar


khususnya.

 Mengurangkan factor kegagalan atau kesilapan manusia(human errors) dalam


pengurusan pendidikan di sekolah dan bilik darjah supaya produktiviti
kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan dapat pula mewujudkan budaya
sekolah yang positif.

Antara aktiviti kurikulum yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

• PROGRAM PENINGKATAN KURIKULUM DAN KEMAJUAN

• PENDIDIKAN ( PKKP)

• Pelaksanaan Skim Baucar Tuisyen (SBT)

• Kelas Tambahan

• Kelas agama dan moral

• Pendidikan Jasmani

• Program UPSR
• Kem motivasi

SJK (T) Tampin juga mengadakan aktiviti ko - kurikulam pada setiap petang Khamis.
Kegiatan ini bermula pada pukul 3.00 petang selepas kelas tambahan yang bermula pada
pukul 2.00 dan tamat pada 3.00 petang. Kegiatan ini dijalankan hanya untuk murid tahap 2
sahaja. Sepertimana kita sedia maklum, aktiviti ko - kurikulam ini dibahagikan kepada 3 iaitu
Kelab / Persatuan, Badan Beruniform dan Permainan / Sukan. Oleh sebab bilangan murid
sekolah ini yang terlalu kurang maka, pentadbiran sekolah ini hanya menubuhkan sebuah
Kelab / Persatuan dan sebuah Badan Beruniform sahaja. Pada masa yang sama, Sukan /
Permainan pula dibahagikan kepada dua iaitu Kelab Bola Sepak dan Kelab Bola Jaring.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ko - kurikulam dapat memperkembangkan bakat
dan potensi setiap individu murid.

Jika kita lihat dari segi Kelab / Persatuan, sekolah ini mempunyai Persatuan Sains dan
Matematik. Aktiviti ini sering dijalankan di bilik darjah. Suasana ini mewujudkan peluang
kepada murid - murid supaya berinteraksi dengan yang lain termasuk warga pendidik.
Implikasinya, murid akan dapat memberi dan menerima pandangan atau idea masing - masing.
Murid juga didedahkan dengan aktiviti luar bilik darjah contohnya aktiviti memasak, berkebun,
membuat eksperimen, mengkaji flora dan fauna, bergotong - royong dan mencipta bahan -
bahan terbaru dan canggih akan mengubah keadaan emosi murid. Mereka berasa dirinya
lebih bebas dalam usaha memperkembangkan penguasaan mereka dalam bidang Sains dan
Matematik. Interaksi di antara mereka juga akan mewujudkan nilai sosial yang baik. Ini akan
melahirkan rakyat yang berakhlak mulia. Menurut Penolong Kanan Sekolah Puan A.
Selarani, Puan Sakthi yang mana merupakan Penasihat persatuan ini sentiasa menjalankan
aktiviti persatuan mengikut perancangan yang telah disediakan pada awal tahun. Dalam hal ini,
FPK memainkan peranan sebagai melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan.
Pengakap merupakan unit berunifom yang diadakan dalam ko - kurikulam sekolah ini.
Jawatankuasa persatuan telah npun merancang pelbagai aktiviti yang telah dan akan
dijalankan sepanjang tahun. Beberapa aktiviti juga telah berjaya dijalankan seperti latihan
kawat kaki pada bulan Januari, Ceramah Pertolongan Cemas pada bulan Februari dan Kem
Jambori pada bulan March. Ada lagi banyak aktiviti yang lain tersenarai dalam Jadual
Rancangan Tahunan Pengakap. Guru Penasihat Persatuan iaitu En.Xavier menerangkan saya
tentang segala perancangan aktiviti tahunan mereka semasa saya berada di sana. Rancangan
aktiviti sebegini pasti akan memberikan pendedahan kepada murid untuk lebih berkeyakinan.
Tambahan lagi, interaksi secara langsung wujud di kalangan murid dan pendidik akan
meningkatkan perkongsian pendapat lalu memperkembangkan unsur KBKK. Maka jelaslah
bahawa, potensi murid akan terpapar serta dapat mencungkil kebolehan murid secara
maksimum.

Pada masa yang sama, sukan / permainan juga penting dalam meningkatkan bakat
murid. Di sekolah yang saya kaji, saya mendapati bahawa terdapat 2 kelab sukan untuk ko -
kurikulam iaitu permainan bola sepak bagi murid lelaki dan bola jaring bagi murid perempuan.
Aktiviti ini merupakan salah satu penilaian ke atas murid dalam arena kesukanan agar sekolah
dapat mengesan kebolehan murid dalam usaha melahirkan insan yang memberi
sumbangan kepada sekolah mahupun negara.
IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan


luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk
merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan
tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
akan membawa implikasi - implikasi atupun kesan - kesan kepada sistem pendidikan kita.

6.1 Implikasi Terhadap Kurikulum

Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi, perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu, perubahan bahan - bahan pelajaran yang mengutamakan nilai - nilai murni
diserapkan dalan semua mata pelajaran, perubahan program pendidikan yang berorientasikan
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan perubahan sistem pendidikan yang
berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk
melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi

6.2 Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar


dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi, perubahan sikap
peribadi pendidik sendiri dengan pandangan visi yang positif terhadap tugasnya untuk
merealisasikan tujuan dan cita - cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perubahan
profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

6.3 Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk


melahirkan pelajar - pelajar mengikut tujuan dan cita - cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ini meliputi, perubahan kemudahan - kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara
menyeluruh dan seimbang, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk
nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk
melahirkan pelajar - pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya
membaca di kalangan mereka.
RUMUSAN DAN CADANGAN

7.1 Rumusan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berkerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi FPK ini.
Antaranya Agama, Sosial, Politik, Ekonomi, Individu dan Sejagat.

FPK memainkan peranan sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami
sistem pendidikan Malaysia. Ia juga menjadi dasar dan pertibangan asas untuk menentukan
matlamat Negara. Selain itu, FPK dapat menghilangkan salah faham, keraguan dan
pertelingkahan dalam usaha melaksanakan tugas pendidikan.
Terdapat 11 unsur penting dalam FPK. Antaranya, Pendidikan suatu usaha berterusan,
Mempembang potensi individu, Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,
Insan yang seimbang dan harmonis, Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, Rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, Rakyat Malaysia yang berketerampilan, Rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia, Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Rakyat Malaysia yang
berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri dan Rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan.

Implikasinya, akan berlakunya perubahan bahan - bahan pelajaran yang


mengutamakan nilai - nilai murni diserapkan dalam semua matapelajaran. Ada juga perubahan
profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajaran yang sesuai. Perubahan ke atas
aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai nilai murni di kalangan murid. Pada
masa yang sama, perubahan kemudahan supaya murid mendapat peluang mengembangkan
potensi mereka dari aspek JERIS.
Sepanjang minggu PBS, hasil daripada pemerhatian dan interaksi dengan komuniti
sekolah di SJK (T) Tampin saya mendapati pihak pengurusan sekolah sentiasa berusaha
untuk merealisasikan FPK. Hasil daripada kajian, saya mendapati bahawa, matlamat utama
FPK adalah untuk menyediakan seseorang murid yang seimbang dari segi intelek, sosial,
emosi, jasmani dan rohani.

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Saya mendapati,
SJK (T) Tampin, memberi peluang yang secukupnya kepada murid-murid untuk menguasai
berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan
perkembangan murid selaran dengan FPK. Setiap peringkat dalam pihak pengurusan
memainkan peranan dan tangggungjawab masing-masing dalam memperkembangkan aspek
intelek, rohani, jasmani dan sosial di kalangan murid-murid di sekolah tersebut.

Seterusnya, SJK (T) Tampin sebagai institusi masyarakat juga mementingkan


perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikuti arah dan kehendak
masyarakat. Bahkan sekolah ini bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata
tetapi menanamkan sikap, nilai, dan sahsiah yang sempurna. Hasil daripada kajian ini saya
mendapati, SJK (T) Tampin merupakan sebuah sekolah yang dinamik. Ia adalah kerana saya
mendapati ia sentiasa bersungguh-sungguh untuk berubah, reformatif, berkembang dan
bergerak maju dari segi pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang pemerhatian , saya juga mendapat tahu bahawa usaha guru dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ditumpukan kepada pelaksanaan kurikulum
dan kokurikulum yang dapat memperkembang potensi pelajar dari aspek intelek, jasmani,
emosi dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Selain itu, usaha guru juga ditumpukan
dalam pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya
kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta
dalam keadaan yang baik dan selamat.

Selain pengurusan dan organisasi sekolah yang cekap, sepanjang tempoh PBS saya
mendapati prasarana dan kemudahan di sekolah juga turut berada dalam keadaan yang amat
baik dan menarik perhatian. Kemudahan dan prasarana yang baik dan sempurna di sekolah
tersebut meningkatkan perkembangan fizikal murid-murid dan secara tidak langsung
melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Oleh itu, pihak sekolah boleh berusaha untuk
meningkatkan lagi aspek kemudahan dan aspek keceriaan yang sudah sedia ada di sekolah
tersebut.

Secara amnya, iklim dan budaya sekolah tersebut amat mempengaruhi sekolah tersebut
dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Iklim dan budaya sekolah tersebut yang baik telah mewujudkan satu keadaan di
mana setiap murid telah melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan,
termasuk percubaan menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai dan mewujudkan
perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan menerima
sekolahnya sebagai sebuah sekolah yang mesra dan bahagia. Selain itu, murid-murid juga
mempunyai kesukarelaan untuk menerima aspirasi dan peraturan-peraturan sekolah yang
diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Ringkas kata, hasil daripada pengalaman saya di
SJK (T) Tampin, saya mendapati sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting
dalam melahirkan seseorang murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani, rohani
dan sosial.

