Anda di halaman 1dari 25

LAMPIRAN 2

MARKAH
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KPS3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK

FOLIO
KERJA KURSUS INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM

CHUA WAN TING D20141068177 AT50-IJAZAH SAUJANA MUDA


BAHASA CINA DENGAN
PENDIDIKAN

KUMPULAN KULIAH : P

PENSYARAH : PUAN ROSNIDAR BINTI MANSOR

TARIKH SERAH : 27 MEI 2016


Refleksi ke-1 : Mengurus Pembelajaran

Bab ini mengutamakan sosiologi dan pembelajaran. Contohnya, asas-asas


sosiologi pendidikan dan pembelajaran serta fungsi-fungsi pembelajaran dan konflik
dalam pembelajaran. Bab ini juga berkenaan dengan interaksi dan pembelajaran.
Sebagai contoh. interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan
pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi
pembelajaran. Dalam bab ini, pembelajaran akan menjelaskan asas-asas sosiologi dan
kaitannya dengan sosiologi pendidikan dan pembelajaran dan mengaplikasikan dalam
pengurusan bilik darjah serta mengaitkan kursus dengan interaksi dalam pembelajaran
dan perbincangan mengenai bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran.

Menurut Stoner (1984), pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola,


memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-
sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pembelajaran merujuk
kepada beberapa Theories for Teachers, 1982. Perubahan sistematik dalam tingkah
laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi
yang tertentu.

Sosiologi pendidikan merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang


interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Masyarakat ialah
sekumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang
melahirkan pelbagai fenomena sosial. Pendidikan dikelilingi dengan unsur
kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Pendidik
perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang
dikelilingi masyarakat. Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu
perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang
berlaku dalam dunia pendidikan termasuklah sekolah perlu dianalisis dalam perspektif
sosiologi

Menurut Van Zanden (1996), sosiologi ditafsirkan sebagai kajian saintifik


mengenai interaksi sosial dan organisasi. Manakala menurut Jary dan Jary (1995),
sosiologi merupakan bidang kajian bersifat saintifik mengkaji masyarakat dari
pelbagai sudut seperti fungsi, mengurus organisasi, amalan budaya dan sebagainya.
Dalam aspek prinsip pembelajaran, latihan adalah amat penting kerana murid
dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima
dari guru. Seterusnya, kondusif dapat menyesuaikan suasana pembelajaran yang
selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani. Bermatlamat kepada pengajaran
berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari
senang ke susah, dekat kepada jauh.

Sosial dan persekitaran telah mengajar murid sedia menerima orang lain,
prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat, Pengalaman sedia
telah mendorong murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran
berkaitan dengan pengalaman mereka
Refleksi ke-2 : Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

Bab ini menyatakan pengurusan pembelajaran dan perspektif multidisiplin


pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Bab ini
juga menyedari kepentingan pengurusan dan pembelajaran, konsep mengurus
pembelajaran, perpektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian
pengurusan pembelajaran.

Pengurusan ialah aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan


kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang
hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004).

Konsep mengawal ialah mengawal peraturan bilik darjah, mengawal aktiviti


kumpulan, mengawal murid bermasalah peribadi, dan mengawal suasana bilik darjah.
Konsep merancang pula adalah untuk merancang objektif pembelajaran berdasarkan
sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada murid, merancang startegi dan kaedah
pengajaran yang efektif, merancang bahan bantuan pengajaran yang lebih berkesan,
dan merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar jelas dengan pelajaran
yang mereka belajar.

Selain itu, konsep mengarah merupakan mengarah murid supaya duduk diam
dan menumpukan perhatian kepada pengajaran, mengarah murid untuk menjawab
soalan, mengarah murid menguruskan tugasan harian bilik darjah, dan mengarah
murid untuk mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Manakala pengalaman
bermaksud yang kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. Sebagai
contoh, ulang pelajaran yang lepas, sesi soal jawab. Penting dalam membantu pelajar
memahami sesi pembelajaran yang dijalankan. Merancang pemikiran pelajar dengan
soalan. Fikir bersama, ramalan, cabar minda pelajar.

Di samping itu, aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam


akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aliran teknikal ini
adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan
bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). Aliran
teknikal ini juga membantu dalam bidang pekerjaan yang dikehendaki.
Tambahan pula, aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang
pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran
bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan
amali. Aliran ini membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/
pembantu teknik.
Refleksi ke-3 : Organisasi dan Kepimpinan

Bab ini akan menekankan gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan


peringkat sekolah, dan kepimpinan guru. Bab ini adalah mengenalpasti gaya
kepimpinan dan menjelaskan peranan pemimpin peringkat sekolah serta memahami
gaya kepimpinan guru.

Dari aspek organisasi, Robbins telah menyatakan bahawa suatu badan yang
dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan
tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Manakala
Dahlan Al Barry pula berpendapat pengaturan dan penyusunan bagian-bagian tertentu
hingga menjadi satu kesatuan, aturan dan susunan dari berbagai bagian sehingga
menjadi satu kesatuan yang teratur dan gabungan kerjasama untuk mencapai tujuan
tertentu. Secara rumusnya, organisasi merupakan sistem pendidikan negara
bergantung kepada organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Antara organisasi
penting yang bertujuan untuk memastikan kemajuan dalam bidang pendidikan ialah
organisasi sekolah. Peranan sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan adalah
berbeza daripada kebanyakan organisasi-organisasi yang biasa .

Dari aspek kepimpinan, Gribben berpendapat satu proses cubaan


mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat
merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.
Fulmer juga pernah mengatakan bahawa melibatkan kedua-dua keupayaan atau
kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat
dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Secara
rumusnya, kepimpinan memberi kepuasan kepada pengikut, menghasilkan prestasi
kerja yang cemerlang, serta dapat mengadakan perbincangan dan membuka peluang
kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan
yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan
kepuasan kerja.

Antara gaya kepimpinan ialah autokrasi. Contohnya, cara pengurusan atau


pentadbiran yang bersifat tanpa soal. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak.
Pentadbiran cenderung berkuasa paksaan. Pemimpin menentukan semua dasar dan
matlamat. Pemimpin melantik semua jawatankuasa dan menentukan tugasan. Ahli-
ahli lain tidak diberi peluang memberi cadangan. Kedua, demokratik. Keputusan
melalui suara majority dan secara bersama-sama. Semua keputusan dibuatkan
melalui mesyuarat. Ahli-ahli diberikan peluang untuk meluahkan cadangan. Ahli-
ahli boleh bersoaljawab. Ketiga, laissez-faire. Contohnya, cara pentadbiran yang
memberikan kebebasan sepenuhnya kepada ahli-ahli. Pemimpin tidak menentukan
tugasan, aktiviti dan keputusan.

Konsep kepimpinan sekolah merupakan keupayaan mempengaruhi,


memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan
seperti guru, staf dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan
melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah. Manakala organisasi sekolah
adalah sistem yang bergerak dan berperanan dalam merumuskan tujuan pendewasaan
manusia sebagai makhluk sosial agar mampu berinteraksi dengan lingkungan. Sikap
pemimpin akan mempengaruhi budaya sesebuah sekolah. Pemimpin sekolah adalah
individu yang berpengaruh dan penting sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan
di sekolah. Kepimpinan sekolah dapat memupuk semangat berpasukan dan
bekerjasama dalam kalangan kakitangan.
Refleksi ke-4 : Pengurusan Murid

Bab ini akan mengatakan tentang mengurus rekod murid, kesediaan murid
belajar dan memotivasikan murid. Babi ni juga akan memahami pengurusan rekod
murid, pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan belajar
dan cara untuk memotivasikan murid.

Menurut Jaafar Muhammad (1988), pengurusan merupakan satu proses


pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan
pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan
supaya organisasi tercapai. Peter F. Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses
sosial yang dibentuk untuk memberi kerjasama, penglibatan, campur tangan dan
penyertaan org lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi objektif utama.

Antara jenis rekod murid mengandungi rekod murid menyediakan maklumat


lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi
seperti Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam
memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka. Sebagai panduan kepada pelajar
itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing. Tambahan pula, jenis rekod
murid yang terdapat ialah antara jenis rekod murid yang digunakan oleh pihak sekolah
untuk mengurus murid iaitu, rekod pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi,
rekod profil, rekod kutipan yuran serta rekod himpunan 001 dan 002.

Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai


pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-
murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang
dilakukan. Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir,
menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi
pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama
dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).
Kesediaan murid belajar boleh didefinisikan sebagai keadaan dalam individu
yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi
pengalaman pembelajaran yang baru. Menurut Brunner (1966) pula menyatakan
bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang dapat
disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat
perkembangannya.

Antara kesediaan adalah seperti berikut. Kesediaan Kognitif. Seseorang


pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila
seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
menerima faedahnya. Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah
sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya. Kesediaan Afektif.
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan,
perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Kesediaan
Psikomotor. Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. Kesediaan psikomotor
pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang
melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pengerakkan
badan. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk
melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan
psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan
latihan fizikal yang diperlukan.

Pendek kata, Pengurusan murid memerlukan jenis rekod untuk menanda


kedatangan, mengenalpasti masalah dan sebagainya. Seterusnya guru perlulah
mengambil berat akan persedian murud untuk belajar dari segi kognitif, psikomotor
dan afektif. Di samping itu juga, guru haruslah memberi motivasi insrinsik dan
motivasi ekstrinsik kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
Akhirnya guru haruslah menggunakan teknik yang betul untuk proses pengajaran dan
pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan teknik behavioris, teknik kognitif dan
teknik humanis.
Refleksi ke-5 : Pengurusan Bilik Darjah

Bab ini banyak berkaitan dengan ilmu mengurus bilik darjah, kemahiran
mengurus bilik darjah, dan strategi mengurus bilik darjah. Bab ini juga banyak
memberikan penjelasan, memahami dan menghuraikan konsep pemgurusan bilik
arjah, ilmu menguruskan bilik darjah, jenis-jenis bilik darjah dan strategi pengurusan
bilik darjah.

Menurut Weber (1999), pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti


yang dilaksanakan oleh guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik
darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Moore pula
berpendapat pengurusan bilik darjah ialah satu proses mengatur dan melaksana segala
urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku
dengan sempurna. Moskowitz dan Hayman mengatakan bahawa ia merupakan aspek
yang paling sukar bagi seorang guru, kerana sekali guru kehilangan kawalan ke atas
bilik darjah, akan menjadi lebuh sukar untuk dapat dikawal semula. Lemlech
(1988) pula berpendapat ia diibaratkan sebagai orchestra dalam kehidupan di bilik
darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan
sumber pengajaran.

Selain itu, Richards (1990) telah menyakan bahawa organisasi dan kawalan
guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran
berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Alberto &
Troutman (1986) berpendapat kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber
pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang
sesuai untuk pembelajaran. Menurut Sanford J., Emmer E. & Clemments B.),
pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya
kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu
dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam
aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.

Hall (2000) berpendapat pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu
usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Pengurusan
bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan
arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid. Pengurusan
yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004) adalah mudah membezakan antara dimensi arahan
dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya
aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.

Di samping itu, Kamus Dewan Edisi ke-4 menyatakan bahawa strategi ialah
ilmu tentang cara-cara merancang untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif.
Morrisey mengatakan bahwa strategi ialah proses untuk menentukan arah yang harus
dituju oleh perusahaan supaya dapat tercapai segala misinya. Benoit dan Trigeorgis
(2011) pula menyatakan bahawa strategi membawa maksud pelbagai cara untuk
mencapai tujuan. Startegi juga dapat di sebut sebagai perilaku yang diambil oleh
seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau
permainan.

Akhir kata, pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang


dilaksanakan oleh guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah
yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Bab ini dapat mengetahui
sejauh mana keberkesanan peranan guru dalam mengurus bilik darjah, ciri-ciri guru
guru berkesan dan persekitaran bilik darjah serta bahan bantu mengajar dalam bilik
darjah. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya
apabila mengurus bilik darjah dalam semua peringkat pengajaran.
Refleksi ke-6 : Pengurusan Sumber

Bab ini telah membincang tentang konsep pembelajaran berasaskan sumber.


Contohnya, peranan dan fungsi sumber pembelajaran serta kemahiran akses sumber
pembelajaran. Bab ini juga akan menjelas serta memahami konsep pengurusan
sumber, pembelajaran berasaskan sumber, ciri-ciri dan kepentingan pengurusan
sumber.

Menurut James A.F Stoner & Charles Wienkel, pengurusan adalah proses
merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal daya usaha anggota
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi yang ditetapkan. Pengurusan juga adalah proses mencapai
matlamat organisasi dengan bekerja dengan dan melalui orang dan sumber-sumber
organisasi lain.

Dalam objektif pengurusan sumber, dapat dirumuskan dengan untuk


mengenalpasti apakah objektif pusat sumber sekolah bagi meningkatkan kualiti
perpustakaan, untuk megkaji bagaimana pihak sekolah menguruskan peruntukkan
kewagan pusat sumber untuk kemudahan pelajar, untuk mengenalpasti bagaimana
pemilihan koleksi bahan pusat sumber sekolah untuk menarik minat pelajar membaca,
untuk mengkaji apakah aktiviti yang dilakukan pusat sumber sekolah bagi menarik
minat pelajar datang ke perpustakaan, untuk mengenalpasti bagaimana pengurusan
sistem fail yang dilaksanakan dapat membantu pihak pegurusan menyediakan sumber
yang lebih efisien kepada pelajar dan guru, serta untuk mengkaji adakah program
NILAM yang dilaksanakan di sekolah ini dapat membantu pelajar dalam
meningkatkan pengetahuan mereka.

Setelah membincangkan kaedah kajian, prosedur pengumpulan data dan


penganalisis data yang digunakan akan menjalankan kajian. Sebagai contoh, Kaedah
data primer. Data primer ialah data yang berasal daripada sumber asli . Data ini
dicari melalui responden untuk mendapatkan informasi. Dalam kaedah ini kami
menebual seorang guru yang bertugas di pusat sumber untuk mendapatkan maklumat.
Tambahan pula, kaedah data sekunder. Data yang dikumpulkan untuk menyelesaikan
masalah yang sedang dihadapi. Teknik yang digunakan dalam penyelidikan ini
adalah dengan mendapatkan maklumat-maklumat tambahan dengan membaca
laporan-laporan yang disediakan oleh guru.

Akhir kata, pengurusan sumber merupakan salah satu cara mempelbagai


sumber pelajaran yang dapat digunakan oleh guru untuk menarik minat dan perhatian
pelajar, antaranya adalah menggunakan perkhidmatan pusat sumber sekolah sebagai
medan pembelajaran yang berkesan. Di mana kita perlu menggunakan perkhidmatan
ini sebagai sumber pembelajaran yang kreatif dan inovatif selain menuntut ilmu di
dalam kelas sahaja. Pembelajaran berasaskan sumber juga amat penting untuk
membina nilai positif dan usaha meningkatkan prestasi pelajar di samping
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Melalui sumber yang digunakan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran para pelajar akan memahami pengajaran guru
tersebut dan dapat mendorong mereka mencapai tahap pengetahuan yang tinggi. Para
pelajar juga akan bermotivasi untuk belajar apabila adanya sumber yang boleh
menjana minda mereka untuk lebih menerokai dan memahami mengenai ilmu
pengetahuan yang diajar oleh guru mereka.
Refleksi ke-7 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran
(bilik darjah/makmal/studio/dan lain-lain)

Bab ini merupakan unsur fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah, dan
mengurus iklim pembelajaran positif. Bab ini telah menjelas, mengenalpasti serta
merancangkonsep,strategi bilik pembelajaran serta pengurusan iklim pembelajaran
yang positif bilik pembelajaran.

Definisi bagi pengurusan bilik darjah yang efektif dan efisien adalah terdiri
daripada situasi di mana tingkah laku yang menghasilkan jumlah penglibatan pelajar
yang maksimum dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menurut Anderson
(1989). Manakala menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 menyatakan bahawa
pengurusan bilik darjah memberi erti yang luas ke arah mengendalikan sesuatu agar
lebih teratur dan tersusun.

Secara keseluruhannya berdasarkan tinjauan yang telah dibuat dapat


disimpulkan di sini strategi yang telah digunakan oleh para guru kebanyakannya
menggunakan cara yang lebih kurang sama iaitu mementingkan persekitaran dan
suasana pembelajaran dan pengajaran tersebut. Sebagai contohnya, sebelum
memulakan sesuatu pengajaran tersebut, para guru akan memastikan bahawa keadaan
sesebuah bilik darjah , makmal dan bengkel berada dalam keadaan yang kondusif.
Hal ini demikian kerana, keadaan yang kondusif akan mempengaruhi tahap
kecenderungan para pelajar untuk belajar. Selain itu, para guru juga sangat
mementingkan keselamatan dalam sesebuah bilik darjah, makmal mahupun bengkel.
Di samping itu, teknik pengajaran yang dijalankan telah mengikut perkembangan
teknologi semasa. Oleh itu, pendekatan strategi pengajaran yang tepat dapat
menyumbang kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang efektif.
Refleksi ke-8 : Pengurusan tingkah laku dan disiplin

Bab ini akan menyatakan tentang pengurusan tingkah laku, peraturan dan
disiplin murid, pengurusan devian dan salah laku, dan pekeliling dan peraturan. Bab
ini juga akan menjelaskan dan perbincangan mengenai definisi, jenis dan pengurusan
tingkah laku.

Disiplin merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk


membentuk tingkah laku yang dikehendaki. Menurut T. Rusyandi (1997 : 6)
mengatakan bahawa disiplin diertikan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan
perbuatan yang sesuai dengan tata aturan atau norma yang digariskan. Amier Daien
Indrakusuma (1973 : 142) mengemukakan bahawa disiplin merupakan kesediaan
untuk mematuhi peraturan-peraturan dan larangan-larangan. Di sekolah, disiplin
menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman
serta keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan. Disiplin memainkan peranan yang penting iaitu ke arah
pembentukan sahsiah para pelajar.

Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan disiplin pelajar sering


ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem
pelajaran kita. Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP,
2002 : 308).

Menurut Mok Soon Sang (1995), pada peringkat sekolah, disiplin adalah
peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal
tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Manakala Foucault (1977),
menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan
yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagai sebuah mesin
pedagogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan- peraturan.

Dalam laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, disiplin bermakna kesanggupan


seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain,
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
(Abdullah Sani, 2006 : 1)

Kesimpulannya disiplin bukan penjara kehidupan insan yang bergelar pelajar


sebaliknya disiplin sebagai prasyarat untuk para pelajar mencipta kegemilangan
dalam kehidupan. Pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini
daripada terus merebak dan berleluasa. Kesedaran di kalangan masyarakat tentang
kepentingan masalah disiplin di kalangan pelajar perlulah dipertingkatkan.
Refleksi ke-9 : Pengurusan Penasihatan Murid

Bab ini akan memahami konsep dan pendedahan mengenai mentoring,


bimbingan dan penasihatan serta penjelasan tentang model-model dalam bimbingan
dan penasihatan. Sebagai contoh, bimbingan, penasihatan, mentoring serta proses
bimbingan dan penasihatan.

Falsafah telah mencatatkan bahawa setiap murid mempunyai potensi yang


digembelingkan secara optimum. Hal ini akan menerusi pengurusan yang
menyeluruh, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan
beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi
dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Dari aspek pembimbing, menurut Othman Mohamed (2000), merupakan


sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan teratur
yang mengandungi maklumat bagi menentukan sesuatu matlamat tercapai.
Pembimbing juga merupakan satu proses membantu individu membuat keputusan
yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Dari aspek penasihatan, menurut Zuraidah (1994), proses yang memberi


nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu
yang terlibat. Aspek ini juga merupakan salah satu proses menasihati individu atau
kumpulan yang mengikut kehendak kepada kebaikan kepada orang yang memberi
nasihat.

Dari aspek mentoring pula, merupakan satu proses memberi bimbingan,


sokongan dan bantuan secara profesional seperti terlatih dan beretika, berkemahran
dan sistematik dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.
Mentoring juga merupakan proses mentoring melibatkan mentor dan mentee.

Dari aspek kaunseling, merupakan suatu proses yang profesional dan


bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan. Menurtut
Mathewson (1962),kaunseling ialah salah satu satu proses untuk membantu individu
memahami dirinya dan dunia sekeliling supaya ia boleh menggunakan kebolehan,
keupayaan dan bakat yan ada sepenuhnya.

Antara teknik dan strategi dalam bimbingan dan penasihatan adalah seperti
berikut. Teknik dan strategi yang sesuai amat penting dalam menangani
permasalahan pelajar. Teknik ini membantu guru dalam proses memberi kesedaran
kepada pelajar untuk memperbaiki pemikiran, perasaan, sikap dan tingkah laku ke
arah yang positif. Teknik ini membantu pelajar menangani kesulitan yang dihadapi.
Teknik yang digunakan ialah Teknik Humanistik, iaitu setiap pelajar hendaklah
dilihat secara keseluruhan, unik, berbeza dan penting. Pelajar boleh berkembang
secara positif jika wujud perasaan percaya-mempercayai serta hormat-menghormati.
Sererusnya, Teknik Pendekatan 4P, iaitu Pendekatan Kritis, Pendekatan Pencegahan,
Pendekatan Pemulihan, dan Pendekatan Perkembangan. Tambahan pula, Teknik
Pendekatan Behavioral seperti kaedah modelling dan latihan bertenang. Tiga sikap
yang perlu ada pada kaunselor merupakan ketulenan, penerimaan tanpa syarat, dan
empati.

Pendek kata, Unit Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting


dalam membimbing pelajar sekolah. Pelajar terutamanya pada zaman sekolah
menengah sering menimbulkan masalah disiplin. Kaunselor bertanggungjawab untuk
membimbing mereka ke arah penyelesaian masalah. Dari aspek akademik, unit
bimbingan dan kaunseling dapat memberi infomasi tentang kerjaya dan laluan ke
pendidikan tinggi. Teknik dan pendekatan kaunseling yang betul harus diaplikasikan
oleh kaunselor agar sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Program
seperti program motivasi, program psikometrik, kursus kepimpinan, pameran
pendidikan harus diperbanyakkan supaya para pelajar dapat lebih mengenali diri
mereka dan menjadi lebih berkeyakinan pada masa hadapan. Pelajar merupakan aset
penting kepada negara bak kata pepatah pemuda harapan bangsa pemudi tiang
negara. Oleh itu, Unit bimbingan dan kaunseling berperanan untuk membantu
pelajar dengan membimbing ke arah yang lebih positif supaya modal insan yang
cemerlang dapat dilahirkan untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.
Refleksi ke-10 : Pengurusan Pelbagai budaya

Bab ini tentang kepelbagaian budaya murid. Sebagai contoh, pengurusan


merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid. Bab ini juga dapat mengetahui,
memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan
isu-isu budaya di sekolah.

Menurut kamus dewan, perkataan Pengurusan didefinisikan sebagai


pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran. Menurut Pasudi Suparlan
pula, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk
sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan
pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya.

Secara umumnya, perkataan Budaya, yang berasal daripada bahasa


Sanskerta iaitu buddhayah, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal)
yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan
akal pelajar di sekolah.

Antara cara penyelesaian pengurusan budaya merupakan budaya membaca


seperti wujud program nilam, perpustakaan yang lengkap, program akhbar, dan
pameran. Budaya hormat-menghormati yang mengandungi pendidikan tidak formal,
pendidikan semiformal, dan pendidikan formal. Seterusnya, budaya agama dan kaum
seperti aktiviti dalam kelas, hasi sukan, hari guru, gorong-royong, aktiviti persatuan,
dan badan beruniform yang dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain tanpa
mempedulikan kaum, bangsa, dan agama. Budaya status sosial seperti biasiswa dan
tuisyen percuma. Budaya berpakaian seperti ketatkan peraturan sekolah dan kempen-
kempen tertentu.

Antara faktor kewujudan kepelbagaian budaya sekolah seperti berikut.


Sebagai contoh, melahirkan masyarakat yang suka membaca, menghargai jasa dan
sumbangan guru, memupuk sikap majmuk dan harmoni antara pelbagai kaum, jurang
ekonomi dapat dikecilkan dan lain-lain.
Akhir kata, bab ini dapat membantu lebih memahami peranan seorang guru
untuk menentukan suasana budaya sekolah. Guru akan sedar bahawa mempunyai
pelbagai masalah yang ditimbul dalam kalangan pelajar atas isu budaya. Sebagai
seorang guru,memang penting untuk menyiapkan diri supaya boleh jadi teladan bagi
pelajar.
Refleksi ke-11 : Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Bab ini mengatakan bahawa pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan, dan


berkeperluan khas. Bab ini juga membincang, menjelaskan dan membezakan
pengurusan murid pelbagai upaya.

Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada


pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan),
mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat
penglihatan, pendengaran, dan lain-lain yang berpunca dari kesihatan serta
termasuklah pelajar yang memiliki pelbagai upaya (pintar cerdas). Menurut Sterberg
dan Zhang (1995), menjelaskan kanak-kanak yang berkerluan khas mempunyai
kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar
menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti
aktiviti melukis, menyanyi dan sebagainya.

Murid berkeperluan khas bermaksud kanak-kanak yang mengalami masalah


pembelajaran dan sebahagian daripada mereka ada yang dikategorikan sebagai OKU.
Antara enam kategori murid berkeperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU merupakan
kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah
pembelajaran, serta lain-lain yang berkaitan.

Menurut Akta Pendidikan 1996, merupakan Kanak-kanak Down Syndrom,


Kanak-kanak Autistik Ringan, Kanak-kanak kurang keupayaan mental, Kanak-kanak
bermasalah emosi, Kanak-kanak bermasalah kesihatan, dan Kanak-kanak kecelaruan
bahasa dan pertuturan.

Seorang guru perlu menjadi pengajar yang terbaik buat pelajarnya misalnya
guru perlu mendidik pelajarnya dengan ikhlas. Guru perlu menggunakan cara
pendekatan pembelajaran yang tersendiri dalam menarik pelajarnya untuk belajar.
Guru yang mengajar pelajar yang mengalami salah pembelajaran, mereka lebih
banyak menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan bahan-bahan yang
berwarna yang mempunyai gambar.
Guru juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod perbadi pelajar mereka.
Setiap rekod pencapaian pelajar dapat di catat. Bertujuan untuk menyediakan
maklumat yang lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek
perkembangann potensi yang melibatkan intelek, rohani, jasmani dan sosial. Menjadi
satu panduan kepada ibubapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak
mereka dan pelajar itu sendiri. Setiap murid pendidikan khas yang mengalami
masalah lembam (slow learner), mereka akan mengikuti pembelajaran seperti pelajar
normal sekiranya pencapaian mereka dalam pembelajaran memuaskan.

Guru perlu bertindak sebagai seorang kaunselor kepada para pelajarnya.


Perkara ini dapat dibuktikan menerusi temu bual yang dijalankan iaitu guru perlu
sentiasa perlu memastikan setiap muridnya tidak tercicir dari pembelajaran. Guru
sentiasa memastikan pelajar mengikuti setiap pembelajaran yang diajar. Guru perlu
sentiasa memberikan kata-kata semangat yang positif kepada setiap pelajarnya
misalnya pelajar yang berpendidikan khas

Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam


pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai. Standard prestasi
yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk
mencapai potensi secara positif. Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan
yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan
penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang
baik dalam akademik dan kokurikulum.
Refleksi ke-12 : Sekolah dan Persekitaran

Bab ini akan berkaitan dengan hubungan sekolah dengan masyarakat, guru
dan ibu bapa, serta isu-isu pendidikan semasa, pendidikan dan globallisasi. Bab ini
juga akan melakukan perbincangan, pengetahuan dan dapat mengaitkan hubungan
sekolah dengan masyarakat, isu pendidikan semasa dan mengaitkan pendidikan
globalisasi.

Sekolah merupakan pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan.


Sekolah juga merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ.
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan
sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau
sesuatu).

Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi
fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran
sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat membawa maksud
masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi
untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang
cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik
serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FBK).

Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu
peranan PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dengan ibu bapa. Tindakan
PIBG membela nasib guru ialah bersemangat dan selesa ketika bertugas. Hubungan
yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
Contohnya, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak
sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.

Pendek kata, pengurusan sekolah dan persekitaran mempengaruhi


pembelajaran pelajar. Hal ini kerana pengurusan sekolah yang baik akan melahirkan
pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Sebagai contoh, pengurusan sekolah seperti hubungan antara guru dan PIBG,
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga suasana persekitaran sekolah
yang selesa dan mesra boleh memberikan perubahan yang lebih baik kepada sekolah.
Pengurusan sekolah dan persekitaran yang baik sebenarnya dapat memberikan
peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menuntut ilmu dengan selesa. Oleh itu,
pengurusan sekolah dan persekitaran dianggap sebagai agen perubahan sosiolisasi dan
budaya ilmu pelajar.
Refleksi ke-13 : Pengurus Alam Pembelajaran

Bab ini menyatakan persediaan ke alam persekolahan, kajian di sekolah, aksi


guru di sekolah, dan refleksi. Bab ini juga menghurai dan menyenaraikan teori
motivasi.

Menurut Haji samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses


untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama, dari semua ahli dalam mencapai matlamat
Pendidikan. Manakala menurut Lee Shok Mee (1993), pembelajaran bermaksud
keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak
dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak
tahu kepada tahu.

Pengurus alam pembelajaran dapat mengenal pasti faktor dan kepentingan


persediaan alam pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran. Hal
ini dapat memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar serta mengenal pasti masalah yang seringkali dihadapi oleh guru
dalam pengurusan pembelajaran di bilik darjah dan cara untuk mengatasinya.