Pada 28 Julai Khamis seramai 17 orang murid-murid PPKI SKDAB telah mengikuti
terapi air kali pertama bagi tahun 2016. Seramai 8 orang guru dan 3 orang PPM
juga turut bersama-sama murid mengikuti aktiviti ini. Seorang jurulatih renang
(sukarelawan) juga turut membantu sepanjang aktiviti terapi dijalankan.
Semua murid berasa teruja dan seronok keluar untuk sesi terapi yang pertama ini.
Selepas bersarapan pagi, kami bertolak ke Kolam Renang DBKL Desa Tasik
dengan menaiki bas. Murid-murid telah diagihkan kepada seorang guru / PPM
untuk menjaga keselamatan / kebajikan dan kawalan disiplin sepanjang sesi
terapi dijalankan.
Aktiviti terapi berjalan dengan lancar dan baik. Keadaan kolam juga tidak sibuk
dan tidak ramai pengguna awam menggunakan kemudahan kolam itu.
Disebabkan sesi terapi air sudah lama terhenti/ ditangguhkan dengan arahan
KPM (cuaca panas melampau) , ramai murid-murid lama kembali fobia dengan
air. Guru-guru serta PPM perlu memujuk dan menyakinkan murid supaya berani
untuk turun ke kolam dalam dengan bantuan peralatan yang dibawa seperti
noodles dan papan terapung.
Murid-murid yang baru dan kali pertama mengikuti terapi air ini telah dibimbing
guru bermain-main di kolam cetek. Jurulatih baru yang menggantikan En.
Cheng juga tidak banyak membantu aktiviti terapi ini. Beliau masih kekok dan
belum mahir mengendalikan sesi terapi air bersama anak-anak istimewa.
KESIMPULAN
Aktiviti terapi air kali pertama ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan
selamat. Murid-murid juga seronok dan sentiasa memberi kerjasama serta patuh
kepada arahan guru, PPM serta jurulatih sepanjang sesi terapi dijalankan.
Semoga aktiviti terapi air ini akan dapat diteruskan agar dapat mengurangkan
aquafobia murid serta keyakinan diri dapat ditingkatkan.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
SENARAI NAMA KEHADIRAN GURU & PPM UNTUK AKTIVITI TERAPI AIR
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PEMBELAJARAN SK DATO ABU BAKAR