BIL 4/ 2012
Tarikh : 14 OKTOBER 2012
Hari : Ahad
Tempat : Bilik Wawasan
Kehadiran : Semua Guru Panitia Matematik (12 orang)
Turut Hadir: : Puan Azizon bt Husain (PK Pentadbiran)
Kehadiran :
1. Pn Sabariah bt Haji Osman - (Ketua Panitia- Pengerusi)
2. Pn. Harishah Bt Ishak- Setiausaha
3. En. Azizan B. Rejab
4. Pn. Habsah Bt Mahamud
5. Pn. Kaushar Bt Abdul Hadi
6. Pn. Katijah Bt Win
7. Pn. Mazliza bt Abd. Majed Shikh
8. Pn. Normah Bt Haji Mohamad
9. Pn. Nur Ruwaida Bt Mohd Saad
10. Pn. Rosnah Bt Saidin
11. Pn. Siti Aminah Bt Daud
12. En. Wan Zakariya Bin Wan Othman
Agenda:
I. Ucapan Pengerusi
II. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke tiga.
III. Perkara Berbangkit
IV. Perbincangan Profesionalisme
V. Hal-hal lain.
AGENDA
4.3 Guru yang terlibat dalam KSSR perlu memastikan semua fail KSSR di simpan
ditempat yang selamat dan senang untuk di rujuk bila ada pemantauan oleh
Jabatan. Buat masa sekarang bilik KSSR terletak di sebelah Kelas 1A. Oleh itu
semua fail KSSR mulai Tahun 1 hingga 3 -2013 dan dokumen berkaitan dengan
KSSR akan ditempatkan di bilik tersebut. Pihak pengurusan juga telah bersetuju
untuk menambah rak untuk menempatkan fail yang berkaitan.
4.4 Penaksiran perlu dibuat mengikut masa dan kesesuaian iaitu sebanyak 4 kali
taksiran iaitu bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober. Kaedah taksiran ini akan
berterusan untuk tahun hadapan. Oleh itu semua guru perlu memasukkan data
prestasi murid secara online pada tarikh yang telah di sebutkan di atas.
5.2 Ketua Panitia perlu menghantar Perancangan Strategik 2013 dan Carta
Gantt pada 30 hb Oktober 2012..
6.1 Peruntukan yang di berikan kepada Panitia Matematik telah habis di gunakan
seperti yang di beritahu oleh Puan Nizli. Oleh itu peralatan yang belum belum di
beli akan di usahakan pada tahun hadapan.
6.3 Semua guru boleh mencadangkan peralatan yang sesuai untuk di gunakan
pada tahun hadapan kepada Puan Harishah.
8.1 Buku Semarak Cuti perlu di sediakan oleh guru Matematik setiap kelas.
Anggaran kos adalah sebanyak RM2.50 . Guru boleh berjumpa dengan Pn
Noraini bt Omar berkaitan hal tersebut. Guru perlu menyediakan buku kerja
murid walaupun terdapat murid yang belum menjelaskan yuran mereka. Buku
tersebut perlu di edarkan pada minggu terakhir persekolahan.
9. LINUS
9.1 Puan Habsah memaklumkan bahawa sehingga kini terdapat seramai 11 orang
untuk Linus Biasa dan 5 orang Linus Tegar di Tahun 1. Manakala untuk Tahun 2,
terdapat 7 orang Linus Biasa dan 2 orang Linus Tegar. Tiada murid Linus untuk
tahun 3.
9.2 Puan Habsah juga memaklumkan mulai 14 hb Oktober 2012, satu Saringan 3
(Tahun 1) dan Saringan 6 (Tahun 2) akan di jalankan. Guru yang terlibat perlu
menghantar data pada 22 hb Oktober 2012.
Tindakan : Guru Kelas Linus
V. PENUTUP
13. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Penolong
Kanan di atas segala kerjasama dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.
Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tindakan susulan agar semua
perancangan berjalan lancar.
................................................... ..................................................
(PN. HARISHAH BT ISHAK) (PN. SABARIAH BT HAJI OSMAN)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK Sg Layar SK Sungai Layar
Di sahkan oleh:
..........................................................
(TUAN HAJI ABD. SAMAD B. SALLEH)
Guru Besar
SK Sungai Layar
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest