Anda di halaman 1dari 11

~SEJARAH BATIK~

Batik merupakan satu bidang kraftangan yg unggul di Malaysia. Sejak

abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik


tradisional.Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang
sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita
khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari
Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ' tik ' yang bermaksud menitik
atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna
atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi
telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang
perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif pada BATIK


Motif ialah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau
menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama
iaitu Motif Organik dan Motif Geometri yang berunsurkan alam semula jadi seperti
awan larat, tumbuh-tumbuhan bunga-bungaan dan haiwan.

CONTOH MOTIF ORGANIK


~ Motif ayam
~ Motif bunga buluh
~ Motif bunga kerak nasi
~ Motif bunga kotak bercampur
~ Motif bunga orkid
~ Motif bunga raya
~ Motif daun sireh
~ Motif pucuk rebung
~ Motif rama-rama
~ Motif siput

CONTOH MOTIF GEOMETRI


~ Motif pucuk rebung
~ Motif bunga kotak bercampur

FUNGSI BATIK DIMENSI BARU


Pada masa kini, batik dimensi baru berkembang mengikut perkembangan semasa dari segi
motif-motif batik, teknik, dan proses membatik serta penggunaan warna dan kain. Penggunaan
batik dimensi baru adalah luas dan batik ini digunakan hampir meliputi semua bidang dalam
kahidupan. Antara fungsinya termasuklah:

~ perhiasan bilik : langsir, kusyen, pengadang ruang, alas meja dan kerusi,tudung
lampu, hiasan dinding, lukisan batik

~ kelengkapan ruang tamu dan bilik tidur : alas meja, sarung bantal, pengadang ruang,
cadar

~ aksesori : cenderamata, bekas tisu, payung, bekas serba guna

~ perhiasan diri : tas tangan, tali leher, sapu tangan, skaf, dompet
CORAK BATIK DIMENSI BARU
PENGGUNAAN BATIK DIMENSI BARU..
kasut

fesyen baju
bekas tisu
langsir

Kipas
tali leher
Payung
tas tangan