Anda di halaman 1dari 1

Soalan Meminta Pendapat

1. Apakah cadangan penambahbaikan untuk syarikat ini?

Contoh jawapan: "Setiap kakitangan seharusnya menambahbaik sistem penyampaian kepada


pelanggan supaya lebih cekap dan telus mengikut SOP yang ditetapkan. Syarikat juga perlu
menyediakan kemudahan untuk promosi dan pesanan produk secara online bagi memudahkan
pelanggan berurusan dengan syarikat. Selain itu, setiap kakitangan perlu diterapkan budaya
kerja berprestasi tinggi yang melibatkan perubahan budaya kerja, cara berfikir dan cara
bertindak bagi memastikan syarikat berkembang maju".

2. Jika anda diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, apakah tindakan anda untuk
menyiapkan tugasan itu?

Contoh jawapan: "Jika saya diberikan tugasan tetapi tiada bahan rujukan, saya akan
berbincang dengan rakan sekerja yang mempunyai pengalaman berkenaan tugasan itu. Saya
percaya bahawa setiap tugasan yang diberi pasti ada penyelesaiannya. Melalui cara
berbincang pasti mendapat idea untuk menyiapkan tugasan berkenaan".

3. Jika anda diberikan dua tugasan dalam satu masa dan kedua-duanya perlu disiapkan
dalam tempoh masa yang singkat, jelaskan cara atau tindakan yang diambil oleh
anda?

Contoh jawapan: "Saya akan menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut keutamaan.
Keutamaan saya adalah terhadap tugasan yang lebih penting dan paling hampir tarikh
akhirnya".

4. Apakah kepentingan integriti terhadap sesuatu pekerjaan?

Contoh jawapan: "Integriti memastikan setiap tindakan dan perbuatan kita berpandukan
kebenaran dan kejujuran selaras dengan ajaran agama dan undang-undang. Integriti juga
dapat menghindarkan diri kita dari pecah amanah atau rasuah".

Anda mungkin juga menyukai