Anda di halaman 1dari 7

Bab 2

PEMIKIRAN DAN TEORI ETIKA

Teori Keperibadian Mulia

1. Teori ini dianggap sebagai teori yang tertua hasil daripada perkembangan falsafah
tradisi Greek.
Ia didorong oleh filasuf terkenal, Aristotle ( 384-322 SM )

2. Peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang


melaksanakan aktiviti yang rasional secara berkesan iaitu menjadikan kita hidup
sebagai manusia .

3 Kebijaksanaan dan penilaian yang baik sangat penting dalam melakukan sesuatu
tindakan.

4 Menekankan kebolehan menyeimbangkan antara dua yang ekstrem dalam


perlakuan emosi, keinginan dan sikap

5 Kebaikan adalah kecederungan mencari “The Golden Mean” di antara dua yang
ekstrim

Contoh :-
1. Antara murah hati dan kedekut
2. Antara sabar dan panas baran

6 Salah satu cabang teori ini ialah amalan sosial iaitu aktiviti bekerjasama yang
bertujuan untuk mencapai kebaikan umum - kebaikan ini dikenali sebagai

(a) kebaikan dalaman merujuk kepada semua amalan golongan profesional


tersebut.

Misalnya :

Kebaikan dalaman dalam bidang perubatan dapat meningkatkan mutu kesihatan


Masyarakat.
Perundangan mewujudkan keadilan sosial dan kejuruteraan memastikan
keselamatan dan kesejahteraan hidup

(b) kebaikan luaran seperti wang dan prestij yang boleh diperolehi melalui
aktiviti lain

7. Kebaikan profesional yang asas dan komprehensif ialah melaksanakan


tanggungjawab proaktif secara beretika –merekalah yang dikatakan Profesional

1
Tanggungjawab ini terbahagi kepada 4 kategori

(a) Kebaikan diri sendiri }


(b) Kebaikan untuk masyarakat }ulasan utk pensyarah
(c) Kebaikan kepada kumpulan } sahaja
(d) Kebaikan kepada kemahiran }

(a) kebaikan diri sendiri

I. adalah asas /panduan dalam pengamalan autonomi dan tanggungjawab


moral
II. penekanan pertama ialah kefahaman dan keperihatinan terhadap prinsip
moral seperti memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan serta
kebijaksanaan.
Orang yang pandai tidak semestinya bijaksana kerana kebijaksanaan
terbentuk daripada pengalaman, kreativiti dan keprihatinan (anugerah
Tuhan)
III. komitmen terhadap sesuatu tindakan ditekankan dan dijelmakan kefahaman
(penghayatan) seperti keberanian, disiplin diri, menghormati diri sendiri,
kejujuran dan ketulusan, ketabahan dan ___________kepada tindakan .

(b) Kebaikan untuk masyarakat

Mementingkan kebaikan yang akan di perolehi oleh klien dan masyarakat umum
berikutan sesuatu tindakan. Aspek yang ditekankan:

I. Menghormati hak seseorang khususnya hak membuat keputusan yang


mempunyai risiko. Kebaikan minimum yang perlu dilakukan ialah tidak
melakukan keburukan (kemudaratan ) kepada orang lain
II. Kemasyarakatan (?) yang bertujuan mempertingkatkan kualiti kehidupan
masyarakat
III. Sifat murah hati, kesediaan membantu orang lain dan sanggup
mengorbankan masa, bakat dan wang secara sukarela demi kebaikan
profesional berkenaan dan masyarakat umum.

(c) Kebaikan kepada kumpulan

Ini merupakan ciri penting bagi membolehkan seseorang profesional menjalankan


tugas secara berkesan bersama-sama dengan orang lain .Aspek penting yang di
tekankan:

I. Semangat bekerjasama, berkebolehan berkomunikasi secara berkesan dan


menghormati undang-undang
II. Kesetiaan kepada majikan iaitu taat dan setia sepenuhnya bagi pihak
kepentingan majikan

2
III. Kepimpinan - iaitu memikul tanggungjawab dan memberikan motivasi kepada
orang lain dalam mencapai satu-satu matlamat tertentu

