Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP

PROJEK:
KELARAI TAMPUK JANTUNG

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL


JALAN 3/155A BUKIT JALIL GOLF RESORT
57000 KUALA LUMPUR
TEMPOH : JUN JULAI 2012
ANJURAN : GURU PELATIH PISMP 2012
(INTERNSHIP IPGM KAMPUS PENDIDIKAN
TEKNIK)
BERSAMA PENTADBIR SK BUKIT JALIL)
1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum
atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik
darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat
dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh
itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran
sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan
guru.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda


utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang
perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada
guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum
supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan
mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan
sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan
mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya
sekolah.
OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan tangga utama sebagai satu tempat tumpuan


yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke
sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan
terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami
bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : Jun Julai 2012

Tempat : Laluan Tangga Utama Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

4.0 SASARAN

Pelawat dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penasihat : Puan Juriah Bt Jupri

Pengerusi : Pn Salmiah Bt Mohd Isa

Naib Pengerusi : Encik Kamarul Ariffin Bin Ishak

Penyelaras Projek : Muhammad Hanif Bin Abu Bakar

Penolong Penyelaras : Nurul Izzati Bt Mohamad @ Husin

Setiausaha : Nur Hafizza Munirah Bt Hamdan

Reka Grafik : Nur Zuraidah Bt Abdul Rahman

: Nurliana Izzaty Bt Ahmad Shafir

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga/Kos

1 Berus RM 10.00

2 Cat pelaka RM 40.00

3 Polisterin RM 30.00

4 Cat Dinding RM 20.00

Jumlah RM 100.00

7.0 SUMBER KEWANGAN


Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

8.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan


Perbincangan mengenai idea - Semua guru
1 Gambar kelarai
mural bertemakan kelarai pelatih
2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja -Setiausaha
Perbincangan dan pemilihan
-Pengurus Projek
bersama pihak pentadbiran untuk -AJK
2 Kertas Cadangan
khidmat nasihat bagi mendapat -Pengerusi Projek
-Guru Besar
kelulusan daripada Guru Besar.
Pemilihan Kata-kata Hikmah yang
- Semua guru
3 bersesuaian di laluan tangga Tema Motivasi
pelatih
utama.
Bahan dan alatan - Semua guru
4 Projek dimulakan
melukis mural pelatih
Kertas
5 Refleksi dan dokumentasi - Pengurus projek
Dokumentasi

9.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang
akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Kami
berharap projek melukis mural dan kata-kata hikmah ini dapat dilaksanakan seperti
yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak
langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik
darjah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga
Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat
menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil.

LAMPIRAN
Cadangan Kata-kata Hikmah:

1. The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior
teacher demonstrates. The great teacher inspires.

Kata kata hikmah

Cadangan Lukisan Mural

Merah

Kuning

Kelarai Tampuk
Jantung

Disediakan oleh:
.......................................

(NUR HAFIZZA MUNIRAH BT HAMDAN)

Setiausaha Projek.

Disemak oleh:

........................................

(PUAN SALMIAH BT MOHD ISA)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil,

Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

.........................................

(PUAN JURIAH BT JUPRI)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil,

Kuala Lumpur