Anda di halaman 1dari 17

SK ABANG LEMAN 2015

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Saya, SALASIAH BINTI KEDIT No. Kad Pengenalan 820125-13-5210 bertugas di SK


ABANG LEMAN, KABONG dengan ini menyatakan senarai tugas yang dilaksanakan
bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :
1. Guru mata pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 Citra,
Matematik Tahun 6 Bestari, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4
Bestari/ Citra dan Tahun 5 Aspirasi / Dinamik.
2. Guru Panitia Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (BM) , Matematik (MT), dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
3. Penyelaras PBS/Ketua Pentaksir Sekolah.
4. Pentaksir bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 dan Tahun 5.
5. Guru Kelas Intensif Petang.
6. Guru Kelas Tahun 4 Citra.
7. Guru Bertugas Mingguan/Harian.
8. Admin Sekolah Sistem Pengurusan Sekolah(SPS).
9. Guru Penasihat Kelab dan Persatuan Sekolah ( Unit Ko-Korikulum ).
10. Guru Rumah Sukan.
11. Melaksanakan arahan/tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa
oleh pihak pentadbir sekolah/ PPD / JPN / KPM.
Semua pernyataan senarai tugas diatas adalah benar mengikut skop kerja yang telah
diberikan oleh pihak pentadbir sekolah.

... Guru Akademik Biasa


Tanda Tangan Pegawai ( Jawatan Pegawai )

Disahkan oleh;
.
Hajah Roseni bt Trang@Terang
( Guru Besar, SK Abang Leman, Kabong )

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 1


SK ABANG LEMAN 2015

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Mempunyai sebuah Fail/Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan


menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan mata pelajaran yang berkenaan.

3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan


dengan mata pelajaran

4. yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai,
iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di
akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan


lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan
melaksanakan pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.

6. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku


latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan /
menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar/ wakilnya pada masa
yang dikehendaki.

7. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-


soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.

11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains
Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.

12. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan


sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan
Pendidikan Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama.

13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar


bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 2


SK ABANG LEMAN 2015

14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran
dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang


digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara
meluas . Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi
memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang


diajar.

17. Membantu menguruskan Bank Soalan.

a. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.

b. Memahami dan mematuhi pekeliling pekeliling dan arahan-arahan yang


berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan
menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,
pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal
bagi tiap tingkatan.

c. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya


kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap
minggu.

d. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan


lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan
melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.

e. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar


dan memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar
kepada Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.

f. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .

g. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke


semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian
tersebut ke dalam buku rekod mengajar.

h. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .

i. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

j. Memastikan buku buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan


oleh Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 3


SK ABANG LEMAN 2015

Fungsi dan Peranan Guru Panitia


Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

1. Memperolehi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini


untuk kegunaan ahli-ahli panitia.
2. Menyediakan kerangka/format dan menyelaraskan rancangan mengajar di
antara guru dalam sesuatu darjah dan di antara darjah.
3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku-buku rujukan
atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat/bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru untuk
dibekalkan di pusat sumber sekolah.
4. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah
yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.
5. Menyelaras skima pemarkahan untuk peperiksaan pertengahan/akhir
tahun.
6. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap
peperiksaan berasaskan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan murid dan pengajaran guru.
7. Merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia
dalam hal-hal profesional keguruan.
8. Merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid
dari semasa ke semasa.
9. Menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi
jenis/kepelbagaian. Memastikan latihan bertulis disemak dengan
konstruktif dan kemas kini dan kesalahan dalam latihan bertulis
ditegaskan untuk dibuat pembetulan.
10. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila
dan jika perlu untuk memikir dan membincangkan antara lain masalah-
masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah atau isu-isu tersebut. Mesyuarat-mesyuarat ini dianggap

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 4


SK ABANG LEMAN 2015

rasmi dan perlu diadakan agenda dan minit mesyuarat dicatatkan dalam
format yang sesuai dan diadakan ruang untuk tindakan. Setiap mesyuarat
hendaklah mengesahkan minit mesyuarat yang lepas dan pihak-pihak yang
bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap sesuatu keputusan
hendaklah memberikan laporan tentang kemajuannya. Salinan minit
mesyuarat hendaklah disampaikan kepada Guru Besar, Penolong Kanan
dan setiap ahli panitia untuk makluman dan tindakan.
11. Bekerjasama dengan persatuan akademik bagi meningkatkan prestasi
pembelajaran murid.
12. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan
atau sekelompok.
13. Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dalam usaha membantu dan
memajukan murid-murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
14. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyedia dan
mengedarkan minit mesyuarat, menyelenggarakan fail-fail panitia,
menyediakan laporan dan rekod, surat menyurat dan perkara-perkara lain.
15. Membantu Guru Besar menyediakan perancangan jangka pendek dan
jangka panjang yang dimuatkan dalam blue print akademik sekolah.
16. Membantu guru baru dalam hal-hal ikhtisas.
17. Membantu guru berusaha menyediakan bahan bantu mengajar dengan
mengadakan bengkel di kalangan guru dan memastikan penggunaannya
dengan berkesan.
18. Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia untuk dikemukakan kepada
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 5