(d) Kebaikan kemahiran

I. Menitikberatkan penguasaan kemahiran dalam profesional yang diceburi


II. Bentuk kebaikan yang ditekankan adalah tentang kecekapan, ketekunan dan
kreativiti.

8. Ciri-ciri keperibadian mulia juga mempunyai kaitan rapat dengan :-

I. Intergriti
II. Menghormati diri sendiri (huraian/ulasan utk pensyarah shj)

1. Integriti

a) Intergriti moral ialah kesatuan keperibadian berasaskan keprihatinan moral


khususnya berasaskan kejujuran
b) Kesatuan ini merupakan kesinambungan hubungan antara sikap, emosi dan
tingkahlaku dalam membuat justifikasi nilai moral
c) Ia sebagai jambatan antara tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai
profesional
d) Nilai-nilai moral ini sepatutnya diamalkan merentasi seluruh kehidupan manusia
e) Mengekalkan integriti amatlah sukar kerana terdapat perbezaan antara amalan
nilai di tempat kerja dengan nilai ideal seseorang. Ia dapat diatasi dengan
mewujudkan sesuatu keadaan yang membolehkan sifat tolak ansur diamalkan.

Oleh itu, sikap tolak ansur boleh membawa keburukan dan kebaikan. Kebolehan
mengenalpasti bentuk tolak ansur yang sesuai dan kesediaan bertolak ansur sangat
penting dalam usaha mengekalkan integriti moral seorang profesional.
f) Sikap tolak ansur dianggap baik kerana dapat mengekalkan hubungan walaupun
sedang menghadapi krisis
g) Sebaliknya sikap tolak ansur dikatakan menjadi buruk kerana banyak
menimbulkan konflik yang serius di antara kehidupan peribadi dengan kehidupan
di tempat kerja.

2. Kejujuran – kebaikan sebenarnya merujuk kepada elemen utamanya iaitu


kejujuran dan ia melibatkan dua aspek penting yang saling berkaitan iaitu
ketulusan dan kepercayaan

a) Jujur dalam tindakan secara umum merujuk kepada amalan menghormati


harta benda orang lain.
Contoh: Amalan tidak mencuri, tidak terlibat dengan rasuah/sogokan

3
b) Jujur dalam kepercayaan pula bermaksud membina kepercayaan yang
rasional dalam diri seseorang tanpa menipu dirinya sendiri dan tanpa
paksaan atau berat sebelah.

c) Jujur dalam percakapan bermaksud tidak menipu, tidak secar sengaja


mengelirukan orang lain sama ada secara berpura-pura atau tidak
memanipulasi tumpuan seseorang dan berbohong atau menyembunyikan
maklumat. Perkataan jujur dalam percakapan bermaksud secara tulus hati dan
rela mendedahkan maklumat yang tepat.

3. Menghormati Diri Sendiri

Self Respect membawa maksud menilai diri sendiri berdasarkan pertimbangan


moral yang sesuai.

SR ada akitan dengan ‘self esteem’. SE ialah konsep psikologi tetapi SR ialah
konsep moral.

SR terdapat dalam dua bentuk iaitu:

a) ( ) terhadap menghormati diri

b) penilaian terhadap cara menghormati diri

Integriti menyumbang ke arah menghormati diri dan dalam masa yang sama.
Menghormati diri mendorong seseorang mengekalkan integriti.

Teori Teleologis (TT)

1. Dalam teori TT, segalanya bergantung kepada apa yang dianggap


baik atau buruk di mana jika tindakan tertentu membawa akibat yang baik,
tindakan itu dibenarkan.
2. Sebaliknya, jika akibatnya buruk, tindakan itu adalah dilarang.
Persoalannya, ‘baik’ dan ‘buruk’ bergantung kepada nilai seseorang.
3. Bagi mengatasi masalah ini, wujud 2 aliran dalam teori ini iaitu:

a) Aliran Egoisme
b) Aliran Utilitarianisme

4. Kedua-dua aliran ini menekankan bahawa semua perlakuan


manusia sepatutnya didasarkan kepada akibat-akibat yang boleh membawa
kebaikan.

A. Aliran Egoisme

Egoisme moral boleh berlaku dalam 3 bentuk:


4
i) Egoisme moral yang Universal

Setiap individu sepatutnya selalu bertindak untuk kepentingan sendiri tanpa


mempertimbangkan kepentingan orang lain kecuali kepentingan orang lain itu
dapat memenuhi kepentingan dirinya

ii) Egoisme Individu


Setiap individu sepatutnya bertindak demi kepentingan dirinya kepentingan
dirinya sendiri.

iii) Egoisme Moral peribadi


“Saya sepatutnya bertindak demi kepentingan diri saya sendiri tetapi saya
tidak berhak menentang apa yang dibuat oleh orang lain”.

B. Aliran Utilitarianisme

Teori ini merupakan satu aliran dalam teori teleologis (akibat) yang
diasaskan oleh dua ahli falsafah British iaitu Jeramy bentham (1784-1832)
dan John Stuart Mill (1806-1873).

Utilitarianisme lakuan (UL)

a) Ahli falsafah ini mengemaukan idea aliran utilitarianisme lakuan


(UL) yang menekankan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap
betul (beretika) jika dapat membawa akibat-akibat (natijah2)
yang diingini (kebaikan) daripada alternatif-alternatif yang lain.
b) Iaitu (kebaikan) mestilah yang terbaik dan untuk seramai orang
yang mungkin.(proses memaksimumkan kebaikan)
c) Aliran UL menekankan tindakan individu dan bukannya
peraturan umum
(Rujuk: L P Pojman, 2005:115)
(ringkas: matlamat menghalalkan cara)

Utilitarianisme Aturan (UA)

a) Didokong oleh Richard Brandt – sesuatu perlakuan itu betul hanya


sekiranya ia menuruti satu peraturan di mana penerimaan peraturan-
peraturan itu akan membawa kepada lebih faedah dan kebaikan bagi
masyarakat daripada alternatif lain – tindakan individu dianggap betul
jika ia selari dengan peraturan yang ada. “Kita patut penuhi janji dan
elak daripada rasuah walaupun tindakn itu membawa kebaikan
(ibid:116)

5
Teori Wajiban (Deontologis)

1. Teori ini diasaskan oleh filasuf jerman terkenal, Immanuel Kant


(1724-1804)
2. Asas teori ini ialh tanggungjawab dan bukannya akibat(natijah) yang
baik
(matlamat tidak menghalalkan cara)

3. Bukan akibat yang menentukan salah betulnya sesuatu tindakan tetapi


apa yang terkandung dalam tindakan itu sendiri ataupun melalui
peraturan mana tindakan itu dilakukan.

Contoh: Bercakap benar dan memenuhi janji walaupun mungkin


membawa sedikit keburukan, tetapi ia adalah yang betul.

4. Melakukan tindakan yang betul seperti sentiasa jujur, memenuhi janji,


tidak menganiaya orang, berlaku adil, bersimpati dan lain-lain adalah
senarai tanggungjawab yang perlu dilakukan.

5. Maka konsep tanggungjawab tidak terikat dengan konsep kebaikan


dan tindakan yang betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang akan
dihasilkan.

Teori Hak Asasi

Pendokong teori ini ialah John Locke (1632-1704). Teori ini


berasaskan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa sesuatu
tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai
hak tertentu.

1. Sesuatu tindakan dianggap salah jika ia mencabuli hak/moral


seseorang. Teori ini juga menolak akibat baik sebagai penentu
utama atau semua pertimbangan moral.

2. Teori ini mendesak supaya kita harus mempunyai tanggungjawab


terhadap orang lain kerana orang lain mempunyai hak yang
sepatutnya dihormati.

3. Kelemahan teori: penekanan kepada hak bersifat terlalu


individualistik iaitu hak sebagai suatu keadaan yang menghalang
orang lain daripada mencampuri urusan seseorang (jangan
ganggu kehidupan orang lain).

4. Teori ini dilanjutkan ke versi kedua oleh Melden yang disebut


hak kebajikan. Tanggungjawab moral ialah kemampuan
6
menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain dan bersifat
tanggungjawab dalam masyarakat.

Teori Etika Yang Berkesan

1. Dalam membicarakan teori etika yang berkesan, kita perlu


mengambilkira asas penting iaitu ideologi. Ia boleh dibahagikan
kepada:
a) ideologi sekular
b) ideologi Islam

Bagi ideologi sekular terdapat banyak teori yang menerangkan tentang


etika namun masalah etika masih wujud malah semakin parah dalam
masyarakat.

Teori-teori etika sekular belum dapat memberikan keptusan muktamad


apakah perlakuan etika (ethical behavior) yang patut diamalkan.

Sebaliknya dalam Islam, disebabkan nilai-nilai yang mutlak ia dapat


memberi garis panduan yang jelas dan berkesan untuk melahirkan
perlakuan yang beretika dalam masyarakat
(Rujuk:
1. Dr Rafik Issa Beekun, Islamic Business Ethics
2. Principles of Islamic Ethics: An Introduction
(http:www.understanding-islam.com/related/text.asp?typearticle&aid=75)