7.2 Cadangan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tampin,
73000 Tampin, N.Sembilan ini mempamerkan unsur - unsur yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Negara kita. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah yang sederhana yang mena
mempunyai bilangan murid seramai 504 orang namun, keceriaan dan usaha yang dilakukan
oleh warga sekolah ini amat membanggakan diri saya.

Saya mendapati bahawa seluruh warga sekolah ini sedang berusaha untuk memajukan
tahap sekolah selaras dengan unsur Intelek, Jasmani, Rohani, Emosi dan juga Sosial.
Pelbagai aktiviti dan kegiatan dijalankan oleh pihak sekolah atas nasihat Guru Besar Sekolah
iaitu Encik Ravindrah.

Usaha ini tidak harus pudar setakat ini sahaja. Jentera pentadbiran sekolah ini perlu
berusaha lagi agar dapat menandingi sekolah - sekolah yang sudah maju. Pengurusan dan
organisasi sekolah perlu lebih dikukuhkan agar tidak akan wujudnya sebarang masalah kecil
yang boleh menghancurkan masa depan murid - murid.
Aktiviti - aktiviti berbentuk interaksi perlu ditingkatkan di dalam mahupun di luar bilik
dajah agar dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat di kalangan warga sekolah tidak kira
murid, pendidik mahupun pekerja am sekolah yang lain.

Sekolah juga perlu menerima nasihat dan pandangan daripada sekolah - sekolah lain
demi kejayaan tersendiri. Suasana persekitaran sekolah yang amat tenang dan aman ini
memberikan keselesaan kepada murid untuk menimba ilmu dengan lebih senang.

AKTA PENDIDIKAN 1996

Akta Pendidikan 1996 telah menggantikan Akta Pelajaran 1961. Akta Pendididikan 1996
bertujuan menjadi garis panduan untuk mengawal perkembangan pendidikan. Akta ini menjadi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai prinsip pendidikan kebangsaan.

Zaman pensejagatan atau globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi sistem
pendidikan kita. Lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu sahutan kepada cabaran
berkenaan. Buat pertama kalinya, kita melihat berbagai pengukuhan dan penegasan dilakukan
oleh pihak kerajaan termasuklah teras kepada sistem pendidikan iaitu falsafah pendidikan
negara. Pendidikan bertaraf dunia atau Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dijadikan
objektif sistem pendidikan masa kini sebagaimana maksud beberapa akta pendidikan yang
lain. Buat pertama kalinya, kita melihat bukan isu perpaduan sahaja sebagai isu utama yang
perlu diselesaikan akan tetapi isu yang lebih global seperti 5 keperluan guna tenaga dan
keterampilan ilmu yang sesuai dalam zaman. Apatah lagi, zaman ini dikenali sebagai
permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan.
Berikut disenaraikan beberapa perkara penting yang terlaksana dalam Akta Pendidikan
1996:

1. Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan


Negara,

2. Sistem Pendidikan Kebangsaan didefinisikan secara jelas yang meliputi semua


peringkat termasuk pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan
pascamenengah dan pendidikan tinggi,

3. Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem


pendidikan kebangsaan,
4. Pendidikan swasta dikawalselia melalui akta lain,

5. Kurikulum kebangsaan diperuntukan,

6. Peruntukan peperiksaan awam yang perlu dipatuhi,

7. Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib,

8. Peruntukan bahasa Cina, Tamil dan bahasa Orang Asli,

9. Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun,

10. Pendidikan lepas menengah.

11. Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.

12. Peruntukan pendidikan khas,

13. Maktab-maktab pergururan,


14. Pengajaran Agama Islam dan moral.

Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan
bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan
prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Perubahan dasar ini
menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal
dan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.
Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang
terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah).

Hujah Menteri dan keratan berita.

- KUALA LUMPUR 14 Jan. - Dua akta baru, iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telahpun dikuatkuasakan mulai 1 Januari lalu, kata Menteri
Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

- ''Dengan terlaksananya kesemua akta berkenaan membolehkan kita menjalankan


transformasi yang menyeluruh kepada sistem pendidikan negara selaras dengan wawasan
negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat,'' katanya.

- Najib menjelaskan, pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 membolehkan matlamat


pendidikan diperluaskan dan disesuaikan dengan keperluan wawasan dan tuntutan-tuntutan
tersebut.

- Beliau percaya penguatkuasaan akta dan peraturan tersebut penting bagi menyediakan
negara untuk melangkah ke alaf baru dan menuju ke arah pencapaian wawasan negara.
- Katanya, ini boleh dilaksanakan dengan memperkukuhkan lagi sistem pendidikan
kebangsaan seperti yang diasaskan mengikut perakuan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960.