Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAIK

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN KWAPM MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 5,


2017 BIL 1 /TAHUN 2017

Tarikh : 26 Januari 2017


Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kedaik
Pengerusi : Encik Saimi Bin Mohamed
Kehadiran (Bilangan) : 10 orang
Yang Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir (Seperti lampiran Kehadiran
Mesyuarat)
Turut Hadir (Jika ada) : Ahli Jawatankuasa PIBG : En. Mat bin Chantek
Batin Boh Suan bin Tan See
Pn Jelina A/P Divat

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat
adalah untuk memutuskan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang layak
menerima KWAPM bagi sesi 2017.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang telah
diberikan.

Tindakan: Untuk Makluman Semua

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Minit Mesyuarat Bil. 2/ Tahun 2016 diterima setelah semakan dibuat.
2.2. Dicadang untuk disahkan oleh Encik Saimi bin Mohamed .
2.3 Disokong oleh Encik Mohamad Jafri bin Ali.

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Untuk Makluman


Semua

4 LAPORAN KWAPM 2016 DAN LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN 2017


4.1. Seramai 382 orang murid layak menerima bantuan KWAPM pada tahun 2016.
4.2. Kesemua pembayaran KWAPM 2016 telah diedarkan kepada murid yang
layak pada tarih 11 Mei 2016 untuk murid tahun 2,3 dan 4 manakala pada 12
Mei 2016 pula diedarkan untuk murid tahun 5 dan 6.
4.3. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2017 pada bulan
Oktober 2016.
4.4. Bilangan murid yang memohon bantuan KWAPM pada 2017 adalah seramai
437 orang.
4.5. Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan KWAPM berdasarkan PGK Nasional iaitu gaji minimum sebanyak
RM920.00 dan perkapita sebanyak RM230.00.
4.6. Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang layak
menerima bantuan KWAPM dengan mengasingkan borang murid yang layak
dan tidak layak dan mengisi data mengemaskini data APDM secara online
sekiranya terdapat murid yang memohon dan layak menerima bantuan
KWAPM.
4.7. Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:
Tahun 1 : Encik Hafizudin bin Hamzah
Tahun 2 : Puan Halwiah binti Hamzah
Tahun 3 : Ustaz Nazmi
Tahun 4 : Puan Hayati
Tahun 5 : Puan Liayana
Tindakan: Untuk Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

5 KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2017


5.1. Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 437 orang murid dari
tahun 2 hingga tahun 6 diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAPM
tahun 2017 . Senarai nama adalah seperti di Lampiran A. (Hendaklah
disertakan bersama dengan lampiran yang mengandungi senarai nama
pelajar) dan tiada murid yang tidak diperakukan menerima bantuan KWAPM
bagi tahun 2016.
5.2. Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan
KWAPM kepada murid dibuat dalam bentuk wang tunai dam diedarkan
kepada murid.
5.3. Mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan KWAPM adalah
dalam tempoh 14 hari daripada peruntukan diterima oleh sekolah
sebagaimana yang tercatat dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun
2010 mengenai Bantuan KWAPM.
Tindakan: Untuk Makluman Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

6 HAL-HAL LAIN
6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.
6.2. Encik Mohd Jafri bin Ali menyatakan bahawa ibu/bapa mengambil
ringan tentang pengisian borang bantuan KWAPM dan ini akan menyebabkan
guru sukar untuk mendapatkan semula borang tersebut daripada murid-
murid. Ini boleh menyebabkan murid tercicir dalam menerima bantuan yang
sepatutnya.
Tindakan: Untuk Makluman Semua

7 PENUTUP
7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

........................................ ................................
( HAFIZUDIN BIN HAMZAH ) (ENCIK SAIMI BIN MOHAMED )
Setiausaha HEM/ Guru KWAPM Penolong Kanan HEM
SK Kedaik SK Kedaik
Tarikh: Tarikh: