Anda di halaman 1dari 4

DELTA - PROSES HIDUP HAIWAN DAN MASA

Pencerita / Pengacara: Hello, hello...hello.. Bertemu kita sekali lagi, bersama saya, MeeLeefah dan
rakan pengacara saya, TERKEBIL KEBIL dalam rancangan televisyen paling popular.. SEJAMMMMM
BERSAMAAAAA MELETOPZZZ KEBABOOM.... Pada hari ini kita cukup bertuah kerana tetamu yang
hadir pada petang ini cukup istimewa. Mereka didatangkan khas dari serata pelosok alam.

Tetamu: Ehemmm.... Tumpang tanya... Lama ker sejam tu?

Pencerita: Hmmm... Sejam pun tak tahu? Sejam tu 60 minitlah.. You know?? Ha... Gittew.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, kita mempersilakan pasangan yang sedang hangat
bercinta, Encik Lang dan Cik Gegirl..

(lagu Crazy in Love)

Pencerita: Silakan Encik Lang dan Cik Gegirl. Selamat datang ke program SEJAMMMM
BERSAMAAAAA MELETOPZZZ KEBABOOM.

Encik Lang / Cik Gegirl: Terima kasih

Cik Gegirl: Wah, ramainya tetamu hari ni. Takut pulak I ni ha...

Encik Lang: Jangan takut, ling. I kan ada.

Pengacara: Baiklah, perkenal diri anda masing-masing.

Encik Lang: Hi, nama I Lang. Nama penuh I HE...LANG.

Cik Gegirl: Hi, semua. You boleh panggil I Gegirl. Nama panjang I EA...GLE. Mwahhh hahahaha

Ling, I takutlah. Takut kalau-kalau ada yang nak tangkap kita nanti. Ramainya orang ni.

Encik Lang: Jangan risau, sayang. Dengan kuku yang tajam ini I boleh melindungi you. Ada berani
ker?

Pengacara: Baiklah En Lang, Cik Gegirl.. Jangan risau, mereka yang datang hari ni semua baik-baik
belaka. Baiklah, tanpa melengahkan masa, kita menjemput tetamu kita yang kedua, Mr. Allan.

Mr Allan: Hi, my name is Allan. Look at my hair.

Pengacara: Wow, Mr Allan. Nice hair.

Mr Allan: Well.... Biasa la.. Kami keturunan landak memang begini rambutnya.

Pengacara: Oh keturunan landak rupanya. Patutlah.. Hmmm... Aik, tajam betul rambutnya. Eh di
badan ada juga!!! Untuk apa rambut macam duri-duri ni?

Mr Allan: Oh, you tak tau? Ni I bagitau. Kalau I rasa terancam, I pacakkan rambut-rambut tajam I ni.
Tajam tau, awas siapa dekat. Ouchhhh...
Pengacara: Sangat menarik rambut dan bulu-bulunya. Tajam seperti duri.

Pengacara: Baiklah, kita jemput tetamu kita yang seterusnya. Lemah lembut orangnya. Beliau telah
datang dari jauh dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk sampai ke studio kita pada petang ini.
Lama tu satu bulan.. 30 hari tuuuu.. Kita mempersilakan, Cik Acakuyaaaaa...

Cik Acakuyaaa: Hi semua, apa khabar. Acakuyaaa here..

Pengacara: Wow, sangat menarik fesyen yang ditampilkan oleh Cik Acakuyaaa.. Boleh terangkan
kepada kami.

Cik Acakuyaaa: Well, Cik Meeleefah. I kan jenis yang lemah lembut, insan yang lemah. Tak main
kasar. I tak pandai la nak cakar-cakar orang ker, nak sakitkan orang dengan duri ker. I tak sampai
hati. So, kalau ada orang nak kacau-kacau I,I sembunyi je dalam cangkerang emas i ni.. Ha... Jangan
main-main, cangkerang emas ni. Keras tauuuuu.

Aucakkk.... Aucakkk... Acakuyaaaa!! Nampak tak? Nampak tak? Tak nampak kan?

Pengacara: Eiii, Cik Acakuya ni. Macam chipsmore pula. Sekejap ada, sekejap tak ada. Kalau macam
tu, Cik Acakuyaaaa ni kura-kura lah kan?

Cik Acakuyaaa: Yer lah... Errhhh, pura-pura tak tau pula. Eh, terkasar pula. Oppsss!!

Pengacara: Baiklah, Cik Acakuya.. Silakan duduk.

Pengacara: Seterusnya kita menjemput seorang yang gagah, berbadan sado, Encik Aya.

Encik Aya: (angkat tangan, tepuk dada, tunjuk sado) (tunjuk haiwan-haiwan lain, tak takut) (tepuk2
dada dan tangan yang sado)

Pengacara: Hi, Encik Aya. Boleh perkenalkan diri.

Encik Aya: (tunjuk kadbod. NAMA PENDEK: AYA, NAMA PANJANG: BUAYA BIN DARAT). (KULIT
KERAS, HATI KERAS, SEGALANYA KERAS) ANGKAT2 KENING, ANGKAT2 KEPALA

Pengacara: Oh, rupa-rupanya Encik Aya kita ni bisu orangnya. Tak apalah En Aya, silakan duduk.

Pengacara: baiklah, tetamu kita seterusnya. Brother Buff.

(masuk aksi mcm ahli gusti)

Pengacara: Apa khabar, Bro? Boleh perkenalkan diri?

Brother Buff: Hello, wa blader Buff. Nama inglish, BUFFALO. Nama melayu: KEREYBAU

Pengacara: Baiklah blader buff aa. Sangat cantik dan berkilat-kilat you punya perhiasan kepala Bro.
Apa tu?

Brother Buff: Owww, ini mukan pelhiasan woo. Ini wa punya tanduk. Siapa kacau wa arr, wa tanduk
lorrrr. Itu Aya tadi maaaaanyak eksennnn. Tengok la kalau Aya berani kaciauuu wa.. Sekali wa
tanduk, wa bikin punya tali pinggan woo you punya kulit Aya.
Pengacara: Errr bukan tali pinggan, tali PINGGANGGG

Brother buff: Aiyaa... Sama saja la itu maciammm..

Pengacara: Ok, bro. Duduk bro.

Pengacara: Eh eh, nampak tak? (tunjuk siling).

Haiwan2: Nampak apa MeeLeefah??

Pengacara: Tuuuuu

Haiwan2: Haiii.. Tak ada keja lain cicakman tu.. Asyik bergaduh jer.

Pengacara: Ngengggggggg... Piakkkk

Haiwan2: Apa tu?

Pengacara: Sekali tikus nak tangkap cicakman tak berjaya la. Tikus tangkap ekor cicak. Sekali cicak
putuskan jer ekornya.. Hmmm.. Melepas la kau tikus.

Haiwan2: cicak dah putus ekorrrrrr... Hahaha

Baiklah, selepas ini apa kata kita dengar dahulu lagu dari the SCORPION. Singkong dan kejuuuuu...

Bisa di tangan kanan ku, racun di tangan kiriku. Aku tak tau mana yang akan ku berikan padamu. Aku
tak tau mana yang akan ku berikan padamuuuuu...

Begitulah merdunya suara si SCORPION itu tadi.

Baiklah, kita sebenarnya sedang menunggu tetamu kita yang terakhir, belum sampai-sampai lagi.
Mana dia si macho ni? Dah kena sumpah agaknya.

Sesumpah: Psstt psssttt... Aku di sinilah

Pengacara: Eh, macam ada suara orang.

Sesumpah: Psssttt psssttt... Cuba cari di mana Mr Serrrrrr Sumpahhhhh???

Pengacara: Eh main-main pulak dia ni.

Sesumpah: Dengan kuasa sesumpah, bertukar.... Ceng... Hiah hiah hiah... Bertukarrrrr.... Cenggggg...
Bertukarrrr cengggg.....

Pengacara: Eh, bertukar-tukar baju pulak dia.. Eh, nak pergi ke bawah buat apa? Ehh... Bertukar jadi
Cikgu Dennis pula dia.. Ehhh... Samalah.. Memang ada kuasa magik si sesumpah ni..
Sesumpah: Musuh dikesann... Hiah hiah hiah... Bertukarrrrr.... Ceng ceng cengggg... (naik ke pentas)

Pengacara: Silakan duduk diam-diam En Sesumpah. Tak payah acah nak superhero sangat. Baiklah
penonton sekalian, begitulah tadi tetamu kita DIVA MELETOPZZ MUAH MUAH. Sehingga kita
berjumpa lagi ada minggu hadapan. Saya Meeleefah... Dan saya Terkebil-kebil. Meletopzz
kebaboom.

Anda mungkin juga menyukai