Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS TAKLIMAT TRANSISI TAHUN SATU SESI 2018

TARIKH: 26 Nov 2016


HARI : AHAD
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SKTP3
1. Ketibaan Diminta semua guru dan ibu bapa untuk mengambil tempat.
guru dan ibu
bapa Diminta semua murid tahun 1 untuk berkumpul di Dewan Tertutup untuk
melakukan saringan kecerdasan

Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku


dengan iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri

*Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh ustaz _______________________________.
Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

3. Pembukaan/ Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1


Aluan Malaysia.
Yang Berusaha, En. Zainal Abidin b Johari, Guru Besar SK Taman Perling 3,
Yang dihormati,
Pn Maziah bt Sidek, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Pn Esther Ponmalar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En.Salif Yahya b Salif Jamah , Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Cik Nabilah Huda bt Hashim , Penyelaras Aliran Tahun 1
Guru-guru,
Dan Ibu bapa yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita
berkumpul di dewan terbuka ini. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan ibu
bapa dan murid-murid tahun 1sesi 2018 ke SK Taman Perling 3 pada hari ini.

4. Ucapan Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Zainal Abidin b
Guru Besar Johari selaku Guru Besar SK Taman Perling 3 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

* Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan Guru besar atas ucapan
sebentar tadi.
5. Taklimat Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Pn.Esther Ponmalar iaitu Guru
Peraturan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk memberikan taklimat tentang peraturan
Sekolah, sekolah, keselamatan murid dan kesihatan. Dipersilakan.
Keselamatan
murid dan * Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Esther atas taklimat sebentar
tadi.
Kesihatan

(Pn. Esther)

6. Taklimat Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cik Nabilah Huda bt Hashim, Penyelaras
transisi Aliran Tahun 1 untuk menyampaikan taklimat transisi. Dipersilakan.

(Cik Nabilah * Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Nabilah Huda bt Hashim
Huda) atas taklimat sebentar tadi.

7. Taklimat Seterusnya, majlis menjemput Pn Nurul Liana bt Ahmad Jaafar untuk


KSSR/Linus menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan KSSR dan juga LINUS. Dipersilakan.

(Pn. Nurul *Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Nurul Liana atas taklimat
Liana) sebentar tadi.

8. Taklimat Seterusnya, majlis menjemput ______________________ untuk menyampaikan


SSPN info ringkas berkaitan SSPN. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _________________ atas info


yang disampaikan sebentar tadi.

9. Penutup Selepas ini, ibu bapa serta murid Tahun 1 dipersilakan ke kelas masing-masing
untuk melakukan pembayaran keperluan sekolah serta mengambil buku teks di
bilik SPBT.

*Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai