Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Rekoder

NYANYIAN

PENGENALAN

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik


KBSR, pada peringkat aw al persekolahan.

Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam


menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada
beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural - kemahiran mendengar melalui lagu yang


dipelajari.
b) Fizikal - pengaw alan pernafasan dan mekanis ma vokal.
c) Verbal - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan
penguasaan bahasa.
d) Daya ingatan - kebolehan mengingat bunyi muzik dan
muzikal menghasilkannya semula.
e) Persembahan - menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan
peka dan tepat.
f) Interaksi sosial - berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam
kumpulan.
g) Komunikasi - menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui
nyanyian.

1
Pengenalan Rekoder

1. T EKNIK NYANYIAN

1.1 SEBUTAN

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam


menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu
sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.
Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk
mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang
baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas.
Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

Bentuk mulut bagi bunyi vokal:

AH (a) A E (e) OO (u)

EE (i) OH (o)

2
Pengenalan Rekoder

1.2 POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang


bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran
suara semasa menyanyi.

1.2.1 Postur Berdiri

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika


menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.

Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.

Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.

Dada - dinaikkan.

Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.

Dagu - selari dengan lantai.

Tangan - di sisi.

1.2.2 Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika


menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur


berdiri.

Belakang badan - tidak bersandar.

Punggung - terletak di tengah kerusi.

Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki


ke hadapan sedikit.

Tangan - diletak di atas paha.

3
Pengenalan Rekoder

1.3 PERNA FASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan


ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di
samping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.
Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomen
dan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melalui
latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up atau
latihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh
dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Menghembus dan menarik nafas


Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda
diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
b) Bernafas secara cepat
Biasanya apabila kita ter kejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.
Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.
c) Pernafasan staccato
Latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulang
sehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat
dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot
tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.
d) Hiss/Hoo
Sambil menar ik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke
atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.
Contoh latihan:

hiss ss ss ss hiss
hoo hoo hoo hoo hoo

4
Pengenalan Rekoder

1.4 PENGHASILA N TON

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ
vokal ( mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.

Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:


a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).
b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.
c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur
dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.
Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong
terbuka.
Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:
a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.
b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.
c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.
d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:
“Hee hee hee ! Apa khabar ?”

2. KAEDAH M ENGAJAR LAGU

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-
kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote
learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara
mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural
memory) murid.

5
Pengenalan Rekoder
Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:
a) Kaedah keseluruhan lagu
b) Kaedah baris demi baris
c) Kaedah solfege

2.1 Kaedah keseluruhan lagu


Sesuai untuk mengajar lagu pendek.
Langkah-langkah:

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.


b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau
sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.
d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.
e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

2.2 Kaedah baris demi baris


Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran
lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti
dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi
keseluruhan lagu.

Langkah-langkah:

a) Memperdengar keseluruhan lagu.


b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
humming.
c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris
demi baris.
d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.
e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

6
Pengenalan Rekoder
2.3 Kaedah Solfege dengan isyarat tangan

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan


bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan
sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak
(movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.
Misalnya dalam nada C major- minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi
nada D major- minor, pic ‘do’ ialah not D.

Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu


pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat
tangan membantu per kembangan inner-hearing sambil melihat notasi
muzik.

Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:

• sm
• l s m
• l s m r
• l s m r d
• l s m r d l
• l s m r d l s
• l s f m r d
• t l s f m r d
• d` t l s f m r d
• d r m f s l t d`

7
Pengenalan Rekoder

3. SOL FA ISYARAT TANGAN

Teknik solfa menggunakan isyarat tangan ber mula dari ‘do’ baw ah yang berada
di paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’
atas yang terletak di paras kepala.

Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

do re mi

Fa So La

Ti Do’

8
Pengenalan Rekoder
Contoh Latihan Solfa

Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan.

a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu.


b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan
secara baris demi baris.

4. PANDUAN M ENGAJAR NYANYIAN

Untuk mengajar kanak-kanak menyanyi, guru perlulah mengambil kira beberapa


perkara seperti berikut:

a) Pilihan lagu-lagu yang sesuai dengan julat suara (range) vokal murid.
b) Pilihan lagu-lagu yang menarik dari segi mud, tempo, bentuk irama, ekspresi
dan lirik lagu.
c) Memastikan postur, pernafasan, penghasilan ton, ekspresi yang betul
sew aktu menyanyi.
d) Mengenal pasti konsep muzik yang ingin difokuskan (contoh: irama,
melodi, ekspresi dan sistem notasi ).
e) Mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan digunakan. (Rujuk
perkara 2.1; 2.2; 2.3)

9
Pengenalan Rekoder

5. NOTA TAMBAHAN

5.1 Lagu Pusingan

Lagu pusingan merupakan pengajukan melodi yang dinyanyikan 1 , 2 atau


4 bar kemudian, nyanyian lagu pusingan membantu kefahaman konsep
harmoni.

Langkah-langkah mengajar lagu pusingan:

a) Menyanyikan melodi lagu dengan betul dan tepat.

b) Mengiringi nyanyian murid dengan alat muzik.

c) Membahagikan kelas kepada dua kumpulan.

- Kumpulan 1 menyanyikan lagu yang dipelajari.


- Kumpulan 2 menyanyikan lagu yang sama apabila kumpulan 1
selesai menyanyikan *frasa yang pertama. Aktiviti ini diteruskan
secara berulang-ulang hingga guru memberi arahan berhenti.

Contoh lagu:

Anak Itik Tok Wi

Kumpulan 1 Kumpulan 2

Anak Itik Tok Wi ( rehat )


Mandi Dalam Kolam Anak Itik Tok Wi
Sakit Apa Tok Wi Mandi Dalam Kolam
Sakit Sendi Tulang Sakit Apa Tok Wi
……………………… Sakit Sendi Tulang
(hingga akhir lagu) ……………………
(hingga akhir lagu)

* Bergantung kepada kesesuaian lagu sekiranya boleh berlaku pada frasa 2 atau 3.

10
Pengenalan Rekoder

5.2 Ostinato Melodi

Ostinato ber melodi adalah satu corak irama melodi yang diulang-ulang menjadi
bahan har moni untuk mengir ingi sesebuah lagu.

Langkah-langkah mengajar ostinato melodi:

a) Murid-mur id menyanyi lagu yang pernah dipelajari.

b) Guru mengir ingi nyanyian murid- murid.

c) Guru melakukan aktiviti sebutan ostinato ber melodi dan murid mengajuk.

d) Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan:

Kumpulan 1 - menyanyi lagu

Kumpulan 2 - menyanyi ostinato

(Corak irama ostinato ber melodi ini boleh juga dimainkan dengan alat muzik
yang bermelodi, seperti glokenspiel, tone-block, melodian dan rekoder).

11