Anda di halaman 1dari 2

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BIASISWA SEKOLAH

1. Memaklumkan jenis-jenis bantuan kebajikan yang boleh dipohon pelajar semasa


pendaftaran murid Tingkatan 1.

2. Mengedarkan borang biasiswa kepada pelajar mengikut masa tawaran.

3. Menyenarai pendekkan dan mengesahkan pelajar yang layak melalui keputusan


mesyuarat yang diadakan. Minit mesyuarat jawatankuasa dan borang
permohonan pelajar perlu disimpan bagi tujuan audit dan rekod.

4. Pengetua selaku Pengerusi Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah adalah


bertanggungjawab menentukan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja
boleh dicalonkan untuk permohonan biasiswa.

5. Sekiranya pihak Jawatankuasa mendapati terdapat keraguan yang timbul


ataupun terdapat maklumat palsu pada mana-mana bahagian yang diisytiharkan,
pihak jawatankuasa berhak untuk tidak menyokong permohonan tersebut atau
menarik balik biasiswa yang telah diluluskan.

6. Sekolah bertanggungjawab mengemaskini Sistem Maklumat Murid (SMM) dan


Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi penyediaan data permohonan
biasiswa secara atas talian.

7. Mengadakan taklimat tentang peraturan-peraturan biasiswa yang telah


ditetapkan oleh pihak sekolah kepada pelajar bersama ibu bapa / penjaga
masing-masing.

8. Memperkenal dan mengelola buku maklumat pemegang biasiswa bagi pelajar


atau lebih dikenali sebagai Buku Maklumat BKP di mana ianya terdiri daripada
rekod peribadi pelajar, peraturan/syarat pemegang biasiswa, rekod pengeluaran
wang, laporan prestasi pelajar, sumbangan dalam aktiviti kokurikulum, rekod
disiplin pelajar dan lain-lain yang berkaitan.

9. Buku Maklumat BKP perlu sentiasa dipantau dan sekiranya didapati prestasi
pelajar merosot maka surat amaran perlu dihantar dan penarikan balik biasiswa
boleh dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

10. Memastikan Buku Simpanan Nasional (BSN) pemegang biasiswa disimpan di


dalam almari berkunci dan diletakkan di pejabat sekolah semasa cuti panjang.

11. Mengemaskini buku akaun BSN pelajar di Bank Simpanan Nasional berdekatan
sekurang-kurangnya dua kali setahun.

12. Pemegang biasiswa yang bertukar keluar negeri, laporan hendaklah dibuat di
dalam Lampiran Kewangan 2/79B di mana dua salinan mesti dikirimkan ke
sekolah baru dan satu salinan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian
Biasiswa Kementerian Pendidikan.
13. Melaksanakan pengurusan Biasiswa Sukan, Elaun Murid Khas bagi pelajar OKU,
KWAMP, dan tuntutan insurans sekiranya terlibat.

14. Memastikan semua fail dan dokumen berkaitan biasiswa dikemaskini dan
disimpan di tempat yang selamat.

15. Melaksanakan segala tugas yang berhubung dengan biasiswa sebagaimana


yang diarahkan oleh Pengetua dan PK HEM dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai