Anda di halaman 1dari 12

Megat terapkan batik dalam rekaan urban

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep


mshaiful@bh.com.my | https://www.bharian.com.my/node/133795

Selasa, 15 March 2016 | 12:05am

CORAK batik pernah menjadi aliran utama, malah merangkul pelbagai anugerah.
Keunikan coraknya memukau, menawan mata penonton ketika pertunjukan fesyen.

itu, pemakaiannya dalam kehidupan seharian makin tersebar dan ramai mula
menjadikan batik sebagai pilihan, pada pakaian mahupun seluar serta aksesori lain.

Corak batik ternyata masih diminati dan tidak hairanlah sehingga kini, industri
batik terus berkembang, hinggakan ramai pereka fesyen menjadikannya sebagai
motif corak utama lalu memasarkannya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Namun masih ada menganggap corak batik ketinggalan zaman, sebaliknya


mengangkat corak moden yang kononnya mengikuti peredaran semasa dan lebih
menonjolkan gaya serta personaliti tersendiri.

Hakikatnya, corak batik bukanlah seteruk disangkakan, malah ia mempunyai nilai


tersendiri. Bahkan, ia adalah tinggalan nenek moyang zaman dulu yang patut
dihargai dan dikekalkan.

PEMAKAIANNYA dalam kehidupan seharian makin tersebar dan ramai mula


menjadikan batik sebagai pilihan,

Ciri eksklusif

Pereka muda, Megat Faisal Mizan Ab Halim, 29, turut berminat mengangkat batik
dalam menghasilkan karya koleksi fesyen rekaannya. Koleksi rekaan baharu
ditampilkan mampu membuka persepsi golongan masa kini mengenai keagungan
corak batik yang menjadi kebanggaan sejak turun-temurun.

Lebih dikenali sebagai Megat, beliau meletakkan corak batik bagi koleksi kemeja
untuk lelaki dan seluar serta kardigan untuk wanita. Setiap helaian diketengahkan
mempunyai nilai dan kualiti tinggi menjadikannya tampak eksklusif.
Beliau berkata, corak batik urban menjadi pilihan kerana ia sesuai dipakai semua
golongan tidak mengira usia.

"Saya gabungkan corak batik lama dari negeri Pantai Timur dan luar negara seperti
Indonesia dengan corak batik baharu serta tekstur tiga dimensi (3D) maka
terhasillah gaya urban yang mengikuti peredaran fesyen masa kini.

"Saya bermain dengan potongan moden iaitu slim fit bagi menampakkan bentuk
badan yang menjadi kegemaran golongan lelaki zaman sekarang. Namun, sedikit
labuh pada bahagian belakang bagi menampakkan kelainan.

"Setakat ini, ada 10 rekaan kemeja berasaskan corak batik berbeza dan warna yang
boleh dipilih. Bukan itu saja, terdapat dua kardigan panjang dan pendek serta lima
seluar untuk wanita," katanya ketika ditemui FAMILI, baru-baru ini.

Sesuai untuk semua

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, jenama Megat Mizan tidak
memberi had kepada golongan tertentu. Malah, harga mampu milik ditawarkan
berbaloi dengan kualiti dihasilkan.

"Saya faham dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu saat ini, justeru harga
ditawarkan berpatutan, seiring kepuasan pemakai," katanya.

Megat berkata, material kain kapas yang digunakan pada kemeja lelaki, sesuai jika
dipakai ke pejabat kerana coraknya menarik, malahan tidak melanggar etika
pemakaian.

"Saya menggunakan kain kapas yang memberikan pengalaman memakai kemeja


sempurna buat lelaki dalam apa jua suasana. Tidak kira majlis makan malam,
tengah hari mahupun dipakai ke pejabat.

"Lazimnya, lelaki kurang mempunyai pilihan dalam koleksi baju kerja, asyik corak
belang, kotak dan satu warna saja. Kadangkala, buntu untuk memilih pakaian di
pagi hari. Justeru, saya berikan lelaki pilihan yang banyak untuk bergaya, supaya
gaya fesyen mereka seiring dengan wanita," katanya.
Tingkat industri batik

Megat berkata, pemilihan batik untuk corak pada koleksinya ada makna tersendiri
dan beliau mahu menaikkan kembali semangat orang ramai untuk memakai pakaian
bercorak batik.

"Semakin hari, orang makin melupakan batik dan tidak mustahil dalam 10 tahun
akan datang ia pupus begitu saja tanpa ada generasi memakainya lagi. Dengan
pembaharuan yang saya tampilkan, diharap batik terus diminati," katanya.

Beliau berkata, bagi memantapkan lagi hasil sentuhannya, beberapa kajian dan
pemerhatian dibuat supaya ia dapat memenuhi permintaan pasaran dan
mengetengahkan rekaan ke tahap seterusnya.

Baru saja melancarkan butik dalam talian, baru-baru ini Megat turut bercadang
mahu membuka butik fizikal supaya orang ramai dapat datang dan melihat sendiri
kualiti pakaian rekaannya.

"Setiap rekaan keluaran Megat Mizan eksklusif dan terhad. Buat masa ini, saya
sedang mencari butik vendor sesuai untuk mempamerkan rekaan terbaharu ini.
Harga koleksi pula sekitar RM100 hingga RM 150," katanya.

Kerjaya jurutera, fesyen diminati

Berkongsi minatnya yang mendalam dalam dunia fesyen, siapa sangka Megat
menceburi bidang kejuruteraan sebelum berjinak-jinak menghasilkan rekaan ketika
lebaran tahun lalu.

Beliau yang kini menjadi jurutera di syarikat popular di ibu kota, menjadikan dunia
fesyen sebagai pekerjaan keduanya ketika waktu lapang di samping melakukan
perkara digemarinya sejak usia remaja.

"Saya banyak mengikuti perkembangan fesyen dari pereka tersohor tanah air dan
dari situ, saya cuba untuk melakukan sesuatu yang baharu dengan melakar rekaan
di atas kertas lukisan jika ada masa lapang.
"Pada awalnya, saya hanya menghasilkan rekaan baju Melayu untuk ahli keluarga
ketika lebaran tahun lalu, namun rakan dan kenalan banyak memberi komen positif
terhadap rekaan dan mencadangkan supaya menceburi bidang fesyen. Sokongan
keluarga dan rakan banyak memberi kekuatan pada saya untuk menceburi bidang
fesyen, " katanya.

Popularkan kembali corak batik

3
Terdapat lebih 55 warna untuk koleksi selendang.
21 Jun 2017 4:00 PM | http://www.utusan.com.my/gaya-
hidup/fesyen/popularkan-kembali-corak-batik-1.495660

Lebaran pastinya ditunggu-tunggu setiap orang terutama kaum Hawa.

Selain sibuk menguruskan rumah, menyambut kedatangan saudara-mara


dan kenalan yang datang menziarah, mereka juga pasti mahu tampil
menarik dengan busana raya serba baharu.

Bagaikan pentas fesyen, pada hari tersebut, masing-masing melaram


dengan baju baharu selain menampilkan pelbagai gaya terkini.

Melihat kepada trend busana raya pada tahun ini, banyak jenama masih
mempertaruh warna-warna pastel sebagai elemen utama, serta
penggunaan perincian klasik seperti lipatan, ropol, dan tangan kembang
yang diketengahkan kembali bagi gaya raya 2017.

Tidak mahu ketinggalan mencipta fenomena yang tersendiri, Dewanie


melalui pengenalan koleksi Batik Series by Dewanie, memilih tema batik
sebagai kelainan dalam rekaan.

Pemilik jenama tersebut, Nor Syazwani Ismail, yang amat gemarkan


rekaan tradisional, mengambil kesempatan memeriahkan industri fesyen
tempatan dengan elemen corak batik yang jarang diketengahkan untuk
fesyen raya tahun ini.

Saya mencari fabrik sehingga ke Indonesia semata-mata untuk


mendapatkan fabrik batik terbaik dengan corak eksklusif sebagai nilai
tambah untuk koleksi Dewanie raya tahun ini.

Antara fabrik yang digunakan adalah dari jenis kain kapas, sutera satin,
dan sutera kapas yang berkualiti dan tidak mudah berkedut.

Dengan penerapan rekaan gabungan moden dan tradisi, ia sesuai dengan


cita rasa wanita masa kini, katanya.

Empat rekaan tersebut adalah Sarimah Kurung Moden yang mempunyai


potongan doll top kembang bersama kain potongan duyung, Zaiton Kurung
iaitu rekaan kurung moden dengan kain kipas belakang, Latifah Kurung
juga mempunyai potongan doll top kembang namun dipadankan dengan
kain lipat tengah, manakala Saadiah Kurung menampilkan potongan baju
kurung Kedah bersama kain lipat tengah.

Mementingkan perincian yang menarik, minimalis dan kelihatan kemas, Nor


Syazwani menampilkan beberapa keistimewaan seperti perincian bunga
renda tiga dimensi yang diimport dari Indonesia, serta rekaan tangan
kembang.

Bagi melengkapkan penampilan raya pelanggannya, jenama itu juga


memperkenal rekaan selendang panjang iaitu Camellia Shawl serta tiga
rekaan selendang tanpa pin, Roselle Flare Button Shawl, Hazel Flare
Button Shawl, dan Eva Flare Button Shawl.

Terdapat lebih 55 warna untuk koleksi selendang, antara perincian yang


ditampilkan adalah bunga renda tiga dimensi, aksesori charm, dan manik
dengan bentuk rama-rama sebagai hiasan minimalis pada selendang.

Garapan elemen moden kontemporari yang ditampilkan Dewanie tahun ini


pastinya menarik perhatian wanita pelbagai peringkat umur.
Koleksi-koleksi tersebut boleh didapati di butik Dewanie atau layari laman
sesawang www.dewaniescarf.com pada harga serendah RM279 hingga
RM299.
BHplus
Ahad, 8 Mei 2016 | 12:01am

CARI

SURAINI, menyiapkan tempahan pelangganya. - Foto Jeakqleyn Yacho

Kelainan batik rekaan Suriani


Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
bhnews@bh.com.my

Share

SURAINI Chiee. - Foto Jeakqleyn Yacho


BATIK Sarawak yang mengetengahkan kepelbagaian motif etnik dan
kekayaan alam semula jadi di Bumi Kenyalang menjadikannya cukup unik,
malah sama sekali berbeza dengan koleksi batik dari negeri lain.

Malah, setiap rekaan corak dihasilkan menampilkan motif berbeza-beza,


sekali gus menambahkan lagi daya tarikan Batik Sarawak, selain
menyerlahkan ketrampilan si pemakai.

Menyedari keunikan itu, Suriani Chiee, 26, menjadikan ia sebagai motif


dalam setiap rekaan tudung dan pakaian yang dihasilkannya.

Katanya, sebagai usahawan muda yang baru sahaja berjinak dalam bidang
perniagaan, dia harus mencari identiti tersendiri bagi memastikan produk
dihasilkan dikenali ramai, sekali gus menjadi imej untuk mempromosikan
rekaannya.

Beliau memilih Batik Sarawak sebagai motif dalam setiap rekaan tudung
mahupun pakaian kerana menyedari potensi dimiliki yang turut dikenali
dalam kalangan pelancong luar.

"Malah, keunikannya yang memiliki corak berbeza cukup sesuai dijadikan


sebagai daya penarik rekaan koleksi saya yang berkonsepkan moden
kontemporari," katanya ketika ditemui di butiknya di Bangunan Kolej
Komuniti Kuching, Petra Jaya.
SURAINI , yang dibantu oleh pembantunya lebih menghabiskan masa mereka di butik yang terletak di Bangunan

Kolej Komuniti Kuching bagi menyiapkan tempahan pelanggan mereka. - Foto Jeakqleyn Yacho

SURAINI, menerangkan jenis-jenis kain tudung yang terdapat di butiknya. - Foto Jeakqleyn Yacho
Pasaran hingga ke Semenanjung

Walaupun baru sahaja beroperasi empat bulan, rekaan tudung dan


pakaiannya dikenali dengan jenama SueJC yang didaftarkan di bawah
Syarikat Suriani JC Enterprise berjaya meraih pendapatan hingga
mencecah RM17,000.

Suriani berkata, dia sekali tidak menyangka mampu meraih pendapatan


lumayan dalam tempoh singkat memandangkan produk itu hanya
menggunakan laman sosial sebagai platform untuk memasarkan produk
keluarannya.

"Di peringkat awal perniagaan ini, saya hanya menggunakan media sosial
sebagai platform koleksinya. Dalam tempoh yang singkat, saya menerima
banyak permintaan bukan sahaja dalam negeri, malah menembusi pasaran
di Semenanjung.

"Permintaan tinggi ini didorong oleh keistimewaan tudung dan pakaian


dihasilkan yang mengetengahkan motif Batik Sarawak dalam setiap rekaan,
sekali gus menjadi tarikan kepada pelanggan, terutama dalam kalangan
pelancong luar," katanya yang berasal dari Kampung Manggut, Spaoh.

SURAINI, (kanan) bersama dengan pembantunya menunjukkan jenis corak tudung bawal yang terdapat di

butiknya. - Foto Jeakqleyn Yacho


Dapat sokongan padu

Suriani bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada


pelbagai pihak yang tampil memberikan semangat dan bantuan, termasuk
daripada agensi kerajaan.

Beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi
sokongan padu kepada usaha memajukan perniagaan ini, termasuk ahli
keluarga dan sahabat, selain agensi kerajaan seperti Perbadanan
Pembangunan Multimedia (MDeC).

Malah, pendedahan yang diberikan pihak terbabit membolehkan


kejayaannya diiktiraf, termasuk mendapat Anugerah Kecemerlangan e-
Usahawan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak 2016; Anugerah Wira Cyber e-
Usahawan Peringkat Negeri serta Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori
Fesyen dan Gaya Hidup (Peringkat Sijil).

Vakum elit batik couture


http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_0
2.htm

Mendapat perhatian menerusi kualiti batik couture yang dihasilkannya,


Jendela Batik kini semakin dikagumi. Salah satu projek terbarunya adalah
untuk Formula One.

JENDELA Batik menitik beratkan fabrik dan rekaan busananya.

SIAPA sangka batik Malaysia yang suatu ketika dulu hanya


menjadi pakaian basahan suri rumah atau kala wanita turun
ke bendang, mampu berdiri megah sebaris jenama-jenama
busana gah antarabangsa seperti Louis Vuitton, Celine, Christian Dior dan
Gucci?

Hari ini, pemikiran sedemikian sudah lapuk dan tidak boleh dipakai lagi.
Munculnya butik Jendela Batik, menangkis segala tanggapan negatif
tersebut. Malah, kehadiran dan kejayaan yang diraih butik ini secara tidak
langsung juga menggambarkan perkembangan positif industri fesyen
tempatan khususnya dan memberi dimensi baru pada fabrik batik couture.

Elemen Fesyen sempat bersama, Ketua Pegawai Operasi Jendela Batik,


Faisol Abdullah untuk mengintai lebih dekat kunci kejayaan butik ini dan
bagaimana ia bertahan mengharungi saat-saat getir dan cabaran dunia
perniagaan fesyen yang sangat pantas dan keras.

Merupakan orang yang bertanggungjawab di


atas perkembangan tersebut dan hingga
terbukanya butik di Star Hill, Faisol mengakui
bahawa kejayaan yang diperolehi itu tidak
datang bergolek tetapi memerlukan kerja
keras, pengorbanan dan minat yang
mendalam.

Beliau mengumpamakan fabrik berseni dan


indah itu sebagai satu objek yang hidup
bagaikan bernyawa.

Apa yang beliau maksudkan hidup ialah


daripada sehelai fabrik putih, yang kemudian
menjadi kain dengan rekaan motif indah hasil
daripada jiwa seni.
FAISOL ABDULLAH orang yang
bertanggungjawab membina nama Jendela Batik.
"Ini bukan kerja mudah. Mungkin bila orang
melihat kejayaan Jendela Batik dan butik yang
tersergam ini orang akan berkata mudah sekali untuk mencipta nama
dalam industri ini.
"Tapi orang tidak tahu pahit getir yang saya
lalui ketika merangkak membina jenama ini.
Malah, di peringkat permulaan saya sendiri
selalu tertanya-tanya apakah arah tuju saya
menghala ke arah yang betul?" pintas Faisol
dengan nada merendah apabila ditanya
pengalamannya membina jenama tersebut.

Melihat adanya butik-butik mewah seangkatan


yang gulung tikar, membuatkan beliau
bimbang. Adakalanya sehari suntuk beliau
memikirkan tentang bagaimana harus
membayar sewa butik untuk bulan akan
RINGKAS dan elegan. datang dan persoalan yang pasti bertandang,
cukupkah wang untuk membayar gaji pekerja?

Itu belum lagi memikirkan hal-hal pengisian butik, konsep dan tema untuk
musim-musim tertentu serta rekaan corak dan busana.

Tapi hari ini beliau bersyukur kerana Jendela Batik boleh berdiri sendiri di
tengah kepesatan perkembangan industri fesyen tanah air.
Dan ini menurut Faisol ada kaitan dengan konsep
dan corak yang meletakkan jenama ini ke tarafnya
yang tersendiri.

Konsep menyatukan kraf dan teknologi yang


beliau tekankan sejak daripada mula telah
memberi dimensi baru kepada dunia penciptaan
batik.

"Menghasilkan fabrik batik daripada pelbagai jenis


dan corak dan menggabungkannya dengan
teknologi canggih adalah impian arwah Datin Seri
Endon Mahmood juga," jelas Faisol mengenai
wanita tabah dan berani yang telah mendorongnya
untuk mengembangkan bakat dan mengabdikan
jiwa kepada genre seni yang amat mendalam di
jiwanya itu.

Sejak mula lagi, mereka selalu berbincang dan


sekata bahawa Jendela Batik mestilah lebih berani
dan punya imej serta konsepnya yang tersendiri.
Sedang jenama-jenama lain terus bersaing
menghasilkan rekaan untuk kelas bawahan dan
menengah, Faisol melihat ada ruang untuk
pasaran elit.

Menyedari akan kehadiran vakum ini maka beliau


menetapkan dengan begitu ketara sekali arah tuju
jenama ini.

"'Kerja gila!', kata sesetengah orang.


Memang suicidal," katanya ketawa, "Tapi saya
punya keyakinan tinggi bahawa inilah pasaran
yang harus saya fokuskan."
PELBAGAI dres dan gaun dari Jendela Batik menepati cita rasa golongan elit.

Barisan pelanggan Jendela Batik yang terdiri dari kalangan VVIP, elit dan
ketua-ketua kerajaan hari ini adalah testimoni kepada kenyataan Faisol itu.