Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI BANDAR SELAMAT

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam
keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian
mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling
selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT

Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat
misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah
untuk mencegah jenayah.

4 MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR YANG SELAMAT

1. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta bendadan nyawa seperti gejala ragut,
pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

2. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah
runtuh.

3. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan
dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.

4. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh
dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

5 LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan
untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah seperti berikut :

1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

- PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan
bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2. Penyediaan Bollard atau Pagar

- PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu b mengasingkan laluan pejalan
kaki dengan laluan motosikal.
3. Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung

- Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam


seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan
utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah.

4. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam

- Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan
awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan
di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung).

5. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan


Penjenayah

- Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan
pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk
diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

23 LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH

23 langkah pencegahan jenayah adalah terkandung dalam kertas kerja Pelaksanaan Program Bandar
Selamat di Negara Ini yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perbadanan
Perbandaran-Perbandaran Malaysia (JKPPP) Bil. 2/2004 pada 10 Ogos 2004 di Sibu, Sarawak. 23 langkah
pencegahan jenayah ini dibahagi kepada 3 strategi utama iaitu :-

A. STRATEGI 1 : MEREKABENTUK PERSEKITARAN FIZIKAL (ENVIRONMENTAL DESIGN INITIATIVES)

1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dari Jalan Bermotor

Pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor melalui pembinaan konkrit dapat
mengurangkan risiko kegiatan jenayah ragut di kawasan ini.

Perlu disediakan pemisah di antara laluan pejalan kaki dan laluan bermotor bagi kawasan
laluan orang ramai /pusat tumpuan.

Penyediaan rel penghadang dan laluan pejalan kaki dengan perhentian bas.

2. Penyediaan Bollard

Pembinaan bollard di kawasan laluan pejalan kaki dan jalan bermotor di Ipoh, Johor Bahru dan KLCC.

3. Mengawal Tanaman Landskap Di Laluan Pejalan Kaki

Penanaman landskap di sepanjang laluan pejalan kaki memerlukan pengawalan yang sempurna.
4. Penyelidikan Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran

Agensi terlibat : JPBD, PDRM (Jabatan Logistik) NGO, JKR, PBT dan sebagainya.Aktiviti Penyelidikan ini
akan menghasilkan ::

i. Reka bentuk umum konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)

ii. Garis Panduan Pencahayaan

iii. Garis Panduan Penyediaan Landskapiv. Garis Panduan Penilaian Keselamatan Bangunan

v. Garis Panduan Persekitaran Tempat Letak Kenderaan

vi. Garis Panduan Pemasangan Kemudahan CCTV

5. Perkongsian Maklumat Jenayah Melalui GIS-based Mapping

Contoh maklumat GIS Mapping berkenaan Jenayah Ragut di sebuah PBT.

6. Penyemakan Garis Panduan Susun Atur Perumahan

Pihak Polis dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan
Jawatankuasa Pelan Bangunan.

Input polis dalam menyemak semula garis panduan susun atur perumahan dan keperluan
Kemudahan Polis.

B. MEMPERKASAKAN KAWASAN SASARAN (TARGET HARDENING)

7. Pondok Polis

Pondok Polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah terutama di kawasan membeli
belah dan kediaman.

8. Papan Tanda Peringatan Jenayah

papan tanda peringatan jenayah yang berperanan memberi peringatan kepada orang
ramai.

penyediaan cermin keselamatan yang diletakkan di lorong atau celah bangunan bagi
mengurangkan kadar jenayah di kawasan-kawasan terlindung.

10. Penggera Keselamatan (Alarm)

Pemasangan Alat Penggera Keselamatan di lokasi yang strategik dan di tengah-tengah laluan awam
yang boleh digunakan oleh orang ramai apabila berlaku kejadian ragut.
11. Mencuci / Mengemaskan Kawasan-kawasan Semak Dan Terlindung

PBT perlu memastikan kawasan-kawasan kediaman dan laluan utama penduduk berada dalam
keadaan bersih dan selamat.

12. Tempat Letak Motosikal Berkunci

Tempat Letak Motosikal berkunci yang disediakan di kompleks membeli-belah bagi mengurangkan
gejala curi motosikal di kawasan ini.

13. Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV)

Pihak polis perlulah memastikan sistem pengoperasian CCTV dapat dikendalikan dengan cekap dan
berkesan.

14. Pemasangan Lampu Di Kaki Lima Premis Perniagaan

Kaki lima premis perniagaan perlu dipasang dengan lampu yang lebih cerah bagi mewujudkan
suasana yang selamat di kawasan premis ini.

15. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Menghalang Pandangan Awam

Reka bentuk jejantas yang dibina perlulah tidak menghalang pandangan orang ramai.

16. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah

Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

17. Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan Laluan Pejalan Kaki

Laluan kaki lima yang terhalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan.

18. Menjanakan Pelbagai Aktiviti Perniagaan

Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan ramai dapat
mengurangkan risiko jenayah berlaku.

19. Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Swasta

Penyediaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terdapat di kawasan perumahan.Perkhidmatan


kawalan keselamatan juga penting di taman-taman awam bagi mengatasi kegiatan jenayah dan
vandalisme.

C. KEGIATAN SOSIAL / KEMASYARAKATAN DAN PENDIDIKAN / KESEDARAN AWAM


20. Pendidikan

PBT dan lain-lain agensi memainkan peranan dalam mengedarkan risalah kepada orang
ramai

Perilaku membawa barang berharga khususnya beg tangan perlulah diberi perhatian
terutama bagi kaum wanita.

21. Pemasangan Lampu Di Lorong Tepi, Depan Dan Belakang Rumah

Bagi kawasan yang kerap berlaku pecah rumah, PBT perlu memainkan peranan memberi kesedaran
kepada pemilik rumah memasang lampu di depan, tepi dan belakang rumah bagi menghindarkan
jenayah pecah rumah.

22. Penyediaan Risalah Jenayah Komuniti

Contoh risalah mengenai Jenayah yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
(MCPF) untuk Kawasan Bangsar.

23. Meningkatkan Rondaan Kawasan Perumahan

Kewujudan Rukun Tetangga dan adanya rondaan di sesebuah kawasan perumahan dapat membantu
mengawal kegiatan jenayah di kawasan perumahan

we usually say you cannot become a legand before death .but I am a living legend.

Anda mungkin juga menyukai