Anda di halaman 1dari 43

SPM 2017 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 1)


Soalan 2( d ) Seloka
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
1 Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
2 Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
3 Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
4 Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
5 Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
(Dipetik daripada Kalung Bunga Zaba, 2008,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkap pertama seloka di atas?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah istana dibina dalam keadaan yang mewah dan indah?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
Halaman 1
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap pertama
P1 Raja menitahkan pembesar membina istana. 1
P2 Pembesar dan tukang-tukang bertungkus-lumus menyiapkan 1
istana
atau
P1 Raja menitahkan empat orang pembesar untuk membina 1
sebuah istana.
P2 Istana yang dikelilingi parit dan tembok 1
P3 Titah itu disampaikan kepada Pawang Raja 1
P4 Pawang Raja pun mengerahkan 44 orang tukang dan utas 1
P5 Bekerja siang dan malam untuk menyiapkan istana 1

(ii) Sebab
P1 Untuk membezakan taraf/status antara raja dengan rakyat 1
P2 Untuk menunjukkan kekukuhan ekonomi negara 1
P3 Menjaga imej/maruah raja 1
P4 Sebagai lambang/mercu tanda sesebuah Negara 1
P5 Menggambarkan/menunjukkan kestabilan pentadbiran negara 1
P6 supaya digeruni oleh musuh 1
P7 untuk menjaga keselamatan raja 1

(iii) Pengajaran-pengajaran dalam seloka :


P1 Kita hendaklah taat kepada pemimpin. 2
Contoh: Pawang Raja menerima titah raja tanpa bantahan.
P2 Kita hendaklah gigih bekerja untuk menyiapkan sesuatu 2
tugasan.
Contoh: Pawang Raja dan tukang-tukang bertungkus-lumus
menyiapkan istana.
P3 Persoalan kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang ibu. 2
Contoh: Ibu kesunyian kerana anak-anak tidak menziarahinya.
P4 Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan dengan 2
penuh.
Contoh: tanggungjawab agar kita dipercayai.
P5 Kita hendaklah menghargai kesenian bangsa agar tidak 2
lenyap ditelan arus
Contoh: pemodenan.
(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 2)

Halaman 2
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2( d ) Seloka
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
1 Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
2 Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
3 Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
4 Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
5 Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
(Dipetik daripada Kalung Bunga Zaba, 2008,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan keunikan-keunikan ukiran istana zaman dahulu yang terdapat dalam rangkap keempat.
[2 markah]
(ii) Kebanyakan bangunan lama termasuk istana di sesebuah negara masih dipelihara hingga hari ini.
Apakah kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap 1 seloka tersebut.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN

Halaman 3
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH

Halaman 4
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(i) Keunikan-keunikan istana:


P1 Corak ukiran dan hiasan yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan 1
berbunga
P2 Bermotif alam semula jadi 1
P3 Bermotif haiwan 1
P4 Terdapat ukiran seni bina Jawa dan Cina 1
atau
P1 Berbunga sawa mengelempai, 1
P2 Bertakuk bersedelinggam, 1
P3 Berjenang berbatu kawi, 1
P4 Berselimpat ukir Jawa, 1
P5 Lilit-melilit akar Cina; 1
P6 Garam sebuku sisa jeragan, 1
P7 Bunga kenanga dimakan ular, 1
P8 Layang-layang di pintu raja. 1

(ii) Kepentingan-kepentingan memelihara bangunan lama


termasuk istana :
P1 Dapat dijadikan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang berlaku / 1
sejarah bangunan lama
P2 Dapat menjadi teladan/iktibar kepada masyarakat tentang jasa para 1
pejuang
P3 Memberi banyak manfaat dari sudut pelancongan 1
P4 Memupuk semangat patriotisme 1
P5 Sebagai sumber rujukan seni bina bangsa 1

(iii) Pengajaran rangkap 1 :


P1 Kita hendaklah taat kepada pemimpin 2
Contoh: Pawang Raja menerima titah raja tanpa bantahan.
P2 Kita hendaklah bertanggungjawab menjalankan tugas yang 2
diberikan.
Contoh: Pawang Raja dan tukang-tukang bertungkus-lumus
menyiapkan istana.
P3 Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan dengan 2
penuh
Contoh: tanggungjawab agar kita dipercayai
P4 Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga selesai. 2
Contoh: Istana dapat disiapkan dalam tempoh 7 bulan.

Halaman 5
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JOHOR SET 3)


Soalan 2(d) - Seloka
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU


1 Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti.
2 Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.
3 Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.
4 Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.
5 Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
(Dipetik daripada Kalung Bunga Zaba, 2008,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud Istana siap dengan alatnya?
[2 markah]
(ii) Tukang ukir yang mahir semakin berkurangan pada masa kini. Pada pendapat anda, apakah punca-
punca generasi muda tidak meminati seni ukir?
[3 markah]
(iii) Berdasarkan rangkap 4, huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam rangap tersebut.
[4 markah]

Halaman 6
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud Istana siap dengan alatnya :
P1 Mahligai sempurna dibina lengkap dengan perabut 2

(ii) Punca-punca seni ukir kurang diminati oleh generasi


muda:
P1 kurang / tiada pendedahan sejak kecil 1
P2 terpengaruh gaya hidup moden 1
P3 kurang penganjuran pertandingan seni ukir 1
P4 tiada bantuan daripada pihak kerajaan 1
P5 tiada / kurang institusi yang menawarkan kursus/kemahiran 1
seni ukir
P6 tiada ketekunan/ketelitian melakukan kerja-kerja mengukir 1
P7 kerja-kerja seni ukir mengambil masa yang lama untuk 1
disiapkan

(iii) Pengajaran rangkap 4:


P1 Kita hendaklah menghargai kesenian bangsa kita agar tidak 2
terpinggir.
P2 Kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang 2
kita jalankan tanpa memikirkan ganjaran.
P3 Kita mestilah memegang amanah yang diberikan kepada kita. 2
P4 Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu tugasan sehingga 2
selesai.

Halaman 7
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PENANG SET 1)


Soalan 2(d) Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Kudup Perang
Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama Dipetik daripada sajak Kudup Perang
sesekali turut direntakan daki pendusta oleh Tuah Sujana
melekatlah selumbar sengsara dalam antologi Sejadah Rindu,
di tiang maruah kota. Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan dua perkara yang menyebabkan Hang Tuah dianggap
bukan pahlawan sebenar.
[2 markah]
(ii) Mencari seorang pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi amat
sukar.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berkaliber?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN
Halaman 8
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SOALAN SKEMA MARKAH


(i)
P1 kesetiaannya terhadap sultan masih diragukan. 1
P2 banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu 1
menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada Tuah benar-
benar memiliki ciri-ciri kepahlawanan

(ii)
P1 bijaksana dalam mengambil tindakan bagi menyelesaikan 1
masalah
P2 Memiliki prinsip hidup yang tinggi 1
P3 Tetap pendirian dan tidak mudah terpengaruh 1

(iii) Nilai-nilai murni dalam sajak


P1 Rasional- Pemimpin yang berwibawa dan bijak dapat 2
menguruskan sebuah negara atau organisasi dengan baik.
P2 Kasih sayang Rakyat yang cinta akan keamanan dan 2
keharmonian akan berbaik-baik bagi memastikan kehidupan
mereka makmur dan bahagia.
P3 Keadilan- Prinsip keadilan perlu ditegakkan bagi mengelakkan 2
berlakunya kezaliman.
P4 Bekerjasama- Perpaduan harus diusahakan bersama-sama 2
agar rakyat di dalam sesebuah negara dapat hidup dengan
aman damai dan sejahtera.

Halaman 9
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PENANG SET 2)


Soalan 2(d) Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Kudup Perang

Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama Dipetik daripada sajak Kudup Perang
sesekali turut direntakan daki pendusta oleh Tuah Sujana
melekatlah selumbar sengsara dalam antologi Sejadah Rindu,
di tiang maruah kota. Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata di daerah angkara.


[2 markah]
(ii) Pertikaian dalam mencari pahlawan yang sebenar antara Tuah dengan Jebat tiada kesudahannya.

Berikan alasan anda jika Jebat dianggap sebagai pahlawan yang sebenar.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 10
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i)
P1 Bermaksud tempat kejadian. 2

(ii)
P1 Jebat memperjuangkan hak dan keadilan 1
P2 Jebat mendapat sokongan rakyat jelata 1
P3 Jebat berkorban demi sahabat 1

(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut ialah


P1 Persoalan menegakkan keadilan. 2
Huraian: Menjadi tanggungjawab setiap orang untuk
menghentikan
kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.
P2 Persoalan kesetiaan terhadap negara. 2
Huraian : Setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap
negara yang didiaminya.
P3 Persoalan pengorbanan diri untuk orang lain. 2
Huraian : Kesanggupan berkorban demi menegakkan
kebenaran dan keadilan.

Halaman 11
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PENANG SET 3)


Soalan 2(d) Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Kudup Perang

Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
siapakah pahlawan yang asli? mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
Memang kita tidak sempat menjenguk teramat lara kita menjahit semula
ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus perca-perca bahagia seperti perawan
ringkik kuda, gemerincing yang dibungkamkan cinta pertama.
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak Sehingga senja tiba,
di daerah angkara perciknya kita masih bertengkar
menumbuhkan kelopak rahsia tentang siapa
dalam keliru, tertanya-tanya kita pahlawan sebenarnya.
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama Dipetik daripada sajak Kudup Perang
sesekali turut direntakan daki pendusta oleh Tuah Sujana
melekatlah selumbar sengsara dalam antologi Sejadah Rindu,
di tiang maruah kota. Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan maksud rangkap pertama sajak


[2 markah]
(ii) Rangkap keenam sajak tersebut menyedarkan kita bahawa sehingga kini, masyarakat masih bertengkar
untuk menentukan pemimpin yang benar-benar berwibawa.

Kemukakan tiga cara untuk mengatasi kemelut ini.


[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 12
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i)
P1 Panglima yang mengetuai pasukan berperang akan terus 2
melakukan kezaliman. Namun, kita patut bersyukur kerana
kita masih dapat menegakkan keadilan walaupun terkongkong
kebebasan.

(ii)
P1 mengadakan debat umum 1
P2 Mengadakan undian di seluruh negara 1
P3 Memfokuskan terhadap usaha-usaha membangunkan negara 1

(iii) Pengajaran
P1 Kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai 2
kewibawaan untuk memimpin agar tidak berlaku zalim
terhadap rakyat.
P2 Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dan 2
bertanggungjawab agar disenangi oleh rakyat.
P3 Kita janganlah bersikap zalim sehingga menimbulkan 2
permusuhan.
P4 Kita janganlah bertindak secara terburu-buru tanpa 2
pertimbangan yang waras.

Halaman 13
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PERAK)


Soalan 2(d) Puisi Moden

Baca sajakdi bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit


membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit


kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Razali Mohd. Yusof


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Nyatakan dua perkara duka ketika penyajak mendongak dan membaca langit dalam rangkap keempat dan
kelima sajak di atas.
[2 markah]
(ii) Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita dan harus dimartabatkan kedudukannya.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh seseorang murid untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
Halaman 14
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Dua perkara duka ketika penyajak mendongak dan
membaca langit dalam rangkap keempat dan kelima
sajak:
P1 para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa 1
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan
P2 penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu 1
yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak

(ii) Usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh seseorang


murid untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan:
P1 menggunakan bahasa Melayu baku dalam pertuturan pada 1
setiap masa
P2 sentiasa peka terhadap kesalahan ejaan atau tatabahasa 1
P3 mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam percakapan 1
P4 sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan 1
bahasa Melayu
P5 menyertai pertandingan dalam bahasa Melayu pada peringkat 1
antarabangsa

(iii) Dua pengajaran:


P1 kita mestilah menghargai setiap ciptaan Tuhan yang ada di 2
atas muka bumi ini dengan cara bersyukur atas nikmat-Nya.
P2 kita mestilah menjaga setiap anugerah Tuhan kerana semua 2
itu untuk melengkapkan kehidupan
P3 kita perlu menjaga kedaulatan bahasa Melayu walaupun 2
negara telah makmur
P4 kita hendaklah menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa 2
kebangsaan dengan cara memastikan bahasa Melayu tidak
tercemar
P5 kita haruslah berusaha memartabatkan bahasa Melayu agar 2
tidak luput ditelan zaman

Halaman 15
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 KEDAH)


Soalan 2(d) Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
SEJADAH RINDU
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara

MOHD. HAIKAL AMINUDDIN


Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berikan maksud merekah keinsafan di hati yang beku.


[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah
dilakukan?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.
[4 markah]

Halaman 16
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud
P1 timbul rasa insaf / kesedaran pada diri yang berdosa 2

(ii) Kebaikan-kebiakan
P1 tidak akan mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam 1
tindakan
P2 berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / 1
sentiasa bertaubat
P3 memperoleh ketenangan jiwa 1
P4 mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat 1
P5 kesalahan lalu dijadikan teladan 1

(iii) Nilai
P1 Keinsafan 2
Huraian : Penyajak menginsafi segala kesalahannya yang lalu
P2 Kesungguhan 2
Huraian : Penyajak bersungguh-sungguh mendapatkan
keampunan sebelum meninggal dunia
P3 Keikhlasan 2
Huraian : Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan
sehingga menitiskan air mata
P4 Ketaatan 2
Huraian : Penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan
mendapat pengampunan daripada Penciptanya

Halaman 17
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 KELANTAN)


Soalan 2(d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Aku Membaca Lagi
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit


kutermui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Razali Mohd. Yusof


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak di atas, berikan dua sebab langit terus menangis
[2 markah]
(ii) Dalam rangkapan ketiga, penyair turut berasa sedih atas kemusnahan alam sekitar.

Apakah peranan anda untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar?


[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak.
[4 markah]

Halaman 18
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Dua sebab
P1 meratapi luka nasib bangsa 1
P2 bahasa Melayu yang berdarah 1

(ii) Peranan anda


P1 mengelakkan pembakaran secara terbuka 1
P2 tidak membuang sampah ke dalam sungai / merata-rata 1
tempat
P3 tidak menggunakan beg plastik ketika membeli-belah 1
P4 menanam pokok / tumbuh-tumbuhan di sekeliling rumah 1
P5 menyertai kelab / persatuan berkaitan alam sekitar 1
P6 menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan 1
P7 menyertai kempen cintai alam sekitar 1
[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima]

(iii) Dua pengajaran


P1 Kita perlulah mengagumi kebesaran ciptaan Tuhan apabila 2
penyajak mendongak ke langit, melihat awan dan banjaran
gunung, telah menimbulkan kekaguman kebesaran Ilahi.
P2 Kita perlulah menghargai keindahan alam semula jadi 2
penyajak berasa syukur kerana masih dapat menikmati
keindahan alam semula jadi iaitu bunyi kicauan burung,
desiran ombak dan pelangi.
P3 Kita perlulah mempertahankan jati diri anak bangsa alam 2
seolah-olah menangisi nasib anak bangsa yang kian pudar jati
dirinya kerana pelbagai pengaruh daripada luar.
P4 Kita perlulah mendaulatkan bahasa Melayu usaha perlu 2
dilakukan secara menyeluruh dan berterusan
P5 Kita perlulah memulihara / memelihara alam semula jadi 2
kerakusan manusia menyebabkan kemusnahan khazanah
hutan.

Halaman 19
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SARAWAK)


Soalan 2( d ) Syair

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri

Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,


Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,


Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,


Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah pada esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,


Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. Gempar ini apakah kurang.

Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan syair tersebut, apakah yang berlaku apabila burung garuda datang menyerang Negeri
Kembayat?
[2 markah]
(ii) Raja Negeri Kembayat digambarkan sebagai seorang raja yang adil.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh rakyat sebagai tanda
menyayangi seorang raja?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair di atas.
[4 markah]

Halaman 20
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Keadaan yang berlaku apabila burung garuda datang
menyerang Negeri Kembayat
P1 Negeri habis rosak binasa 1
P2 Seluruh negeri gempar 1
P3 Semua rakyat bersedih 1
P4 Rakyat melarikan diri ke merata-rata tempat 1

(ii) KBAT (mencipta)


Tindakan-tindakan yang patut dilakuan oleh rakyat
sebagai tanda menyayangi seorang raja
P1 Sentiasa menghormati raja 1
P2 Sentiasa mendoakan kesejahteraan diri raja 1
P3 Sentiasa menuruti perintah raja 1
P4 Tidak melakukan tindakan yang boleh mencemarkan imej raja 1
*mana-mana jawapan yang logik / relevan boleh
dipertimbangkan untuk diberi markah

(iii) Dua nilai yang terdapat dalam syair di atas


P1 Kesabaran 2
Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan
kehidupan
P2 Pengorbanan 2
Dalan usaha mencapai kebahagian, seseorang perlu
berkorban demi orang yang dikasihi
P3 Keprihatinan 2
Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung
oleh orang lain

Halaman 21
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 PAHANG)


Soalan 2(d) - Sajak

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Erti Hidup Bererti


Aku selalu didatangi,
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seoang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

Teo Wei Sing


Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan sikap anak-anak terhadap ibu dalam sajak di atas.


[2 markah]
(ii) Anak-anak merupakan permata hati ibu bapa. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh anak-anak lakukan
untuk membahagiakan ibu bapa sekiranya mereka tinggal berjauhan?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Halaman 22
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sikap anak-anak terhadap ibu
P1 tidak menjenguk ibu mereka 1
P2 tidak mengenang budi 1
P3 mengambil sikap lepas tangan 1
P4 tidak bertanggungjawab
P5 patuh pada ajaran agama

(ii)
P1 Sering bertanya khabar / menghubungi 1
P2 Membiayai perbelanjaan / keperluan harian 1
P3 Menyediakan pembantu untuk ibu bapa / minta jiran melihat 1
keadaan ibu bapa
P4 Menghantar ibu bapa ke Mekah / melancong 1
P5 Sering menziarahi / pulang hujung minggu 1

(iii) 2 nilai
P1 Kesepian hidup sendirian pada usia tua kerana dipinggirkan 2
oleh anak-anak.
P2 Sikap anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab untuk 2
menjaga orang tua
P3 Harapan ibu bapa terhadap anak-anak agar anak-anak sedar 2
akan tanggungjawab dan insaf atas kesilapan yang pernah
anak lakukan.

Halaman 23
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 TERENGGANU)


Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gelanggang

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlelehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn Malini
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap akhir sajak tersebut, mengapakah generasi muda perlu memikul amanah untuk
mempertahankan negara?
[2 markah]
(ii) Kemerdekaan negara kita mesti dipertahankan agar keamanan ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mempertahankan
kemerdekaan negara?
[3 markah]
(iii) Selain persoalan tanggungjawab mempertahankan negara, jelaskan dua persoalan lain yang terdapat dalam
sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 24
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Generasi muda perlu memikul amanah untuk
mempertahankan negara
P1 agar kecemerlangan negara terus dipacu di peringkat 1
antarabangsa
P2 agar dapat memacu kejayaan negara demi maruah dan harga diri 1
P3 agar dapat membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan 1
dihormati

(ii) Usaha-usaha pelbagai pihak untuk mempertahankan


kemerdekaan negara SATU PIHAK SATU ISI
P1 kerajaan mengadakan kempen kesedaran agar seluruh rakyat 1
mempunyai semangat untuk mempertahankan kemerdekaan
negara
P2 ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi agar 1
mempunyai semangat untuk mempertahankan kemerdekaan
negara
P3 media massa menyiarkan rancangan yang mampu menaikkan 1
semangat rakyat untuk mempertahankan kemerdekaan negara
P4 pihak sekolah mengajarkan anak-anak / sukatan pelajaran 1
tentang kepentingan mempertahankan kemerdekaan negara
P5 masyarakat perlu bekerjasama dan bersatu padu bagi 1
memastikan kemerdekaan negara dapat dipertahankan

(iii) Persoalan selain tanggungjawab mempertahankan negara


P1 persoalan menghargai jasa nenek moyang dalam membangunkan 2
negara penyajak mengajak kita menghargai jasa nenek moyang
yang banyak berjasa dalam mewariskan tanahair yang aman.
P2 persoalan keberanian untuk mempertahankan maruah negara 2
penyajak meminta kita agar terus berani dalam mempertahankan
maruah negara.
P3 persoalan perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan 2
kemerdekaan generasi dahulu berjuang mendapatkan
kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
P4 persoalan kepentingan perpaduan dalam memastikan keamanan 2
negara terpelihara penyajak menyatakan bahawa rakyat yang
bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada
ancaman luar.

