Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM KEM MOTIVASI UPSR 2015

SRK. ST. JAMES APIN-APIN KENINGAU

RASIONAL

Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mempunyai
kesedaran betapa pentingnya ilmu sebagai pegangan hidup dan panduan untuk
merancang kehidupan yang lebih baik.
Pelajar-pelajar di sekolah berpotensi, baik dalam bidang akademik mahupun
kepimpinan.Mereka ini sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk
membuktikan kebolehan mereka.

OBJEKTIF

Memberi kesedaran tentang potensi kendiri sebagai motivasi untuk meningkatkan


keyakinan diri menghadapi cabaran dalam mencari ilmu.
Melatih diri menanamkan sikap positif tentang displin diri agar lebih bertanggungjawab
kepada diri sendiri, keluarga , sekolah dan masyarakat.
Membina semangat kekitaan untuk saling bekerjasama meningkatkan prestasi melalui
sikap persaingan secara positif.
Melatih semua pelajar agar berfikir secara positif melalui slogan Saya Boleh.
Meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional, kritis dan kreatif.

TARIKH PELAKSANAAN
Kem Motivasi UPSR 2015 ini akan dijalankan pada 28hb 30hb April 2015.

TEMPAT
SRK. ST. James Apin-Apin, Keningau

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun Enam 2015.(6 Intelek dan 6 Cemerlang) seramai 32 orang.

SUMBER KEWANGAN
1. Wang suwa : RM450.00
2. Sumbangan Ibu Bapa : RM10 x 32 = RM320
3. Peruntukan PCG kaunseling : RM500.00

JUMLAH SUMBER KEWANGAN = RM1270.00


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KEM
MOTIVASI UPSR 2015 URUSETIA ( Penginapan )
SRK. ST. JAMES APIN-APIN , KENINGAU En. Alfred Sipin
Pengawal Keselamatan
PENAUNG
Pegawai Pelajaran Daerah Keningau MAKANAN DAN MINUMAN
En. Masly Wahip Pn. Kamisah Parmen (K)
Pn. Prisca Payayau
PENGERUSI Pn. Noorjannah
Guru Besar , SRK. ST. James Pn. Norzilanie Abdullah
En. Nasip Dipal Pn. Rohaidah
Pn .Jalika Arifin
TIMBALAN PENGERUSI
PA SISTEM
PK Kurikulum, SRK. ST. James En. Severinus Francis
Hjh. Jamayah Ali Bakar
PENYEDIAAN DEWAN (Dewan Kuliah/
NAIB TIMBALAN PENGERUSI Dewan Makan )
En. Junaity Joseph
PK HEM, SRK. ST. James Semua Kontrak Kebersihan
En. Hendry Pius
RIADAH/PERMAINAN
PK KOKUM SRK. ST. James En. Junaity Joseph
En. Suirin Gusman Semua Guru Praktikum
SETIAUSAHA / DOKUMENTASI AJK KESELAMATAN
Pn. Noorjannah Abd. Hamid En. Alfred Sipin ( Kem Komanden )
Pn. Rohaidah Ludi En. Arman Joe
En. Severinus Francis
BENDAHARI Semua Pengawal Sekolah
Pn. Ana Wan Jok Pn. Anah Antodin
PENYELARAS PROGRAM AJK KEBERSIHAN
En. Narius Kubin ( Guru Kaunseling ) Pn. Widayawati Alidin ( K )
Semua Kontrak Kebersihan
KEM KOMANDEN
En. Alfred Sipin (K)
En. Arman Joe PETUGAS LDK
URUSETIA ( Pendaftaran,Tag nama,Fail murid ) En. Narius Kubin (Semua Fasilatator)
Pn. Caroline Junas ( K )
Pn. Juvina Juil FASILITATOR
En. Severinus Francis
Pengurus dan penyampai ( Hadiah, cenderahati,rozet ) Cik Loboria Tunjan
Pn. Shella John Pn. Juvina mendau
Pn. Jovita Thomas Pn. Jalika Ariffin
Pn. Anah Antodin
Pn.Anie Agustine
KECEMASAN Pn.Anna Wan Jok
Ane Agustine Semua Guru Praktikum
Narius Kubin
TRACK KEMBARA
PENGERUSI MAJLIS / JURUACARA MAJLIS PENUTUPAN
1. En. Severinus Francis
Pn.Widyawati Alidin dan Ustazah Megawati Yassin
2. En. Junaity Joseph
3. En. Narius Kubin
4. En. Alfred Sipin
5. Semua Pengawal Keselamatan
TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA

TARIKH : 28 April 2015 ( Selasa )

MASA AKTIVITI
8.00 am 9.00 am : Pendaftaran peserta
9.00 am 9.15 am : Lagu Patriotik
9.15 am 9.45 am : Taklimat ketua komanden
10.00 am 12.00 am : Ceramah Motivasi - Pengurusan Masa
dan Persiapan Semasa Menghadapi Peperiksaan
12.00 pm 1.30 pm : Rehat, makan tengahari ( Sembahyang Zohor)
1.30 pm 1.45 pm : Lagu patriotik
2.00 pm 4.00 pm : Ceramah Motivasi Teknik Belajar Yang Berkesan
4.00 pm 4.30 pm : Rehat ( Sembahyang Asar )
4.30 pm 5.30 pm : Riadah
5.30 pm 6.30 pm : Persiapan diri
7.00 pm 7.30 pm : Gabi ( Sembahyang Maghrib)
7.30 pm 8.30 pm : LDK 1 Kain Putih dan Perahu dan Pulau
8.30 pm 10.30 pm : LDK 2 - Malam Suai kenal
10.30 pm : Tidur.

HARI KEDUA
TARIKH : 29 April 2015 (Rabu)

4.30 am 5.30 am : Bangun, Sembahyang, Pendidikan Moral


5.30 am 6.30 am : Senaman pagi dan persiapan diri.
7.00 am 7.30 am : Sarapan pagi.
7.40 am 8.00 am : Lagu Patriotik.
8.00 am 10.00 am : Ceramah Motivasi Teknik Membaca
10.00 am 10.30 am : Rehat
10.30 am 11.30 am : LDK 3 E-Mail
11.30 am 12.30 am : LDK 4 Refleksi & Pohon Harapan
12.30 am 1.30 pm : Mararau, Rehat.
1.30 pm 2.00 pm : Taklimat Kembara
2.00pm 4.30 pm : Aktiviti kembara
4.30 pm 5.30 pm : LDK 5 Rumusan Kembara
5.30 pm 6.30 pm : Persiapan diri
6.30 pm - 7.30 pm : Gabi ( Sembahyang Maghrib)
7.30 pm 9.00 pm : LDK 6 XXX Ray
9.00 pm 11.00 pm : Malam Penghayatan
11.00 pm : Tidur
HARI KETIGA
TARIKH : 30 April 2015 (Khamis)

4.30 am 5.30 am : Bangun, Sembahyang, Pendidikan Moral


5.30 am 6.30 am : Senaman pagi dan persiapan diri.
7.00 am 7.30 am : Sarapan pagi.
7.40 am 8.00 am : Lagu Patriotik.
8.00 am : Majlis Perasmian Penutupan kem Motivasi UPSR 2015

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN SEPANJANG KEM MOTIVASI

1. Kertas 2 rim :RM20.00


2. Kad manila : 20 keping = RM20.00
3. Marker pen : 10 batang = RM25.00
4. Whiteboard marker pen : 5 batang = RM25.00
5. Tali inci 40 meter : RM80.00
6. Tali raffia : Satu gelung = RM5.00
7. Gunting : 5 bilah = RM15.00
8. Pensil warna : 5 kotak = RM20.00
9. Plastisin : 45 keping = RM135.00
10. Racun nyamuk : 2 kotak = RM9.00
11. Makan : RM20.00 x 32 = RM640
12. Saguhati penceramah : RM50.00 x 3 = RM150.00
13. Jamuan Malam Penghayatan : RM100.00
14. Perasmian penutupan : RM200.00
15. Cenderhati perasmi : RM50.00

Anggaran Kos Keseluruhan = RM1494.00


Sumber kewangan = RM1170.00
Jumlah yang tidak mencukupi = RM 324.00
PELAN AKTIVITI LDK DAN KEPERLUAN

AKTIVITI LDK 1 - Kain Putih dan Perahu dan Pulau

Keperluan
Kertas putih A4 atau kain putih bersaiz A4, pensil warna dan plastisin

Tujuan
Aktiviti ini menguji pelajar mencorakkan dirinya dalam kehidupan masa kini dan akan
datang. Warna putih melambangkan kesucian serta bersih dari segala-galanya. Pelajar
yang baru berumur 12 tahun bakal melangkah ke alam remaja, mereka tidak tahu apa-
apa tentang masa depan. Aktiviti ini diharap dapat membawa pelajar kepada haluan
mereka ka arah landasan yang baik.

Cara dijalankan
Fasilitator akan menayangkan layar putih kemudian membuat satu pertunjukkan
dihadapan pelajar agar layar putih berubah menjadi corak warna-warni. Selepas itu
fasilitator akan menjelaskan tajuk aktiviti dan tujuan aktiviti dijalankan. Jelaskan juga
kepada pelajar agar setiap corak atau lakaran yang tercipta di dalam kertas putih atau
kain putih adalah melambangkan dirinya di masa hadapan. Aktiviti akan berjalan
selama 30 minit, kemudian pelajar yang terpilih akan dijemput ke hadapan untuk
menjelaskan lakarannya serta kaitan lakaran dalam kehidupannya di masa akan
datang. Selepas aktiviti ini selesai, pelajar akan diedarkan satu set plastisin dan
mengarahkan pelajar supaya mencipta satu bentuk objek seperti kapal terbang, burung,
buku, kuda atau sebagainya untuk mewakili dirinya. Pelajar perlu diberitahu agar
memberikan alasan kenapa objek yang diciptanya adalah mewakili dirinya. Proses
rekacipta 30 minit kemudian pembentangan 30 minit. Selepas semuanya selesai
pamerkan hasil kerja pelajar di atas meja yang panjang dan didinding untuk menghargai
hasil karya mereka.

PERAHU DAN PULAU

Keperluan
Komputer, Poster atau skrin yang mempunyai lukisan sebuah pulau yang menunjukkan
gunungnya hampir meletup.

Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar mencetuskan ideanya
tersendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Idea yang tercetus akan
dikemukakan dalam kumpulan LDK untuk sama-sama memberikan pertimbangan.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat melatih dan mencetuskan nilai moral setiap ahli
iaitu BEKERJASAMA, MENGHARGAI PENDAPAT, BERKEPIMPINAN

Cara dijalankan
Buat suatu cerita yang dapat mencetuskan konflik di kalangan peserta. Contohnya;
Sebuah pulau akan meletup sebentar lagi, semua penduduk telah diberi arahan untuk
meninggalkan pulau tersebut dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Semua
penduduk telah berpindah kecuali beberapa orang sahaja kerana perahu yang tinggal
adalah tinggal satu sahaja dan boleh memuatkan 6 orang sahaja. Jika lebih muatan
maka perahu itu akan tenggelam. Mereka yang tertinggal dalam pulau adalah
1. Doktor
2. Perompak
3. Anda sendiri
4. Perogol
5. Perempuan mengandung
6. Perempuan tua berumur 80 tahun
7. Pembunuh
8. Pesakit AIDS
9. Seorang bayi
10. Pencuri

Jika anda dipilih untuk memilih, siapakah yang harus diselamatkan dalam pulau
tersebut. Senaraikan dan beri alasan kenapa setiap insan tersebut diselamatkan dan
tidak diselamatkan.
Apabila idea pelajar sudah muktamad maka sesi pembentangan akan dijalankan.
Jawapan sebenar dalam cerita ini adalah SEMUA DI SELAMATKAN jika murid bertanya
kenapa dan bagaimana, pilih mana-mana dalam senarai yang tidak berdaya seramai 6
orang kemudian 4 orang daripadanya berada di tepi perahu dan berenang hingga
sampai ke tempat yang selamat.

AKTIVITI LDK 2 E-mail

Keperluan
Komputer, LCD Kad, pensil, pen atau warna dan kotak E-mail.

Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk menulis surat
kepada ibu bapanya dalam bentuk janji kepada ibu bapanya atau apa yang dia inginkan
daripada ibu bapanya.

Cara dijalankan
Fasilitator akan membentangkan kos perbelanjaan sara hidup dari 0 bulan
hinggalah 12 tahun dan menceritakan peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-
anak.

Fasilitator akan mengedarkan kad yang telah dipotong kepada pelajar kemudian
pelajar akan menulis surat kepada ibu bapa tentang janjinya untuk terus memperbaiki
diri demi untuk memartabatkan maruah keluarga dan cuba berusaha untuk
memperbaiki kehidupan yang ada sekarang. Di dalam kad itu juga mengandungi
janjinya kepada ibu bapa tentang apa yang dia hendak lakukan untuk membalas jasa
kedua-dua ibu bapa di masa hadapan. Semasa pelajar menyediakan kad E-mail, muzik
yang lembut diperdengarkan untuk membantu pelajar menjana idea. Kad E-mail yang
ditulis oleh pelajar tidak perlu dibaca. Di akhir aktiviti ini pelajar akan memasukkan ke
dalam kotak E-mail untuk dipamerkan pada slot LDK yang seterusnya.

LDK 4 Refleksi dan Pohon harapan

Keperluan
Kad dalam bentuk buah, benang atau tali rafia, Komputer, LCD

Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar meneroka alam
kehidupan di masa hadapan khususnya di alam kedewasaan atau di alam kerjaya.

Cara dijalankan
Fasilitator akan menayangkan tentang gambar-gambar atau video tentang
kerjaya seperti polis, guru, doktor atau arkitek dan sebagainya untuk membuka minda
pelajar. Selepas itu kaitkan video tersebut untuk menggambarkan pelajar berada di
tempat situasi tersebut.
Fasilitator cuba mengorek soalan kepada pelajar apa yang diinginkannya dalam
kehidupan. Peserta akan menyenaraikan apakah kerjaya yang dia inginkan pada masa
hadapan dan menerangkan bagaimana dia menjadikan kenyataan pada harapannya.
Pelajar akan menulis di dalam kad berbentuk buah dan menyangkutnya pada ranting
pokok.

LDK 5 Rumusa Kembara.

Keperluan
Kertas majung yang siap dengan catatan kumpulan LDK.

Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar berkeyakinan tinggi
untuk menerangkan soalan-soalan yang diperolehi semasa aktiviti kembara. Aktiviti ini
juga dapat menghargai pendapat-pendapat dari setiap ahli.

Cara dijalankan
Sebelum aktiviti berjalan, fasilitator akan menayangkan gambar-gambar sepanjang kem
kembara untuk hiburan bersama. Selepas itu fasilitator akan memberikan arahan
kepada peserta dalam kumpulan untuk membentangkan hasil kerja mereka.
LDK 6 - XXX RAY

Keperluan
Tidak ada peralatan yang diperlukan dalam LDK ini

Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji kesabaran peserta secara batin.

Cara dijalankan
Fasilitator akan memberi ragging