Anda di halaman 1dari 3
SENARAI KANDUNGAN 1. LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2017 2. KEPUTUSAN RASMI *KEPUTUSAN KESELURUHAN *KEPUTUSAN ACARA AKHIR PADANG
SENARAI KANDUNGAN
1. LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2017
2. KEPUTUSAN RASMI
*KEPUTUSAN KESELURUHAN
*KEPUTUSAN ACARA AKHIR PADANG
*KEPUTUSAN PERBARISAN
*KEPUTUSAN PERTANDINGAN HIASAN KHEMAH
*OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI
3. BUKU PROGRAM KOT 2017
4. KERTAS CADANGAN KOT 2017
5. LAPORAN KEWANGAN
6. LAPORAN BERGAMBAR
7. LAMPIRAN
*BORANG – BORANG

LAPORAN DOKUMENTASI TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-17/2017

Pada hari Sabtu 08 April yang lepas, Sek. Keb. Seri Kepong telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-17 yang telah berlangsung dengan penuh jayanya. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu En. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman. Beberapa acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara telah dipecahkan kepada beberapa kategori termasuklah Pra Sekolah, PPKI, murid arus perdana dan acara jemputan khas. Acara sukantara, acara akhir padang dan raptai telah dijalankan pada hari sebelum berlangsungnya temasya sukan tersebut. Terdapat beberapa perubahan telah dilakukan pada temasya kali ini khususnya dalam acara-acara yang dipertandingkan. Temasya kali ini diselangselikan dengan acara sukaneka bagi setiap kelas dan tahap tertentu. Ini telah menambahkan lagi kemeriahan temasya sukan yang diadakan pada kali ini.

Peserta berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di dewan sekolah. Senaman ringan atau ‘warm-up’ tidak dilupakan sebelum perbarisan masuk padang. Tetamu-tetamu khas disambut dengan meriahnya. Pada jam 8.30 pagi, acara dimulakan dengan perbarisan masuk dan tabik hormat dari kontinjen rumah yang mengambil bahagian mengikut turutan yang telah dirancang sebelum ini. Murid –murid yang terlibat dalam perbarisan kelihatan begitu segak menggayakan kostum masing-masing seterusnya memperlihatkan kesungguhan dan semangat dalam acara perbarisan tersebut. Semua peserta berkumpul di tengah padang mengikut rumah masing-masing untuk bacaan ikrar sukan yang diterajui oleh adik Muhammad Afif Falihin bin Mohd Mizam dari kelas 6 Arif. Aturcara diteruskan dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Sobri bin Hj. Ramli kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh En. Eu Teng Huat selaku Guru Besar SK. Seri Kepong. Selepas itu tibalah giliran En. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman selaku Pegawai Unit Kokurikulum JPWPKL memberi ucapan seterusnya merasmikan temasya sukan bagi kali ke 17. Bagi menghargai kesudian En. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman hadir dan merasmikan temasya pada kali ini, pihak penganjur telah menjemput beliau untuk menerima sedikit cenderahati daripada Guru Besar iaitu En. Eu Teng Huat.

Bagi memeriahkan lagi temasya sukan pada tahun ini, pihak penganjur juga telah mengadakan senamrobik yang diseliakan oleh Jurulatih kecergasan, Zin Khalid. Semua hadirin menyertai acara senamrobik tersebut termasuklah En. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman. Secara rasionalnya, acara ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim dikalangan semua guru dan ibubapa yang hadir di samping mendedahkan murid tentang sesuatu benda yang baharu amnya dan secara khususnya supaya murid tidak terlibat dengan acara larian dapat menyumbang atau melibatkan diri dalam temasya pada kali ini.

Pada jam 9.30 pagi, En. Mohd Fadzil bin Abdul Rahman dengan diiringi oleh YDP PIBG dan Tuan Guru Besar diberikan mandat bagi menekan ‘air horn’ untuk melepaskan peserta acara pertama iaitu 80 meter PPKI. Ini adalah sebagai simbolik ataupun tanda bahawa temasya sukan yang ditunggu-tunggu telah pun bermula. Seterusnya diikuti acara- acara seperti yang telah dirancangkan. Secara terperinci acara-acara tersebut boleh dilihat dalam buku aturcara atau buku program.

Selepas itu temasya diteruskan lagi dengan acara jemputan sekolah. Pada kali ini, sebuah sekolah telah dapat meluangkan masa memenuhi jemputan tersebut iaitu Sek. Jenis Keb. Kepong (3). Mereka telah menghantar dua pasukan, setiap satu mewakili kategori 4 X 100m ( lelaki ) dan 4 X 100m ( perempuan ). Dua buah sekolah lagi, iaitu Sek. Keb. Kepong Baru dan Sek. Jenis Keb. Taman Edinburgh tidak dapat menghantar peserta atas sebab kecemasan. Pasukan sekolah kita telah menghantar dua pasukan masing-masing mewakili satu pasukan bagi setiap kategori. Bagi kategori lelaki, sekolah kita telah mendapat tempat kedua. Bagi acara 4 x 100m kategori ( perempuan ) sekolah kita mendapat tempat kedua.

Pihak penganjur juga telah mengadakan acara khas khusus untuk semua guru dan ibu bapa serta bekas murid sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang dipertandingkan ialah acara stesyen iaitu lari mengundur kemudian lari dalam guni seterusnya lari sambil bawa bola dengan gelung seterusnya berlari sejauh 20 meter ke garisan penamat bagi kategori bapa dan guru lelaki manakala lari sejauh 10 meter kemudian lari dalam guni seterusnya bawa bola dengan gelung dan akhir sekali berlari sejauh 20 meter ke garisan penamat bagi kategori ibu dan guru perempuan. Acara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ibubapa dan guru. Bagi acara bekas murid pula diadakan acara larian sejauh 50 meter bagi lelaki dan perempuan.

Penyampaian hadiah telah diselangselikan dengan acara-acara yang dipertandingkan supaya tidak berlaku kekalutan dan kelewatan di majlis penutup. Penyampaian hadiah yang kemuncak ataupun akhir dimulakan pada pukul 1.00 petang. Piala pusingan johan perbarisan, johan keseluruhan, olahragawan dan olahragawati telah berada pada tangan pemiliknya. Dengan itu maka berakhirlah temasya Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 17. Majlis bersurai pada jam 1.45 petang

Sekalung tahniah kepada para pemenang dan pihak penganjur merakamkan sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan temasya pada kali ini secara langsung mahu pun tidak langsung. Terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menyumbang dari sudut kewangan, sumbangan piala, hadiah dan hamper serta tenaga yang diberikan bagi menjayakan temasya pada kali ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada para ibubapa di atas sokongan moral yang diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sekian laporan saya. Jazakallahu khoiran kathiro.

Yang Menjalankan Tugas,

…………………………………………………. AHMADI ABIDIN BINMUHAMMAD JK Dokumentasi Sukan Tahunan kali ke - 17

**SILA RUJUK KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN, LAPORAN BERGAMBAR DAN LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN.