Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PINANGKAU

90107 BELURAN, SABAH

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

TEMPAT:
PADANG SK PINANGKAU

TARIKH:
16 NOVEMBER 2016 17 NOVEMBER 2016

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SK PINANGKAU

SEDERAP KEHADAPAN PENERAJU PENDIDIKAN


1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pinangkau. Program ini
boleh disertai oleh murid yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan
unit beruniform SK Pinangkau. Program ini akan diadakan di padang SK Pinangkau
pada 16 November hingga 17 November 2016. Aktiviti ini dilaksanakan selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui
penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti
kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menepuh alam
kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk member pendekatan berkaitan dengan


kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid. Program ini bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri
peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang
mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mapan.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai


program kepimpinan.
3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
3.5 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktviti berkumpulan.
3.6 Memupuksemangat kerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialahpada 16 November 2016 hingga 17


November 2016.
4.2 Dilaksanakanselama 2 hari 1 malam.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti Lampiran 2.

5.0 KUMPULAN SASARAN/PENYERTAAN

5.1 Jumlah peserta : 32 orang (murid Tahun 3,4, 5 dan 6)


6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En. Palumen Bin Pajemin (Guru Besar)


Pengerusi :En.Muhammad Mukhtar Bin Hussin(Pen. Kanan Kokurikulum)
Tim. Pengerusi 1 : Cik Philippa @ Petronella Eging (Pen. KananPentadbiran)
Tim. Pengerusi 2 : En. Jolin Bin Taimin(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)

JawatankuasaPelaksana

Setiausaha : En. Arvind Raj


Pen. Setiausaha : En. Anas Husni
KemKomandan : En. Zahid Jauzi
Pen. KemKomandan : Cik Philippa @ Petronella Eging

Jawatankuasa Kecil Dan Urusetia

Pengakap : Cik Philippa @Petronella Eging


Tunas KadetRemaja : En. Jolin Bin Taimin

Pendaftaran
1. En. Arvind Raj
2. En. Anas

Pengacara Majlis Penutup


1. En. Alvaysleopold Anthony

Keselamatan Dan Disiplin


1. En. Muhammad Mukhtar
2.
Alatan Dan Teknikal
1. En. Alvaysleopold Anthony
2. En. Muhammad Mukhtar Bin Hussin
3. En. Arvind Raj
Makan Dan Minum
1. Cik Hasriani Abdul Hakim
2. En. Anas Husni

Siaraya Dan Dokumentasi


1. En. Muhammad Mukhtar Bin Hussin
2. En. Jolin Taimin

Senamrobik Dan SenamPagi


1. En. Anas Husni
2. En. Alvaysleopold Anthony

Buku Program
1. En. Zahid Jauzi

Sijil Dan Cenderahati


1. En. Arvind Raj

Aktiviti Pertandingan
1. Cik Philippa@ Petronella Eging
2. En. Jolin Taimin
3. En. Muhammad Mukhtar
4. En. Arvind Raj
5. En. Anas Husni
6. En. Zahid Jauzi
7. En. Alvaysleopold Anthony
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Anggaran Jumlah
1. Makan dan minum murid
1. Minum Petang (Rabu ) RM 2.50x 40 orang RM 100
2. Makan Malam ( Rabu ) RM 5 x 40 orang RM 200
3. Minum Pagi ( Khamis ) RM 2.50 X40 orang RM100
4. Tengah hari Khamis RM 5X 40 orang RM200

JUMLAH KESELURUHAN RM 600

Sumber Kewangan : SUWA


8.0 PENUTUP

Bagi menjayakan program ini, diharap pihak sekolah dapat memberikan sokongan
padu dari segi kewangan dan tenaga. Semoga dengan terlaksananya program ini,
akan dapat melahirkan generasi yang seimbang dan cemerlang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan social serta dapat memupuk bakat murid-murid dan dapat
menggalakkan potensi yang sedia ada.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. .
(MUHAMMAD MUKHTAR BIN HUSSIN) ( PALUMEN BIN PAJEMIN)
PK KOKURIKULUM GURU BESAR
SK Pinangkau SK Pinangkau
90107, Beluran 90107, Beluran
Lampiran 1

KEPERLUAN PESERTA YANG PERLU DIBAWA

1. Lampu suluh
2. Uniform unit masing-masing
3. Baju kerja Unit Beruniform
4. Kasut sukan
5. Keperluan ubat peribadi
6. Peralatan mandi
7. Peralatan solat
8. Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu dan dibenarkan
Lampiran 2

JADUAL PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016


SK PINANGKAU

Masa 6.00 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 12.30 2.30 petang 4.30 petang 6.30 petang 8.00 malam 10.00
tghhari malam
RABU PDP SEPERTI BIASA PENDAFTARAN TAKLIMAT PENGURUSAN ICE TIDUR
DAN DIRI/MAKAN BREAKING
MENDIRIKAN MALAM/SOLAT
KHEMAH MAGHRIB
BERJEMAAH
KHAMIS BANGUN PERTANDINGAN MINUM PAGI/ MAKAN/
PAGI/ MASAKAN GAJET SOLAT
URUS
DIRI/
SENAM
PAGI/
SARAPAN

Anda mungkin juga menyukai