Anda di halaman 1dari 4

Bab 3

Kesedaran Etika Profesional

Sebarang tindakan individu samada beretika atau tidak beretika dipengaruhi oleh
interkasi beberapa faktor yang kompleks. Tahap kesedaran etika profesioanl di pengaruhi
oleh faktor-faktor berikut:

1. Peringkat perkembangan moral


2. Ciri-ciri individu
3. Struktur Organisasi
4. Budaya organisasi
5. Isu kritikal

1. Peringkat Perkembangan Moral


a. Prekonvensional
- Patuh kepada peraturan untuk mengelak hukuman bentuk fizikal
- Mengikut peraturan untuk memenuhi kepentingan tertentu
b. Konvensional
- Melakukan apa yang diharapkan oleh orang yang terdekat dengannya
- Mengamalkan dan mengekalkan peratutan konvensional dengan
melakukan obligasi yang telah dipersetujui
c. Poskonvensional (Prinsip)
- Menghormati hak orang lain dan mengamalkan nilai dan hak yang mutlak
tanpa mengira pendapat majority
- Memilih dan mengamalkan prinsip etika sehingga sanggup melanggar
undang-undang

2. Ciri-ciri individu
Dua faktor personality iaitu kekuatan ego dan lokus kawalan mempengaruhi
tingkahlaku baik dan buruk individu.

1
Kekuatan ego merujuk kepada kekuatan keyakinan seseorang. Individu yang
mempunyai kekuatan ego yang tinggi akan sentiasa merasakan apa yang
dilakukannya adalah betul.
Lokus kawalan bermaksud ciri-ciri persoanliti yang mengukur darjah kepercayaan
seseorang tentang kebolehan dan keyakinan yang menentukan nasib dirinya
sendiri.

Individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman mempercayai bahawa apa yang
berlaku pada dirinya disebabkan oleh dirinya sendiri. Mereka sendiri yang akan
mengawal dan menentukan untung nasib diri mereka.Sekiranya mereka berjaya
dalam kehidupan mereka itu semua berpunca daripada usaha dan kegiggihan
mereka sendiri.

Individu yang mempunyai lokus kawalan luaran pula mempercayai faktor luaran
mempengaruhi apa yang berlaku pada diri mereka. Kejayaan atau kegagalan
kehidupan mereka berpunca faktor-faktor di luar diri mereka seperti nasib, takdir
dan sebagainya.

Dari perspektif etika, seseorang yang mempunyai lokus kawalan luaran akan
mengambil sikap kurang bertanggungjawab terhadap akibat-akibat daripada
tindakannya dan lebih bergantung kepada tekanan luaran. Sebaliknya seseorang
yang mempunyai sifat lokus kawalan dalaman akan mengambil tanggungjawab
sepenuhnya atas semua akibat daripada tindakannya, dan bergantung sepenuhnya
kepada kepercayaan piawai tentang apa yang dikatakan benar atau salah.

3. Struktur Organisasi

Struktur organiasi dapat membantu membentuk perlakuan beretika di kalangan


professional.

2
Peraturan, polisi, deskripsi kerja dan kod etika dapat dijadikan panduan ke arah
perlakuan yang konsisten dan tidak melanggar etika dalam profesion mereka.
Selaian daripada itu pengaruh pegawai atasan juga mempengaruhi perlakuan
beretika datau sebaliknya bagi individu.

4. Budaya organisasi

Budaya organisasi merujuk kepada nilai, norma dan peraturan yang diterima dan
dikongsi bersama oleh ahli organisasi. Kesemua ini mencorakkan tingkah laku
ahli organisasi. Kandungan dan kekuatan budaya organisasi mempengaruhi
tingkah laku yang beretika di kalangan ahli organisasi. Budaya organisasi yang
berasaskan kepada piawai etika yang tinggi boleh menjadi penggerak dan
pengaruh yang positif kepada amalan tingkah yang beretika di kalangan
profesional.

5. Isu kritikal

Isu kritikal ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut :

1. Sebesar manakah kemudaratan (atau faedah) terhadap mangsa (atau


penerima faedah) akibat daripada tindakan etika itu?
2. Sebanyak manakah persetujuan yang diberikan untuk mengatakan bahawa
tindakan itu salah (atau betul)?
3. Adakah kemungkinan untuk menjangkakan yang satu-satu tindakan itu
mungkin berlaku dan benar-benar dapat mendatangkan keburukan (atau
kebaikan)
4. Berapakah jangka masa antara satu-satu tindakan dengan akibat yang
dijangkakan?
5. Seteruk manakah kesan tindakan etika itu terhadap mereka yang terlibat?

3
6. Serapat manakah perasaan dan hubungan kita (dari segi sosial, psikologi
dan fizikal) dengan mangsa (atau penerima faedah) akibat daripada
tindakan yang salah (atau betul)?

Mengikut panduan di atas semakin ramai yang menerima kemudaratan, semakin


banyak persetujuan yang mengatakan sesuatu tindakan itu adalah salah. Semakin besar
kemungkinan tindakan itu berlaku dan sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan,
semakin cepatlah akibatnya terjadi dan semakin rapat hubungan dengan si mangsa
semakain kritikallah isu tersebut. Kesedaran ini mendorong professional untuk sentiasa
melakukan tindakan beretika.