Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan salam sejahtera semua.

Yang berusaha, Guru besar sk togop darat, yang


dihormati, barisan guru penolong kanan, yang dipertua pibg sk togop darat, guru-guru, ibubapa
serta rakan-rakan yang saya sayangi sekalian. Saya selaku wakil murid sekolah ini, bersyukur
kerana telah diberi peluang untuk berucap di majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah 2017.

Hadirin yang dihormati sekalian

Pejam celik, pejam celik kita sudah berada di penghujung tahun persekolahan, banyak liku dan
cabaran yang kami tempuhi sepanjang tempoh tersebut. Tidak dinafikan bahawa kejayaan
murid-murid adalah terhasil daripada usaha guru-guru yang tidak pernah mengenal erti penat
lelah dalam mengajar kami selama ini. Sikap guru-guru sk togop darat yang mesra dan prihatin
terhadap kami sentiasa menambah semangat untuk menuntut ilmu. Semua jasa dan
pengorbanan guru-guru tidak dapat kami lupakan dan semoga mereka sentiasa dirahmati
Tuhan.

Para hadirin sekalian

Ibubapa juga berperanan penting dalam menentukan kejayaan anak-anak. Jasa ibubapa yang
melahir dan membesarkan kami semua tidak ternilai harganya. Semoga ibubapa sentiasa
mendoakan anak-anak berjaya di dunia dan di akhirat.

Setakat ini saja ucapan saya pada hari ini sekian dan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai