Anda di halaman 1dari 8

BAB 7

OBLIGASI TERHADAP KLIEN

OTC menjadi persoalan pokok dalam membincangkan isu dan


tanggungjawab profesional ketika memerlukan perkhidmatannya.

Profesional dikehendaki memenuhi beberapa obligasi. Doktor untuk


berkhidmat kepada pesakit-pesakit mereka, guru kepada pelajar,
peguam – klien, wartawan-pembaca dan penonton.

- Mungkin terdapat beberapa perbezaan antara satu profesion


dengan profesion yang lain berhubung dengan kewajipan-kewajipan
spesifik yang perlu ditunaikan kepada klien ataupun tanggungjawab
moral kewajipan-kewajipan tersebut namun adalah lebih
munasabah untuk menyatakan bahawa semua profesional mesti
memenuhi obligasi terhadap klien-klien mereka.

- Sekurang-kurangnya terdapat 5 model hubungan profesional-klien,


dimana salah satu mungkin sesuai dengan sesuatu keadaan
tertentu manakala yang satu lagi sesuai bagi keadaan yang lain
pula.

- Apakah perbezaan antara kelima-lima model ini? Terdapat 2


perkara yang membezakan hubungan iaitu:-

1) Siapa kena buat apa

2) Kenapa klien mesti mempercayai profesional tersebut.

1) Hubungan ( model ) Agensi

- Andaikan ada pergi ke suatu pasaraya dan terdapat beberapa


barangan yang diletakkan di rak atas yang anda perlukan. Anda
ingin membeli barangan tersebut. Daripada menghadapi risiko pada
diri sendiri, anda meminta jurujual untuk mengambilnya. Beliau
mengambilnya dan menyerahkannya kepada anda. Anda ke
kaunter bayaran, menjelaskan bayaran dan membawanya pulang.
- Transaksi inilah contoh hubungan agensi kerana jurujual sekadar
menjadi agen kepada anda. Beliau hanya bertindak atas arahan
anda.

Daripada peristiwa di atas, ada beberapa ciri yang jelas.

1) Jurujual tidak bertanya mengapa anda perlukan barang


tersebut.

2) Jurujual sebagai profesional dalam situasi itu tidak menyertai


anda sebagai klien dalam menganalisis keperluan anda atau
masalah yang anda hadapi.
3) Jurujual tidak mencadangkan alternatif lain atau
mengemukakan kebaikan dan keburukan beberapa alternatif
lain. Tegasnya, profesional ini tidak membuat keputusan
membeli barangan tersebut, sebaliknya andalah sebagai
klien yang membuatnya. Profesional di sini hanya
melaksanakan sebahagian daripada keputusan anda.

Maknanya, tanggungjawab-tanggungjawab disini menurut model


agensi ialah:-

a) Tanggungjawab menganalisis masalah

b) Menimbangkan penyelesaian-penyelesaian alternatif

c) Memutuskan sesuatu alternatif

d) Memahami masalah dan penyelesaiannya.

Kesemua di atas terletak kepada klien.

- Dalam situasi sebegini, profesional tidak mempunyai banyak


tanggungjawab terhadap kebajikan klien dan klien mestilah
mempercayai professional tersebut pada darjah yang amat
kecil sahaja.

2) Hubungan ( Model ) Paternalistik

- Berbeza daripada hubungan agensi dimana klien yang


bertanggungjawab, dalam hubungan paternalistik, profesionallah
yang bertanggungjawab hampir sepenuhnya.

- Profesional itulah yang mempunyai tanggungjawab untuk


menganalisis masalah klien, untuk menimbangkan penyelesaian
alternatif dan memutuskan alternatif mana yang terbaik. Klien
hanya akan dirujuk bagi sebahagian daripada pelaksanaan dan
mungkin juga profesional yang melaksanakan keseluruhan
keputusan.

- Oleh kerana klien tidak perlu menimbang alternatif-alternatif yang


ada, maka klien tidak perlu memiliki pengetahuan dalam bidang itu
sama sekali.

Contoh:-

Apabila kanak-kanak dihantar ke TADIKA, dia tidak tahu dan tidak


faham mengapa perlu belajar dan bagaimana menggunting kertas
boleh menyumbang kepada pembelajarannya. Dia tidak tahu
menganalisis keperluannya, memikirkan tentang alternatif,
membuat keputusan dan melaksanakannya. Dia memerlukan
GURU.

- Model ini menafikan kebebasan klien dalam menentukan sebarang


pilihan yang melibatkan kehidupannya.

Kenapa model ini diutarakan?

1. Profesional dianggap pakar dan berpengetahuan untuk menentukan


apa yang terbaik untuk kliennya.

2. Dalam keadaan tertentu klien tidak berkemampuan memberikan


persetujuan atau buat keputusan sewajarnya akibat tekanan
psikologi misalnya. Hujah ini biasa digunakan oleh kalangan
profesional guaman dan perubatan.

3. Terdapat andaian bahawa keputusan profesional adalah betul.


Contohnya, mangsa kemalangan jalan raya yang tidak sedarkan diri
akhirnya menyetujui tindakan doktor memotong sebelah kakinya
bagi menyelamatkan nyawanya.

3. Hubungan ( Model ) Kontrak

1) Makna Kontrak

`A contract is a voluntary agreement between two parties or among


three or more parties’.

Paul Faber, Client and Professional in Ethics


for the Professions J.R Rowan, S. Zindich, Jr
(eds ) 2003

Katakanlah anda merancang untuk membina rumah idaman anda.


Anda mendapatkan akitek & kontraktor anda dan memikirkan siapa
yang akan melakukan kerja apa. Mungkin anda mereka bentuk lakaran
kasar rumah sementara akitek akan memikirkan cara dan di mana
sistem paip dan elektrik akan diletakkan.

Anda mungkin memutuskan bahawa ia menjadi tugas anda untuk


mengetahui tentang sistem pemanasan bantuan solar dan juga
menimbangkan cara-cara alternatif untuk memasukkannya ke dalam
reka bentuk anda. Seterusnya menimbangkan satu alternatif tertentu.
Kontraktor anda mungkin diberi tanggungjawab mereka bentuk
dalaman garaj. Kemudian kontraktor anda diarah melaksanakan
cadangan anda dan akitek anda termasuk keputusan-keputusannya
sendiri dan membina rumah mengikut reka bentuk yang diputuskan.
Andaikata tanggungjawab-tanggungjawab ini di bahagikan menurut
satu bentuk perjanjian maka hubungan antara professional dan klien
menjadi hubungan kontrak.
Kontrak ialah satu dokumen undang-undang dan jika dibuat untuk
profesional-klien, kontrak tersebut boleh dikuatkuasakan atas sistem
undang-undang yang ada. Klien boleh mempercayai profesional untuk
memenuhi tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam kontrak
kerana klien yakin bahawa profesional akan melaksanakan sesuatu
yang mengikatnya secara undang-undang dan yakin juga sistem
undang-undang akan menyelesaikan apa-apa pelanggaran terhadap
kontrak.

Kepercayaan ini diasaskan kepada undang-undang. Pada zahirnya


hubungan kontrak nampak agak ideal, namun hubungan kontrak hanya
sesuai ketika mana klien mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam
sesuatu bidang yang berkaitan.

Misalnya,

Dalam kes membina rumah di atas, ia adalah sesuai, tetapi tidak


sesuai ketika seorang klien berjumpa dengan doktor kerana sakit
jantung serius yang dihidapinya. Klien ini tidak boleh membuat kontrak
untuk memperincikan siapa yang akan melakukan apa kerana dia
sendiri tidak tahu hal-hal berkaitan penyakit tersebut.

Apabila terdapat perbezaan besar pada tahap pengetahuan mengenai


masalah yang hendak dihadapi antara profesional dan klien, maka
hubungan kontak tidaklah sesuai.

4. Hubungan ( Model ) Persahabatan (Affinity)

- Katakanlah kita berada di perantauan iaitu di sebuah negara yang


begitu asing kepada kita terutama dari segi budaya dan bahasa.
Namun anda bernasib baik kerana anda berjumpa dengan seorang
pegawai bank yang berasal dari daerah asal anda dan kini bekerja
dalam sebuah bank di negara tersebut.

- Hubungan mula terjalin kerana anda berdua berasal dari tempat


yang sama. Status hubungan anda dengan pegawai bank itu
sentiasa berubah iaitu daripada meminta pandangannya tentang
hal-hal umum sehinggalah soalan mengenai pelaburan.

- Dalam hubungan persahabatan, klien mempercayai profesional


kerana terdapat sesuatu hubungan atau keyakinan selain daripada
hubungan klien-profesional yang biasa.

- Hubungan seorang doktor dengan pesakitnya sepatutnya dilihat


sebagai satu usaha sama memelihara kepentingan di antara 2
kawan.
- Bagaimanapun, analogi ini tidak tepat apabila di aplikasi dalam
hubungan profesional-klien ini kerana:-

1) Hubungan profesional-klien adalah searah sahaja - iaitu


professional mempunyai tumpuan terhadap klien tetapi tidak
begitu halnya kepada klien.

2) Dalam persahabatan, komitmen perasaan menjadi faktor


untuk mewujudkan hubungan yang rapat.

- Profesional menerima seseorang klien kerana bayaran dan


bukannya kerana keprihatinannya kepada individu (klien)
berkenaan.

5. Hubungan ( Model ) Fidusiari (Fiduciary)

Kebanyakan daripada kita tidak dapat mengadakan satu kontrak


sebagai asas hubungan dengan seorang professional. Begitu juga
tidak mempunyai hubungan rapat dengan seseorang profesional
yang menjadi asas kepercayaan kita kepadanya. Namun kita mahu
bergantung kepada kepakaran profesional tersebut tanpa
mengorbankan kebebasan diri kita sendiri.

- Kita boleh mewujudkan hubungan fidusiari dengan profesional.


Hubungan jenis ini adalah yang paling sesuai bagi kebanyakan
keadaan dan situasi.

- Persetujuan dan penilaian klien diperlukan bagi membolehkannya


mengambil bahagian sama dalam membuat keputusan.

- Dalam proses ini, professional membekalkan maklumat dan


terpulanglah kepada klien untuk menerimanya ataupun tidak.

- Klien mesti menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap maklumat


yang dibekalkan yang seterusnya dianalisis, dicari kemungkinan
alternatifnya dan dijangka kesannya.

- Klien bergantung kepada pengetahuan dan kebolehan profesional


untuk digunakan bagi kepentingannya.

- Disebabkan klien tidak dapat menguasai semua maklumat yang


dibekalkan, maka professional tersebut mempunyai obligasi untuk
bersikap amanah dalam semua tindakannya.

- Dalam hubungan ini, mestilah wujud suasana perbincangan yang


berterusan antara professional dan klien.
- Profesional membuat keputusan berdasarkan kepakaran
teknikalnya tetapi tidak dapat membuat pilihan yang membabitkan
nilai untuk kliennya.

Contoh:-

Pesakit menyerahkan kepada doktor untuk menentukan jenis


ubat yang patut diambilnya.

- Dalam hubungan fidusiari, profesional mempunyai tanggungjawab


lebih untuk merumus, merancang, menunjukkan tentang kebaikan
dan keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan. Klien pula
membuat keputusan samada menerima atau tidak cadangan itu.

- Model ini sesuai diaplikasi kepada semua peringkat klien dan


kelihatan jelas apabila semakin kurang kemampuan dan kebolehan
seseorang klien membuat keputusan, semakin besarlah
tanggungjawab profesional terhadap kliennya.

- Dalam melaksana obligasi terhadap klien, seseorang profesional


perlulah amanah, iautu mempunyai sifat:-

1) Jujur
2) Berterus-terang
3) Kompeten
4) Tekun
5) Setia
6) Berahsia

1) Jujur

Contoh1: Pelanggaran pada nilai Jujur:

Seorang akauntan / peguam menggunakan wang kliennya


tanpa izin bagi kegunaan peribadi.

Contoh 2 : Doktor

Seorang doktor membuat ujikaji dan pembedahan yang


sebenarnya tidak diperlukan oleh kliennya.

2) Berterus-terang

Contoh pelanggaran:

Profesional tidak berterus terang ( katakanlah seorang peguam )


dan memanipulasi maklumat yang diberikan kepada kliennya
dengan tujuan memastikan penilaian yang akan dibuat oleh klien
selari dengan kehendaknya.
(berikan contoh spesifik daripada contoh peguam ini)

3) Kompetensi

Contoh Pelanggaran:

Kecuaian seorang doktor pakar yang meninggalkan alat bedah


dalam tubuh pesakit.

4) Ketekunan

Contoh pelanggaran:

Satu draf perjanjian dibuat, tetapi ia tidak lengkap atau


penganalisisannya silap.
Satu projek yang tidak direka bentuk dengan sempurna.

5) Setia

Seseorang klien sentiasa berharap agar professional yang


dibayar perkhidmatannya akan bertindak bagi pihak dirinya
untuk kepentingan tertentu

Kesetiaan seorang professional terhadap klien semasa


melaksanakan tanggungjawabnya selalunya tergugat akibat
konflik kepentingan antara professional dengan klien

Contoh pelanggaran:

Seorang peguam atau doktor mendedahkan perkara yang


menjadikan kesetiaan antaranya dengan klien kukuh kepada
orang yang tidak sepatutnya di mana ini menjejaskan jalinan
kesetiaan yang terbina sekian lama. Ia juga berkait rapat dengan
nilai-nilai lain yang dibincangkan di sini.

6) Rahsia

Contoh pelanggaran:

Dalam usaha membantu seorang klien, profesional mungkin


mencungkil sebanyak mungkin maklumat yang bersifat peribadi
dan lain-lain dan ini perlu dirahsiakan. Sekiranya maklumat ini
didedahkan kepada pihak lain ia melanggar etika.

7) Amanah
Nilai ini adalah amat penting untuk diamalkan oleh seorang
professional. Berdasarkan amanah itulah seorang professional
dapat melakukan kerjanya dengan jujur, merahsiakan hal-hal
klien, berterus terang, kompeten dan tekun.