Halaman 25
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

( PERCUBAAN BM SPM 2017 MELAKA)


Soalan 2 (d) - Puisi Tradisional

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu riwayat, 1 Datanglah kepada suatu masa, 6


Raja di desa Negeri Kembayat, Melayanglah unggas dari angkasa,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Unggas gurda sangat perkasa,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Menjadi negeri rosak binasa.

Ada raja suatu negeri, 2 Datanglah menyambar suaranya bahana, 7


Sultan halifah akas bestari, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Asalnya baginda raja yang bahari, Seisi negeri gundah-gulana,
Melimpah ngadil dagang senteri. Membawa diri ke mana-mana.

Hairan orang empunya temasya, 3 Baginda pun sedang dihadap orang, 8


Baginda itulah raja perkasa, Mendengar gempar seperti perang,
Sangat tiada merasai susah, Bertitah baginda raja yang garang,
Entah pada esok dan lusa. Gempar ini apakah kurang.

Seri sultan raja bestari, 4


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, 5


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Syair Bidasari, 1989
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan dua kesan kehadiran burung gurda ke Negeri Kembayat.


[2 markah]

(ii) Sekiranya anda menjadi pemimpin di Negeri Kembayat, apakah usaha-usaha yang anda lakukan
untuk menjadikan negeri anda sebagai tumpuan pedagang?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Halaman 26
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Kesan :
P1 Menjadi negeri rosak binasa 1
P2 Gemparlah sekalian mulia dan hina 1
P3 Seisi negeri gundah gulana 1

(ii) Usaha-usaha :
P1 mengetatkan kawalan di lautan 1
P2 mewujudkan undang-undang yang adil dan tegas 1
P3 menyediakan kemudahan di pelabuhan 1
P4 mengenakan kadar cukai yang rendah 1

(iii) Nilai :
P1 Kebijaksanaan : Raja negeri Kembayat seorang raja yang 2
bijaksana menyebabkan pedagang datang berkunjung
P2 Keadilan : Raja negeri Kembayat memerintah dengan adil 2
(Kerugian lain yang berkaitan boleh diterima)

Halaman 27
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SEKOLAH BERASRAMA PENUH)


Soalan 2 (d) - Syair

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, 1 Datanglah kepada suatu masa, 6


Raja di desa Negeri Kembayat, Melayanglah unggas dari angkasa,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Unggas gurda sangat perkasa,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Menjadi negeri rosak binasa.

Ada raja suatu negeri, 2 Datanglah menyambar suaranya bahana, 7


Sultan halifah akas bestari, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Asalnya baginda raja yang bahari, Seisi negeri gundah-gulana,
Melimpah ngadil dagang senteri. Membawa diri ke mana-mana.

Hairan orang empunya temasya, 3 Baginda pun sedang dihadap orang, 8


Baginda itulah raja perkasa, Mendengar gempar seperti perang,
Sangat tiada merasai susah, Bertitah baginda raja yang garang,
Entah pada esok dan lusa. Gempar ini apakah kurang.

Seri sultan raja bestari, 4


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, 5


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Syair Bidasari, 1989
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkap keenam syair di atas.


[2 markah]

(ii) Pemimpin dan rakyat perlu saling membantu untuk membangunkan sesebuah negara.

Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat untuk memajukan sesebuah negara?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Halaman 28
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap keenam syair:
P1 Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garuda yang 1
ganas dan kuat.
P2 Burung garuda tersebut telah terbang dari angkasa. 1
P3 Serangan tersebut telah mendatangkan banyak kemusnahan 1

(ii) Peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat untuk


memajukan negara:
P1 meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan 1
P2 meningkatkan hasil pengeluaran negara 1
P3 menceburkan diri dalam bidang inovasi dan kreativiti 1
P4 menyumbangkan buah fikiran dalam 1

(iii) Nilai dalam syair


P1 Ketaatan. 2
Contoh : Rakyat Negeri Kembayat taat kepada sultan
pemerintah.
P2 Tanggungjawab. 2
Contoh : Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir
negeri.
P3 Keprihatinan.
Contoh : Seorang pemimpin perlulah prihatin dengan
kesusahan yang ditanggung oleh rakyatnya
P4 Kasih sayang.
Contoh : Raja Negeri Kembayat sangat menyayangi isterinya.

Halaman 29
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 MAKTAB RENDAH SAINS MARA)


Soalan 2(d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Aku Membaca Lagi
Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi


membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit


kutermui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi


menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.

Razali Mohd. Yussof


Dewan Bahasa, Januari 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, apakah yang dilihat oleh penyajak setelah membaca langit?
[2 markah]
(ii) Remaja kini sering menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian mereka sehingga mencemarkan
keindahan bahasa Melayu.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja hari ini tidak menggunakan bahasa
Melayu yang betul semasa berkomunikasi?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 30
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Setelah penyajak membaca langit, penyajak dapat melihat
P1 Pohon-pohon kayan / pokok-pokok kayu rapuh / reput 1
P2 Dahan dan ranting terkulai / patah 1
P3 Daun-daun berguguran (helai demi helai) 1

(ii) Pada pendapat saya, segelintir remaja kini tidak


menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa
berkomunikasi kerana
P1 Beranggapan bahawa bahasa Melayu itu tiada kelasnya yang 1
tersendiri
P2 Malu untuk menggunakan bahasa Melayu 1
P3 Trend remaja kini yang menggunakan bahasa slanga 1
P4 Latar belakang keluarga / pengaruh keluarga yang menggunakan 1
bahasa asing / dialek daerah / negeri
P5 Terpengaruh dengan rakan / media massa / rancangan televisyen / 1
artis pujaan

(iii) Dua persoalan daripada sajak ialah


P1 Persoalan keindahan alam ciptaan Tuhan 2
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan
oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal,
angin yang berhembus dan banjaran gunung.
P2 Persoalan kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang 2
Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin
kurang orang yang.mendaulatkan bahasa Melayu walaupun
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
P3 Persoalan kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib 2
bahasa Melayu
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu
berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak
dimartabatkan.
P4 Persoalan bahasa sebagai maruah bangsa 2
Contoh : Bahasa Melayu harus dipertahankan dan dimartabatkan
oleh semua warga agar tidak terpinggir.
P5 Persoalan jati diri anak bangsa yang semakin terancam 2
Contoh : Bangsa Melayu kian terhakis adab dan akhlak akibat
daripada kemodenan negara.

Halaman 31
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 YIK)


Soalan 2(d) Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Sang Gembala Kuda
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di pandang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Dipetik daripada sajak Sang Gembala Kudaoleh Mohd


Hashim Othman dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua tindakan kejam yang dilakukan oleh lelaki yang bergelar perkasa
terhadap kudanya?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan
sukan berkuda di negara kita?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Halaman 32
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Dua tindakan kejam yang dilakukan oleh lelaki yang bergelar perkasa
terhadap kudanya ialah
P1 menghalau dan merembat kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti 1
(rotan panjang-alat untuk mengawal kuda) supaya segera masuk ke dalam
kandang.
P2 Setelah kenyang, kuda-kuda ini dijadikan tunggangan lasak untuk menjejaki
kuda yang lain.
P3 Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa 1
mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya
P4 Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan 1

(ii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh


pelbagai pihak untuk memajukan sukan berkuda di negara kita ialah
P1 Kerajaan perlu menubuhkan/mewujudkan kompleks sukan berkuda negara. 2
Tujuan untuk menarik minat peserta.
P2 Persatuan Sukan Berkuda Amatur perlu diaktifkan aktiviti/ mengatur aktiviti 2
yang lebih intensif. Tujuannya untuk menganjurkan sukan berkuda yang lebih
maju.
P3 Kerajaan perlu menyediakan dana yang mencukupi. Tujuannya adalah untuk 2
meningkatkan mutu sukan berkuda.
P4 Kerajaan perlu banyak menganjurkan pertandingan sukan berkuda. 2
Tujuannya untuk menggalakkan mutu sukan berkuda.
P5 Atlet sukan berkuda perlu menerima latihan yang intensif. Tujuannya supaya 2
sukan berkuda lebih cekap.
P6 Kerajaan perlu menyediakan ganjaran yang lumayan. Tujuannya untuk 2
menggalakkan atlet bekerja keras untuk mencapai kemenangan.
P7 Persatuan Sukan Berkuda Amatur perlu menyediakan jurulatih professional. 2
Tujuannya adalah untuk mengajar para atlet sukan berkuda.

(iii) Nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas ialah:


P1 Nilai keberanian. 2
Contoh : gembala kuda berani meredah hutan mencari kuda liar/
menunggang kuda yang penuh risiko.
P2 Nilai kerajinan 2
Contoh : gembala kuda rajin mencari makanan untuk kudanya.
P3 Nilai berdikari 2
Contoh : penjaga kuda berdikari menjaga kuda yang dibelanya.
P4 Nilai kepatuhan 2
Contoh : kuda-kuda patuh kepada tuannya.
P5 Nilai ketabahan 2
Contoh : penjaga tabah menghadapi cabaran membela kuda.
P6 Nilai kasih sayang 2
Contoh : gembala kuda sayang akan kudanya dengan memberi makanan
jerami dan rumput kepada kudanya.

Halaman 33
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 SABAH PEJABAT PENDIDIKAN KOTA BELUD)


Soalan 2 (d) - Syair
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU


Baginda menitahkan orang besar empat, Berbunga sawa mengelempai,
Membuat istana puri berkota; Bertakuk bersedelinggam,
Lalu dipanggil Pawang raja. Berjenang berbatu kawi,
Pawang mengerah orang bekerja, Berselimpat ukir Jawa,
Empat puluh empat tukang dan utas, Lilit-melilit akar Cina;
Siang malam tidak berhenti. Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Tujuh bulan tujuh purnama, Layang-layang di pintu ular
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang, Istana siap tukang pun mati,
Sepuluh dengan rembat guntung, Tiada orang dapat meniru:
Sebelas dengan pancung serong, Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan, Dipetik daripada teks


Tiang panjang maharaja lela, Antologi Sejadah Rindu
Tiang tengah syukur menanti; Kementerian Pendidikan Malaysia
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

(i) Nyatakan dua ciri seni ukiran yang digunakan dalam pembinaan istana.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam seloka tersebut.
[4 markah]

Halaman 34
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Dua ciri seni ukiran
P1 Corak hiasan dinding istana bermotifkan tumbuhan-tumbuhan 1
berbunga
P2 Unsur semula jadi 1
P3 Seni ukiran bermotifkan haiwan seperti ular, layang-layang, 1
dan sebuku garam.

(ii) Kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah


P1 Boleh dijadikan sebagai daya tarikan pelancong ke negara ini 1
P2 Sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi akan 1
datang
P3 Sebagai bukti seni binaan yang boleh dipelajari oleh generasi 1
kini untuk meningkatkan ilmu dalam seni binaan dan sejarah
P4 Sebagai mercu tanda pada sesebuah negeri seperti A-Famosa 1
di Negeri Melaka.

(iii) Dua nilai murni


P1 Nilai kepatuhan 2
Contoh : pembesar, Pawang raja dan semua tukang patuh
pada perintah raja dan menjalankan tugas mereka masing-
masing.
P2 Nilai kerajinan / kegigihan 2
Contoh : 44 orang tukang dan utas yang gigih dan rajin
melakukan kerja-kerja membina istana raja.
P3 Nilai kerjasama 2
Contoh : 44 orang tukang dan utas bekerjasama untuk
menyiapkan istana selama tujuh bulan dan tujuh purnama
sehingga siap.
P4 Nilai kesetiaan 2
Contoh : semua rakyat setia pada raja sehingga sanggup
melaksanakan perintah raja tanpa membantah dan bekerja
siang dan malam tanpa henti.

Halaman 35
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR SET 2)


Soalan 2(d) Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof MD Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan dua anggota badan yang perlu dipelihara dalam gurindam
tersebut?
[2 markah]
(ii) Pada rangkap 3, penyair berpendapat bahawa memelihara tutur kata mendatangkan banyak
kebaikan.

Pada pandangan anda, apakah kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh sekiranya seseorang itu
mampu menjaga tutur kata?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.
[4 markah]

Halaman 36
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Anggota badan yang perlu dipelihara:
P1 Mata 1
P2 Kuping / telinga 1
P3 Lidah 1
P4 Tangan 1
P5 Perut 1
P6 Hati 1
P7 Kaki 1

(ii) Kebaikan-kebaikan memelihara tutur kata:


P1 Sentiasa dihormati / disegani / dilayan dengan baik / 1
dipandang tinggi
P2 Dapat berbicara / berhujah dengan baik / berilmu / berakal 1
P3 Tidak dipulaukan oleh masyarakat / diutamakan / disenangi 1
orang.
P4 Tidak menimbulkan perbalahan / bertegang urat / tidak 1
bermusuh
P5 Tidak akan menggores / mengecilkan hati pihak lain 1
P6 Dapat memperoleh banyak rakan / orang suka berkawan / 1
eratkan silaturahim.

(iii) Dua pengajaran daripada sajak:


P1 Kita hendaklah menjaga pendengaran daripada mendengar 2
perkhabaran yang tidak baik agar terhindar daripada fitnah
P2 Kita perlulah menjaga tutur kata supaya memperoleh kebaikan 2
P3 Kita hendaklah bijak mengawal anggota badan supaya 2
kehidupan lebih terpelihara
P4 Janganlah kita makan berlebihan kerana akan memudaratkan
kesihatan

Halaman 37
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 WILAYAH PERSEKUTUAN)


Soalan 2(d) Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
www.sibermerdeka.com.my
Dalam kebun diriku 1 Dalam dewan diriku 6
aku tanam saujana rancangan aku tak cemas lagi
untuk memerdekakan warga susahku oleh kata yang mengekang
hidup menentang senja dan malam. aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.
Dalam parlimen diriku 2
aku bahas isu onak dan enak Apabila sibermerdeka sampai 7
untukku memerdekan warga fikirku ke rumah cabaranku
mengelak hidup dikotak-katikkan. aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
Dalam laut diriku 3 aku ambil keputusan
ombak gelora menampar pantai aman waktu itu aku kenal batas diri
untuk menguji amal dan iman. untuk tidak mengulangi kekalahan.

Dalam gergasi diriku. 4 Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia 8
terpedaya jua oleh permainan si kancil aku turun darinya menghadapi hidup nyata
namun sempat sedar dan beringat lagi peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
Dalam pentas diriku 5 dan sibermerdeka terus berkaca
aku berlatih menangkis angin terus mengalirkan arus ingatan
aku berlatih memungah awan elakkan dirimu menjadi sia-sia
menghayati skrip demi skrip hamparkan dirimu di persada Tuhan.
yang tak diduga klimaksnya.

Dipetik daripada sajak www.sibermerdeka.com.my


Oleh Abdul Ghaffar Ibrahim
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud rangkap kelima sajak di atas


[2 markah]
(ii) Dalam sajak tersebut, penyajak menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran
dan dugaan.

Pada pandangan anda, apakah persediaan yang seharusnya kita lakukan untuk mengharungi kehidupan
yang penuh cabaran dan dugaan ini?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 38
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkap kelima:
P1 Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan 2
dengan sesuatu masalah-perlu berani menghadapi sesuatu
yang tidak dijangka akan terjadi dalam kehidupannya.

(ii) Persediaan yang seharusnya kita lakukan:


P1 Mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi untuk menangkis 1
cabaran / pengaruh negatif
P2 Meningkatkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh 1
P3 Memiliki kemahiran yang diperlukan 1
P4 Sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri 1

(iii) Dua pengajaran:


P1 Kita hendaklah membina pendirian yang teguh dengan 2
persediaan yang dilakukan iaitu kekuatan semangat,
bermusahabah diri, perancangan hidup, ilmu pengetahuan,
dan peka kepada isu semasa, penyajak tidak mudah
terpengaruh dan terpedaya.
P2 Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan peka 2
terhadap isu semasa penyajak memikirkan kembali
kesusahan dan kesenangan yang telah dialami serta mencari
rasionalnya untuk membaiki kehidupannya.
P3 Kita hendaklah sedar dan membaiki kesilapan yang 2
telah dilakukan penyajak juga pernah terpedaya namun
cepat sedar lalu membaiki kesilapannya itu.
P4 Perkara yang hendak dilakukan mestilah mengikut 2
kemampuan apa-apa keputusan dan pekerjaan yang
dilakukan perlulah mengikut kemampuan diri supaya usaha it
berjaya.

(PERCUBAAN BM SPM 2017 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR SET 1)


Halaman 39
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

Soalan 2(d) - Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Erti Hidup Bererti


Aku selalu didatangi,
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seoang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan

Teo Wei Sing


Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Nyatakan keadaan penyair dalam sajak tersebut.


[2 markah]
(ii) Pada rangkap 2, anak-anak penyair telah melupakan jasa ibu bapa sehingga ibu bapa berasa sedih

Pada pendapay anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 40
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Keadaan penyair dalam sajak:
P1 Kesepian 1
P2 Kesunyian 1
P3 Kesakitan 1
P4 Berasa diri tidak beerti 1

(ii) Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk


menggembirakan hati ibu bapa:
P1 Menziarahi ibu bapa 1
P2 Menjaga kebajikan ibu bapa 1
P3 Meraikan hati istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari 1
ulang tahun perkahwinan.
P4 Mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji 1
P5 Memberi wang / hadiah kepada ibu bapa 1

(iii) Dua pengajaran daripada sajak:


P1 Anak-anak mestilah bertanggungjawab menjaga ibu bapa agar 2
kehidupan akan diberkati Tuhan
P2 Anak-anak perlulah kerap menziarahi ibu bapa agar ibu bapa 2
sentiasa gembira
P3 Ibu bapa hendaklah mendoakan kebahagian anak-anak 2
supaya hidup mereka akan selamat
P4 Kita mestilah menjaga kebajikan ibu bapa agar ibu bapa tidak 2
terabai

Halaman 41
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2017 NEGERI PERLIS)


Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlelehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Dipetik daripada sajak Gelanggang


oleh Onn Malini,
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua sebab kita perlu mengelakkan perselisahan?
[2 markah]
(ii) Generasi muda bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab golongan ini dalam memastikan nama baik negara sentiasa
terpelihara?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]

Halaman 42
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sebab - sebab:
P1 pewaris yang menggalas amanah/tanggungjawab 1
P2 mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi 1
P3 memacu kejayaan demi maruah dan harga jati hari 1
P4 membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati 1

(ii) Tangggungjawab golongan muda


P1 mematuhi undang-undang negara 1
P2 memiliki semangat patriotik yang tinggi/jati diri teguh 1
P3 tidak memburuk-burukkan nama negara di media sosial/media 1
massa
P4 tidak melibatkan diri dalam aktiviti 1
keganasan/demonstrasi/rusuhan
P5 tidak membangkitkan isu sensitif antara kaum 1

(iii) Dua nilai:


P1 Nilai perpaduan (R1) 2
Huraian : Perpaduan antara kaum dapat mengelakkan
pertelingkahan/pergaduhan sesama sendiri.
P2 Nilai patriotisme (R2) 2
Huraian :Pendekar-pendekar terdahulu berjuang menuntut
kemerdekaan dengan keringat dan air mata.
P3 Nilai keberanian (R3) 2
Huraian : Penyajak mengatakan bahawa pemimpin negara
harus berani berjuang menangkis tohmahan pihak luar
P4 Nilai bertanggungjawab (R5) 2
Huraian : Penyajak menyeru masyarakat agar
bertanggungjawab memacu kecemerlangan negara sehingga
menjadi negara yang harmoni dan dihormati

Halaman 43