Anda di halaman 1dari 2

6 faedah komprehensif hasil daripada amalan gaya hidup sihat dan

sejahtera

1. Peningkatan kecekapan kardovaskular atau jantung dan saluran


darah.

Jantung yang sihat akan membekalkan oksigen yang cukup ke seluruh anggota
badan dimana setiap anggota yang menerima oksigen yang cukup akan memastikan
tubuh badan manusia berada dalam keadaan yang sihat, cergas dan cerdas.

2. Peningkatan tonus (tone), kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot.

Otot yang kuat akan member lebih manfaat kepada individu dalam menjalankan
kehidupan dimana seseorang individu akan mempunyai kelebihan dan ketahanan
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau kerja. Kelebihan ini akan membuat
seseorang bertambah maju dalam apa jua bidang yang diceburi.

3. Peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri.

Individu yang mempunyai kawalan kesihatan yang baik mempunyai keyakinan diri
yang tinggi serta berfikiran positif. Ini akan meningkatkan mutu kehidupan serta
kualiti perhubungan yang lebih baik dengan semua orang. Dari segi pekerjaan pula
sudah tentu akan memberi impak yang positif.

4. Peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan.

Seseorang yang sihat mempunyai pemikiran yang lebih positif dalam menghadapi
tekanan. Kesihatan yang tinggi juga akan membuatkan seseorang kuat menghadapi
cabaran dalam kehidupan. Kebiasaannya cabaran itulah yang menjadi penguat
semangat untuk terus berjaya.

5. Peningkatan hubungan interpersonal.

Kesihatan yang baik akan member kesan positif terhadap hubungan interpersonal.
Keterampilan dengan bentuk badan yang menarik hasil daripada menjaga kesihatan
sudah tentu akan menjadi daya tarik terhadap individu tersebut.

6. Penurunan kes kematian dan morbidity akibat penyakit.

Kesihatan yang baik menjadikan tubuh badan manusia imun dengan pelbagai
penyakit berjangkit. Jantung yang sihat akan mengurangkan resiko penyakit 3
serangkai. System badan yang sihat juga akan menyegerakan proses penyembuhan
dan meningkatkan proses melawan penyakit. Ini akan melindungi tubuh badan
daripada kematian awal.
Antara faedah komprehensif yang boleh dinikmati oleh indivdu,keluarga dan
masyarakat hasil daripada amalan gaya hidup sihat dan sejahtera adalah seperti
berikut:

i) Memastikan tahap kesihatan yang baik - Memberi tumpuhan terhadap


kecergasan fizikal.Sebagai contohnya,terlibat diri dalam aktiviti senaman seperti
berjoging,bersukan,berekrasi dan sebagainya.

ii) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan - Dapat


menjamin kestabilan kesihatan mental dan mengurangkan
tekanan.Contohnya, mengambil waktu secukupnya untuk berehat dan tidur,mejalin
hubungan komunikasi yang mesra bersama rakan-rakan atau jiran sekeliling.

iii) Mendisiplinkan masyarakat - Melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi
fizikal dan persekitarannya.Sebagai contoh,bergotong royong,membuang
sampah-sarap dalam tong sampah dan sebagainya.

iv)Mengambil nutrien makanan yang seimbang - Memberi tumpuan pada


pengambilan kualiti dan kuantiti makanan yang sihat.Sebagai contohnya, mengambil
makanan mengikut piramid makanan,mengambil makanan pada waktu pemakanan.

v)Mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa - Sentiasa mengamalkan


kebersihan asas seperti menggosok gigi, mandi,bepakaian bersih dan disiplin.

vi)Mengelakan daripada penyakit social - Pengamal juga akan terhindir daripada


pelbagai gejala sosial seperti merokok,minum arak,mengambil dadah dan pergaulan
bebas.

Konklusinya,pengamalan gaya hidup sihat akan dapat menghasilkan sebuah negara


yang maju kerana rakyatnya hidup dengan ceria berdasarkan amalan gaya hidup
sihat.

Anda mungkin juga menyukai