Anda di halaman 1dari 2

Risalah Pada Menyatakan Keberhajatan Tabib Kepada Ilmu Falak

Telah berkata Syeikh Nasr Abu Nasr Adnan bin Nasr bahawa kita perlu mengetahui bahawa
seorang cendekiawan, iaitu Abukrat (Hippokratus) telah menyatakan bahawa peranan dan
pengaruh bintang dalam ilmu perubatan bukanlah suatu uang kecil. Di samping itu, segala perkara
yang berlaku kepada makhluk di bumi ini, khususnya kesakitan adalah disbebabkan kerana
terkesan dengan keadaan di langit. Maka para tabib perlu mengetahui tentang perkara ini. Seperti
yang telah tertulis pada bukunya yang popular, sekiranya para tabib ingin mengetahui berkenaan
dengan perkara ini dengan sebenar-benarnya, maka rujuklah kepada kandungan yang terdapat pada
buku tersebut. Maka beberapa perkara yang penting mesti diketahui oleh para tabib. Antara perkara
tersebut adalah masa-masa dalam setahun, musim, waktu terbitnya dan terbenamnya bintang,
waktu angin bertiup, waktu air mengalir, keadaan muka bumi, keadaan seseorang dalam sesebuah
negara. Para tabib perlu mengetahui dan menguasai mengenai tentang perkara-perkara ini untuk
mengetahui sebab berlakunya punca penyakit dan kaedah rawatan untuk penyakit tersebut.

Perkara ini adalah untuk memberikan panduan kepada tabib untuk menyampaikan kepada
yang benar. Sekiranya ada orang yang berfikir bahawa perkara ini merupakan semata-mata teori
mengenai peristiwa yang berlaku dilangit, maka ketahuilah bahawa ilmu mengenai bintang ini
amat berkait dan memberikan kesan yang besar dalam ilmu perubatan. Maka seorang tokoh
cendekiawan iaitu Jailanus (Galen) turut membicarakan mengenai hubungan antara bintang
dengan perubatan. Maka kedua-dua tokoh perubatan Mesir pruba ini iaitu Hippokratus dan Galen,
tidak segera melakukan rawatan kecuali setelah melihat kepada hal ehwal yang berlaku di langit
dn bintang-bintang seperti kedaan laut yang amat terpengaruh dengan keadaan dan bentuk bulan.
Maka kita juga perlu mengetahui keadaannya menerusi kitab-kitab yang masyhur, sekiranya
keadaan ini, jadi apakah yang akan terjadi kepada para tabib pada zaman sekarang ini yang mana
mereka telah menolak dan meninggalkan ilmu sebegini di belakang mereka.

Fasal. Perkara pertama yang perlu diketahui oleh para tabib adalah mengetahui ilmu mengenai
bintang serta ilmu hayaah. Ilmu ini tidak mempunyai batasan dalam mengetahui tentang keadaan
hal ehwal langit dan bumi, longitude dan latitude bumi, perjalanan planet atas setiap planet yang
lain. Perkara ini memberi kesan kepada berlakunya perubahan ilkim (musim) dan keadaan iklim
seperti musim panas, musim sejuk, musim bunga, pada panjang dan pendek tempoh sesuatu ilkim
tersebut, perbezaan perubahan musim. Di samping itu para tabib juga harus mengetahui teori
tentang apa peristiwa yang berlaku dalam setahun, pertemuan dan tanda-tanda yang berlaku
sebelum memasuki tahun yang baru, dan keadaan yang empat tersebut beserta apa tanda-tanda
yang berlaku. Begitulah sepertimana yang diucapkan oleh Ptolemy.

Fasal pada mengetahui keseluruhan apa yang disebutkan. Untuk mengetahui sesuatu yang berlaku
itu, maka kita harus melihat kepada keseluruhan yang berlaku disekeliling kita.

Anda mungkin juga menyukai