Anda di halaman 1dari 2

BAB 8

OBLIGASI TERHADAP PIHAK KETIGA

- Dalam keadaan tertentu, konflik obligasi boleh berlaku dalam hubungan


profesional-klien.
- Persoalan?
- Siapakah pihak ketiga?
- Ia adalah orang lain selain klien.

- Mengikut model agensi, dalam hubungan profesional-klien, seseorang


profesional tidak mempunya obligasi terhadap pihak nombor 3 kecuali dalam
hal-hal yang ditentukan oleh undang-undang.

- Bagaimanapun obligasi profesional terhadap pihak ke 3 perlu dilihat sebagai


peranan profesion secara menyeluruh di dalam masyarakat. Obligasi profesional
terhadap pihak ketiga selari dengan kehendak dan peranan profesional dalam
masyarakat.

- Golongan profesional diharap dapat mengekal dan menyemarakkan nilai-nilai


masyarakat dalam melaksanakan perkhidmatan mereka. Oleh itu, seseorang
profesional perlu menentukan cara melaksanakan obligasi yang selari dengan
nilai-nilai masyarakat yang diamalkan.

- Nilai-nilai seperti mematuhi undang-undang, melindung orang lain daripada


kecederaan, persamaan peluang dan lain-lain tidak dapat direalisasikan dalam
masyarakat jika professional dibenarkan bertindak terhadap orang lain semata-
mata berdasarkan kehendak kliennya.

- Profesional perlu sentiasa prihatin akan kesan terhadap pihak ketiga dalam
semua kes.

- Dalam kod etika profesion kejuruteraan dinyatakan obligasi terhadap pihak


ketiga yang dianggap sebagai perkara pokok semua kerja dalam bidang
kejuruteraan reka bentuk kerana ia mungkin mencederakan orang lain.

Ketelusan

- Ketelusan adalah obligasi yang perlu dilakukan terhadap pihak ke 3 oleh


profesional walaupun tiada terjalin hubungan kepercayaan terhadap mereka.

- Walaupun professional dikehendaki merahsiakan semua maklumat kliennya,


tetapi dari segi etika, klien tidak boleh berbohong.

- Obligasi ketelusan termasuklah kesediaan mendedahkan sesuatu maklumat yang


jika tidak didedahkan mungkin boleh mengelirukan orang lain.
Contoh:

Seorang doctor tidak sepatutnya menulis butir-butir yang tidak tepat dalam
borang bagi tujuan mendapatkan tuntutan insurans.

- Kebanyakan kemudaratan yang dialami pihak ke 3 adalah akibat sikap kurang


ketulusan dan kejujuran akauntan seperti kes ENRON di USA.

Akauntan sepatutnya menyediakan laporan kewangan yang betul dan tepat,


selari dengan prinsip-prinsip perakaunan. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan orang lain membuat pelaburan yang merugikan.

Tiada Penganiayaan

Nilai asas dalam masyarakat ialah melindung seseorang daripada dicederakan oleh
orang lain.
Bagaimanapun, kerap kali tindakan peguam, jurutera atau pakar runding bagi pihak
kliennya mengakibatkan orang lain yang mendapat kerugian dari segi kewangan dan
peluang.
Aplikasi obligasi terhadap pihak ke 3 dapat dilihat dalam profesion perubatan.
Doktor mempunyai tanggungjawab melindungi orang lain daripada pesakit ( klien )
yang mengidap penyakit merbahaya.