Anda di halaman 1dari 6

BIL PENGACARA SKRIP

1 Pengawas BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI


1 AALAMIN ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI AMBIAIWALMURSALIN
WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


DAN SALAM SEJAHTERA..

Yang Berusaha En. Abdul Razak Bin Muda, Guru Besar SK Kota Perdana.

Pn. Kartini Binti Daud, Guru Penolong Kanan 1, En. Mat Lela Bin Musa, Guru
Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Tn. Haji Shaharuddin Bin Mat Hasan, Guru
Pen. Kanan Kokurikulum, guru-guru yang dihormati, para pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, pengawas PPDa dan Ketua Kelas, Penolong ketua
Kelas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
kita dapat berhimpun dalam Majlis Anugerah Watikah Pelantikan Pengawas dan
Kepimpinan Murid SK Kota Perdana bagi sesi 2017.

Untuk pengetahuan hadirin, pada hari ini, seramai 45 orang pemimpin murid
yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas
PPDa, serta Ketua dan Pen. Ketua Kelas akan menerima watikah masing-
masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan
Keempat-empat sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang
akan dipikul oleh mereka.
Para hadirin sekalian,
Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya
mendapat keberkatan daripada Allah jua.
Untuk itu, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Saudara Hakim
Bin Hisham untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
(Bacaan Doa)
3 Pengawas Amin...amin ya rabbal alamin
2 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Hakim Bin Hisham
atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan


Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En. Abdul Razak Bin Muda,
Guru Besar SK Kota Perdana untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya
merasmikan Majlis Pelantikan Kepimpinan Murid bagi Tahun 2017.
.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
(ucapan perasmian)

4 Pengawas Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha En. Abdul
1 Razak Bin Muda atas ucapan dan perasmian Majlis Anugerah Watikah
Pelantikan Pengawas dan Kepimpinan Murid SK Kota Perdana bagi sesi 2017 itu
tadi
5 Pengawas Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...
2
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan Ketua Pengawas
serta pengawas sekolah. Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha
En. Abdul Razak Bin Muda diiringi oleh ___________________ untuk
menyampaikan watikah perlantikan, dengan segala hormatnya dipersilakan
6 Pengawas Majlis mempersilakan Sofia Qistina Binti Yusri, Ketua Pengawas SK Kota
1 Perdana Bagi Tahun 2017 untuk menerima watikah.
Dipersilakan pula, Nur Izati Insyirah Binti Mohd Zaidi selaku Penolong Ketua
Pengawas untuk menerima watikah.
Seterusnya __________________

Dipersilakan pula __________________

Dan yang terakhir __________________

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar diatas penyampaian watikah itu tadi.
7 Pengawas Majlis diterusnya dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas
2 Pusat Sumber Sekolah.
Dijemput_________________________diiringi oleh _______________________
untuk menyampaikan watikah perlantikan.

Dipersilakan ____________________ selaku ketua PSS untuk menerima


watikah. Dipersilakan pula ________________ selaku Penolong ketua PSS.

Seterusnya dipersilakan __________________


Terima kasih diucapkan kepada _________________________ diatas
penyampaian watikah itu tadi.
8 Pengawas Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas
1 PPDa.
Dijemput_________________________diiringi oleh _______________________
untuk menyampaikan watikah perlantikan.

Dipersilakan

Seterusnya______________________________

Dan yang terakhir_________________________


Terima kasih diucapkan kepada _________________________ diatas
penyampaian watikah itu tadi.

9 Pengawas Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Ketua Kelas
2 dan Penolong Ketua Kelas.
Dijemput_________________________diiringi oleh _______________________
untuk menyampaikan watikah perlantikan.

Dipersilakan............

Seterusnya dipersilakan ......................


Dan yang terakhir...........................

Terima kasih diucapkan kepada _________________________ diatas


penyampaian watikah itu tadi.
10 Pengawas Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat
1 kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar. Untuk itu, majlis mempersilakan Saudari
Sofia Qistina Binti Yusri, Ketua Pengawas SK Kota Perdana untuk mengetuai
bacaan ikrar. Dipersilakan ...
(bacaan ikrar)
11 Pengawas Terima kasih diucapkan kepada Saudari Sofia Qistina Binti Yusri atas bacaan
2 ikrar itu tadi.

12 Pengawas Dengan bacaan ikrar itu tadi maka Majlis Anugerah Watikah Pelantikan
1 Pengawas dan Kepimpinan Murid SK Kota Perdana bagi sesi 2017. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi hadir ke majlis
pada pagi ini.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera


IKRAR PEMIMPIN MURID
Bahawasanya kami
Pemimpin murid
Smk Kota Perdana
Berjanji dan berirkar
akan mematuhi
Undang-undang dan peraturan sekolah ini

Kami berjanji akan menjalankan


Tugas-tugas kami
Dengan penuh dedikasi
dan ikhlas sepanjang masa

Kami juga berjanji


akan menjaga imej sekolah
dan
Menjaga nama baik organisasi

Kami juga berjanji


Akan menghormati guru-guru
Serta
Berbakti kepada agama, bangsa dan negara
Berdasarkan
Prinsip-prinsip Rukun negara
Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai