Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S


1.0 Isu 1 : Hormat-menghormati
1.1 Pengenalan 2
1.2 Faktor Isu 2
1.3 Implikasi 4
1.4 Langkah Mengatasi 5
1.5 Kesimpulan 6

2.0 Isu 2 : Persekefahaman


2.1 Pengenalan 7
2.2 Faktor Isu 7
2.3 Implikasi 8
2.4 Usaha Memantapkan 9
2.5 Kesimpulan 9

3.0 Rujukan 10

4.0 Lampiran 11
1.0 Isu 1: Hormat-menghormati

1.1 Pengenalan

Ciri-ciri kemajmukan masyarakat di Malaysia telah melahirkan pelbagai latar belakang adat,
entiti, pendapat dan pendirian yang unik dan berbeza. Dengan semangat penerimaan,
toleransi dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik
sahaja keharmonian dan kestabilan dari segi sosial mahupun penbangunan negara mampu
dikecapi sedia seperti sekarang. Jika dilihat dari kronologi sejarahnya, nilai hormat-
menghormati antara etnik di Malaysia adakalanya dalam berada dalam keadaan kuat, stabil,
sederhana ataupun lemah.

Pada lewat zaman ini sebagai contohnya, cadangan pindaan Akta RUU yang
diusulkan di Parlimen oleh TG Hadi Awang, Presiden PAS, pada 26 Mei 2016 sudahpun
tidak langsung menjadi suatu pengukur nilai hormat menghormati etnik lain terhadap
kehendak etnik tertentu. Secara sedarnya, usul pindaan ini sudah tentunya bertepatan dengan
kebebasan beragama orang melayu khususnya, untuk diadili dengan pengadilan syariah
islamiah seperti dalam suruhan agama mereka sendiri . Pengusulan kepada dasar negara ini
telah membuatkan tali ikatan hormat-menghormati antara kaum dan etnik mula teruji dan
terasa goncangannya sama ada disebabkan unsur dalaman ataupun luaran.

1.2 Faktor Isu

Semenjak usul persendirian itu dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat
pada 26 Mei 2016, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, merentasi kaum, agama
dan ideologi telah memberi komentar dalam isu ini. Mereka termasuk rakyat biasa daripada
petani, nelayan, orang kampung sehinggalah ahli akademik, cerdik pandai, profesional,
pengamal undang-undang dan ahli politik mengemukakan hujahan masing-masing, sama ada
menyokong atau menentang cadangan pindaan Akta 355 tersebut.

Langit tidak selalunya akan cerah, begitu juga gambaran situasi negara ini yang
mudah berubah suasananya. Walaubagaimanapun, tidaklah dikatakan hilang nilai hormatnya
apabila jika usul itu terdapat perbezaan dan pencanggahan pendapat dari pelbagai pihak
berlatarbelakangkan etnik yang berbeza. Hal ini demikian kerana perbezaan pasti akan terus
wujud kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

2
Akan tetapi, tindakan seperti melabel-label, mengkelas-kelaskan, menjatuhkan
tuduhan apalagi menyentuh dan menghina perkara sensitif sesebuah etnik adalah sama sekali
pebuatan yang menjauhi daripada nilai hormat menghormati yang sewajarnya diaplikasikan
oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik kini. Pelbagai faktor yang menyebabkan
gejala kurang sihat ini terus menular memakan kesepaduan kita, antaranya:

1.2.1 Kebimbangan Terhadap Kedudukan Etnik LainTerjejas

Hal demikian berlaku apabila terbit perasaan bimbang dan berjaga-jaga daripada
parti-parti politik dan orang awam tentang usul pindaaan Rang Undang-
Undang(RUU) 355 ini sama ada kerana kurang faham dengan cadangan pindaan RUU
355 ataupun berasa risau dan kuatir jika melayu ingin unsur-unsur agama melayu
diaplikasikan, kedudukan kaum dan etnik lain akan tergugat serta tiada
pembelaannya. Ironinya, setiap rakyat Malaysia sendiri maklum dan faham bahawa
Islam, agama yang dianuti oleh majoritinya kaum melayu adalah agama yang
didaulatkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan sudahpun mendapat persetujuan
kefahaman daripada pelbagai latar parti politik pada saat awal penggubalan
pelembagaan dahulunya. Oleh itu kebimbangan perlu dirasionalkan dengan dengan
kajian terperinci bermula dari asasnya agar pandangan tentang sesuatu perkara tidak
terpesong jauhnya.

1.2.2 Komuniti berpendirian Lalang

Selain itu, faktor yang membuat nilai hormat-menghormati menjadi cair adalah ramai
yang berpendirian seperti lalang ditiup angin kerana tiada kajian sendiri yang lengkap
dan menyeluruh tentang apa itu akta Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan cadangan
konteks pindaannya. Tetapi hanya membuat pendirian secara melulu hanya dengan
satu dua fakta, akhirnya pendiriannya sendiri berubah-rubah dan mudah dibawa angin
dengan mengikut hujah pihak sentimen etnik semata hingga mudah menzalimi pihak
yang dihakimi secara singkat. Lalu pihak yang dihakimi berasa tertuduh dan
membalas balik lemparan dengan yang berbaur kemarahan sehingga merasakan
semua yang menentang Pindaan RUU 355 kerana rasa bermusuhan dengan etnik
mereka.

3
1.2.3 Usul berkaitan Hal Sensitiviti

Usul pindaan RUU 355 adalah menyentuh tentang perubahan bagi hukuman pada
Mahkamah Syariah yang hanya mengadili agama yang dianuti majoritinya adalah
kaum melayu. Formulanya adalah jika etnik lain terlebih garisan sedikit tentang hal
sensitif sesuatu kaum adalah cukup mudah untuk menimbulkan kemarahan entik yang
disentuh. Oleh itu, tidak sewajarnya parti-parti utama yang hampir mewakili majoriti
kaum selain melayu seperti MCA, MIC, GERAKAN, SUPP dan DAP mengesa dan
menghasut orang-orang melayu untuk sama membantah perlaksanaan hukum-hakam
keagamaan mereka. Hal ini demikian kerana, isu keagamaan bagi sesuatu kaum
adalah isu yang sensitif apalagi jika berada di tahap tuduhan atau penghinaan terhadap
perlaksanaan hukum-hakamnya. Jika tersilap langkah menghela rambut di dalam
tepung, maka rambut akan putus dan tepung akan berselerak. Begitulah bidalannya
tentang kesukaran etnik lain apabila menyentuh perkara sensitif berkaitan keagamaan
etnik lain tanpa menimbulkan spekulasi.

1.3 Implikasi

Tanpa nilai hormat menghormati antara kaum dan etnik, mana mungkin kesepaduan di
Malaysia dapat dicapai. Bukan sahaja tindakan tindakan seperti melabel-label, mengkelas-
kelaskan, menjatuhkan tuduhan apalagi menyentuh dan menghina perkara sensitif akan
meruntuhkan kepercayaan etnik yang ditunding jari malah semuanya menunjukkan kejahilan
pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Kesan meremehkan nilai
hormat antara etnik adalah pembangunan sosial dan enokomi negara akan terganggu kerana
membenihnya sifat kurang mempercayai untuk berganding bahu mengukuhkan dan
menbangunan negara yang menjadi tumpahnya darah sendiri. Lagipula, mencantas sebarang
perbezaan pemikiran walaupun perbezaan itu berdiri atas rasional dan hujah hanya akan
menghasilkan umat yang lemah, bantut pemikiran serta lemah kualiti.

Bertambah lukanya apabila ada yang mula mengambil kesempatan dengan


mepolitikkaumkan akan kehendak kaum tertentu yang cuba untuk memperjuangkan
kebebasan beragamanya. Sebagai contohnya, parti politik kaum yang bukan beragama islam
cuba membesarkan dan memburukan perkara pindaan kerana tujuan utamanya ingin
menjatuhkan parti politik melayu yang mengusulkan pindaan RUU 355 ini. Kesudahannya

4
ahli-ahli politik menghabiskan masa bertempur, berdukacita dan tertekan dengan perkara
yang tidak pasti sehingga rakyat terikut-ikut dengan bahasa dan budaya kurang hormat-
menghormati yang boleh merosakan erti kesepaduan kaum.

1.4 Langkah Mengatasi

Apa yang sewajarnya, di era sumber maklumat bercambah dengan hebat dan mudahnya,
sepatutnya setiap insan perlu berhati-hati dalam menilai sesuatu isu. Lebih sabar dan rajin
mencari gambaran luas tentang isu itu adalah lebih baik daripada tergesa-gesa membuat
tuduhan dan menghukum pihak itu jahat atau baik, penyokong atau 'penentang.

Jika mahu bertanya atau mendengar pendapat daripada individu maka dengarlah
pendapat daripada mereka yang benar-benar terlibat dan sudah tekun mengkaji atau
cendekiawan politik dan sosial jika bercenderungan membuat pendirian. Penilaian yang
dimahukan adalah penilaian adil yang berpijak pada pendirian yang betul bukannya pendirian
secara lalang atau ikutan sahaja. Dengan itu melahirkan sesebuah parti dan masyarakat lebih
berkualiti, rasional dan berilmu.

Selain itu, isu pindaan RUU 355 ini sepatutnya tidak wajar untuk terus
dipolitikkaumkan kerana perkara utamanya ialah melibatkan usaha memberi peluang kepada
orang melayu untuk tidak membelakangi perintah pengadilan islam seperti dalam suruhan
agamanya. Semua pihak haruslah sedar bahawa amatlah kurang matang dan bersikap
keterlaluan kepada kaum lain jika bermain politik label seperti Parti itu adalah Anti Melayu
atau Anti Islam. Begitu juga dengan cubaan pihak penentang yang menggunakan cara kurang
sihat dengan menyebarkan spekulasi tuduhan mendadak terhadap latar belakang kaum Parti
yang mengusulkan. Perlulah ada pihak yang berusaha menyekat dan membetulkan dari awal
jika ada pihak tertentu yang memutarbelitkan ayat sama ada di media atau persidangan dan
membesar-besarkan perkara kecil umpama air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan
sehingga boleh mengelirukan orang awam.

5
1.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, bagai menghela menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung
jangan berserak juga bermaksud bersikap bijaksana dan berhikmah dalam menyelesaikan
sesuatu perkara dengan seadil-adilnya agar kedua-dua belah pihak boleh berpuas hati
disamping boleh menjaga perasaan hormat menghormati antara satu sama lain sebaik. Rakyat
di negara ini juga tidak perlu diingatkan berkali-kali mengenai keperluan untuk menghormati
sensitiviti kaum-kaum lain. Sebaliknya, amalan ini seharusnya sudah tertanam dalam minda
setiap rakyat Malaysia dari dahulu lagi kerana semua kaum sudah lama menetap di negara
yang sama berdekad lamanya.

Tegasnya, isu rombakan gubalan sistem perundangan pada beberapa bahagian ini masih dapat
diekalkan keamanan dan ketenangan dalam kehidupan berbilang kaum, etnik dan agama jika
nilai hormat-menghormati antara kaum dan etnik tidak luntur sifatnya.

6
2.0 Isu 2 : Persekefahaman

2.1 Pengenalan

Salah satu isu yang tidak kunjung padam memberikan cabaran kepada negara Malaysia
adalah isu hubungan etnik. Setiap individu itu dilahirkan mempunyai latar belakang dan gaya
hidup, etnik yang tersendiri. Dukacitanya, tidak dapat dinafikan bahawa keutuhan
kesepaduan kaum di negara ini sudah banyak merosot. Daripada sikap yang mudah
memperlihat tolak ansur pada satu ketika dulu, kini ia sudah meruncing kepada tahap saling
mencurigai antara satu sama lain. Keadaan tidak sihat ini antaranya sudah menular kepada
pemikiran bahawa kejayaan serta keuntungan yang diraih oleh sesuatu kaum itu, dianggap
sebagai kegagalan dan kerugian yang ditanggung oleh kaum lain

Merujuk artikel kepada menyentuh perkara pindaan RUU 355, nilai persekefahaman
kaum boleh dikatakan pada tahap yang sudah mencair. Kaum yang menganuti agama islam,
iaitu melayu semakin kurang difahami oleh kaum lain apabila melayu bersungguh
memperjuangkan kepentingan mengabdian diri orang melayu kepada pengadilan syariah
agama mereka. Daripada situasi itu, sama ada RUU 355 akhirnya diluluskan pindaannya
ataupun tidak, erti kesepaduan dalam persekefahaman tetap tidak benar-benar tercapai jika
ada pihak dari kaum tertentu yang masih tidak rela menerima dan tidak mahu bertoleransi.

2.2 Faktor Isu

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan isu kesefahaman dalam cadangan pindaan RUU
355 ini dalam keadaan yang rapuh antaranya:

2.2.1 Kurang Usaha Memahamkan Etnik Lain

Jika kita melihat dari sudut yang diperjuangkan pula, Melayu dan yang terlibat kurang
menyedari kepentingan usaha untuk memahamkan lain-lain kaum tentang usul yang
mereka ingin utarakan kerana perpecahan boleh berlaku apabila tidak wujud
kesefahaman antara kedua-dua belah pihak. Masalah ketidaksefahaman terus
berlarutan jika Pihak Penyokong isu ini sendiri yang tidak berusaha memahamkan,
cepat melatah, kurang sabar,melulu mencabar malah menakut-nakutkan etnik-etnik
lain. Atas senario inilah, pindaan RUU 355 ini perlu diperhalusi dan diberi perhatian
kerana pindaan ini sama sekali bukan untuk menyekat hak asasi kaum yang

7
menganuti agama islam atau menuduh agama disalahgunakan atas kepentingan politik
hingga menimbulkan fitnah terhadap agama Islam itu sendiri.

2.2 Etnik Lain Kurang Memahami Isi Pindaan

Dalam konteks RUU 355 ini, pindaan tersebut tidak menganggu, menyentuh dan
menghina hak asasi mana-mana liputan etnik dan kaum di Malaysia kerana dasar
hanya tertahluk pada peringkat bidang kuasa jenayah. Pindaan ini, secara umumnya
ianya membolehkan hukuman-hukuman yang terhad ke atas mahkamah syariah ini
ditambah sesuai dengan hukuman syarak. Dalam Perkara 2 Akta 355, Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga menyatakan bahawa
perlaksanaan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah ke atas orang yang
menganuti agama Islam, maka hukumannya hanya terlaksana ke atas orang-orang
Islam sahaja.

Dengan kata lain sebelum atau selepas pindaan Akta 355 ini tidak dijatuhkan
hukuman kepada Cina, India dan lain-lain kaum atau etnik yang bukan beragama
islam. Tetapi kaum yang menentang menggunakan alasan yang tidak sepatutnya boleh
menjadi isu dalam cadangan pindaan RUU 355 ini sama ada mereka kurang faham
Akta Mahkamah Syariah, cadangan perlaksaannya atau kandungan isi Rang Undang-
Undang(RUU) 355 itu sendiri.

2.3 Implikasi negatif

Sudah tentu, kaum melayu dan yang terlibat perlu berusaha untuk memahamkan lain-lain
kaum tentang cadangan Pindaan RUU 355 yang mereka ingin utarakan kerana perpecahan
hubungan etnik boleh berlaku apabila tidak wujud kesefahaman antara kedua-dua belah
pihak. Muafakat antara kaum juga hampir mustahil untuk dicapai kerana tidak wujud rasa
toleransi daripada mana-mana pihak kerana tidak memahami keadaan, keperluan dan
kehendak sebenar pihak yang lain. Sudah terang lagi bersuluh, tanpa mengetahui dan
memahami budaya kaum lain akan menimbulkan banyak buruk sangka, konsep yang salah,
stereotaip, sikap perkauman, etnosentrisme dan kejutan budaya kepada etnik lain.

8
1.4 Usaha Memantapkan

Perbezaaan pasti terus wujud, perjuangan bukan hanya sibuk untuk meyakinkan orang
dengan apa yang diyakini sahaja, tetapi juga perjuangan untuk terus faham dan tahu kaedah
terbaik dalam mengurus perbezaan buah fikiran dan pendekatan kepada kaum lain. Tindakan
dan perlaksanaannya cadanaga pindaan RUU 355 lanjutan harus telus dijelaskan dengan teliti
dan berhikmah agar kaum lain boleh memahami dengan sebaiknya. Peranan pemimpin adalah
sangat penting dalam merangka tindakan atau melesaikan masalah dari sudut perpaduan.
Sama ada dari memperkasa kepahaman rakyat dari sudut pendidikan hubungan sesama etnik
atau daripada projek-projek dan anjuran aktiviti yang menggalakkan integrasi antara etnik

Amalkan sikap mengambil tahu akan perspektif pandangan mengenai kehidupan oleh
sesuatu kaum, agamanya dan sensitiviti sesebuah kaum. Mengambil berat perkara sedimikian
bukanlah satu perkara remeh dan tidak penting kerana terbukti keprihatinan terhadap
sensitiviti kaum lain mampu memberikan impak jangka panjang positif dalam mengurangkan
syak-wasangka antara satu sama lain. Penerimaan ini diharapkan akan membawa kepada
filsafat yang cuba disampaikan peribahasa tak kenal maka tak cinta, iaitu kita akan lebih
mudah menerima sesuatu itu selepas kita mula mengenalinya.

1.5 Kesimpulan

Konklusinya, sebelum membuat usaha memahamkan perbezaan agama yang dianuti kepada
kaum lain, pihak itu mestilah sudah tenang malah mampu memahami dan bersangka baik
kepada pihak lain yang belum lagi memahami. Ekstremisme etnik dan fanatisisme agama
selain tiadanya toleransi budaya, bukan saja boleh membawa mudarat besar kepada usaha
penyatupaduan kaum di negara ini. Tetapi ia juga boleh meranapkan hubungan etnik yang
terbina sehingga ini.

Realitinya, kesemua salah faham dan perbezaan pendapat itu boleh didamaikan
dengan cara yang baik jika masing-masing memahami keperluan serta sensitiviti sesebuah
kaum dan prihatin dengan keadaan di sekeliling. Akhirnya setiap etnik mahupun kaum boleh
mencapai kata putus hasil daripada toleransi dan muafakat kesemua pihak. Jelasnya,
Kesepaduan dalam persekefahaman antara kaum beginilah yang diharapkan supaya boleh
berlaku sekurang-kurangnya.

9
3.0 Rujukan

Teo Kok Seong, " ISU SOSIAL : Memahami perbezaan demi perpaduan," Timbalan
Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Berita Harian, Malaysia, 21 Jun
2011

Ahli MyNewshub.CC, " Pakatan Bantah RUU355 Bimbang Umat Islam Bersatu,"
MYNEWSHUB online, Malaysia, 23 Oktober 2016
http://www.buletinonline.net/v7/index.php/pas-kesal-ada-mp-melayu-islam-
bersekongkol-dengan-dap-tolak-ruu-355/

DMS "PAS Kesal Ada MP Melayu Islam Bersekongkol Dengan DAP, Tolak RUU 355",
Media Tranformasi Terkini, Buletin Online, Malaysia, 13 Oktober 2016
http://www.buletinonline.net/v7/index.php/pas-kesal-ada-mp-melayu-islam-
bersekongkol-dengan-dap-tolak-ruu-355/

Bartholomew Chan Pentingnya memahami sensitiviti masyarakat berbilang kaum",


MalayMail Online, Kuala Lumpur, Malaysia, 29 Jun 2014.
http://www.themalaymailonline.com/opinion/bartholomew-chan/article/pentingnya-
memahami-sensitiviti-masyarakat-berbilang-kaum

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, , " Kepentingan memahami pindaan Akta 355,"
Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia Kini, Malaysia, 2 Sep 2016
http://www.malaysiakini.com/news/354422

10
4.0 Lampiran

Sumber Artikel:

Ahli MyNewshub.CC, " Pakatan Bantah RUU355 Bimbang Umat Islam Bersatu,"
MYNEWSHUB online, Malaysia, 23 Oktober
2016http://www.buletinonline.net/v7/index.php/pas-kesal-ada-mp-melayu-islam-
bersekongkol-dengan-dap-tolak-ruu-355/

11
12

Anda mungkin juga menyukai