Anda di halaman 1dari 11

Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan Kerja Guru Di SM Teknik

Kluang

Faridah Bte Md. Pungot,


Noridah Bte Ramlan @ Rohan,
Siti Rahmah Bte Mohamed
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak
Artikel ini membincangkan perkaitan antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan yang
dijalankan oleh pihak pengurusan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan melihat sama ada
kekerapan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah mempunyai hubung kait dengan
kecemerlangan prestasi kerja guru. Kajian ini berbentuk penerokaan analitikal dengan tinjauan yang
dilakukan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada Guru
Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia yang telah menjalankan pemantauan dan penyeliaan
terhadap guru-guru dibawah seliaan mereka. Seramai 100 orang guru dari SM Teknik Kluang telah
terlibat dalam kajian ini. Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik jenis tertutup dan
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A yang mewakili aspek demografi responden dan bahagian B
yang berkaitan dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran , profesionalisme guru , penyeliaan nota , latihan serta sikap dan sahsiah guru. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa penyeliaan adalah salah satu penyebab perubahan guru terhadap profesion
mereka kerana dengan adanya penyeliaan akan mendorong guru mencari sesuatu kelainanyang hendak
ditonjolkan sama ada dari segi perwatakan yang positif mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik dan berkesan kepada para pelajar.

PENGENALAN

Dewasa ini, profesion perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana peranannya yang
begitu signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Ini bermakna profesion perguruan yang
berkualiti mampu menjana dan mengubah paradigma serta perilaku mereka. Lantaran itu, profesion
perguruan yang mantap dan berkesan perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memartabatkannya bukan
sekadar fatamorgana malahan merupakan suatu realiti.
Sesungguhnya, kita patut mengakui keperluan tahap pendidikan yang berkualiti semakin
ketara. Desakan daripada perubahan dalam pembentukan tamadun yang semakin canggih menjadi
asas berlakuknya fenomena ini. Guru-guru seharusnya sedar akan hakikat tuntutan itu dan bersedia
menyahut cabaran-cabaran ke arah memartabatkan profesion perguruan di negara ini. Warga
pendidik perlu menggembleng sepenuh tenaga dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam
mencapai hasrat itu. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Muka surat 1/11


Di sinilah, letaknya peranan dan kecemerlangan guru dalam memastikan kecemerlangan
pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan. Justeru, penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah
amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan. Penyeliaan akan dapat
membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaraan dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja
yang cemerlang. Secara tidak langsung penyeliaan turut membantu guru membina kemahiran dalam
perancangan pengajaran dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar. Hakikatnya, penyeliaan secara berterusan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
memperbaiki kelemahan guru dalam proses pengajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubung kait
antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Kanan
Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia.

LATAR BELAKANG MASALAH


Seliaan ialah fungsi yang kritikal dalam kepemimpinan pengajaran guru. Menurut Glickman
(1985) dan Duke (1987), penyeliaan merupakan the glue of a successful school. Penyeliaan pengajaran
(instructional supervision) yang dijalankan secara bersama dengan guru ialah kunci kepada keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah.
Penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan
profesionalisme para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk memperbaiki atau
memajukan lagi kualiti pengajaran guru serta memperbaiki kelemahan mereka. Untuk berbuat demikian,
adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia sebagai pemimpin
pengajaran menjalankan penyeliaan atau pencerapan bercorak klinikal, sokongan, membina sama ada
secara formal atau tidak formal (development) dan formatif.
Sekiranya penyeliaan terhadap guru dibuat secara sistematik dan bermakna, prestasi pengajaran
dapat dipertingkatkan. Mengikut pendapat Neidermeyer (1987) pula, penyeliaan yang difokuskan kepada
pencapaian pelajar, iaitu hasilan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama serta bukan berfokuskan
kepada proses, boleh meningkatkan hasil pembelajaran pelajar, Justeru itu, kesan tingkah laku guru
terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat juga dipertingkatkan. Ini melibatkan kebolehan
mengdiagnosis masalah pendidikan, membantu guru untuk memajukan kecekapan atau amalan mereka
dalam melaksanakan pengajaran dan penyeliaan yang berkesan sama ada dalam bentuk umum atau
klinikal. Menurut Martin ct.al. (1976) yang telah mengkaji keberkesanan penyeliaan, melaporkan bahawa
guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat (goal-related) telah mengubah
tingkah laku mereka secara positif.

PERNYATAAN MASALAH

Tinjauan ini untuk melihat sama ada kekerapan penyeliaan dan pencerapan yang dijalankan oleh
pihak pengurusan sekolah mempunyai hubung kait dengan kecemerlangan prestasi kerja guru.
Pengurusan yang berkesan jelas terbukti mampu menjana kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Justeru, pengetua selaku pemimpin pengajaran di setiap sekolah memainkan peranan dalam memberi
empowerment kepada guru-guru sebagai perkara utama yang dikenal pasti mendatangkan
keberkesanan (Sagor, 1992). Ini membantu usaha para guru dalam menyediakan dan melaksanakan
serta menyumbang ke arah keberkesanan program pendidikan untuk para pelajar di sekolah. Dengan
cara ini idea-idea baru dapat dikemukakan seperti matlamat pengajaran, keberkesanan inovasi dan
mewujudkan penambahbaikan.
Oleh itu, kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada penyeliaan atau pencerapan yang
dijalankan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia terhadap guru-guru di SM Teknik
Kluang, Johor. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum
pengajaran, penilaian serta juga hubungan manusia, menyumbang kepada kecekapan menyelia. Justeru,
sekolah perlu diurus dan diselia melalui elemen-elemen penyeliaan, pemantauan, pencerapan,
pemerhatian, kawalan, pengajaran dan pembelajaran. Pihak pengurusan sekolah perlu mengambil kira
elemen-elemen subordinat, rakan sejawat, sikap, sahsiah dan profesionalisme warga sekolah.
Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan pengurusan sekolah yang
sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid, keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses
pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas, peningkatan
kebolehan, sahsiah dan profesionalisme serta pengamalan ciri-ciri kecemerlangan kerja guru perlu diberi
perhatian oleh pihak pengurusan sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Muka surat 2/11


Secara khusus objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenal pasti hubung kait antara kecemerlangan kerja guru dengan penyeliaan
pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel
dan Ketua Panitia.
1.4.2 Memastikan pengetahuan guru dan tahap profesionalisme keguruan dalam bidang
masing-masing.
1.4.3 Menilai kualiti kecemerlangan kerja guru terhadap penyeliaan buku nota dan latihan
pelajar.

RASIONAL KAJIAN
Dari segi ilmiah, tinjauan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengenal pasti ciri-
ciri penyeliaan yang berkesan sebagai satu amalan dalam pengurusan sekolah. Kecemerlangan guru turut
dipengaruhi oleh penyeliaan secara berterusan oleh pihak pengurusan. Keberkesanan penyeliaan pihak
pengurusan dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan prestasi kerja guru.
Dai segi gunaan, tinjauan ini dapat mengesan dan memperlihatkan kepentingan amalan
penyeliaan oleh pihak pengurusan dalam memastikan kecemerlangan kerja guru. Kejayaan penyeliaan
pihak pengurusan terhadap guru bergantung kepada peranan guru dalam meningkatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran serta memupuk nilai murni dan sikap positif di kalangan pelajar. Malah, kecemerlangan kerja
guru dapat dipertingkatkan apabila guru menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dan sentiasa
membuat perancangan serta menguasai subjek pengajaran.
Melalui kajian ini, dapat memperlihatkan sejauhmanakah penyeliaan pihak pengurusan secara
berterusan dapat memberi kesan terhadap kecemerlangan prestasi kerja guru. Hasil kajian ini diharapkan
dapat membantu pihak pengurusan sekolah, meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme guru dan
seterusnya pelajar. Diharapkan juga, tinjauan ini akan menjadi panduan asas kepada sekolah-sekolah
dalam negeri Johor khususnya untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi kerja guru.

KEKANGAN KAJIAN
Kajian ini hanya dijalankan di kalangan Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia
di Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor. Kajian ini tidak melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan 1
kerana kesibukan tugas di pejabat menghalang mereka melakukan penyeliaan dengan kerap. Kebanyakan
proses penyeliaan dan pemantauan dilakukan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia
atas arahan pihak pengurusan sekolah.
Kumpulan sasaran kajian ini ialah Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia yang
dipilih secara rawak mudah. Sampel kajian ini berjumlah 100 responden iaitu terdiri daripada guru-guru
SM Teknik Kluang yang diselia sama ada oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel atau Ketua Panitia
daripada 4 bidang iaitu Bidang Teknik/Vokasional, Bidang Bahasa, Bidang Sains/Matematik dan Bidang
Sains Sosial/Kemanusiaan.
Kajian ini membuat andaian bahawa kecemerlangan dan profesionalisme guru dari segi motif
adalah disebabkan penyeliaan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia. Kajian ini
juga tidak mengawal faktor dari luar yang boleh mempengaruhi kecemerlangan seseorang guru seperti
beban tugas di luar proses pengajaran dan pembelajaran dan kursus yang dihadiri. Kajian ini juga tidak
dapat menentukan pengurusan masa yang baik dan kawalan kelas yang signifikan oleh guru semasa
penyeliaan Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia.

REKABENTUK KAJIAN
Menurut, Opperheim (1966) menyatakan bahawa fungsi reka bentuk kajian ialah untuk
membantu penyelidik mendapatkan jawapan yang jelas terhadap masalah yang bermakna yang dikajinya.
Kajian ini merupakan satu tinjauan dari aspek hubung kait antara kecemerlangan kerja guru dengan
proses penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
Kajian berbentuk penerokaan analitikal dan tinjauan dilakukan dengan menggunakan borang
soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat daripada Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan
Ketua Panitia yang telah menjalankan penyeliaan dan pemantauan terhadap guru-guru di bawah seliaan
mereka.

Muka surat 3/11


Dalam kajian ini, kadar penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pihak pengurusan
dikategorikan sebgai pembolehubah bebas, manakal aspek perancangan dan pelaksanaan P & P,
profesionalisme keguruan, buku nota dan latihan pelajar, sikap dan sahsiah guru dikategorikan sebagai
pembolehubah bersandar.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel yang sesuai dengan permasalahan kajian amat penting kerana merupakan
salah satu daripada faktor-faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan. Sampel
kajian terdiri daripada guru-guru yang telah diselia dan dicerap oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel
dan Ketua Panitia.
Seramai 100 orang guru SM Teknik Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini. Persampelan dibuat
secara rawak iaitu berdasarkan jumlah guru yang telah diselia oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel
dan Ketua Panitia. Mengikut pecahan seramai 18 diselia oleh Ketua Bidang, 30 diselia oleh
Ketua Bengkel dan 52 diselia oleh Ketua Panitia. Responden berdasarkan pecahan mengikut
jantina terdiri daripada 51 lelaki dan 49 perempuan

INSTRUMEN KAJIAN
Soal selidik yang digunakan dibina berdasarkan soal selidik jenis tertutup. Soal selidik ini
membolehkan maklumat daripada responden ditukar kepada data untuk ditafsirkan maknanya (Tuckman,
1998). Soal selidik di dalam kajian ini dikategorikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang
mewakili pelbagai aspek demografi responden yang diselia dan dipantau dan Bahagian B yang berkaitan
dengan lima jenis aspek (Lampiran 3). Aspek 1 berkaitan dengan perancangan P & P. Aspek 2
menyentuh tentang pelaksanaan P & P. Aspek 3 berkaitan dengan profesionalisme guru, Aspek 4
menyentuh penyeliaan nota dan latihan manakala Aspek 5 pula adalah berkaitan sikap dan sahsiah guru.
Menurut Syed Arabi (1993), soal selidik secara tertutup mempunyai lima kebaikan iaitu jawapan
yang diperoleh lebih piawai dan dapat dibandingkan antara satu sama lain. Ini adalah disebabkan jawapan
yang diberikan dalam pilihan adalah terhad. Kedua, jawapannya mudah untuk dianalisa kerana ia boleh
dimasukkan terus daripada soal selidik ke dalam komputer. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan
wang. Selain itu, secara relatifnya jawapan yang disampaikan adalah lebih lengkap, Di samping itu, jenis
soalan itu lebih menyenangkan responden kerana responden hanya dikehendaki memilih satu daripada
beberapa jawapan yang diberikan.
JPU soal selidik adalah seperti berikut
KATEGORI JUMLAH ITEM NO ITEM
Perancangan P & P 3x2 1, 2, 3, 4, 5, 6
Pelaksanaan P & P 3x2 1, 2, 3, 4, 5, 6
Profesionalisme Guru 3x2 1, 2, 3, 4, 5, 6
Penyeliaan nota/ latihan 3x2 1, 2, 3, 4, 5, 6
Sikap & Sahsiah guru 3x2 1, 2, 3, 4, 5, 6

ANALISA DATA

Pemprosesan dan penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical


Package For The Social Sciences (SPSS). Oleh itu, Skala Likert 5 poin digunakan untuk memperoleh
pendapat responden. Skala ini mempunyai 5 nilai skor yang mewakili penilaian seperti berikut : 1 =
Sangat Tidak setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju, dan 5 = Sangat Setuju. Latar belakang
responden dalam soal selidik akan dianalisa untuk mendapatkan taburan responden dari segi jantina,
tahun berkhidmat, bangsa, bidang, dan kelulusan akademik dan ikhtisas dengan menggunakan
perhitungan jumlah dan peratus. Penghitungan min dan sisihan piawai untuk setiap item dalam Bahagian
B soal selidik juga akan diadakan. Min dapat menentukan sama ada penglibatan responden terhadap item
itu mempunyai status sangat setuju atau sangat tidak setuju.

Muka surat 4/11


DATA DEMOGRAFI
Kesemua respondenn telah memberikan tindak balas terhadap soal selidik yang telah diberikan
kepada mereka . Jadual 4.1 menunjukkan ciri-ciri demografi responden yang terlibat dalam kajian ini.
Jadual 4.1 menunjukkan ciri-ciri jantina, bangsa dan penyeliaan dapat dikawal dengan memilih
responden yang telah ditetapkan dalam pemilihan sample tetapi bagi ciri tahun berkhidmat, bidang,
kelulusan akademik dan ikhtisas, jumlah penyeliaan, dan kursus yang dihadiri sukar dikawal kerana ia
bergantung kepada responden yang dipilih tadi.
Daripada kajian yang dijalankan kesemua responden pernah diselia oleh Guru Kanan Bidang,
Ketua Bengkel dan Ketua Panitia bidang masing-masing. Ini menujukkan bahawa proses penyeliaan dan
pencerapan dilakukan oleh Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel dan Ketua Panitia sebagai satu kaedah
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping meningkatkan
perkembangan profesionalsime guru. Melalui penyeliaan dan pencerapan ini diharapkan dapat
memperbaiki atau memajukan lagi kualiti pengajaran guru serta memperbaiki kelemahan ke arah
penambahbaikan.
Jadual 4.1 Ciri-ciri Demografi
Ciri-Ciri Demografi Kekerapan Peratus
Jantina
Lelaki
51 51.0
Perempuan 49 49.0
Tahun Berkhidmat
Kurang 5 tahun
37 37.0
5 hingga 10 tahun 26 26.0
37 37.0
Lebih 10 tahun
Bangsa
Melayu
85 85.0
Cina 12 12.0
3 3.0
India
Bidang
Teknik
Vokasional 29 29.0
29 29.0
Bahasa
14 14.0
Sains dan Matematik 26 26.0
2 2.0
Sains Sosial dan Kemanusiaan
Kelulusan Akademik Tertinggi
Sarjana
2 2.0
Diploma
13 13.0
Ijazah Sarjana Muda
74 74.0
Lain-lain
11 11.0

Muka surat 5/11


Kelulusan Ikhtisas
Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan 38 38.0
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 26 26.0
Diploma Perguruan 36 36.0
Lain-lain - -

Penyeliaan Oleh
Guru Kanan Bidang 18 18.0
Ketua Bengkel 30 30.0
Ketua Panitia 52 52.0

Bilangan Penyeliaan Setahun


Kurang 2 kali setahun
70 70.0
2 hingga 4 kali setahun
30 30.0
Lebih 4 kali setahun
- -

Bilangan Kursus
Kurang 2 kali setahun
2 hingga 4 kali setahun 70 70.0
Lebih 4 kali setahun 14 14.0
16 16.0

DAPATAN KAJIAN

Taburan Responden Berdasarkan Item


Min dan Sisihan Piawai

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran


Berdasarkan jadual di bawah, min bagi semua item yang dikemukakan adalah 4.00 ke atas. Ini
menunjukkan responden mempunyai persepsi yang amat baik terhadap persediaan perancangan yang
dilakukan oleh guru. Kemahiran guru menguasai isi kandungan pelajaran dalam membuat perancangan
pengajaran dan pembelajaran men dapat min tertinggi iaitu 4.24, manakala min terendah ialah
penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Min Sisihan Piawai

1. Objektif eksplisit 4.22 0.596


2. Menguasai isi pelajaran 4.24 0.698
3. Strategi yang sesuai 4.12 0.742
4. Aplikasi alat Bantu mengajar 4.07 0.700
5. Penggunaan bahan yang mudah 4.11 0.634
6. Sesuai dengan tahap pelajar 4.08 0.692

Muka surat 6/11


Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagaimana dapatan dari rancangan pengajaran dan pembelajaran, kajian terhadap
pelaksanaannya juga mendapat pandangan yang positif . Berdasarkan taburan min bagi setiap item
membuktikan bahawa guru sentiasa bersedia untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan terutamanya
dari segi kesediaan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu bidang yang disampaikan. Item ini iaitu item 3
menunjukkan min yang tertinggi iaitu 4.34, manakala guru perlu berusaha untuk mencari kaedah yang
paling berkesan untuk menarik minat pelajar untuk belajar dengan mempertingkatkan situasi
pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan pembelajaran.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Min Sisihan Piawai

1. Menarik minat 4.09 0.712


2. Objektif tercapai 4.14 0.752
3. Berpengetahuan tentang isi pelajaran 4.34 0.670
4. Adanya aktiviti pengukuhan 4.14 0.697
5. Suasana pembelajaran yang kondusif 4.09 0.653
6. Kawalan kelas yang baik 4.12 0.671

Profesionalisme Guru
Responden juga menyokong komitmen guru terhadap profesion keguruan di mana min
diperolehi adalah tinggi iaitu antara 4.31 hingga 4.17. Min yang tertinggi ialah kesediaan guru untuk
membantu serta membimbing pelajar dalam pelajaran mereka. Sikap ini merupakan antara cirri-ciri
kecemerlangan seorang pendidik yang tidak pernah mengenal erti jemu demi melihat kejayaan anak-anak
didik mereka.

Profesionalisme guru Min Sisihan Piawai

1. Kesediaan membimbing 4.31 0.677


2. Menghidupkan suasana 4.17 0.682
3. Memberi maklum balas yang sesuai positif 4.17 0.667
4. Kemahiran mendengar yang baik 4.24 0.622
5. Komunikasi berkesan 4.19 0.662
6. Kemahiran menyoal 4.17 0.652

Penyeliaan nota/latihan pelajar


Dapatan kajian dari kumpulan item keempat dalam bahagian B ini menunjukkan sedikit
perbezaan di antara kumpulan item yang lain. Ternyata responden menyokong bahawa guru memberi
latihan yang bersesuaian kepada pelajar di mana min yang tertinggi di dalam item ini ialah latihan yang
diberikan sesuai dengan objektif yang telah ditetapkan. Tetapi terdapat juga min yang nilainya kurang
dari 4.00 iaitu pada item pertama di mana min 3.92 dan item enam iaitu 3.90.

Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru amat perihatin dengan bentuk-bentuk latihan
yang diberikan, tetapi dalam masa yang sama kurang memberi perhatian kepada kuantiti atau jumlah
latihan serta tidak menitikberatkan kepada penandaan latihan yang telah diberikan kepada pelajar.

Penyeliaan nota/latihan pelajar Min Sisihan Piawai

Muka surat 7/11


1. Latihan yang mencukupi 3.92 0.825
2. Latihan sesuai dengan kebolehan pelajar 4.01 0.674
3. Latihan sesuai dengan objektif 4.18 0.672
4. Nota mudah difahami 4.08 0.646
5. Ulasan guru spesifik 4.07 0.671
6. Menghantar latihan tepat pada masa 3.90 0.785

Sikap dan sahsiah Guru

Penampilan guru amat penting untuk menjadi cermin kepada pelajar. Ini adalah antara konsep yang
ternyata diamalkan oleh guru-guru di sekolah yang terlibat. Dari pemerhatian kajian mendapati bahawa
item ini mencapai min antara 4.32 hingga 4.45. Tidak terdapat perbezaan yang ketara terhadap sikap dan
sahsiah guru. Ini juga membuktikan bahawa pentingnya penyeliaan dijalankan untuk membantu guru
meningkatkan kecemerlangan mereka dari semua aspek dalam kerjaya mereka.

Sikap dan sahsiah guru Min Sisihan Piawai

1. Berpakaian kemas dan sesuai 4.45 0.657


2. Bersopan santun 4.43 0.640
3. Berkeyakinan yang tinggi 4.43 0.640
4. Bersikap positif 4.40 0.667
5. Perihatin terhadap murid 4.32 0.723
6. Berdedikasi 4.44 0.686

Kesimpulan

Secara keseluruhan dari dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penyeliaan adalah salah satu
dari penyebab perubahan guru terhadap profesion mereka kerana dengan adanya penyeliaan akan
mendorong guru mencari sesuatu kelainan yang hendak ditonjolkan sama ada dari segi perwatakan yang
positif mahupun anjakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan kepada
para pelajar.
Dengan dapatan min terendah dari keseluruhan item yang dikemukakan iaitu 3.90 hingga min yang
tertinggi iaitu 4.45 adalah merupakan dapatan dan persepsi yang amat baik dari responden. Penyeliaan
seharusnya diteruskan untuk memastikan pelanggan kita iaitu para pelajar mendapat input yang
maksimum hasil dari pengajran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru yang cemerlang dari
segala segi dan pengkhususan bidang dalam kerjaya perguruan mereka.

RUMUSAN DAPATAN
Hasil Kajian ini mendapati bahawa kecemerlangan kerja guru ada kaitan dengan proses
penyeliaan dan pencerapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, kadar penyeliaan
yang tinggi dapat meningkatkan lagi prestasi akademik di sekolah. Justeru, penyeliaan dan pencerapan
oleh pihak pengurusan amat perlu dan telus dalam memastikan kecemerlangan kerja guru. Malah,
penyeliaan dan pencerapan oleh pihak pengurusan akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
memperbaiki kelemahan dalam proses pengajaran
Latar belakang guru yang mempunyai kelulusan yang diiktiraf dari segi akademik dan kelulusan
ikhtisas yang melayakkan mereka menyandang jawatan sebagai pendidik turut membantu ke arah

Muka surat 8/11


kecemerlangan kerja guru. Di samping itu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang atau mata
pelajaran tertentu turut membantu guru menguasai mata pelajaran yang diajar serta menarik minat pelajar
untuk belajar.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan berterusan oleh pihak pengurusan dapat
membantu guru membina kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
serta menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran. Jelas, menunjukkan bahawa guru-guru sentiasa
menunjukkan prestasi kerja yang baik walaupun kurang diselia, walaupun penyeliaan yang kerap akan
menjejaskan kredibiliti guru semasa bertugas
Walaupun, guru terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab, unit beruniform
dan sukan serta permainan, tetapi guru tetap memberi keutamaan kepada akauntabiliti mereka iaitu
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jelas bahawa, kejayaan penyeliaan terhadap guru turut
dipengaruhi oleh peranan guru dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai
murni dan sikap positif di kalangan pelajar.
Kajian menunjukkan kecemerlangan guru dapat dipertingkatkan apabila guru menggunakan
strategi pengajaran yang sesuai dan sentiasa membuat perancangan serta menguasi subjek pengajaran.
Malah peranan penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah turut membantu meningkatkan kecemerlangan
dan profesionalisme guru serta pelajar.
PENUTUP
Penyeliaan merupakan satu daripada tugas rutin dalam bidang kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah. Penyeliaan pengajaran yang dijalankan secara bersama dengan guru ialah kunci kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah. Ini berdasarkan hakikat
bahwa guru yang terlibat dalam amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat biasanya akan mengubah
tingkah laku mereka secara positif. Dalam konteks ini, penyeliaan pihak pengurusan terhadap pihak yang
diselia iaitu guru merupakan satu usaha ke arah ,meningkatkan kebolehan warga pendidik menghadapi
cabaran dunia pendidikan dalam era globalisasi.

Muka surat 9/11


BIBLIOGRAFI
A.L Ramaiah, (1992). Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya
: IBS Buku Sdn Bhd.
Ajzen, I & Fisbein M., (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social
Behavior. New York : Prentice Hall Inc.
Boardman. C.W. Douglas, H. R. dan Bent, R. K., (1953). Democratic
Supervision in Secondary Schools. Cambride, Mass : Houghton-Mifflin.
Casio, W.F., (1987). Applied Psychology in Personnel Management. New
Jersey :Prentice Hall Inc.
Daft, R. L., (1997) Management, 4th. Ed. The Dryden Press
Etzioni, A., (1961). A Comparative Analysis of Complex Organization. New
York : Free Pres.
Etzioni, A., (1964). Terjemahan Maisarah Mat Dum, (1979). Organisasi
Moden, Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Eye, Netzer dan Krey, (1971), dalam Ramaiah, AL (1979). Kepimpinan
Pendidikan, IBS Buku Sdn. Bhd.
Herberg, F., (1957). The Managerial Choice : To be Efficient and To Human.
Salt Lake City : Olympia Publishing.
Kamus Dewan, (1993). Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koontz, H., dan Weihrich, H., (1975). Pengurusan. Terjemahan Mohd Salmi
Mohd Sohod dan rakan, (1977). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Milkovoich G.T & Boudreau J.W., (1991). Human Resourse Management,
Boston. Irwin.
Stephen Issaac & William B. Michael, (1981). Handbook In Reaserch And
Evaluation. California : EdiTS Publishers.
Surat Pekeliling Khas dalam Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin (1993),
Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, kuala Lumpur : Nurin
Enterprise.
Vardman & Halterman, (1969). Management and Organization. Houghton
Mufflin Company.

Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin. Dasar Pendidikan Kebangsaan Ke Arah


Pemantapan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara, Selaras Dengan
Tuntutan Wawasan 2020. Seminar Pendidikkan, UKM, 193

Muka surat 10/11


Muka surat 11/11

Anda mungkin juga menyukai