Anda di halaman 1dari 5

KATA NAMA DIRI

1. _______ mestilah berlatih dengan tekun untuk menjadi johan perlawanan futsal itu, kata Radzi
kepada kawan-kawannya.

A. Kami B. Kita C. Kalian D. Saya

2. _______ yang membawa buku-buku latihan itu ke bilik guru,kata Salina dan Wahidah kepada
Cikgu Salimah.

A. Kami B. Kita C. Mereka D. Kamu

3. Kalau semuanya sudah bersedia, lebih baik _________ bertolak sekarang, kata Cikgu Yusuf
kepada anak-anak muridnya.

A. kalian B. kamu C. kita D. kami

4. __________ amat teliti menjalankan tugas, kata Dahlan kepada Meng Hong tentang ketuanya,
Datuk Nordin.

A. Saya B. Kami C. Mereka D. Beliau

5. Oh, Tuhan berikan petunjuk kepada _______ untuk menyelesaikan masalah itu!

A. saya B. aku C. hamba D. kami 6. Titah ______ akan patik tunaikan,kata


bendahara kepada raja.

A. tuanku B. beta C. baginda D. hamba

7. Selamat pagi, ________. Sila berikan saya lima keping setem yang berharga 30 sen, kata Ah Seng
kepada pegawai pejabat pos.

A. saudara B. tuan C. encik D. anda

8. Maafkan saya, siapakah nama________? Tanya Encik Lim kepada seorang gadis yang mengetuk
pintu.

A. encik B. saudara C. saudari D. puan

9. Ampun _______, patik terlihat beberapa orang asing telah menyusup masuk ke istana,kata
panglima Hussein kepada raja.

A. beta B. tuanku C. baginda D. hamba

10. Apakah pendapat ________ tentang dasar yang baru dilaksanakan itu?kata bendahara kepada
temenggung.

A. patik B. hamba C. tuan hamba D. tuan


11. Bagaimanakah kalau _______ membeli sebuah rumah di sini ? Tanya Encik Leong kepada
isterinya.

A. kita B. kami C. kamu D. kalian

12. ________ dijemput menonton rancangan ini, kata pengacara televisyen itu.

A. Anda B. Kamu C. Awak D. Kita

13. ________ nak beli apa? Tanya pekedai itu kepada emak Siew Tin.

A. Cik B. Encik C. Tuan D. Puan

14. Sejak kemangkatan_____________, negara itu menjadi kucar-kacir.

A. beta B. beliau C. baginda D. dia

15. Tuhanku, ________ berkatilah aku, doa Mak Cik Jeya.

A engkau B awak C tuan D


KATA NAMA

1. Mak Inang sedang memetik beberapa kuntum __________ di taman.

A. daun B. bunga C. pucuk D. buah

2. Pelancong-pelancong terpegun apabila melihat _________ yang sedang menguning ketika


berkunjung ke negari Kedah.

A. serai B. tebu C. buluh D. padi

3. Murid-murid Tahun Lima Merah sedang berlatih memukul _______ untuk persembahan pada Hari
Guru nanti.

A. gitar B. gendang C. piano D. biola

4. Para penumpang di dalam ________ dilayan dengan baik oleh pramugari.

A. kapal B. bas C. pesawat D. teksi

5. Abang Tony bekerja sebagai ________ di bengkel kawannya sejak dua bulan yang lalu

A. mekanik B. doktor C. guru D. kelasi

6. Kelip-kelip ialah sejenis ________ yang mengeluarkan cahaya pada bahagian ekornya.

A. serangga B. binatang C. burung D. kuman

7. Nenek telah membela beberapa ekor ayam di dalam ________.

A.kandang B. sangkar C. reban D. rumah

8. Kami menunggu di ________ untuk menaik feri ke Pulau Tioman.

A. jeti B. lapangan terbang C. perhentian bas D. tepi jalan

9. Adik saya suka bermain ________ di taman permainan kanak-kanak.

A. ski B. buaian C. alat mainan D. papan luncur

10. Kakak membantu ibu menumbuk cili dengan sebuah _________.

A.batu lesung B. pisau C. papan D. kuali


KATA SENDI NAMA

1. Pelancong _________ Jepun sedang memilih beberapa helai kain batik untuk dijadikan oleh-oleh.
A. oleh B. dari C. daripada D. dengan

2. Fatimah sangat rindu _________ neneknya yang berada di kampung.

A. kepada B. pada C. akan D. ke

3. Kek hari jadi adik yang sedap itu dibuat _________ ibu.

A. daripada B. dari C. untuk D. oleh

4. Layang-layang adik yang baru dibeli itu tersangkut __________ pokok yang tinggi.

A. di B. pada C. kepada D. ke

5. Perabot yang dijual di kedai perabot itu semuanya diperbuat ___________ kayu jati.

A. dari B. daripada C. untuk D. demi

6. Bapa telah membeli sebentuk cincin berlian ________ ibu sempena ulang tahun perkahwinan
yang ke-20.

A. untuk B. kepada C. ke D. demi

7. Kita haruslah bersenam setiap hari __________ kesihatan kita.

A. kerana B. untuk C. demi D. kepada

8. Pak Kassim sanggup bekerja ________ pagi ________ malam untuk menyara kehidupan
keluarganya.

A. daripada ...sampai B. daripada...hingga C. dari....sampai D. dari....hingga

9. Perdana Menteri menyaksikan perjanjian persefahaman ________ kedua-dua buah syarikat


perkapalan itu di Putrajaya.

A. dengan B. untuk C. dalam D. antara

10. Guru kelas sedang berbincang dengan murid-murid ___________ sambutan Hari Guru akan
diadakan pada minggu hadapan.

A. tentang B. bahawa C. dengan D. antara


KATA PENGHUBUNG

1. Ali masih bermain bola sepak di padang ________ hari hendak hujan.

A. apabila B. kerana C. walaupun D. bila

2. Adik menonton rancangan televisyen __________ makan kentang goreng.

A. lalu B. tetapi C. kerana D. sambil

3. Abang mencuci kereta di halaman rumah _________ kakak menyiram pokok bunga.

A. manakala B. apabila C. lalu D. setelah

4. Kok Seng tidak lagi menaiki bas sekolah ke sekolah _________ ayahnya membelikannya sebuah
basikal baharu.

A. sementara B. semenjak C. apabila D. kecuali

5. Mei Hua yang rajin membaca buku cerita _________ menunggu ibunya menjemputnya di sekolah.
A. kerana B. sementara C. supaya D. sambil

6. Restoran dibuka setiap hari __________ hari Isnin.

A. setelah B. kecuali C. sekiranya D. jika

7. Kanak-kanak itu lari bertempiaran _________ dikejar oleh angsa yang garang.

A. apabila B. kecuali C. supaya D. jika

8. Ibu mengutip baju-baju kotor itu ________ memasukkannya ke dalam mesin basuh.

A. apabila B. atau C. serta D. lalu

9. Pertandingan bola sepak itu akan ditundakan _________ hujan turun dengan lebat.

A. kerana B. jika C. apabila D. setelah

10. Encik Osman berjanji akan berkhidmat dengan dengan orang kaya itu ________ khidmatnya
diperlukan.

A. selagi B. apabila C. jika D. manakala

Anda mungkin juga menyukai