Anda di halaman 1dari 6

Penjelasan :

Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran:
Ayat pertama: Surah Al-Baqarah ayat 246.
Ayat kedua : Surah Ali-Imran ayat 181
Ayat ketiga: Surah An-Nisaa ayat 77.
Ayat keempat: Surah Al-Maidah ayat 27.
Ayat kelima : Surah Ar-Rad ayat 16.

Setiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh huruf QAF (kaf besar), sebab
itulah ayat lima ini boleh juga disebut dengan Ayat Lima Puluh QAF.

Ibnu Masud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w selalu membaca


ayat lima ini baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam
perjalanan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat
mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu
mendapat pertolongan ALLAH S.W.T.

Sayyidah Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menerangkan


bahawa bila ayat lima ditulis di dalam bejana, kemudian diisi air dan airnya
diminum pada hari jumaat, maka ALLAH akan menyembuhkan
penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hidayah, keyakinan dan
kasih sayang.

Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya
oleh ALLAH S.W.T dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh
kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.

Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi


musuh dalam pertempuran, maka ALLAH akan memecah-belahkan
kekuatan musuh.

Jika menghadap raja yang kejam, ia akan terpelihara dari kekejamannya


dan tipu dayanya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia dan jin
serta syaitan.

Salman Al-Farsi r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadaku ayat


lima kemudian beliau berkata: siapa yang membaca dan mengamalkannya,
ALLAH S.W.T akan melanjutkan usianya dan mengampuni dosanya dan
mudah tercapai apa yang dikehendaki. (keterangan ini diambil dari Tafsir
Al-Arais)

Anda mungkin juga menyukai