Anda di halaman 1dari 4

Taksonomi Bloom merupakan salah satu model yang dibangunkan dalam bidang

pendidikan adalah untuk menganalisis bidang-bidang berkaitan dengan pendidikan yang


terdiri daripada pengetahuan, sikap (perlakuan) dan psikomotor. Terdapat tiga domain
yang wujud dalam bidang pendidikan iaitu:

1. Domain kognitif memfokuskan kepada pemikiran pelajar dimana menekankan aspek


intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan dalam berfikir.
2. Domain afektif bersifat kepada perkembangan sikap, perasaan,emosi, nilai pelajar
seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.
3. Domain psikomotor merupakan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Pada awalnya diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada
tahun 1959. Berkonsepkan minda serta pemikiran manusia. Sistem pendidikan pada abad
ini banyak menggunakan pendekatan taksonomi bloom secara meluas dari semasa ke
semasa bagi mengubal pelbagai soalan dalam pembelajaran akademik. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kandungan pembelajaran baharu yang
lebih menekankan peringkat pemikiran aras tinggi iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Dibawah merupakan penerangan mengenai heararki taksonomi bloom:
1. Pengetahuan

Merupakan aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini diwujudkan adalah untuk menguji sejauh
mana keupayaan pelajar dalam mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari.
Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus
berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah sesuatu
pengetahuan tentang proses, aliran, peringkat, kategori, teknik atau prosedur dalam menyelesaikan
masalah. Seterusnya aras yang ketiga adalah pengetahuan bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu perkara contohnya siapa, apa, di mana, bila dan beri. Contohnya apakah, manakah, bilakah,
siapakah, senaraikan, nyatakan.

2. Kefahaman

Aras ini memerlukan daya kemampuan murid dalam menyatakan huraian atau makna sesuatu
perkara. Aras kefahaman ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu yang pertama penterjemahan yang
memerlukan murid menjelaskan kembali apa yang mereka faham kepada satu rumusan yang lebih
mudah tanpa mengubah maksud penjelasan tersebut. Yang kedua adalah mentafsir iaitu mentafsir
idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam menggunakan susunan ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras
kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan
kelaskan.

3. Aplikasi

Aras ini adalah bertujuan untuk menguji tahap kemampuan pelajar dalam menggunakan konsep,
teori, prinsip, hukum dan prosedur dalam menyelesaiakn sesuatu masalah. Soalan aras aplikasi
biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya memfokuskan
kepada tiga peringkat. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti
selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

4. Analisis

Aras ini membantu murid untuk membahagikan sesuatu perkara kepada aspek-aspek yang lebih
kecil. Aras ini menekankan kebolehan pelajar dalam mengenalpasti unsur unsur dan struktur.
Jenis-jenis aras analisis adalah yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid
menentukan unsur-unsur. Contohnya bezakan,bandingkan, bahagikan, klasifikasikan

5. Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas.
Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu
komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada
orang lain. Contohnya gabungkan, merekabentuk, bentukkan, kumpulkan, susunkan, karangkan.

6. Penilaian

Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara telah dipelajari. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan,
baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat
pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Contohnya nilaikan,
rumuskan, tafsirkan, bandingkan, bezakan, buktikan.