SK ABANG LEMAN 2015

JAWATANKUASA PENTAKSIR SEKOLAH


1. Memastikan guru matapelajaran menjalankan pentaksiran bagi kelas yang
diajar.
2. Mendapatkan keputusan pentaksiran dari guru matapelajaran.
3. Menyediakan analisa keputusan pentaksiran mengikut matapelajaran.
4. Menghantar keputusan pentaksiran ke PPD.

PENYELARAS PBS/ KETUA PENTAKSIR

1. Memastikan surat lantikan telah disedikan oleh Setiausaha PBS untuk


semua guru mata pelajaran sebagai pentaksir mata peljaran.
2. Membantu dalam perancangan aktiviti PBS bersama Penolong Kanan
Pentadbiran.
3. Mengadakan taklimat kepada murid, guru dan ibu bapa/penjaga murid.
4. Memastikan semua guru memiliki garis panduan KSSR dan DSKP/PPM
mengikut standard Kurikulum.
5. Memastikan guru memiliki softcopy pelaporan setiap mata pelajaran.
6. Memastikan guru mengajar mengikut standard kurikulum.
7. Memastikan guru rancang dan sediakan kaedah pentaksiran.
8. Menilai, merekod dan melaporkan prestasi murid.
9. Memastikan evidens terbaik bagi setiap murid untuk semua matapelajaran
disimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.
10. Menyimpan evidens terbaik dari setiap kelas di dalam Fail Showcase.
11. Menyelaras pentaksiran yang dilakukan bagi semua mata pelajaran yang
terlibat.
12. Menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon.
13. Merekod skor, menyimpan eviden dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
14. Menghantar skor yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan secara
on-line dan salinan bercetak.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 6


SK ABANG LEMAN 2015

PENTAKSIR PBS
A Sebelum

1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan


sekolah
2. Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada
calon-calon sekolah
B Semasa

1. Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi


2. Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang
berkaitan
3. Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri / kawasan dalam
urusan penyelerasan
C Selepas

1. Mentaksir semula keja murid jika ada perubahan selepas di


selaraskan oleh KPN / KPKw
2. Menyerahkan skor kepada SUP
3. Menyimpan rekod dan evidens di tempat selamat selama 6 bulan
selepas keputusan diumumkan
4. Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada KPKw
5. Memastikan borang penskoran individu yan gberpindah sekolah
dihantar ke sekolah baru
6. Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
7. Menyelesaikan kes-kes khas (jika ada)

SENARAI TUGAS GURU KELAS INTENSIF PETANG


1. Mengajar pada waktu petang mengikut mata pelajaran yang telah ditetapkan
mengikut jadual yang telah disediakan.
2. Mengambil kedatang murid dan menjaga keselamatan/kebajikan murid.
3. Menyediakan latihan bagi meningkatkan pemahaman murid dalam sesuatu mata
pelajaran.
4. Membuat laporan prestasi murid.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 7


SK ABANG LEMAN 2015

SENARAI TUGAS GURU KELAS


1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong
Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
1.2.1 Jadual Waktu
1.2.2 Jadual Bertugas
1.2.3 Motto Kelas
1.2.4 Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
1.2.5 Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pencedok
sampah.
1.2.6 Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan
bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.
1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.
1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.
1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara
murid. Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
1.5.1 Kebajikan murid
1.5.2 Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain
2. Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu
kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar
Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.
2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku
Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R.
3.1 Memastikan setiap murid mempunyai;
3.1.1 Rekod Profil / Kemajuan Murid
3.1.2 Kad 001R
3.1.3 Kad Kesihatan
3.1.4 Kad Pergigian
3.1.5 Buku Nilam

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 8


SK ABANG LEMAN 2015

4. Kutipan Yuran dan Derma

4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan
murid membayar kesemua yuran sekali gus.
4.2 Mengutip derma PIBG.
4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan .
4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan ,
insurans Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan
(Pentadbiran).
4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT)
5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-
buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.
5.3 Mengemas kini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau
mengemas kini fail SPBT dari masa ke semasa.
5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan
nama murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan
menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu
kepada Guru SPBT
5.5 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang
lain dan Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 9


SK ABANG LEMAN 2015

6. Pendaftaran Murid Baru

6.1 Menerima kemasukan murid baru.


6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan
mendapatkan Nombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid
daripada Penolong Kanan HEM
6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang
terdahulu dan memastikan murid ini dapa buku teks.
6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R,
Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari
sekolah yang terdahulu.
6.6 Menentukan rumah sukan.

7. Murid Keluar

7.1 Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, Kad 001R telah kemas kini dan
diserahkan kepada murid.
7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang
berkaitan diserahkan kepada murid.
7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.
7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai
dibayar.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 10


SK ABANG LEMAN 2015

GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum

persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah

berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang /

tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu

sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan

segera dan munasabah jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan

kawasan sekolah.

5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke

rumah.

6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang

memohon.

7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan

masa pertukaran guru atau mata pelajaran.

8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta

benda sekolah.

10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit

beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 11


SK ABANG LEMAN 2015

11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari

/minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang

dicatat ialah:

11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan

11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit

11.3 lawatan-lawatan / pelawat

11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan

11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau

perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

13. Perhimpunan

13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan

13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah

disediakan

13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 12


SK ABANG LEMAN 2015

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ADMIN SEKOLAH SISTEM


PENGURUSAN SEKOLAH ( SPS )

1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan dengan sistem SPS


di peringkat sekolah.
2. Memberi taklimat/ bengkel mengenai sistem kepada semua guru dan staf.
3. Memastikan semua guru memiliki ID Pengguna dan Kata Laluan Sistem.
4. Menyediakan manual pengguna bagi setiap pengurusan di dalam sistem
kepada guru dan staf. Contoh:
a. Sistem Pengurusan Sekolah
b. Sistem Pengurusan Guru
c. Sistem Pengurusan Murid
5. Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi penyaluran
maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan
keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.
6. Khidmat Bantu sekiranya diperlukan untuk memudahkan semua guru dan
staf dalam mengemaskini maklumat di dalam sistem.
7. Merancang, memantau dan melaksana program membimbing guru dan staf
dalam memahami sistem pengurusan sekolah.
8. Menyediakan laporan dan maklumat kepada pihak pentadbir sekiranya
diperlukan.
9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari
semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 13


SK ABANG LEMAN 2015

Senarai Tanggungjawab Guru Penasihat Unit Beruniform /


Persatuan atau Kelab / Kelab Sukan dan Permainan
1. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan

bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.

2. Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan.

3. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan

perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan

bergerak.

4. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti

pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan

pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

5. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan

itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.

6. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan

mengambil berat terhadap kehadiran ahli.

7. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai

nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan

menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak

pada akhir setiap bulan.

8. Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan

wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum

untuk disemak pada akhir setiap bulan.

9. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan

gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.

10. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 14


SK ABANG LEMAN 2015

11. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh

sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan

Kokurikulum.

12. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan

dikemaskinikan.

13. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah

dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.

14. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.

15. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru Penasihat

hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih

luar atau jurulatih luar yang memerlukan bayaran.

16. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada

Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

17. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.

18. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar

dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 15


SK ABANG LEMAN 2015

SENARAI TUGAS KETUA RUMAH SUKAN/GURU RUMAH SUKAN

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan serta


olahraga yang melibatkan Rumah Sukan.
2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.
i. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
ii. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
iii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.
3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang
dilengkapkan dengan maklumat dan perkara-perkara berikut:-

i. Carta Organisasi Rumah Sukan.


ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang yang
lengkap dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan Merentas
Desa, Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi tujuan pemberian
markah kokurikulum).
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti yang
diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.

5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan


Sekolah.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 16


SK ABANG LEMAN 2015

6. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan kain


berwarna yang sama atau hampir sama dengan ton warna kain asalnya.
7. Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan jelas (saiz
lebih kurang sama dengan yang asal).
8. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang
menghilangkan nombor pesertanya.
9. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang ditetapkan oleh
AJK Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penyelaras Rumah Sukan anda).
10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya perlu) untuk
peserta semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga.
11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti sukan dan
olahraga.
12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar pelajar /
peserta dari rumah sukannya ke tempat permulaan acara atau pertandingan.
13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara / pertandingan
mengambil bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
14. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
15. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
16. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang terhad
bilangannya.
17. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB(PPPB-BAHAGIAN 3)_2015 | 17