Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PANITIA

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)


KALI KETIGA 2017
Tarikh : 5 Julai 2017
Hari: : Isnin
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 1.45 Petang

KEHADIRAN:

1. Puan Mashirah Bt Adnan Ketua Panitia


2. Cik Zahariah Binti Abu Hasan
3. Puan Mazlina
4. Puan Hajah Rohana Hashim
5. Puan Norzuraila Binti Ahmad Zakaria

1.0 UCAPAN KETUA PANITIA

1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan semua anggota Panitia


Pendidikan Seni Visual dan mengucapkan terima kasih kerana
menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali ketiga bagi
sesi 2017.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Minit mesyuarat lalu telah disahkan oleh Puan Mazlina dan disokong
oleh Puan Norzuraila

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada sebarang perkara berbangkit.

4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Ketua Panitia memaklumkan bahawa beliau akan mengedarkan set-set


soalan untuk PKSR 2 kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual bagi setiap aliran tahun 3 hingga 6.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Penolong Kanan Kurikulum menegaskan agar kertas soalan untuk


PKSR 2 diedarkan awal.

5.2 Ketua Panitia juga memaklumkan kepada semua guru yang


mempunyai lukisan yang menarik hasil kerja seni para pelajar boleh
meletakkannya di dalam bingkai yang terdapat pada pintu almari
bahan-bahan seni. Selain itu, hasil kraftangan yang terbaru juga boleh
diletakkan di atas almari bahan-bahan seni tersebut.

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

......................................... ......................................
(PUAN MAZLINA) (PUAN MASHIRAH)
Setiausaha Pendidikan Seni Visual Ketua Panitia Pendidikan Seni
Visual

Anda mungkin juga menyukai