1. Jikalau kita lihat AWAN itu ada berpokok hitam berkeliling tiadalah lapangnya, jika kita
berlangkah pada saat itu alamat kena ribut.
2. Jikalau berlangkah malam, maka hendaklah kelihatan BINTANG kepada tujuh lekur hari
bulan turun angin dan kepada delapan lekur sampai kepada tiga puluh hari bulan lekur.
3.
BULAN ZULKAEDAH
BIL HARI PERISTIWA
1-7 Teduh
8 Turun Angin
9 Teduh
10-13 Turun Angin
14 Teduh
15 Turun Angin
16-4 lekur Teduh
5 (L) - 6 (L) Turun Angin
7 (L) 30 Teduh
4.
BULAN ZULHIJJAH
BIL HARI PERISTIWA
1-9 Turun Angin
10 Teduh
11 Turun Angin
12- 1 (L) Teduh
2 (L) 3 (L) Turun Angin
4 (L) 30 Teduh
5. Jikalau ada kita lihat pagi-pagi itu ada alamat angin akan turun, pada hari itu terang cuaca,
maka jangan syak lagi pada malam itu turunlah ribut.
6. Jikalau kita lihat alamat angin itu pada waktu petang-petang, maka pada malam itu terang
cuaca, maka jangan syak lagi kepada waktu tengah malam atau dini hari atau pagi-pagi hari
esoknya nescaya turunlah ribut itu.
7. Dan lagi syaratnya apabila pagi-pagi hari kita lihat sebelah pihak masyriq itu adalah berupa
awan seperti pohon kayu, kemudian maka adapun awan itu seperti rupa binatang atau
seperti rupa burung, maka bergantung ia kepada awan yang seperti pohon kayu itu, maka
itu pun alamat ribut akan turun juga, tetapi tiada berapa besar.
8. Dan lagi, jikalau petang-petang, maka kita lihat disebelah maghrib itu ada alamat awan itu
seperti yang kita lihat disebelah masyriq pagi-pagi itu, alamat ribut akan turun juga, tetapi
tiada besar.
9. Jikalau kita lihat itu pagi-pagi pun ada alamat angina itu disebelah masyriq dan petang pun
ada alamat angin itu disebelah maghrib, maka alamat turun ribut itu besarlah .
10. Jikalau kita lihat itu ada disebalah maghrib, maka disebelah masyriq tiada alamatnya, maka
tiadalah besar ribut itu. Demikianlah lagi jikalau ada sebelah masyriq, maka sebelah
maghrib itu tiada, alamatnya ribut.
11. Jikalau kita lihat alamat awan yang akan menjadi ribut itu pagi-pagi di sebelah masyriq
itu tiada dan pada kita petang-petang kita lihat disebelah maghrib pun tiada alamat ribut
itu, insyaAllah Taala. Lambat kepada malam itu, jika bagaimana sekalipun kelabu, guruh,
kilat serta dengan kilat petir, lautan itu putuslah tiada turun ribut itu, jangan syak lagi
kerana tiada alamat awan itu akan turun ribut.
FASAL PADA MENYATAKAN ALAMAT ANGIN TURUN MEMBAWA HUJAN
12. Tatkala pagi-pagi hari belum naik matahari, kita tilik kepada pihak masyriq itu apabila ada
warna awan itu seperti danu laga-laga perut berlemak rupanya. Itulah tanda alamat angin
membawa hujan. Demikianlah jikalau waktu petang kita melihat pada pihak maghrib,
maka ada kita lihat warna awan itu seperti yang ada kita lihat pagi-pagi di sebelah masyriq
itu, maka itupun alamat angin itu turun serta membawa hujan.
13. Jika kita lihat bintang di langit itu terlalu banyak, itu pun alamat hendak besar juga akan
turun.
*Sekalian alamat tanda angin yang terdapat ada naskhah ini kepada barang bulan pun serupa.
Apabila ada alamat angin dan hujan itu kita lihat tanda yang demikian itu, nescaya turunlah angin
dan hujan itu. Jikalau di dalam bulan lima sekalipun, turun juga angin dan hujan itu.
*Maka syaratnya kita melihat alamat angin dan hujan itu kepada waktu juga iaitu pagi-pagi
sebelum lagi naik matahari, jikalau petang tatkala hendak jatuh matahari. Itulah ketikanya
kita lihat apabila sudah naik matahari hingga sampai kepada waktu asar, tiadalah boleh kita lihat
alamatnya.
*Jikalau malam pun, demikianlah juga yang boleh kita buat alamat itu. Tatkala hendak masuk
matahari itu, apabila sudah masuk waktu maghrib hingga masuk waktu subuh, tiadalah
boleh kita lihat.
14. Dan jikalau kita lihat pagi pada pihak masyriq itu tiada kelihatan tanda alamat angin akan
turun, maka kepada waktu tengah hari itu datang kobar-kobar pohon hitam rupanya, insyaAllah
Taala tiada mengapa, jangan takut, tiada turun besar ribut itu, sekadar kobar laut.
15. Jikalau kita kita lihat tatkala akan jatuh matahari itu, tiada kelihatan tanda alamat angin
akan turun, maka pada waktu maghrib itu datanglah kobar atau tengah malam dini hari
datang kobar, insyaAllah Taala tiada turun ribut, sekadar angin sedikit-sedikit dan kobar hujan
itulah sahaja. Itupun kalau ada kita lihat tanda hujannya, jikalau tiada, sekadar koba ritulah, jangan
syak.
Fasal pada menyatakan tanda alamat ini kita lihat kepada waktu pagi-pagi belum naik
matahari sebelah masyriq, maka pada waktu petang itu ada pula kita lihat di sebelah
maghrib. Maka jikalau ada yang demikian itu kita lihat, jikalau pada sebarang bulan pun
turunlah angin besar itu, lalu menjadi dan segala kuala pun tertutuplah. Jikalau tiada lagi
kita lihat tanda alamat itu, jikalau sampai di dalam bulan tiga belas pun belum lagi turun
angin yang menjadi itu
16. Maka kita melihat alamat besar itu, iaitu pagi-pagi sebelum naik matahari dan petang, iaitu
ketika lihat rupa awan itu kepada pihak masyriq, apabila kita lihat rupa awan kepada tempat
matahari hendak naik itu bersegi-segi seperti langit bersegi tatkala ikan hendakkan itu, tetapi ia itu
merah berpelangi, ada merah hitam ada putih ada kuning warnanya dan berparas-paras berpangkal-
pangkal penuh kepada tempat matahari hendak naik itu, maka apabila petang hari hendak waktu
matahari hendak jatuh, maka kita lihat pula kepada pihak maghrib, maka ada pula kelihatan
alamat tanda angin itu di sebelah matahari jatuh itu tiada bersalahan lagi rupa awan itu juga
rupanya, maka janganlah kita berlayar, inilah alamat angin besar itu. Jika kita sudah akan turun
habis, lamanya sehari semalam, maka turunlag angin besar itu. Jika kita sudah di laut, maka ada
kita lihat alamat itu, maka hendaklah kita cari tempat kita berteduh seperti kuala negeri-negeri.