Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH

Nama : Mohamad Fadli Bin Omar


Sekolah : SK Seri Kenanga,Johor Bahru

A. Maklumat daripada Buku Rekod Mengajar/ e-Rekod

Tarikh : 7 Mac 2017


Waktu : 8:30 9:30 pagi
Tingkatan/ Kelas : 5 Cemerlang
Tajuk PdP : Tayamum

Objektif PdP : 1. Murid dapat membaca pengertian dan memahami konsep Tayamum.
2. Murid dapat menyenaraikan rukun Tayamum

Refleksi PdP ( Salin daripada BRM/e-Rekod)

28 /30 orang murid dapat membaca pengertian dan konsep Tayamum dengan betul. 6 orang murid
tidak dapat membaca mengikut tanda baca yang betul dan melengkapkan pengumuman dengan betul.
2 orang murid tidak hadir ke sekolah pada hari ini

B. Pelaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah :-

Dua aktiviti telah dicadangkan bagi mengesan masalah dalam sesi pembelajaran. Aktiviti pertama akan
melibatkan murid membaca pengertian Tayamum. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan murid
terlibat dalam sesi simulasi.

1) Membaca pengertian

Guru memaparkan perngertian Tayamum pada papan layar di hadapan kelas. Guru memilih beberapa
orang murid secara rawak untuk membaca pengertian Tayamum

Murid diminta membaca secara perlahan supaya dapat memahami maksud pengertian yang dibaca.
Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid. Mengenalpasti murid yang lemah dalam
penguasaan jawi.
2) Aktiviti Simulasi TAYAMUM

Guru menerangkan cara pelaksanaan Tayamum dan murid-murid diminta untuk mengingati
aliran pelaksanaan Tayamum yang akan dilakukan. Guru memberi tunjuk ajar kepada murid tentang
cara pelaksanaan Tayamum.

Guru meminta murid melakukan simulasi yang sama seperti yang dilakukan oleh guru. Guru
membetulkan perlakuan murid yang melakukan kesilapan dalam pelaksanaan Tayamum. Kesemua 28
oang murid dapat melakukan simulasi Tayamum dengan dipantau oleh guru.

Murid seronok dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat pula melakukannya secara
realiti.

C. Hasil pelaksanaan tindakan ini ialah


1) Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan semua
murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan
murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru
sepanjang aktivti dijalankan.

2) Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru dapat
mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta
kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

3) Berdasarkan pemerhatian, aktiviti simulasi berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid
kelihatan lebih memahami konsep satu-satu tajuk dengan cara ini. Hampir semua murid dapat
melakukan simulasi Tayamum dengan begitu cepat dan betul. Murid juga gembira dan seronok
semasa aktiviti dijalankan